Showing posts with label Frosting. Show all posts
Showing posts with label Frosting. Show all posts

December 29, 2017

Kisah Penghujung Tahun 2017 (2)

OK... kita sambung balik cerita haritu...

Kalau sempat akak nak letak resipi sikit. Tapi sebelum tu, akak nak tepek sikit beberapa biji kek yang akak bercadang nak up kan tahun 2018. Itu pun kalau takda alasan2 dan gangguan2 jiwa melanda macam setahun dua kebelakangan ni.

Ini kek neapolitan yg akak reka2 sendiri. Nak belajar atau PJJ kat orang duk berlengah2 je. Tapi akak rasa hat ni pun sodap jugaklah. Cuma akak kena perbaiki sikit dari segi penampilan dan fillingnya.  Kek ni akak buat untuk majlis Rangkaian Kasih PPKI tempat anak akak belajar. Keknya adalah kek span yang ada rasa coklat, vanilla dan strawberi. Basic frostingnya adalah cream cheese dicampur sedikit fresh cream. Akak pun tak berapa rasa sangat. Maklumlah..nampak nau macam buruk siku dan syiok sendiri hehehe...

Tapi percayalahhhh... ia sedap!!



Kek di bawah ni adalah tempahan oleh Cikgu Suriyati yang dah berkali-kali order dari akak. Selalunya dia order brownies. Kemudian masuk ni 2 kali dia order Red Velvet. Sekali dengan brownies. Memang lama dah akak tak buat RV sebab guna warna yang banyak. Tapi kalau customer order, akak ON saja. Lagi pulak, baru-baru ni RV memang kembali popular disebabkan drama Cik Lofa dan Aliff tu.. akak pun tak tengok sangat.

Red Velvet 1 kg 

RV full version (2 kg+)

Beberapa hari lepas akak test resipi Kek Pandan Gula Melaka yang agak menjadi sebutan di luar sana. Kalau skodeng IG bakers, selalu je jumpa kek tu. Akak minta resipi dari kekanda yg join PJJ. Tapi sebenarnya akak tak tau pun yg tu resipi dia belajar. Masa bagi dia yang cakap. So, tak bolehlah akak share. Cuma, boleh je kome search kat internet tu. Banyak lambak2 orang tulis. Similar but not the samelah! Lain orang lain cara. Cuma akak syorkan boleh cuba resipi di blog Azlita, tak pun Azie Kitchen.


Untuk frosting atau topping kek tu, akak cedok dari blog orang juga dan blend kan mengikut apa yang ada kat dapur masa tu. Alhamdulillah menjadi dengan jaya. Akak cuba guna resipi Italian Buttercream milik Azlita tapi tak jadi. Maka akak pun tukar kepada Swiss Meringue Buttercream yang rata2 hampir sama. Cukup untuk jadi topping cupcakes sebanyak 13 -14 biji (mungkin lebih). First time buat Swiss Buttercream ni, Alhamdulillah menjadi dengan jayanya. Bila dah tau buat tu, idaklah rasa rumit sangat seperti yang ku pikir...hehe!



RESIPI SWISS MERINGUE BUTTERCREAM

Bahan2:

2 butir putih telur
100 g gula castor (akak guna fine granulated)
Secubit garam
150 g mentega (suhu bilik) - potong kecil2
1 sudu teh esen vanilla

* Untuk kek pandan gula melaka sediakan paste lebih awal:
50 g gula melaka/gerek
1-2 helai daun pandan
1/8 cawan air

Cara2:

1) Masak gula melaka, pandan dan air sehingga hancur keseluruhan gula dan sejukkan.
2) Masuk putih telur, gula dan garam dalam bekas tahan panas dan panaskan secara double boiled sehingga gula hancur. Rasa dengan jari, jika tiada berpasir2 terus angkat.
3) Pukul telur sehingga kental (bertanduk). Pastikan ia dah sejuk.
4) Masukkan esen vanilla diikuti mentega sedikit demi sedikit sambil memukul. Setiap kali masuk, pastikan sudah sebati baru masukkan sebahagian lagi, sehingga selesai.
5) Tambah 2 sudu besar paste gula melaka atau lebih jika suka. Pukul sehingga sebati dan boleh terus digunakan.

