Hehehe... memang takdolah orang cari resipi manggo masam kan.. >.<
Dalam rumah ni, yang suka beli buah dan perabis buah ialah encik suami. Lepas tu yang tukang kupas dan selalu tak sempat makan melainkan masa mengupas ialah puan saya. Kalau buah tu sodap, manis boleh la rasa sikit2. Contoh macam nenas, mangga, tembikai dan betik. Kalau jenis masam macam oren tu, sikit2 je akak rasa. Bila masam sikit, nak tolong kupas pun mak malas! Akhirnya 2-3 bijik masuk plastik sampah bila dah makan minggu dan bulan. Kalau tak dikupaskan, memang jadi hiasan la kat peti sejuk tu... Akak memang anti buah masam.
Haritu ada sebiji mangga muda dan masam sesat dalam plastik pasar malam. Yang lain2 manis, dia je masam. Akak pun potong sekerat jalan. Kot2 abe nak makan hat sekerat yang dah terpotong tu. Rupanya, idokkk... dia pun tak sudi.. hehehe! Sementelah musim viral mangga asam boi, akak pun terfikir nak memeriahkan dapur tu dengannya. Memang tak pernah tergoda pun nak buat. Tapi dari dibiarkan sepi dan layu, akak belikan juga sepeket asam boi kat kedai wanwan.
Cara membuatnya: Potong kecik2 mangga tu, bubuh 2 1/2 sudu gula, tuang asam boi (adalah 5 biji kot..) dan 3 batang cili padi. Haaa.. tu dia! Pepagi lepas subuh tadi akak buat sampai terloncat2 bekas tu masa akak goncang2. Macam tak ikhlas je kan nak buat. Resipi asal kata, tunggu 4 - 5 jam dalam petisejuk, baru makan.
Masam2 manis dan bercili... Rasanya mungkin ambil masa nak habis walau cuma sebiji mangga... atau sekadar perhiasan untuk seminggu dua lagi... hahaha!
Showing posts with label salad. Show all posts
Showing posts with label salad. Show all posts
December 1, 2014
July 19, 2011
Ayam Panggang & Salad Kentang... lagi
Menu mingguan... tapi minggu ni awal sikit mem'baking' ayam. Sebab dah perap sejak Khamis atau Jumaat lepas (tak ingat)... dan menyimpan di freezer. Resipi ayam panggang saya tak banyak beza dengan yg lepas2.. tapi kali ni saya letak rempah kari dan sos lada hitam. Side dish ingat nak buat mashed potato, tetiba nak tukar jadi potato salad... hehe
AYAM PANGGANG
Bahan2 perap: Bawang putih, bawang besar, halia & jintan manis/kasar - dikisar kesemuanya
Campur bahan kisar dengan serbuk kari daging (sikit je), sos lada hitam, garam, gula dan sedikit jus lemon.
Lumur pada ayam dan perap sekurang2nya 3 jam... masa nak bakar lumur dengan minyak sikit..
Masukkan ke dalam oven dengan suhu 200C selama 40 min - balik2 kan...
POTATO SALAD
Bahan2:
2 biji kentang - direbus hingga empuk dan toskan
1 biji telur - direbus hingga masak dan hancur2kan
Sedikit bawang besar - racik halus
Daun parsley - racik halus
1 sudu besar mayonese
Secubit garam
Sedikit serbuk lada sulah
Cara2 - campur kesemua bahan dan gaul sebati
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Mungkin ada beberapa entri saya dah letak tentang resipi cream cheese yg selalu saya guna untuk frosting atau topping kepada kek red velv...
-
Projek petang tadi... untuk melangsungkan projek cheese tart sebelah malamnya. Tiba-tiba akak dapat seruan untuk buat inti coklat sendiri. S...
-
Setelah beberapa kali tertangguh, petang tadi akak merajinkan diri menguli secara manual 1/2 adunan pau yang menjadi favourite anak bujang a...
-
Gambar oleh Wilton Sejujurnya, saya tidak pernah menggunakan buttercream utk kek2 saya. Kalau ada pun, coffee buttercream untuk Opera ...
-
Semua yg akak buat tahun ni untuk Hari Raya (kecuali kek) adalah bertemakan 'yang pertama kali'... Bukan banyak pung.. cuma biskut s...





