Showing posts with label Pasta. Show all posts
Showing posts with label Pasta. Show all posts

March 20, 2016

Spaghetti Carbonara yang Simple


Takda modal nak masak apa untuk anakanda boboiboi tengahari tadi. 

Sejak boboiboi masuk movie, tahap konsentrasi Fawwaz terhadap boboiboi semakin meningkat. Tapi Abi dah warning jangan bawa ke panggung wayang! Tup tup.. masa ummi ambil dia di kelas tadi, cikgu sibuk suruh dia tunjuk borang kat ummi. Rupanya borang nak bawa kanak2 tu tengok Boboiboi... Hehe.. nampaknya bakal terlepas la dia kali ni... Silap2 ummi join sama nanti sambil belanja popcorn.. :D

Balik2 ummi masakkan spaghetti carbonara from Italy ya.. bukan dari Pizza Hut macam selalu. Haritu ummi tetiba skodeng youtube pasal pasta ni.. Duk tercari2 camna nak buat macam Mrs Vanelli's yg sodap tu. Tengok juga camna Italian buat spaghetti carbonara kat Jamie Oliver. Oh macam tuuu,.... sonang je. Bukan macam nak buat mee goreng! Tapi makcik ni takda bahan2 yang cukup.. jadi apa yang ada je lah. Contohnya, instead of parmesan or cheddar, makcik guna cream cheese yg buat kek tu je.. hahahaha!

Tapi sedap la jugak rasanya... Next time guna bahan yg betul. Ini kali tulis dulu..



SPAGHETTI CARBONARA
(2-3 orang makan)

Bahan2:

Secekak spaghetti 
1 biji telur
1 biji kuning telur sahaja
Parutan keju parmesan secukupnya (ikut suka nak banyak cheese atau tidak)
Sedikit garam halus
Serbuk lada hitam (saya guna lada sulah) - tabur ikut citarasa
1 ulas bawang putih - ketuk
1/2 biji bawang holland (yg hijau tu.. potong dadu) - ini saya tambah sendiri
Minyak zaitun (atau butter)
Meat slice (potong kecil) - saya tak letak pun 
Oregano - saya tambah

Cara2:

1.  Rebus spaghetti sehingga lembut. Bila dah lembut jangan matikan api dulu, lakukan langkah 3.
2.  Sementara merebus spaghetti, masukkan telur, kuning telur, parutan keju, garam dan lada sulah ke dalam mangkuk. Kacau sebati dan ketepikan.
3.  Panaskan minyak zaitun/mentega dan masukkan bawang putih dan bawang holland. Masukkan juga meat slice dan kacau2 sehingga layu.
4.  Masukkan spaghetti yang masih panas dan gaul. Jika agak kering, tambah dengan air rebusan spaghetti 
5.  Mastikan api. Tuang adunan telur ke dalamnya dan gaul cepat-cepat sehingga rata. Telur akan masak sendiri dengan kepanasan spaghetti tu.
6.  Siap untuk dihidang panas2. Kalau suka boleh parutkan lagi keju


NOTIS:

JANGAN CURI PINGGAN SAYA YA DAN MASUKKAN RESIPI LAIN PULAK KAT FB TUUU... AI TAK SUKA!!


November 30, 2014

Spaghetti Carbonara

Favourite anak bujang akak, Ahmad Fawwaz.... Selalunya mak dia order je di Pizza Hut. Tapi semenjak peristiwa silap haritu, mak berusaha untuk buat sendiri. Sebenarnya bukan tak pernah buat, tapi belum dapat sentuhan yang kena pada citarasa kami. Walau tak sama, sekurangnya sipi2 ada rasa. Kadang order di tempat lain pun masih tak mampu menawan tekak anak syurga akak tu.

Maka di satu pagi yang indah, akak dapat restu abe untuk keluar sebentar ke kedai buku. Nak beli Al Quran terjemahan yang sangat menarik 'presentation'nya berbanding yang akak dah ada. Maklum, mata dah semakin rabun, tak larat baca tulisan kenit2. Dah ambil apa yang dihajati, nampak pulak buku2 masak. Terus capai buku2 Chef Hanieliza yang banyak lagi simple dan murah belaka tu. Salah satunya, buku Senangnya Memasak - Makanan barat. Sangat simple. Memang sesuai untuk menu En Fawwaz.