Meringue/putih telur yang telah dipukul kental

December 6, 2013

Pelbagai Cream Cheese Frosting bhg 2

Ada yang bertanyakan akak macamana nak buat cream cheese yang elok dan tak mudah cair. Hari ni akak nak share sedikit sebanyak tentang proses penyediaannya dan beberapa tips mengikut pengalaman akak.

1)  Ini adalah cream cheese (ikut citarasa nak guna brand apa) dan mentega yang dicampur di dalam mangkuk. Kemudian pukul mula2 dgn speed minimum, dah bergaul baru guna speed tinggi sikit. Pukul sampai gebu dan keputihan macam gambar ni. Butter tu saya suka guna buttercup dan biarkan dulu dalam suhu bilik untuk memudahkan memukul. Cream cheese pula samada masih sejuk atau saya biarkan dalam 30-1 jam diluar, baru pukul. Sebenarnya takde undang-undang pun. Ikut mana sempat saya sebab kebiasaannya akak ni sambil buat kerja2 rumah yang lain. Banyak breaknya... :D

Cream cheese kalau nak ekonomi, akak guna brand Tartura atau Dairylands yg 2kg tu. Nak lebih mahal dan kata orang lebih sedap, guna Philadelphia. Akak rasa sedap je semua.. Akak jarang guna jenama Anchor sebab tak berapa cantik kejadiannya.. Ah Chai tokey kedai bakeri yang akak selalu pergi kat Sri Petaling dulu kata, lebih sesuai untuk buat cheese tart... (Jgn pulak org Anchor hambat akak nanti ye... huhu).


 2) Ayak gula aising. Masukkan sedikit demi sedikit dan pukul sebati. Maksudnya, masukkan dalam 1/3 dulu ke dalam cream cheese yg dah gebu tu, pukul kejap. Kemudian masukkan lagi sikit, dan pukul... sampailah habis.

3) Bila dah masukkan gula terakhir tu, baru pukul lagi dengan speed laju sikit sampai sebati semuanya. Dia akan jadi lebih likat dan creamy. Baru sapu kat kek. Jangan pukul lama2 takut jadi lembik. Kalau cuaca sejuk macam sekarang ni (musim hujan), adunan nampak lebih stabil dan mudah nak pipe bentuk guna nozzle. Mungkin sama juga dengan bilik yang berhawa dingin (dapur akak takde aircond.. hehe). Kalau lembik, boleh masuk kejap ke dalam peti sejuk tapi jangan lama sangat. Pandai-pandailah adjust masa ye.. :)


Lain-Lain Tips

Kalau nak lebih sedap lagi cream cheese ni, boleh tambahkan mascarpone (seperti gambar). Terutama dalam pembuatan tiramisu. Krim akan bertambah lemak. Cuma bila dah tambah mascarpone ni (resipi boleh google ye), krim juga mudah lembik/cair dan tak berapa tahan di dalam suhu bilik. Pastikan mascarpone yang dijamin halal... :)

Selain mascarpone, kita juga boleh tambahkan serbuk vanilla atau lime/lemon juice/paste untuk penambah perisa. Saya suka menambahkan perisa strawberry untuk cream cheese yang diwarnakan merah atau pink.

Insan Google

Buttercup yang selalu saya gunakan... Berbanding butter lain, ia tak terlalu lembik walau lama diletakkan di luar peti ais. Ia juga lebih sedap berbanding spread butter yang seangkatan (bukan pure butter). 
Ihsan Google

Kek yang disaluti cream cheese boleh bertahan di dalam suhu bilik selama 6-7 jam tanpa merosakkan rasa. Sebaiknya ia disimpan di tempat sejuk untuk mengekalkan rasa dan kualiti.

Itu je info akak mengikut pengalaman sendiri... :)

October 29, 2013

Deko Kek Untuk 'Beginners'

Subjek kali ini hanyalah bersesuaian untuk pelajar yang baru nak cuba menghias kek. Yang berada dalam situasi akak suatu masa dahulu masa mula2 teringin nak hias kek atau makan kek sedap. Tidak sesuai untuk yang dah masuk kelas deco kek secara life.. :)

Walau akak ni macam selalu je mendeko2 kek ni (padahal idakle selalu bebenor...), boleh katakan peralatan baking akak hanya setakat yang asas je. Takde lebih2.. Tapi, apakah yg bukan asas tu? kikiki....

