Showing posts with label Cookies. Show all posts
Showing posts with label Cookies. Show all posts

February 24, 2021

Biskut Cornflakes Cruncy 2021

Cookies yang menjadi kegemaran Fawwaz. Yang pasti, kukis ni memang simple je buatannya, TANPA TELUR dan rangup digemari ramai. Kalau mak buat, anak akan borong kasi habis semua, duk ulang2 tu je selagi belum kosong bekas.

Simpan sini untuk rujukan masa depan.


CORNFLAKES COOKIES RANGUP 
Sumber : Norees
Ubah sedikit : ACik Siti

Bahan A:
250g majerin - saya guna Pelangi 
1 sk esen vanilla (resipi asal letak esen coffee/coklat emulco)
100g gula kastor

Bahan B
200g cornflakes - dikisar
1 pkt nestum instant 3 in 1 (resipi asal 100g conflakes diramas/nestum)

Bahan C
100g tepung jagung
200g tepung gandum
30g chocolate chips

Cara2:
1. Putar majerin dan gula hingga kembang. Masukkan esen.
2. Masukkan bahan B. Gaulkan.
3. Masukkan tepung jagung, gaul sebati,
4. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil menggaul.
5. Akhir sekali masukkan chocolate chips. Boleh juga jika nak masukkan kekacang seperti badan yang telah disangan.
6. Bantukkan adunan dan bakar dengan suhu 165C selama 20 minit (ikut kebiasaan oven anda)



July 28, 2016

Blueberry Cheese Tart Kembung

Semalam buat stock clearance..
Nampak balance cream cheese dalam peti sejuk yang rasanya tak sampai 250g. Kalau dibiarkan lama, harus bertukar ke warna pink dan terpaksa buang..
Buka cabinet pula, ada tart shell zaman bila entah.. adalah 10 biji. Itupun 2 biji dah sumbing sikit.. eheh.
Namun di hati macam terkenang ada kek span rainbow dalam freezer yang dah lama hibernate. Mana satu nak capai dulu ya..?
Akhirnya buat keputusan nak buat cheese tart yang membuncit macam trend masakini. Ini kali mesti menjadi buncitnya!

Tara.. walau tak cukup successful, rasanya dah kira menjadi. Buncit dan sedap pulak tu..


Meh akak tulis balik cara2 buat CHEESE TART yang akak guna sebelum ni. Tapi gambar tart shell takdak la yer.. Boleh klik di SINI kalau mau tengok.


TART SHELL
(Resipi asal: Azita Zain)

Bahan2:

170g majerin
50g gula aising
1 biji telur C 
290g tepung gandum
1 sk esen vanilla

Cara2:

Pukul majerin dan gula menggunakan senduk kayu
Masukkan telur dan esen vanila. Pukul.
Masukkan tepung dan uli hingga jadi doh.
Cetak menggunakan acuan tart shell mengikut saiz kesukaan. Cucuk dengan garpu di permukaannya
Bakar dengan suhu 170C-180C selama 25 minit.
Keluarkan dari acuan dan sejukkan.


CHEESE FILLING
(Resipi dari: Norien Kitchen)

Bahan2:
(anggaran 20 biji utk saiz 4.5cm)

250g cream cheese
25g mentega
50g gula aising
3 sudu makan telur - kocak2 dulu baru ambil (guna 1 biji saiz A yg dikocak)
1/2 sk esen vanilla

Cara2:

Gunakan cream cheese sejurus dikeluarkan dari peti sejuk.
Pukul cream cheese, mentega dan gula sehingga kembang.
Masuk telur dan esen. Pukul sebati.
Masukkan ke dalam piping bag dan paipkan ke dalam shell

p/s: Akak buat 1/2 adunan untuk 10 biji


CARA MEMBUAT CHEESE TART

Bahan2:

Tart shell
Cheese Filling
Filling berperisa blueberry dan lain2 ikut citarasa

Cara2:

Susun tart shell di atas loyang,
Paipkan filling ke dalam shell (dlm 1 sk)
Paipkan cheese menutupi filling dengan cara menegak dan banyak serta betul2 di tengah2 permukaan tart. Untuk hasil lebih baik, guna nozzle yang berlubang bulat dan besar (sy guna diameter 1/2 cm)
Bakar dengan suhu 180C selama 8-9 minit

July 1, 2016

Biskut Cornflakes yang Mudah tapi Rangup

Duk memikir nak tambah cookies kat dapur tu, tetiba akak jatuh berkenan pada satu resipi ni. Sangat mudah. Apalagi bahan2 semua ada terutama cornflakes yang dah berbulan tak habis2 tu. Walau asalnya akak nak buat tart nenas la, pastu sarang semut la.. akhirnya biskut cornflakes juga yang jadinya. Kalini akak buat terus dua adunan dan dapat 2 tray hitam tu..


Akak dah tak berapa ada masa nak bebel macam selalu.. heheh. Meh kita terus check resipinya. 



BISKUT CORNFLAKES RANGUP
Resipi asal dari: Amy Ayu Marissa (FB)

Bahan2:

1 cawan tepung gandum
125g mentega
1/4 cawan gula castor
1 sk esen vanilla
1 cawan cornflakes - diramas kasar

Cara2:

Kacau mentega, gula dan esen vanilla hingga sebati. Gunakan senduk kayu sahaja.
Masukkan tepung gandum dan kacau lagi.
Akhir sekali masukkan cornflakes yang kacau 'gitu'2 je
Bentukkan hanya menggunakan sudu sahaja terus ke atas tray yang disapu mentega/majerin atau alas sahaja dengan baking paper.
Bakar dengan suhu 160C selama 18-22 minit.
(Akak bakar menggunakan 'fan' setting selama 20 minit, sekali masuk 2 trays)




Resipi asal.. terima kasih ya :)

June 17, 2016

Kuih Semperit

Always first time! Hat ni pun first time akak buat semperit traditional. Resipi yang simple dan hasil yang sedap menepati citarasa, akak dapat dari Zeeta Jon (MAHN). Murah rezeki Pn Zeeta ni sebab semperit ni bisnes dia.. Cuma yang akak buat ni takla secantik semperit orang lain sebab dah adun2 sekali takda acu rupanya.. pakat guna nozzle deko cake tu hurmmm... jenuh menekan. Dapat sikit dah surrender. Terpaksa akak postpone sampai ada masa pergi kedai untuk beli acu. Sebab takda pilihan beli yang ada tu, tapi tak cantik pulak bunganya.. ahhaha takpalah nak makan sendiri. Meme kelang kelibut betoi mak buat kerja ya.. :P




KUIH SEMPERIT
(Sumber Zeeta Jon)

Bahan2 (I) :

315g majerin Planta
140g gula - kisar halus
1 biji kuning telur
3 sudu besar susu pekat
Sedikit esen vanila
Sedikit pewarna kuning

Cara2 (I):

Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk.
Pukul sekejap menggunakan mixer sehingga sebati (tak perlu kembang).

Bahan2 (II):

300 g tepung gandum
300 g tepung jagung

Cara2 (II):

Ayak sekali tepung ke dalam besen.
Tuang bahan yang dipukul (bhn I) ke dalamnya.
Uli dengan tangan sehingga menjadi doh,
Bentuk mengikut acu kesukaan.
Bakar dengan suhu 170C selama 18-20 minit (ikut oven masing2)

August 24, 2015

Semekut Ulangan

Memang tak boleh stop.. cuma boleh perlahankan mengunyah je...
Kemarin petang buat lagi sekadar utk stock up di rumah..



Tapi kak ni kan tak pandai sangat bab2 kukis, biskut dan yg sewaktu.. Masih kurang cantik di pandangan mataku..


Kot ada jiran jemuran teringin nak merasa dan menempah, jangan segan2 PM akak nahh...  :)




August 12, 2015

Biskut Mazola Kacang Hijau


Nama lainnya GREEN PEAS COOKIES.

Memang sedap kukis ni.. walaupun akak tertinggal keretapi ETS dr Padang Besaq. Masa adik beradik cerita kat WA akak baca dengar blur.. sampailah akak termakan kat rumah mak pada hari raya ke 4. Barulah terfikir "oohhh... inilah biskut hijo tu kott..".

