Showing posts with label Laksa. Show all posts
Showing posts with label Laksa. Show all posts

November 28, 2020

Laksa Johor Sedap


All time favourite. Tahun ni akak macam rajin sikit menggodek laksa. Semua channel pi siasat demi nak dapat rasa pior macam yg pernah akak makan dulu2. Walau tak setanding rasa laksa mak kepada ex officemate akak si Kamalrul buat, tetaplah puas hati sebab laksa ala2 kayangan ni macam tak jumpa kat Jitra neh. Nak makan, kenalah rajin sikit. Lepastu simpan kuah frozen. Bila2 masa teringin, tinggal rebus spaghetti je.. Yumm. Pueh hati ai.. 😋😋


LAKSA JOHOR CIKSITI
(Anggaran: 10-13 org makan) 

Bahan2:
1 1/2 bungkus spaghetti/angel hair

Kuah:
1kg ikan parang/tenggiri/kembung - biasa akak buat versi bajet je, guna ikan kembung lemak 😊
*Rebus dgn 600ml air dan 2 asam keping. Ambil isi. Kisar guna air rebusan. 
150g isi udang segar - kisar
50g udang kering - kisar
50g ikan masin kurau - kisar
*Rebus kulit udang, kisar bersama airnya dan tapis. Ambil airnya
*Kisar tulang ikan, tapis dan ambil airnya

Bahan B - kisar/tumis
100g bawang merah/besar
40g bawang putih
15g halia 
10g lengkuas
2-3 btg serai
20g cili kering (rebus, tos & blend) 
50g rempah kari ikan
Minyak utk menumis
Air secukupnya

Bahan C:
500g santan segar atau 2x RM2 pun boleh
150ml air
50g kerisik
2-3 kpg asam keping
Garam & gula - secukup rasa
1 sk sesedap rasa/Hilal atau kiub ayam - optional

Cara2:
1) Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Tambah air sedikit. 
2) Masukkan semua bahan2 lain. Kacau sebati dan masak sehingga mendidih. Biarkan merenih seketika. 
3) Tambah air ikut keperluan pd kepekatan. Laksa johor kena pekat sebab dorang biasa makan guna tangan katanya. 

Sambal belacan:
80g cili merah
10g cili padi
10g belacan - bakar/goreng
Secubit garam
1/2 sk gula
- tumbuk/kisar 

Ulam:
Timun hiris mcm spiral, buang bhg biji
Taugeh mentah
Bawang besar
Daun selasih
Daun kesum
Limau kasturi
Lobak asin - rebus 5 minit



May 14, 2016

Laksa Siam Senang dan Sedap..

Sejak duduk di Kedah akak baru kenal akan LAKSA SIAM ni.. Kat KL tak pernah jumpa. Sekali makan terus jatuh cinta. Padahal hat beli tu serba kekurangan. Letak sayur pun cuma kacang panjang 2 batang x 2 ruas jari gitu.. hehe! Tapi pernah makan kat kenduri, baru meriah ulam2an nya. Akak memang suka ulam esp yang krup krap gitu.

Selain laksa Johor, ini adalah pilihan seterusnya.. Asalkan jenis lemak macam laksa Trengganu dan Laksam, meme akak suka.

Semalam akak merajinkan diri buat laksa siam tu. Gigih cari bahan2 di pasar Taman Aman. Alhamdulillah, puas makan walau ada sikit slack nye sebab akak guna santan fresh yang tak fresh dibeli kat pasar tu. Tak tau la kenapa boleh beli santan tu sebab biasanya akak prefer guna santan kotak atau beli kelapa parut dan perah sendiri guna air panas.

Resipi akak ikut Joice Manirath di group FB MAHN. Tapi akak ada tambah bahan hasil dari skodeng kat beberapa blog.. Bila dah sekali buat tu, memang terasa senang la..


LAKSA SIAM
(Rujukan : Joyce @MAHN)

Bahan2:

1 peket laksa halus - rendam 1 jam dan celur hingga masak.