Akak post entri ni atas permintaan sesorang. Tapi kak tak tau siapakah dia.. Kalau sidia baca, boleh la coba cara akak yang tak pernah jumpa cikgu ni. Dulu2 adalah sesekali tengok dan belajar kat youtube. Tapi akak ni bukanlah student yang cemerlang... Banyak je cacat cela deko akak tu. Sama masa belajar kat U dulu pun, akak taklah cemerlang. Time periksa asyik blank je.. Tapi kemahuan tinggi sampailah berjaya dapat Masters. Bukan nak eksen. Apa yg akak nak sampaikan ialah asalkan ada keinginan, semua boleh jadi. Cuma sekarang cita2 akak tak setinggu dulu...

OK... sebelum tu, jom tengok apa peralatan yang akak biasa guna dalam aktiviti mingguan akak tu..

PERALATAN:

Turn table, cake board, cake comb (opt), pisau lepa, spatula, nozzle, piping bag, kek dan apa-apa jenis cream.
Kalau nak betul2 basic, cukup setakat ada pisau lepa (beli hat lurus je mcm gambar akan ni)... ;)

Turn table color pink ini untuk menyenangkan kita nak pusing2 kek... Masa mula2 akak takde benda ni. Cuma letak atas besen yang diterbalikkan... hehehe. Comb tu takde pun takpa... Saja akak letak sebab murah.. Nozzle dan piping bag pun tak perlu kalau tak mau tambah bunga, border atau seumpama.

Walau ada mixer besar, akak lebih selesa guna hand mixer.. Saja nak khabar, mixer ni akak beli masa kat Bahrain dulu dengan harga BD3.2 atau tak sampai RM30. Tapi.... entah berapa banyak kek dan cream telah dihasilkan dengannya sejak 2010... Sungguh berbaloi!


ATURCARA DECO :

1) Mula2, letak kek di atas board. Saiz board ikutlah kesesuaian... kalau kek bersaiz 8 inci, pakailah board saiz 10 atau 10 1/2 inci... atau paling2 lebih 1 inci.

2) Buang lapisan atas kek atau kerak tu dengan pisau.. Akak suka guna pisau yang bergerigi halus dan nipis macam dalam gambar ni.. Kemaskan tepi kek sekali.. Kalau ada yg keras macam kerak kat tepi kek tu boleh buang. Tapi kalau rasa susah, tak payah buang apa-apa. Terimalah kek tu seadanya ye.. (sebenarnya mula2 dulu pun akak camtu...) :D


3) Proses CRUMB COATING... Sapukan krim nipis di sekeliling dan permukaan kek. Takpe kalau serbuk2 tu pun nak ikut sama. Tapi kalau buat lembut2, selalu dia tak ikut... Dah habis sapu, simpan kejap dalam peti sejuk (dalam 30 minit). Tujuannya supaya serbuk2 roti tu melekat dan tidak mencomotkan bila lapisan krim kedua dia sapukan.


4) Bila coating dah sedikit kaku, boleh mulakan sapuan krim yang lebih tebal. Sapukan krim perlahan-perlahan ke atas kek. Cikgu2 kata, mula dari permukaan kek (atas).. Tapi akak lebih selesa bermula dari tepi, baru buat yang atas. Selain tu, akak suka guna pisau lepa yang kecik je.. Akak memang murid yang suka melawan dan ikut kepala sendiri..hihi. Untuk lebih kemas dan cantik, celupkan pisau lepa tu dalam air panas, lap dengan tisu dan ratakan krim pada kek dalam keadaan pisau tu masih panas. Ini buat masa last.. untuk licinkan rupa kek.

Dah buat salutan kedua ni, bolehlah deco mengikut kreativiti menggunakan nozzle. 
Nak lebih jelas, search je kat youtube. Macam2 ada...

Ni kalau guna comb.. boleh mengurangkan kecacatan rupa

Macam tu jelah kot... akak dah ngantuk  Zzzzzz

May 19, 2013

Kek Coklat Hari Guru & Ganache Bajet

Pagi tadi, macam kebiasaan pagi Ahad, memang mencabar... Bab nilah yg mak ni selalu lemah. Nak gesa anak cepat2 bersiap ke sekolah. Maklumlah, hari biasa masuk pukul 8. Tapi kalau hari Ahad, masuknya pukul 7.30 pagi. Setengah jam awal mampu mencipta pelbagai situasi... hehehe! Cobaannnn...