Resipi pertama yang akak cuba ialah carbonara. Tajuk asal fetucini carbonara, tapi akak tukar dengan spaghetti. Bahan2 pulak akak masuk je apa yang ada. Bahan yang rasanya tak akan merosakkan selera Fawwaz. Akak ambil bahan2 utama je.. dan main campak2. Maklum, chef terjun pokok... huhu.  Resipi di bawah adalah versi buku bersama tambahan nota akak.


SPAGHETTI CARBONARA 
Sumber: Chef Hanieliza, Senangnya Memasak Makanan Barat

Bahan2:

Spaghetti secukupnya (rebus hingga lembut) - resipi asal guna fettucine
1 labu bawang besar (potong dadu) - saya guna bawang holland yg kehijauan tu
1 ulas bawang putih (cincang halus)
10 batang sosej (dipotong kecil) - saya tak guna banyak ni
Kepingan isi ayam secukupnya (potong kecil) - yg ini saya tambah dan guna yang telah dipanggang
2 biji tomato (potong dadu) - saya tak letak
10 biji cendawan butang (dipotong) - saya tak letak
1 cawan susu segar
1 sudu makan serbuk lada hitam - saya letak sikit, takut Fawwaz tak suka
1 sudu makan serbuk oregano - saya letak sikit je
125g keju cheddar
1 biji capsicum merah & hijau (potong dadu) - tak letak
30 g daun parsli - tak letak
100g keju parmesan - tak letak
2 sudu makan minyak jagung - saya guna butter
Garam secukup rasa

Cara2:

1. Panaskan minyak/butter, kemudian tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau
2. Masukkan sosej, tomato, cendawan butang, isi ayam dan susu segar. Kacau rata.
3. Masukkan serbuk lada hitam, oregano dan garam. Kacau rata sekali lagi.
4. Masukkan keju cheddar dan capsicum. Masak sehingga pekat.
5. Tuangkan ke atas spaghetti/fetucini dan taburkan daun parsley dan keju parmesan. Hidang.


Tengok tu... memang banyak list yang saya omit. Namun rasanya tetap sedap... ;)
Testimoni akak makan 2 round kasi habis.. mak sangat suka hati.. hehe.


July 28, 2011

Baked Macaroni


Sos spaghetti bolognese haritu masih berbaki banyak dan saya simpan di freezer.  Kot2 teringin nanti, tinggal defrost je kat microwave.  Tapi tetiba teringat nak buat baked macaroni la pulak.  Dah lama sangat macaroni tu bertapa kat gobok..

Jadi petang semalam siap2 rebus macaroni, pastu simpan kat fridge.  Pagi2 tadi keluarkan semua macaroni dan sos bolognese... Senang kerja2ku... tak payah tumis2 lagi.  Resipi ni kira macam mix and match je la... pastu ada gak cilok2 idea orang terutama blog yatiememories... bab2 letak sos putih tu. Maka dapatlah breakfast dgn baked macaroni... ada separuh lagi untuk lunch saya nanti dan dah tentu tak abis juga huhuu... tulah! Nak bagi budak2 bangla yg buat cleaning tu macam tak cukup la pulak... ;|| 
 
Bahan2:
Macaroni
Sos bolognese 
Sos putih
Keju mozarella

Beginilah cara2nya ye... tetiba malas sikit... :D :

- Mula2 saya rebus 1 1/2 cawan macaroni sampai al dente dan toskan
- Kemudian panaskan semula sos bolognese tu (kalau takde yg sedia ada, boleh tengok kat SINI atau goreng macaroni macam kat SINI)
- Masukkan macaroni dan gaul rata
- Sapukan sedikit majerin atau mentega ke permukaan bekas 'baking' yang bersesuaian.  Masukkan separuh dari macaroni tadi ke dalamnya.  Ratakan
Lapisan pertama 
- Tuang separuh sos putih ke atasnya.. BAHAN & CARA BUAT SOS PUTIH LIHAT DI BAWAH TU... ;D
 - Masukkan baki macaroni ke dalam bekas dan tuang lagi sos putih.
- Tabur dengan keju mozarella...
- Bakar dalam ketuhar dengan suhu 180C selama 30 minit atau sampai keju keperangan...

