Showing posts with label Sayur dan ulam. Show all posts
Showing posts with label Sayur dan ulam. Show all posts

September 29, 2017

Sambal Kacang Hijau Kedah


Assalamualaikum..

Hari ni hari Jumaat. Hari ni abe kita takdak. So, akak mulalah cari pasal kat dapur sebab tak perlu nak masak2 nasi, lauk bagai.. Sarapan pun dengan apa yang ada dulu. Sebab akak nak merealisasikan keinginan terhadap satu menu nih.. jejenggg.

Mulanya akak terbaca kekecohan sebentar di FB MAHN. Ada post pasal sambal ni yang patutnya jadi menu raya orang Kedah sinin. Tapi rupanya majoriti membidas kata tak pernah jumpa. Maklumlaa, kat sini kan biasa depa makan ketupat pulut dengan kari atau rendang. Akak tanya en abe pun sah2 dia tak tau apa hakhak!! Kesian sis tu.. Tapi bila baca komen2 yang ada, memangla wujud pun. Cuma kat sesetengah tempat macam kat belah Kodiang, katanya.

Bagi akak, toksah la pukul rata kata ada takda tu. Apa kata kita cuba, mana tau kena kat selera. Makin tambah2 nak makan. Bukan pelik pun rasa dia. Kang akak bagi makan LULANG lagi depa pelik kan.. hehehe padahal akak pun tak pernah makan benda lulang @ kulit lembu tu walau selalu ada kat meja makan di kampung. Ai is cannot, tak tau pasal apa.

Berbalik pada sambal kacang hijo nih... Memang tak banyak resipi kat google. Akak cedok2 ikut komen depa kat posting tu ja. Pastu akak samakan dengan yang biasa akak buat sayur kacang loto @ kacang sayur resipi orang2 Jawa kampung ai. Sebab bahan tak jauh beza. Yang merumitkan nak buat sambal ni ialah nak kena buang kulit tu. Tapi yang akak tengok, orang tu macam tak buang pun kulit. Leceh kan kalau nak cepat. Akak takpalah, hari ni ai is free. 

Cara makan kena dipadankan dengan nasi impit atau ketupat nasi. Sejak berkenalan dengan ketupat segera NINA tu, akak pakai hat tu ja. Kejadiannya lembut tak macam brand yg lain. Disebabkan selalu brand lain tu keras, akak dulu buat sendiri je. Tapi bila start dengan Nina, terus jatuh malass..haha! Beli kat Tesco RM2.80 untuk 10 biji.


SAMBAL KACANG HIJAU

Bahan2:

1 cawan 180ml kacang hijau - rendam semalaman dulu
2 batang serai
1 inci halia
1 1/2 inci lengkuas
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Cili padi ikut citarasa - lagi pedas lagi umph
Sejemput udang kering
Udang basah secukupnya
1 mangkuk santan pekat
Suhun - rendam
Garam

Cara2:

1) Kacang yg telah direndam semalaman, dibuang kulitnya. Kalau rasa tak rajin, tak buang pun takpa kottt... heeee
2) Serai, halia dan lengkuas dihiris nipis/halus
3) Tumbuk bawang, cili dan udang kering
4) Panaskan sedikit minyak dan goreng serai, halia dan lengkuas hingga agak garing. Masukkan pula bahan tumbuk dan tumis hingga naik bau.
5) Masukkan kacang dan kacau2, diikuti suhun, udang basah dan santan.
6) Masak sehingga kacang lembut dan kuah menjadi pekat.
7) Perasakan dengan garam.

Kacang hijau yang telah dibuang kulit... gigih tau!
Tumis sampai garing
Masuk kacang
Masuk santan dan masak sampai pekat
Siap!! Hang jangan pelik nohh... sedap. Tapi kalau jenis tak tahan, angin berasak nak keluar saja lah... hihi


February 26, 2017

Masak Lemak Nangka

Asyik post resipi kuih kek tart laa.. Ini kali akak nak tulis pasal gulai nangka pulak lah. Gulai, masak lemak, jangan (bahasa jowo)... samala tu  maknanyer..