Ajaibnya si bujang tu, bila dah masuk ke dalam kereta dan sampai di sekolah, moodnya selalu berubah baik. Kadang tersengih2, macam menggambarkan "yes.. aku berjaya buat umi penat!". Takpelah nak, umi bersabar je... Umi baru dapat motivasi dari Saiful Nang. InsyaAllah, dah besar panjang nanti jadi anak yang bertanggungjawab.. :)

Jadi, pagi tadi, sampai depan pintu kelas, mak pun ucapkan "belated Hari Guru" kepada cikgu. Sambil hulurkan kek untuk buat suka2... Memang niat nak buatkan. Cuma masa hari Khamis lepas, cikgu dan murid2 hectic dengan upacara sekolah.  Harap2 dorang suka...

 Chocolate Moist 2kg

Resipi yang nak dikongsikan di sini ialah chocolate ganache yang sedikit ekonomikal dari kebiasaan yang saya buat..

CHOCOLATE GANACHE

Bahan2:

300 g coklat masakan
100 g susu cair
1 sudu besar mentega (boleh tambah 2 sudu)
1 sudu besar sirap glukos (tak letak pun takpe)

Cara2:

Masukkan kesemua bahan dalam bekas aluminium. 
Masak secara double boiler sehingga semua larut
Tuang ke atas kek bila ganache sejuk dan sedikit pekat supaya tidak terlalu menyerap kepada kek.
Untuk salutan yang lebih cantik, saya ulang 2 kali iaitu biarkan tuangan pertama sejuk, dan tuang sekali lagi.
Bila dah beku atau stabil, baru letakkan hiasan.


WHITE CHOCOLATE GANACHE

Bahan2:

150 g chocolate putih 
60 g susu cair/segar

Cara2:

Campurkan kesemua bahan dan cairkan secara double boiler sehingga larut.


February 17, 2013

Pelbagai Resipi Chocolate Ganache

Saya kumpulkan beberapa pilihan resipi chocolate ganache di sini untuk rujukan akan datang. Selalunya saya gunakan resipi yang pertama untuk topping pelbagai kek coklat saya termasuk kek opera. Hasilnya sangat menggembirakan... :)
Gambar ihsan Google
RESIPI 1

300g coklat masakan - potong kecil
200g UHT whipping cream (selalu saya guna jenama Anchor)
1 sudu besar mentega

- Panaskan whipping cream di atas api hingga mendidih sedikit dan matikan api.
- Masukkan coklat atau tuang atas coklat dan kacau hingga sebati. Masukkan pula mentega dan sebatikan.


RESIPI 2 - Dayangjack

100g coklat masakan
125ml susu segar
50g mentega
4 sudu besar madu/gula

- Satukan kesemuanya dan masak dengan kaedah double boil sehingga agak pekat


RESIPI 3 - Kak Nor

300g coklat masak
1 sudu besar susu pekat
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar mentega
1/4 cawan air panas (untuk step ke2 nak bagi cair dan meleleh)

- Panaskan susu pekat dan susu cair menggunakan double boiler.
- Masukkan coklat, kacau sebati. Sesudah itu masukkan mentega dan curah 1/2 bahagian atas kek. Simpan dalam 15 - 30 minit.
- Panaskan lebihan coklat dan tambah air panas. Kacau dan curahkan ke atas kek tadi


RESIPI 4 - Buku Panduan Asas Menghias Kek

300g krim putar (whipping cream)
600g coklat masakan - cincang
1/2 cawan sirap glukos/madu
2 sudu kecil mentega

- Panaskan whipping cream sehingga hampir mendidih. Curahkan ke atas coklat dan kacau sebati.
- Masukkan sirap glukos
- Akhir sekali masukkan mentega


RESIPI 5 - Dari buku lama saya

50g serbuk koko
1 sudu besar minyak
1/2 tin susu cair
1/2 tin susu pekat (atau ikut manis yg disukai)

- Campurkan kesemuanya dan panaskan atas api perlahan sambil mengacau hingga sebati dan likat

**********************************


Nota:
- Chocolate ganache boleh disimpan di luar dengan suhu bilik atau di dalam peti sejuk untuk tempoh yang lama. Anda boleh variasikan penggunaannya mengikut kreativiti masing-masing.
- Fungsi mentega ialah untuk mengilatkannya

February 5, 2013

Pelbagai Cream Cheese Frosting


Mungkin ada beberapa entri saya dah letak tentang resipi cream cheese yg selalu saya guna untuk frosting atau topping kepada kek red velvet, kek rainbow/pelangi dan kek carrot. Saya kumpulkan di sini supaya lebih mudah dijadikan rujukan nanti.