Dari haritu dah cari bahan. Tapi sempatnya baru semalam di kedinginan petang yang mendung. Ada sikit part tak pass sebab akak baca tak pakai spek. Mata dah rabun, tapi jenuhla nak pakai spek sepanjang masa.. huuu. Jadinya akak bakarle sampai lebih 15 minit pada suhu 140C, padahal tulisnya 160C.. Belum kira topping telur kuning yg terlebih sapu.. tak cantek la sket ghope semekutnya yong..

Jom check resipi... TQ sisters yg share kat hakak resipi ni deh..



MAZOLA KACANG HIJAU
Sumber : Resipi Iza Akma SSK.
Menghasilkan 60-64 biji

Bahan2:

120g tepung kacang peas
180g tepung gandum
20g santan serbuk
100g gula aising
1/8 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam
120g minyak mazola

Hiasan
1 kuning telur + sedikit susu cair + sedikit minyak mazola

Cara2:

1. Sangan sebentar tepung kacang kemudian biarkan sejuk
2. Masuk semua bahan ke dalam bekas, tuang minyak mazola dan uli sehingga membentuk adunan
3. Biarkan selama 10 minit
4. Sukat 1 sudu teh penuh adunan, kemudian dibentuk bulat. Sapu kuning telur di atasnya.
5. Bakar dengan suhu 160C selama 20 minit.



August 6, 2015

Biskut Badam



Sesatunya biskut raya yang akak buat tahun ni. Kena tulis juga untuk rujukan akan datang. Akak pun dah tak rajin celoteh panjang2.. mungkin faktor usia kot.. ehehhh!

So, kita layan je resipi dia.. Akak dapat dari blog Yatimemories. Cuma tulisan ikut sesedap akak lah asalkan ingredient sama. Kiranya sedaplah biskut ni untuk tekak akak.. Itu je yang akak dapat katakan ya.. :)

Gambar tak berapa cun.. ikut kualiti hape murah akak tu ler..

BISKUT BADAM
Sumber: Yatimemories

Bahan2:

1 1/2 cawan mentega
1 1/2 cawan gula halus
2 butir kuning telur
1 sudu teh vanilla
1 cawan serbuk badam
2 cawan tepung jagung *
2 1/2 cawan tepung gandum *
Kuning telur secukupnya utk sapuan
Almond nibs secukupnya untuk hiasan
* Ayak tepung bersama

Cara2:

Pukul mentega, gula, kuning telur dan esen vanilla hingga sebati.
Masukkan serbuk badam, tepung jagung dan tepung gandum. Uli hingga menjadi doh yang lembut.
Canai dan terap doh mengikut bentuk kesukaan. Letak atas loyang.
Sapu permukaan biskut dengan kuning telur dan tabur dengan hiasan (nibs).
Panaskan oven terlebih dahulu dengan suhu 160C selama 10 minit.
Bakar selama 20 minit atau sehingga biskut masak dengan elok.

October 27, 2014

Mengidam Macaron


Setelah mengidam akannya semenjak dua menjak ni, semalam akak buat juga macaron ni.. First and last buat pada tahun 2011.. Lepas tu merajuk sebab tak menjadi sangat.. campur tak ghajin lagi kann.. Tapi minggu lepas ni beria-ia benar nak buat. Agaknya perasaan sejak beli di Zoo Negara hari tu... Masa tu Fawwaz yang minta kat luar tempat panda tu. Ada 2 perisa coklat dan green tea. Akak beli 2 biji yg saiznya besarla juga (agak-agak 4.5 cm kot..) dengan harga RM4.50 sebiji. Dua jadi RM9.. Hahaha.. selalunya aku kedekut bab2 beli kuih mahal ni. Kalau akak yg jual takpe.. lalala!