SOS PUTIH
Bahan2: 1 sb mentega, 1 sb tepung gandum, 200ml susu, 1 sb cream cheese (orang selalu guna cheddar cheese keping tu), sedikit lada sulah dan garam

Cara2:  Cairkan mentega hingga panas, masukkan tepung gandum dan kacau cepat2.  Tuang susu... masukkan cream cheese, lada sulah dan garam.  Didihkan sebentar dan angkat.

July 7, 2011

Spaghetti in White Sauce

Harini nak cerita menu kanak2 lagi... Kaedah yg sama je dengan menu macaroni yg lepas.. Khas untuk kanak2 yg cerewet bab makan di rumah ni. Kalau makan nasi atau pasta lepas 4 suap tu, dah kira OK lah... kalau sampai 5 suap ke atas, umi dia punyalah suka...

Menu kali ni dah tentu lebih 5 suap.. tapi tak sampai 10 pun haha!  Sebenarnya dah kenyang makan benda lain pun esp susu.  Anakku ini jenis suka makan kek terutama kek coklat.  Selagi belum puas makan, akan terus minta refill bekas tigger & pooh dia tu!  Selain tu dia suka roti... kadang sekali makan 3-4 keping roti sapu majerin & jam atau kaya.  Nasi atau makanan utama je dia memilih...

OKlah.. senang je masak ni...resipi campak2, buat tukar2 hidangan bebudak... Fawwaz kata "Yes!.. pasta.."

Bahan2:

Secekak spaghetti - celur dan toskan
Daging ayam yg dicincang
1 ulas bawang putih - cincang halus
1 sudu tepung gandum
1 sudu mentega
1 sudu cream cheese - saya guna cream cheddar cheese (opt)
1 cawan (200ml) susu segar

Cara2:
1)  Panaskan mentega dan tumis bawang putih hingga wangi..
2)  Masukkan ayam dan kacau2 hingga ayam kelihatan pucat/masak
3)  Masukkan tepung dan kacau sampai keperangan
4)  Tuangkan susu diikuti cream cheese... sampai mendidih dan pekat
5)  Masukkan spaghetti dan angkat...


June 22, 2011

Tomato & Oregano Spaghetti

Bagi nama simple je kat spaghetti nih... Malam semalam, selepas menikmati hidangan asam pedas ikan tenggiri dan sayur2an, terus kita ambik oder untuk malam ni.  Hidangan selain nasi ye!  Abe terus sebut spaghetti goreng.. Alamak! Ada lagi ke stok spaghetti sbb haritu tak beli?  Maklum dah lama tinggalkan rumah ni. Abe kata takpa.. maybe ada kat kabinet sebelah tu..hehehh.

Sekali lalu ada nampak resipi seumpama ni.. tapi dia guna basil dan seafood.  Semua bahan tu akak tinggalkan je kat Geant haritu...

Bahan2 (utk makan sorang je) :

Secekak spaghetti - celur (tapi saya guna angle hair je malam ni..)
1 ulas bawang putih - racik halur
1/2 sudu kecil oregano (boleh tukar basil)
1/2 biji tomato - potong kecil2
2 sudu minyak zaitun
Sedikit garam
Hirisan isi ayam atau seafood - opt

Cara2:

1)  Tumis bawang putih dan oregano sehingga wangi
2)  Masukkan tomato dan kacau sehinggga layu.  Kalau ada ayam atau seafood, masukkan masa ni
3)  Masukkan spagetti dan garam. Gaul rata dan angkat.


En Abe nak yg melayu punya... letak cili, bawang, tomato + cili sos & semua.... :)

Makanan sihat kan.... lalala!!

June 14, 2011

Macaroni with White Sauce



Menu untuk kanak2 yg kurang suka makan... Kanak2 itu ialah anak saya hehe!  Kalau kelmarin dia suka nasi dan sup, hari ni dan mungkin untuk seminggu dia takkan menyukainya.  Makan 2 suap terus cakap NO!  Kalau ada roti, boleh cover sikit... Tapi kadang tu, dah habis dan tak sempat beli... Mak kena kreatif sikit... cuba itu dan ini.  Kadang2 macaroni + keju yg dicairkan dah cukup selera... Buat resipi simple je sebab si kecik ni tak berapa adventurous bab makan.