Kita boleh olah semula resipi2 berikut mengikut kesesuaian, kesukaan atau mungkin bahan apa yg ada dalam simpanan kita. Sebagai contoh, kalau tak suka manis, boleh kurangkan gula. Atau kalau nak sedikit lembut (tetapi mudah cair atau sukar membentuk bunga), boleh guna whipping cream. Paling sedap dan lemak, bila kita campurkan dengan mascarpone. Saya tuliskan apa yg saya rasa mudah bagi saya je... Adakala orang mementingkan kualiti atau jenama cream cheese yg digunakan. Bagi saya, dan mengikut pengalaman, saya guna yang sesuai dengan kek dan harga kek. Yang pasti sedap dan rasanya tetap mantap! Customer pun puas.


RESIPI 1

500g cream cheese
1/2 cawan mentega
1 sudu kecil ektrak vanilla
2 cawan gula aising (boleh kurangkan ikut citarasa)

- Pukul cream cheese dan mentega sampai lembut dan gebu...  Setelah itu masukkan bahan2 lain dan putar lagi sampai kembang..  Sapu pada kek yg telah sejuk dgn berhati2...

**********************

RESIPI 2 - Kesukaan saya

360g cream cheese
70g mentega - untuk lebih sedap, guna jenis pure butter
200g gula aising
1 sk ekstrak vanilla

- Pukul cream cheese bersama mentega hingga kembang.
- Masukkan gula aising dan vanilla sedikit demi sedikit sambil memutar

*************************

RESIPI 3 - Joy of Baking

227g cream cheese
227g mascarpone cheese
1 sudu kecil ektrak vanilla
1 cawan gula aising
1 1/2 cawan (360ml) heavy whipping cream - saya tak berapa guna whipping cream

****************************

RESIPI 4 - selalu saya guna utk kek Russian Black

500g cream cheese
250g mascarpone
100g gula aising - ayak
1 sudu besar serbuk nescafe - ayak

- Pukul cream cheese, mascarpone dan gula hingga lembut
- Tambah serbuk nescafe dan gaul
- Masukkan ke dalam piping bag dan sejukkan di dalam peti sejuk selama 15 minit sebelum deko

**************************

RESIPI 5 - Buku Panduan Asas Menghias Kek

250g krim keju - suhu bilik
125g mentega
120g gula aising
1/2 sudu kecil perisa lemon

- Putar krim keju sehingga lembut dan tidak berbintil
- Masukkan mentega dan putar lagi
- Masukkan gula aising dan perisa lemon. Putar hingga sebati.

Nota:
1) Anda boleh tambahkan jus lemon sebanyak 1 sudu kecil pada setiap resipi jika suka.
2) Kebiasaannya, saya menggunakan cream cheese yang masih sejuk (baru keluar dari peti), dan mentega pada suhu bilik. Tiada masalah untuk menggunakan mentega sejuk, malah mudah untuk kita membentuk bunga.
3) Adalah sering disarankan menggunakan 'unsalted butter'. Tetapi ia tetap bergantung kepada citarasa anda. Macam saya, lebih suka menggunakan mentega Anchor (salted). Atau kalau untuk makan sendiri, guna je Buttercup. Tak cacat pun rasa...dan boleh di sedapkan lagi dengan mascarpone ;)
4) Untuk frosting kek RV dan rainbow, saya akan gandakan setiap adunan. Untuk RV selalunya menggunakan tidak kurang dari 500g cream cheese, manakala rainbow dalam 700g sebab banyak layer.


February 3, 2013

Pelbagai Resipi Buttercream

Gambar oleh Wilton

Sejujurnya, saya tidak pernah menggunakan buttercream utk kek2 saya. Kalau ada pun, coffee buttercream untuk Opera Cake. Sebabnya, saya lebih menyukai rasa cream cheese atau fresh cream untuk beberapa kek saya yang memerlukan frosting.

Kali ni, saya nak kongsikan beberapa resipi buttercream yang ada dalam simpanan. Ini sebagai panduan bila2 masa saya perlu menggunakannya. Kadangkala saya mengadunkannya sebagai latihan dekorasi.