Sedap pulak ye macaron tu. Sebab air tangan orang kot.. Tu yang terus ghase nak buat jugak. Tapi yg sebenornya, akak tak tahan akan kemanisan kukis orang putih ni. Kuih muih depa sokmo manis kan.. Orang kampung akak kata manih melenceh! Antaranya kek red velvet, pavlova.. Apa2 pun, percubaan kedua ni kira sedang2 je hasilnya.Taklah ditahap expectation akak sendiri.. Kaki atau skirtnya tak keluar cantik. Agaknya pasal serbuk almond tu pun lama punya. Terjumpa kat fridge. Sebelum buat bakar kejap dan keringkan juga kat bawah sinaran mentari... Selalu buatkan kek ber'almond' untuk orang, akak beli fresh from bakery shop. Tak perlu buat semua tu.

And talking about almond, sebenarnya dalam beberapa bulan ni harganya melonjak naik. Mulanya akak tak sedar.. tapi sejak aktif buat kek opera semula, baru perasan kenaikan harga yang banyak. Termasuk kekacang yang lain.

Gambar permulaan dan kesudahan cerita..


 Takde resipi di sini.. Adik2, puan2 boleh search je kat internet.. Macam akak ni, guna resipi Pn Azlita (blog masam manis). Siap ada step by step.. dan ramai lagi tukang macarons yang share cara dan tips membuat macaron. Ada banyak pantang larang membuatnya.. u follow je.. hehe!


October 6, 2014

Kek & Tart Hari Raya

Raya Korban tahun ni akak tak balik kampung.. Jadi, kali ni tak boleh mengelat dari memeriahkan dapur yang comel tu. Memeriahkan dan menyepahkan serta menyerabutkan... huhu. Alhamdulillah atas rezekiNya.

Regular customer akak Shakila dan adiknya, Ain dari Bukit Kayu Hitam order 3 biji kek. Tambah satu lagi yg Ain dah promo kat kawan dia.. Kemudian kakak sepupu pun nak blueberry cheese tart. Semua nak sebelum raya.. Memang kira pulun abis tenaga ni nak menyiapkan semua tu. Setakat buat kek je tak mengapa.. Yang lebih2 ialah cuci mencuci bekas2 dan peralatan dan urusan rumahtangga yg lebih wajib didulukan. Dahla nak raya kan.. Masa ni la yang pentingnya hadir seorang pembantu..

Alhamdulillah.. hari ni selesai delivered semua. Untuk hari ni, tempahan dari Izah, yang tinggal setaman ni juga. Maka, akan nak berehatlah barang seminggu atau lebih... muahaha. Nak buat kerja ketuk keyboard barang seketika..

Shakila punya - Opera Cake

Ain punya - Kek Rainbow dan Pandan Layer. Alhamdulillah... Ain bagi feedback, semua sedap!  :)

Sarah (kawan Ain) punya - Opera Cake

Kak Ros punya - blueberry & strawberry cheese tarts

Izah punya - Russian Black & White dan chocolate cheese tarts.  Kek yang ni paling mencabar dalam batch ni.. dari kek sampai ke mendekonya. Sampai akak rasa tak nak dah ambil tempahan kek RBW lagi..


TQVM my dear customers.. Sekarang ni.. akak tengah supper dengan blueberry cheese tart tu sebelum masuk tidur... Hehehe,, byk syiok ooo....


July 18, 2014

Bangkit Cheese

Memandangkan biskut ni saya suka, dan untuk rujukan masa akan datang, maka malam ni akak nak tepek resipi Bangkit Cheese kat sini.  Kalau search kat google, memang merata resipinya... sama je. Tak pasti sumber utamanya.. Dan akak merujuk pada sumber yang akak tak ingat namanya sebab screen shot sudah potong header dan footer blog tu.. Nanti senang2, akak search dan letak link di sini.


Jom tengok resipinya..