Kisahnya, akak teringin sangat nak makan masak lemak nangka versi Jawa yang dah lama tak jumpa. Tapi bila pesan kat abe, dia pulak yang lebih2 teringin..siap beli kepah lagi untuk campur kat masakan tu. Alamak! Terpaksa akak tukar resipi la.. Masak cara jawa mana letak benda macam2. Yang membezakan ialah ada campur rempah/ketumbar sikit. Sama juga macam nak masak umbut

Kita terus ke resipi la yer.. Dah lama entry ni stranded kat bilik draft tak di'published'. Disiplin berblogging dah ke laut.. apa nak buat 😓


MASAK LEMAK NANGKA MUDA

Bahan2:

1 bungkus nangka muda (dlm RM2)
5 ulas bawang merah - tumbuk
1-2 ulas bawang putih - tumbuk
Sejemput bilis - tumbuk kasar
Cili padi ikut citarasa - tumbuk
Kunyit (hidup atau serbuk boleh je)
Santan secukupnya (pekat sikit yer..)
Garam secukup rasa

Cara2:

1. Nangka dipotong kecil dan cuci. Kemudian rebus hingga separuh lembut. Buang air rebusan tersebut.
2. Masukkan bahan tumbuk kedalam periuk dan masukkan sekali nangka. Tambah sedikit air dan masak hingga bawang nampak layu dan nangka lembut.
3. Tambah santan dan biarkan mendidih. Jika guna serbuk kunyit, masukkan waktu ni dan kacau rata.
4. Perasakan dengan garam dan matikan api.

Nota: Jika dicampur dengan seafood macam udang atau kepah, saya akan akan letak hirisan kecil asam keping.

November 10, 2016

Masak Lemak Kacang Sayur (Tolo)

Ini sayur syok sendiri.. Sebabnya, bukan ramai yang tau kewujudan lauk seumpama ini. Lauk orang tua.. orang Jawa.


Akak pandai makan lauk ni sebab akak membesar dengan arwah nenek dan banyak sangat memori lauk nostalgia yang akak simpan. Sesetengah tu, mak akak sendiri pun tak pernah buat kot sebab tak lama tinggal dengan nenek.  Yang pandai masak lauk2 nostalgia ni makcik bongsu akak laa dan sorang lagi kakaknya (adik mak).. sebab dorang terus tinggal di kampung dan selalu join rewang kenduri. Akak pula akan belajar dengan makcik2 tu. Mudah-mudahan tak hilang resipi warisan.

Kacang sayur ni kami panggil LOTO. Tapi bila akak google balik, di Indonesia panggilnya TOLO. Ehh..terbalik pulak hihi. Takpalah, kita layankan jer.. Uniknya kebanyakan lauk tradisi kaum Jawa ni, kena ada LENGKUAS. Contohnya sambal taun, sambal goreng baik basah atau kering, sayur lodeh dan lain2.


Masak Lemak Kacang TOLO (LOTO)

Bahan2:

1 bungkus kecil kacang sayur (Tolo/Loto) (200g)
4 ulas bawang merah - tumbuk
1 ulas bawang putih - tumbuk
Sejemput udang kering - tumbuk
2 inci lengkuas - ketuk
1-2 batang cili merah - hiris
Suhun - rendam dulu
Santan secukupnya
Garam secukup rasa

Cara2:

Rebus kacang sehingga lembut, setelah itu buang airnya
Rebus bahan tumbuk dan lengkuas sehingga layu dengan sedikit air.
Masukkan kacang dan cili, kacau rata.
Masukkan santan dan suhun. Masak hingga mendidih.
Perasakan dengan garam.

Sedap dimakan dengan ikan goreng dan sambal belacan..
Makan dengan nasi impit macam akak buat hari ini pun okay.. ;)



August 20, 2016

Nasi Dagang Versi Pressure Cooker Philips


Semata2 akak nak test pressure cooker untuk nasi dagang pulak. Sebelum ni dah macam2 juga dimasak menggunakan PCP ni. Homemade sardines in tomato sauce, nasi mandi, nasi maqluba, panggang memanggang ayam, sup tulang n daging, rebus daging (hehhh), nasi impit, punten... Eh! Tak sedau, banyak jugak ekk... Ini kali nak test fungsi STEAM tu..

Hari ni dengan gigih akak buat nasi dagang for the first time. Walau fav food, biasa beli je lebih economical sebab makan sorang atau berdua. Ini pun alamat bakal di"frozen"kan sebab harini akak dan Fawwaz je kat rumah. Fawwaz memang tak jaminla nak makan.. Untuk dia kena masak nasi putih la.. Harap2 gulai tongkol tu dia nak makan. Kalau taknak, ikan kembung goreng ado tu!! Macam tu laa..