Kuah Laksa:

4 ekor ikan kembung sederhana besar (atau guna 2 tin besar ikan sardin)
4-5 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
2 batang serai *
1 inci lengkuas (joice tak letak) *
1 inci kunyit *
2 sudu besar cili kisar (atau 12 biji cili kering) *
1 batang bunga kantan *
Sedikit belacan *
2 kotak kecil santan
3 keping asam gelugur
Garam dan gula
Air secukupnya
3-5 keping daun limau purut

Cara2:

1) Rebus ikan dengan 2 keping asam.
2) Keluarkan isi ikan dan lenyek2 atau kisar. Simpan air dan asam.
3) Kisar semua bahan bertanda *
4) Didihkan santan bersama air.
5) Masukkan bahan kisar ke dalamnya.
6) Bila mendidih, masukkan ikan dan kacau sebati.
7) Perasakan dengan garam dan gula.
8) Masukkan daun limau purut dan matikan api.

p/s: Ada satu lagi bahan penting yang orang Siam guna iaitu akar temu kunci (rujuk gambar di bawah). Tapi akar ni agak susah nak cari. Sesekali je akak nampak di pasar pagi Jitra. Dimasukkan sewaktu merebus ikan. Yg ni akak kena check balik sebab dalam resipi ni tak guna.

Ulam2:

Bunga kantan
Kacang panjang
Tauge
Timun
Limau kasturi

Laksa yg halus.. Kalau takda yang kasar pun takpa

Serai, bunga kantan, bawang, kunyit dan lengkuas
Akar temu kunci - gambar google
Ulam-ulaman
Kalau beli atau makan di luar kuahnya cair, tak nampak ikan.. Buat sendiri kasi ikan lebih.. dah macam laksa johor pulak



February 3, 2016

Laksa Johor




Sesekali mengidam laksa kegemaran akak iaitu laksa johor.. Dapat pulak selepas ternampak satu post di FB.. Tapi maaflah kat orang Johor kiranya tak asli resipinya. Akak guna apa yang ada je.. Asal ada rasa.. Sebab susah nak jumpa laksa johor ni, lagi-lagi kat Utara.

Bila dapat buat sendiri, dapatla makan puas-puas.


LAKSA JOHOR

Bahan2:
(untuk hidangan 4-5 orang)

Kuah
500g ikan selayang/kembung (org Johor selalu guna ikan parang atau tenggiri)
3 biji bawang besar *
1 inci halia *
1 inci lengkuas *
2 batang serai *
1 sudu besar udang kering
2 sudu serbuk kari ikan
2 sudu cili kisar
1 sudu kerisik
1 cawan santan
1 1/2 cawan air
Garam
Minyak untuk menumis

Cara2:
Rebus atau kukus ikan, selepas itu asingkan isinya dan kisar. Ketepikan air rebusan ikan.
Kisar bahan * iaitu bawang, halia, lengkuas dan serai.
Kisar atau tumbuk halus udang kering secara berasingan.

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
Masukkan serbuk kari, kacau sebentar dan tuang sedikit air.
Masukkan pula cili kisar dan tumis sehingga terbit minyak.

Masukkan cili kisar, santan dan air rebusan ikan.
Bila dan mendidih, masukkan udang kering dan kerisik, juga garam.
Renih sebentar sehingga agak pekat. Kuah laksa Johor memang sepatutnya pekat.

Ikut resipi yang saya follow, mereka tak letak asam keping dan yang sewaktu. Tapi waktu merebus ikan saya memang letak asam keping dan masuk je terus ke kuah tu..

Bahan2 Lain & ulam:

1/2 bungkus spaghetti - rebus hingga lembut
Tauge
Timun - racik
Daun kesom  - racik
Kacang panjang - racik
Bawang besar Holland - mayang
Limau kasturi/nipis
Sambal belacan


Hok ni gambar selingan - koci keledek biru :D



July 15, 2013

Laksa Johor Express

Dah lama mengidam laksa Johor.. Tapi rasa renyah pulak nak buat dalam keadaan rakyat jelata yg cuma 2 orang.. Fawwaz tolak tepi sebab dia takkan makan punyaa..


Hari ni dapat satu idea.. Sebenarnya bukan idea hari ni, tapi dari sebelum puasa lagi. Cuma hari ni tiba2 nak buat walau banyak benda terutama ulam-ulaman takde.  Kisahnya, ada sebekas kuah laksa Perlis pemberian jiran yang membeku sejak hari pertama dapat. Bukan tak makan dia punya, tapi banyak sangat dan sayang nak buang. Mujur2 tak tahun depan je akak sedar ada benda tu dalam chest freezer tu hehe!