KUIH BANGKIT CHEESE

Bahan2:

250g mentega
180 g gula aising
2 biji kuning telur
250 g tepung ubi - sangan dalam 10 minit atau hingga jadi ringan
225 g tepung jagung
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam halus
70 g keju cheddar - parut halus
Sedikit parutan keju - untuk hiasan (opt)
Kuning telur - untuk hiasan (opt)

Cara2:

Pukul mentega dan gula aising sehingga kembang.
Masukkan telur dan pukul sebati.
Masukkan bahan2 kering, pukul perlahan hingga bercampur. Kemudian uli sekejap dengan tangan hingga halus sebelum dicetak dan bakar.
Untuk hiasan, sapu dengan kuning telur yang telah dikocak dan tabur sedikit parutan keju.
Bakar dengan suhu 160C selama 15-17 minit.  Saya guna mode kipas, jadi terus je masuk ke dalam oven dan setkan suhu serta masa tanpa perlu panaskan terlebih dahulu.


July 14, 2014

Projek Biskut Raya

Projek bangkit cheese untuk diri sendiri je...
Nak bawa balik kampung lagi..
Memandangkan inilah kuih yg tengah hot sekarang... di mana2 pun ada bangkit cheese..
Jadinya, rumah mokcik pun kenalah ada barang sebekas.. ya.



Testimoni sendiri : memang sedap la biskut nii... tak sedap mokcik tak kata punya.. Ada lemak, masin, manis... terima kasih je lah kpd sesiapa yg cipta resipi ni..

Selain tu tadi, akak buat juga tart crust untuk minggu depan punya tempahan by my loyal customer.. Esok kena buat lagi.. lagi.. dan lagi sebab tak cukup utk 3 rumah lagi.. hihi.

Biskut malas2an.. main scoop je :D



May 21, 2014

Tart Nenas Mokcik CT...


Belum jadi kepakaranku bab2 tart nenas ni... walau suka nak makan. Tapi bukan asal tart nenas je akak suka... memilih juga. Adalah kriteria tertentu yg boleh diterima dek tekak ni.

Tunggu sat lagi.. ada satu promosi baik punya pasal tart yang satu ni. Tapi queue panjang... lambat lagi nak dapat. Kalau kena dgn tekak, akak citer nooo... Buat masa ni, biarlah akak menunggu dengan penuh debar.. ;)

Petang tadi lepas tengok cerita filipina Temptation of Wife, terus akak bangkit.. walau niat asal tu nak bermalas-malasan dan tidur je. Ambik tepung, butter, gula, telur (ptg tadi akak buat demo sedut kuning telur guna botol... heee). Inti nenas pulak dah berbulan duk kat dalam bakul hijau tu.. Hat segera je.. Maka, terealisasilah impian nak makan tart nenas hasil airtangan sendiri. Pelbagai gaya pulak tu bentuknya... Boleh laa... tapi still tak boleh beat resipi makcik saya punya. How laa...



Belum rasa nak kongsi resipi.. Bukan kekedut, cuma tak pasti ianya menarik ke tidak.. Tunggu feedback dari tester lain dulu... :D


July 24, 2013

Biskut Sarang Semut

Petang tadi, tiba-tiba akak nak buat semekut. Padahal sebelum tu dah letak keledek atas tikar. Nak buat inti karipap... Alih2 bertukar jadi biskut sarang semut! Manakan tidaknya... asyik duk terbayang2 biskut sarang semut yang akak share dari Buku Resipi. Penyumbang resepi ialan Linakz Shaari.


Walau baru first time buat sarang semut ni, akak puas hatilah. Sebab berjaya.. Dan yang paling best, Fawwaz hero akak sangat suka. First round, abis 7 biji... 2nd round 7 biji lagi.. hehehe! Tu tandanya menepati citarasanya lah..

Jom layan resipi nya tu..

BISKUT SARANG SEMUT
Sumber resipi: LinaKz Shaari

Bahan2:

225g butter (akak guna buttercup dalam tin tu..)
200g tepung jagung
2 biji kuning telur
125g gula aising
275g tepung gandum
1/2 sk esen vanilla
Chocolate rice untuk hiasan
Paper cup - saiz kecil je

Cara2:

1. Kacau butter dengan gula hingga sebati. Guna spatula saja
2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Kacau lagi
3. Masukkan semua tepung. Gaul hingga menjadi doh.
4. Parut doh dalam bekas atau terus ke paper cup (akak parut ke dalam bekas dan sudukan ke paper cup). Isi penuh sikit kalau nak cantik sebab biskut ni tak mengembang.
5. Tabur dengan chocolate rice
6. Bakar dengan suhu 140C selama 20 minit. Sebelum tu, panaskan dulu oven ye!