Isunya, beras yang akak beli dekat sebulan atau lebih di kedai siam tu, baru malam tadi akak perasan lain macam ghopenya berbanding dengan beras nasi dagang yang selalu akak tengok. Merah keperangan yang sekata. Akak pun konfius ni beras dagang ke beras merah ke beras perang? Aishh lantak laaa.. nak jugak buat!!! Hahaha...  Tapi akak campurla dengan pulut sikit. Yang ada pulak pulut susu.. Takpala, mungkin berguna juga untuk rujukan di lain masa buat akak yang langsung takda darah pantai timur nih. Tapi suka makanan Pantai Timur (kecuali budu.. sorry deh...).

Bila dah siap masak tu, nasi nampak agak lembut tapi still cantik. Tapi, serius la.. menjadi dengan jayanya!! Walau color tu ketara gelapnya.. yehuu.. Baru sat makan. Perghh.. tak terkata sedapnya. ALHAMDULILLAH...

Jom check apa yang akak telah lakukan tadi.. Ni resipi untuk yg rakyat tak berapa ada ya!


NASI DAGANG KELANTAN

Bahan2:

300g beras merah/beras nasi dagang
100g beras pulut (nisbah dgn beras merah 1:3) - tak perlu jika guna beras nasi dagang *
3 cawan air (next time nak kurangkan kepada 2 jer)
1 cawan santan pekat
1/2 labu bawang besar saiz sederhana - hiris
1 1/2 inci halia - hiris
1 sk halba
Sedikit garam
Sedikit gula (jika suka, akak x letak)

Cara2 (menggunakan PRESSURE COOKER ya):

1) Rendam beras sebentar, dalam 7-10 minit. (Jika guna pengukus biasa, selalunya orang rendam 2-3 jam atau lebih)
2) Masukkan beras ke dalam periuk (inner) dan tambah air. Tutup dengan mode pressure.
3) On suis, pilih RICE dan tekan START - untuk PCB ni jika nak masak nasi tak boleh adjust pressure time (kena guna time hat default ja). Jadi akan mengambil masa 10 minit (tak termasuk proses pemanasan).
4) Masuk minit ke 8, saya lepaskan angin pressure dan buka penutup. Nampak nasi dah OK, air dah sejat dan hampir masak, maka saya OFF button.
5) Masukkan santan yang telah dimasukkan bawang hiris, halia, halba dan garam ke dalam periuk. Gaulkan dengan nasi hingga nampak mesra.
6) Tutup periuk semula.
7) Tekan STEAM kemudian tekan KEEP PRESSURE TIME. Penunjuk masa akan "blinking". Set masa baru dengan menekan butang min kepada 7 min dan tekan START. (Yg ni next time nak test lg masa terbaik..)
8) Bila isyarat selesai dah berbunyi, matikan suis.


GULAI IKAN TONGKOL

Bahan2:

1 ekor ikan tongkol - rebus bersama 4 keping asam, garam dan sedikit gula melaka
6 biji bawang merah *
3 biji bawang putih *
1 inci lengkuas *
1 inci kunyit *
2 keping asam gelugur (dari yg digunakan utk merebus ikan) *
2 sudu makan cili kisar
2 sudu makan serbuk kari ikan (nak hok rempah ori kito gi jale2 klate ya :P)
Santan secukupnya
1 keping asam (agak2 jika dah cukup masam, tak perlu letak)
Beberapa biji cili padi - buang tangkai sahaja
Garam dan gula sebagai perasa
Minyak untuk menumis

Cara2:

1) Rebus ikan tongkol dengan air sekadar tenggelam ikan. Rebus hingga air tinggal separuh. Air rebusan jangan dibuang.
2) Kisar bahan2 bertanda (*) iaitu bawang, lengkuas, kunyit dan asam. Jika tiada cili kisar, masuk sekali beberapa biji cili kering.
3) Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan rempah kari. Masak hingga pecah minyak dan naik baunya.
4) Masukkan santan, cili padi dan asam keping. Biarkan menggelegak sambil mengacau.
5) Masukkan ikan dan air rebusan. Reneh seketika baru matikan api.
6) Perasakan garam, gula dan asamnya.

Nota: Kali ni meme sedap gulai tongkol akak. Agak kalau tahan sampai esok mesti lagi umph!! ehehehh..


JELATAH/SAYURAN

Bahan2:

1/2 batang timun - buang kulit dan bahagian tengah berbiji tu
1/2 batang karot
1/2 biji tomato - buang bahagian tengah
1 batang cili merah
Sedikit bawang besar - mayang halus
2 - 3 sudu cuka
Sedikit garam dan gula

Cara2:

Potong sayuran mengikut citarasa (akak suka panjang2..)
Campurkan kesemua bahan dan gaul sebati.
.
.
.