Bahan2:

1 cwn macaroni - direbus sampai lembut dan toskan

Sos putih:


1 ulas bawang putih
2 sk penuh tepung gandum - bancuh dgn air
1 sb mentega
1 cwn susu segar
1 sb cream cheese
Secubit stok/cube ayam (opt) - sebaiknya guna daging ayam yg dicincang, tp masa ni takde
Secubit garam

Cara2:

1)  Panaskan mentega dan tumis bawang putih sampai layu
2)  Masukkan bancuhan tepung dan kacau sampai perang dan tidak berketul
3)  Tuang susu dan biarkan mendidih
4)  Masukkan cream cheese, garam dan stok ayam.  Kacau sampai pekat
5)  Tuang ke atas macaroni atau lain2 pasta yg telah direbus


sesuai juga untuk orang dewasa... tambah mushroom dan isi ayam..



 Selingan... hari ni 14/6 birthday Fawwaz.. terpaksa buatkan kek coklat yang tak cukup sifat.. maklum baru mendarat.. Malam ni baru nak keluar cari bahan atau beli yg siap je utk suka2... :D

May 28, 2011

Spaghetti Bolognese



Dah lama tak masak sendiri spaghetti bolognese ni... Dah tak ingat bila kali terakhir tu.  Maklum saja, saya ni kadangkala tak begitu teruja nak makan hehe... Lagi satu sebab anak tak suka, maka saya tak berapa semangat nak membuat benda paling mudah ni.  Dia lebih suka carbonara yg beli je kat pizza hut tu.  Kalau tgh dlm flight pun, selalu pama dia yg tolong perabih spaghetti bolognese dalam 'child meal' tu.

Hari ni makcik sekeluarga nak datang.  Amat susahnya nak fikir masak apa sebab sikecik ni selalu tak bagi chance mama dia masuk dapur lama2.  Tak tau kenapa.. tapi inilah dugaan dan ujian supaya saya lebih sabar kott.. So, fikirkan yg senang jelah.. spaghetti bolognese.  Masak pun masa dia tidur.  Lagipun adik2 cousins ku itu dah lama tak makan spaghetti ku ini.  Untuk pakcik yg sorang tu, nantile pelan2 chek buatkan kari ikan na... kalau boleh nak masak depan TV ni sambil tengok playhouse disney.. :P

Semua pun pandai buat masak campak2 ni... Tapi sajalah kita nak post juga kat sini juga..

RESIPI SPAGHETTI BOLOGNESE

Bahan2:

1 peket spaghetti - rebus al dante (atau ikut citarasa)

Bahan2 sos :

1 bungkus daging cincang (minced meat) - saya guna produk Ramly tu..
1 biji bawang besar - potong dadu
3 ulas bawang putih - hiris nipis
1 biji tomato yg besar - potong dadu
1 tin cendawan butang - hiris nipis
1 batang celeri - hiris nipis (kadang saya tak letak pun..)
1 tin tomato puree
Sedikit air (dalam satu tin puree tu)
Sedikit minyak zaitun (kalau takde, minyak biasa pun boleh)
Garam secukup rasa
Sedikit gula
Lada hitam - kisar
Oregano atau bay leaf (atau kedua2nya..)

Cara2:

1)  Panaskan minyak dan tumis bawang sampai layu
2)  Masukkan daging cincang yang telah dibasuh.  Kacau sambil hancur2kan daging yg kadang bergentel.  Biar sampai daging tu kelihatan pucat
3)  Masukkan tomato dan cendawan
4)  Masukkan puree dan sedikit air
5)  Kacau sebati dan renih kuah sampai pekat dalam 30-45 minit.  Perasakan dengan garam, gula dan lada hitam ikut citarasa.
6)  Akhir sekali taburkan daun oregano


July 22, 2010

Macaroni Goreng Simple


Antara makanan kegemaran Fawwaz buat masakini. Bukan apa, anak bujangku ini memang suka tukar2 selera. Tapi memang dia agak suka pasta dan antara ranking tertinggi Spaghetti Creamy Carbonara (Pizza Hut), Macaroni Cheese (Kenny Rogers) dan baru2 ni sejenis masakan pasta yg sedap dan byk cheese di Bahrain (tak ingat namanya..). Yg aku buat ni versi cincai lorrr...