Maka akak pun defrost itu kuah dan buang airnya yang jernih tu. Ambik isi je. Maka proses penukaran warganegara pun bermula. Laksa johor versi kalau rakyat local Johor rasa, tak tau apa komen dorang hihi... Akak pernah buat sekali dulu, guna ikan tenggiri, pastu letak ikan masin kurau bagai.. High class betul laksa johor ni. Tapi kali ni, selain guna kuah Perlis tu, akak tambah lagi seekor ikan kembung yang agak besar.. Akak rasa sedaplah juga hehehe...

Selain derhaka, bahan2 pun main cekup2 je..


LAKSA JOHOR

Bahan2 kuah:

Ikan kembung - rebus dan ambil isi
1 inci halia - ketuk
1 batang serai - titik
2 sudu rempah kari ikan
Santan secukupnya (saya main tuang je sedikit santan kotak)
1-2 keping asam gelugur
Garam dan sedikit gula

Kisar:
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 sudu cili kisar (kalau takde, kisar cili kering sekali dgn bahan2 lain)
1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih - saya tumbuk dulu jintan dan ketumbar, baru kisar sekali dengan yg lain

Lain2 :
Spaghetti - celur dan tos
Ulam-ulaman seperti timun, tauge, carrot, bawang besar hiris, cili padi, bunga kantan dan lain2.
Tadi, yang saya perlu tapi tak ada ialah bunga kantan... dan kuah asal tu rasanya dah berperisa daun kesum.. :P

Cara2 buat kuah:

Campurkan bahan kisar dengan rempah kari dan serai.
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
Tuang air atau air rebusan ikan.
Masukkan pula isi ikan diikuti santan, asam keping, garam dan sedikit gula (dlm 1/2 sudu teh je)
Bila dah mendidih dan cukup rasa, matikan api.


February 8, 2012

Laksa Utara


Tiba2 rajin nak masak laksa sendiri.  Walau saya tak berapa suka bau rebusan ikan, tapi keinginan melebihi segalanya..  Lagipun, inilah antara sajian sihat yg tak perlu gunakan minyak.

Sebut pasal minyak, 2-3 menjak ni saya tengok rak minyak masak (kelapa sawit) kosong belaka di Giant, the Store dan MyMydin.  Terencat aktiviti nak buat karipap.. Bukan apa, ada inti sedikit tu, sayang pula.. Takkan nak guna minyak canola.  Bukan tak boleh, saja tak membolehkan...  Kalau goreng2 dlm kuantiti yg banyak saya memang guna minyak biasa cth Saji sebab nak sekali guna je.  Kalau biasa2 tu, guna yg lebih sihat..  Tak pastilah kebenarannya... Ikut je nasihat pakar hehehe!


LAKSA UTARA

Bahan2 (utk 2-3 org):

Untuk Kuah
4 ekor ikan kembung - rebus
1 labu bawang besar (tgk juga saiz - kalau besar sgt, sy guna tak sampai selabu) *
3 cm belacan *
3 sudu cili kisar
6 keping asam gelugur
Garam secukup rasa
Sedikit gula - kalau nak bubuh

Isi:
Laksa secukupnya
Timun - racik halus
Bawang besar - racik halus
Telur rebus
Cili padi atau cili merah - potong nipis
Limau kasturi/nipis

Cara2:

Kuah
1)  Toskan ikan yg direbus.  Simpan airnya.  Asingkan isinya dan kisar.
2)  Kisar bawang dan belacan.  Kalau takde cili kisar yg dah siap, sekalikan beberapa batang cili kering (ikut citarasa) semasa mengisar bawang.  Sebaiknya cuci dan keluarkan biji cili tersebut.
3)   Campurkan sekali air rebusan ikan, isi ikan yg telah dikisar dan bahan2 kisar lain (bawang) ke dalam periuk dan masak hingga mendidih.  Perasakan garam dan asamnya.  Kalau tak cukup masam, boleh tambah lagi asam keping.  Matikan api bila sudah agak pekat.
4)  Tuangle kuah ke atas laksa tu... slurrppp!!