Peristiwa bergambar..

Beras merah + beras pulut 


Min time.. takleh adjust. Buat manual jer.. half way off terus huu..
Next time letak setting "congee" boleh kot,.
Setting utk stim.. selepas letak santan


Bahan untuk gulai..:

Orang kata ikan tongkol hitam yg lebih sedap berbanding yg putih. Nak tau beza, sirip tongkol hitam panjang, tongkol putih pula siripnya lebih pendek.. Tapi hat tongkol putih la yg selalu penjual guna..

Bahan2 untuk dikisar halus..
Siap.. kalau overnite dan lebih pekat lagi best kot..

Makan sekali di tengahari, kenyang sampai ke malam you..

September 5, 2015

Peria Goreng Rangup


Tu diaa...!! Ghajin benor akak kebelakangan ni.. selepas mood blogging belayar ke laut Sulu beberapa bulan lepas.

Yang ni cerita semalam.. Sambil2 akak menggodek brownies merah.. Cita2 nak buat memang dah lama. Tapi perianya tak mari2.. Kalau mari pun, jenis lain dan masak lain. Oh! I like peria.. walau dia pahit. Antara sayur favourite akak dan abe..

Dulu memang akak rajin juga beli di kedai mamak masa tinggal di Bukit Jalil. Dah ke Jitra ni, jarang pergi mamak. Sekarang lagi tak pernah sebab Fawwaz tak suka.. Bila second cousin Enon tunjuk ni kat whatsapp, terus akak teringin nak buat. Tapi tak dapatlah tepung yang dia sebut tu. Akak tukar je dengan apa yang di depan mata. Kenalah juga dengan tekak nih..

Nak buat ni kena guna peria katak macam gambar kat bawah ni.. 



PERIA GORENG RANGUP

Bahan2:

Peria katak
Tepung serbaguna Adabi
Minyak untuk menggoreng

Cara2:

Potong peria nipis2
Basuh peria dan toskan
Gaul terus dengan tepung serbaguna
Goreng dengan minyak yang panas sehingga garing (peria timbul dan tidak lagi berbuih2 di permukaan minyak)


August 28, 2015

Mandai

MANDAI ni sebenarnya adalah kulit cempedak yang diperam dengan garam..

Tiba2 teringin nak makan mandai, makanan klasik orang banjar.. Tengah musim cempedak ni kan.. Pulak tu member lama sekampung duk tayang kat whatsapp. Macam sedap walau tak pernah makan.. Tapi sebelum tu pernah juga tengok kawan2 lain pos gambar kat fb. Jadinya ambil resipi dan tips dari Anit (kawan yg sebenarnya dah lupa siapa ahkak di zaman silam tapi sekarang hari2 berhubung di WA.. huhu), maka dapatlah merasa juga apakah itu MANDAI.


MANDAI

Bahan2:

Kulit cempedak (yg telah diambil isinya)
Garam kasar
Air secukupnya
Bekas atau balang berpenutup

Cara2:

1) Buang/potong nipis kulit luar cempedak yang berwarna kehijauan tu (bahagian yg seperti berduri). Tinggalkan bahagian yg berwarna putih dan ada rambut2 tu.
2) Potong kecil2 kulit tersebut dalam 3 inci.
3) Cuci bersih.
4) Masukkan ke dalam bekas atau balang.
5) Tuang air garam hingga penuh ke dalam balang tersebut.
6) Biarkan ia kulit cempedak terendam dalam air garam selama sekurang2nya 3 hari.
7) Bila nak guna, keluarkan mandai tersebut. Cuci dan perah airnya. Potong nipis-nipis.


CARA MEMASAK

Bahan2:

Mandai yang telah dipotong nipis
Bawang besar - hiris (saya suka kalau bawang banyak)
Bawang putih - hiris
Cili padi - ikut citarasa
Bilis
Minyak untuk menggoreng

Cara2:

1) Panaskan minyak dan goreng mandai sehingga separuh garing
2) Masukkan bawang merah dan putih juga bilis. Goreng sehingga garing.
3) Masukkan cili padi. Gaul dan matikan api.
4) Bila memasukkan ke dalam mangkuk atau pinggan, pastikan minyak dibuang terlebih dahulu 

Gambar ihsan Google (alijohan.wordpress.com)

First try menggoreng..