Rupa bentuk parut yg diguna.. Gambar ihsan Google

March 27, 2011

Macarons


Yeah.. akhirnya terlaksana juga project macarons ku!  Punya nak tau apakah rahsia dan rasanya itu macarons sampai nak 'ngencess.."... Cuba nak order thru' internet, tapi mungkin org tu sibuk sangat atau terlalu minimum yg saya order.. hehe!  Akhirnya senyap je walau saya dah ready nak bank-in duit.  Takpe.. takpe!  No hal punya..  Setelah dekat seminggu tutorial kat youtube dan skodeng kat blog Yani di Deco Choco dan Rima di Bisous A Toi terus kuat semangat nak mencoba.  Saya, walau hanya sekadar 'silent reader', memang selalu menyinggahi 2 blog itu sebab hasil kerjatangan dorang yang mantap! Kemas je kerja2 dorang tu..

Tak pasti inikah rasa sebenar macarons.  Satu hari nak kena rasa juga yg dijual di luar sana untuk buat perbandingan..  Resipi saya CNP Deco Choco...


(Sumber : http://decochoco.blogspot.com/2011/02/macaroon.html)


   Bahan-bahan(+-24 set,48 keping):

  • 2 biji (80gm) telur putih L size (saya tambah sebiji lagi tapi bukan semua.. simpan dalam peti sejuk dalam 4-5 hari atau sekurang2nya 24 jam)
  • 60gm gula kastor
  • 80gm almond powder 
  • 120gm gula aising
  • sedikit esen vanila (saya ikut Rima guna 1/2 tsp lemon juice)
Inti/fillings boleh ikut citarasa: Dulce de leche, peanut butter, chocolate ganache, mocha, dsb... tanya en google pun boleh..

Cara-cara:

  1. Ayak almond powder dengan gula aising.
  2. Pukul putih telur dengan gula kastor sehingga berbuih. Masukkan esen vanila pukul lagi sehingga kembang/ bertanduk. ( Bila terbalik mangkuk telur tu tak jatuh..kira oklah tu) - kalau nak buat swiss method, tgk cara rima.. 
  3. Masukkan sikit demi sedikit bhn yg diayak td ke dalam telur putih. Kacau perlahan-lahan (kaup balik) macam buat kek.
  4. Masukkan adunan yg dah siap ni ke dalam piping bag ( sy guna plastik putih biasa ja.. pehtu gunting bucu dia yg kat bawah tu ;)) . Picit ke atas dulang oven yg dah di alas dengan baking paper. Jarakkan setiap satu lebih kurang 3 cm. Ambik toothpick , pecahkan mana-mana gelembung udara yg terbentuk di permukaan macarons- untuk mengelakkan permukaan macarons jd berlubang bila dibakar)
  5. Biarkan permukaan macarons kering atau tak melekat ditangan sebelum dibakar. Lebih kurang 30-40 minit sebelum dibakar. ( Bergantung pada cuaca juga ni. Saya letak bawah kipas bagi dia cepat kering. Sebelum bakar tu, test dulu dengan jari, kalau dah tak melekat tu bolehlah dibakar).
  6. Bakar dlm oven pd suhu 150 degree selama 20 minit. (Saya set 15 minit je, guna oven/dapur Zanussi). Pastu sejukkan sebelum letak inti.
proses pengeringan secara semulajadi... :) 
 
Kalau tersilap cara boleh jadi macam ni... macam kuih bangkit :(

Dah siap, tapi belum ada idea nak taruk fillings apa... tgk! ada kaki/skirt pon... tp belum tahap memuaskan nih!


Nota:  Rasa macarons saya ni memanglah manis, tapi ada rasa almond... rangup di luar, lembut dan kenyal (kot?!) di dalam... Saya cuba balance kan kemanisan tu dengan menggunakan peanut butter.. lagi pun inti ni paling cepat kudapat... sat je gi carrefour kat endah parade tu.. hehehhh


Selesai sudah misiku...