Ihsan Google

RESIPI 1

250g Buttercup
250g krimwell
250g gula aising - ayak 2 kali
2 sudu besar air susu

Cara2:
Pukul buttercup dan krimwell dengan kelajuan maksima hingga kembang dan gebu.
Masukkan gula dan susu dan pukul lagi dengan kelajuan sederhana.

****************************
RESIPI 2

250g buttercup
250g krimwell
250g krimer manis atau sirap gula
1/2 sudu teh esen vanilla

- Pukul buttercup dan krimwell dengan kelajuan tinggi
- Masukkan bahan2 lain dan pukul dengan kelajuan sederhana hingga gebu

***************************
RESIPI 3

250g butter
125g krimwell/marvello/supertact
125g gula aising - ayak

- Pukul semua bahan dengan kelajuan minima untuk mendapatkan krim yang cantik. Pukul sehingga gebu.

****************************
RESIPI 4 - BAJET

500g gula aising
100g majerin Pelangi
1 kg krimwell

- Pukul majerin dan krimwell hingga kembang. Masukkan gula aising dan pukul hingga gebu dengan kelajuan sederhana

***************************
RESIPI 5 - WILTON

1/2 cawan lemak sayuran (shortening)
1/2 cawan butter (boleh guna krimwell untuk hasil yang lebih putih)
1 sudu kecil ekstrak vanilla
4 cawan gula aising
2 sudu besar susu

- Pukul lemak sayuran dan butter sehingga kembang. Masukkan vanilla, gula sedikit demi sedikit dan susu.
- Pukul dengan kelajuan sederhana
- Jika menggunakan shortening, boleh tambahkan dengan 1/2 sudu teh perasa butter

***************************
 RESIPI 6  

500g krimwell
250g shortening / butter
100 ml air gula *
(cara buat air gula - 300g gula + 100 ml air + 2 st lemon jus. Masakkan gula dan air. Bila sejuk, baru masukkan jus lemon)

- Pukul krimwell dan butter/shortening. Bila dah kembang, masukkan air gula

*************************
RESIPI 7 - Buku Panduan Asas Menghias Kek

500g krimwell
200g lemak sayuran (shortening)
160g gula aising - ayak 2 kali
2 sudu besar susu pekat (boleh abaikan)
1 sudu kecil vanilla
1/2 sudu teh minyak mentega (butter oil)

- Pukul krimwell dan shortening sehingga gebu. Masukkan susu pekat dan putar lagi.
- Masukkan vanilla dan minyak mentega. Baru masukkan gula aising dan putar sehingga gebu

****************************
Edited 040216

RESIPI 8 - dari Azlita Masam Manis BC untuk bunga sahaja

150g shortening
200g gula aising
Perasa nenas atau strawberry yang tiada warna

- Ayak gula aising
- Satukan semua bahan dan putar dengan speed perlahan sehingga kental
- Jangan terlalu lama kerana boleh lembik



Resipi 9 - Swiss meringue buttercream

Saya gunakan untuk kek pandan gula melaka. Kalau nak guna untuk kek lain, abaikan paste gula melaka tu.

Bahan2 (utk topping 13-14 biji cupcakes):

2 butir putih telur
100 g gula castor (fine granulated pun boleh)
Secubit garam
150 g mentega (suhu bilik) - potong kecil2
1 sudu teh esen vanilla

* Untuk kek pandan gula melaka sediakan paste lebih awal:
50 g gula melaka/gerek
1-2 helai daun pandan
1/8 cawan air

Cara2:

1) *Masak gula melaka, pandan dan air sehingga hancur keseluruhan gula dan sejukkan.
2) Masuk putih telur, gula dan garam dalam bekas tahan panas dan panaskan secara double boiled sehingga gula hancur. Rasa dengan jari, jika tiada berpasir2 terus angkat.
3) Pukul telur sehingga kental (bertanduk). Pastikan ia dah sejuk.
4) Masukkan esen vanilla diikuti mentega sedikit demi sedikit sambil memukul. Setiap kali masuk, pastikan sudah sebati baru masukkan sebahagian lagi, sehingga selesai.
5) *Tambah 2 sudu besar paste gula melaka atau lebih jika suka. Pukul sehingga sebati dan boleh terus digunakan.