Bahan2 (cukup utk kami berdua) :

1 mangkuk Macaroni (atau apa jua jenis pasta)
Daging/ayam cincang secukupnya
1/2 Bawang besar
1 ulas bawang putih
1 mangkuk mix vegetable
Sedikit tomato paste atau puree
Sos chili
Sos tomato
Garam
Gula
Minyak zaitun (atau apa2 pun..)

Cara2:

1) Makaroni direbus sehingga empuk dan toskan
2) Bawang besar dan putih ditumbuk kasar (boleh juga kalau nak hiris je)
3) Tumis bahan (2) hingga naik bau. Masukkan daging dan kacau hingga empuk (boleh tambah air sikit)
4) Masukkan tomato paste, tomato sos, cili sos, garam dan gula. Kacau seketika.
5) Masukkan sayur campur diikuti makaroni dah kacau hingga sebati rasanya.
6) Kalau suka, boleh tabur dengan sedikit keju atau bawang goreng.



November 11, 2009

Lets Clear the Fridge!

Tinggal seminggu kami nak balik M'sia. So, slowly kena clear kan barang2 dan stok makanan yang di dapur, kabinet dan fridge. No more new stocks.. So, pagi ni utk breakfast, aku masak dengan serba kekurangan tapi bolehlaa... utk orang2 di perantauan atau bujang, boleh jee..

Resipi 1: Spaghetti Carbonara



Bahan2:

Spaghetti - anggaran utk 2 org
1 ulas bawang putih - racik halus
1/2 biji bawang besar - racik mcm dadu
Minyak (resipi asal minyak zaitun, tp aku guna minyak sunflower je. Tu yg ada..)
2 sudu serbuk mushroom soup (optional - bancuh dgn air sedikit)
1/2 kiub ayam
2-3 sudu mayonaise
1 biji tomato (potong kiub)
2 sudu mentega (sbb butter takde, aku guna margerine je..)
Oregano
Garam & serbuk lada hitam

Cara2:
1) Rebus spaghetti dalam air yang dicampur garam sampai lembut. Toskan.
2) Tumis bawang putih dan bawang besar hingga layu.
3) Masukkan spaghetti dan 3-4 sudu air rebusannya.
4) Masukkan mushroom soup, kiub ayam (campur sedikit air), mayonaise dan mentega. Gaul hingga sebati. Masukkan garam dan lada hitam dan rasakan ikut citarasa.
5) Akhir sekali masukkan tomato. Taburkan dengan oregano.

Note: Tabur dengan parmesan cheese jika suka atau ada dalam fridge :D

Resipi 2: Susu Pekat Manis (dapat dari MyResipi, since coffeemate sudah khalass semalam..)


Bahan2 :
500ml susu kotak (fresh milk)
100ml (1/5) gula

Cara2:
Campur kedua2 bahan dan letak atas api sampai pekat. Perlu selalu dikacau.

October 21, 2008

Makaroni Goreng

Resepi yg kuperolehi dari Zulfa suatu masa dulu.

Bahan2:
1 paket makaroni - direbus
1 paket daging kisar
4 ulas bawang putih - kisar
1 1/2 labu bawang besar - kisar
2 cawan sayur campur
2 sudu serbuk kari
3 sudu sos tomato
3 sudu sos chili
Tomato puree (opt)
Garam & gula secukup rasa

Cara2:
1. Tumis bahan kisar sehingga keperangan atau naik bau. Masukkan serbuk kari diikuti sedikit air.
2. Masukkan daging kisar dan biarkan sehingga daging masak.
4. Masukkan sos, garam & gula. Sos boleh ditambah jika suka.
5. Bila dah sebati rasanya, masukkan sayur dan makaroni. Angkat bila dah masak.