November 5, 2014

Pucuk Ubi Masak Lemak Tempoyak

Menu kampung lagi... tapi ini cerita semalam...


Sejak duduk di rumah bertanah yang luas ni, memang macam2 tanaman ada di luar tu. Hasil kerajinan encik abeku. Nak harap bini dia ni, memang takde laa.. Tapi part mencadang, mengangkut benih dari kampung, dll tu memang kerja ahkak! Cabut rumput di kawasan rumah pun kerja akak sebab rasa best je kalau dapat cabut rumput atau semak sampai ke akar tu. Terapi juga namanya, selain terapi mendeko kek. Sayangnya tanaman yang kat luar pagar tu ada banyak ancaman, terutama ancaman kerbau. Si kerbau2 tu pulak pandai memilih daun atau pucuk yang sedap.  Makan jenuhle nak hidup subur pokok2 pisang dan kelapa.. habis botak dikerjakan depa yang berkumpulan tu. Ni dah bagi pagar kawat harap2 takle lepas..

Berbalik kisah pucuk ubi, nampaknya dah meriah dedaun ubi tu.. Adalah 3 pokok kot. Pucuk muda tak macam kalau kat market atau pasar. Semalam akak ambil dalam secekak dan tanya abe dulu dia nak makan apa. Kalau dia tak kisah, akak teringin nak masak tempoyak. Sebenarnya akak ni bukanlah peminat tempoyak, cuma asal bukak freezer je, nampak tempoyak yg dah berlama bertapa dalam tu. Tu yang teringin juga nak masak..

Seleralah nampak abe makan tengahari semalam.. Padankan dengan daging goreng dan tempe sambal (favourite akak). Ada sambal belacan lagi..  Masakan kampung untuk orang kampung... :D




PUCUK UBI MASAK TEMPOYAK

Bahan2:

Secekak pucuk ubi (dalam 16 batang rasanya..)
3 ulas bawang merah
10 biji cili padi (nak pedas lagi boleh tambah..)
1 inci kunyit hidup (akak guna je serbuk kunyit sbb yg hidup takda)
1 batang serai
3 sudu tempoyak
Sejemput ikan bilis
Sejemput udang kertas (akak main bubuh je sebab dah ada..)
Santan secukupnya
Air
Opt : boleh tambah daun kunyit yang dimayang halus atau petai.

Cara2:

Rebus dahulu pucuk ubi sampai lembut.  Toskan dan potong halus
Tumbuk bawang merah, cili dan bilis
Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dengan santan separas atau lebih sedikit dengan isi/daun.
Letak atas api dan masak sampai santan mendidih dan pekat. Kacau2 supaya santan tak pecah sangat.




July 7, 2014

Sambal Goreng

Sambal goreng jawa... menurut orang yg bukan Jawa. Kiterang yang jawa ni biasa sebut SAMBEL GORENG je.. Walaupun namanya sambal, ia sebenarnya adalah kategori sayuran.


 Akak jarang masak ni kat rumah sebab rasanya 'orang rumah' tak berapa gemar. Sebab agaknya dia pelik sikit rasanya sedikit manis. Tapi dia makanlah jugak. Cuma kalau ada pilihan lain contohnya ulam, dia senduk lauk ni buat syarat je.. hehe!

Apapun, kalau teringin memang kena buat juga. Nak beli mana ada jual kat Kedah ni. Tunggulah... kak buat warung nasi ambeng kat simpang tu.. duk seblah ngan gerai char kuey tiaw nah.. hehehe! Tapi.. sapa je nak beli.. kot indon yg duk rumah kongsi tu pun tak reti makan ambeng!

OK lah... untuk memenuhi keinginan akak di hari yang hangat tadi, maka akak pun masaklah lauk ni untuk memenuhi selera sendiri. Selain tu buat ayam kerutup, lauk orang Pantai Timur. Lain2 ialah ulam-ulaman pegaga, tauge, daun kecur, kobis dan kacang panjang serta sambal belacan. Kuihnya ialah cucoq udang yang hari ni tak lembut macam selalu. Apa jugak akak buat ntah.. kurang ikhlas kot nak mencucoq... huuu.

Ini adalah resipi ulangtayang... tapi mungkin tak sama. Ini versi hari ni punya.. tak letak tempe macam selalu orang buat sebab sengaja... :P


SAMBAL GORENG JAWA

Bahan2:

Secekak kacang buncis - potong ikut suka
1 batang karot (yg kecil saja) - potong memanjang
1 keping tauhu kering - goreng sebentar hingga rangup dan patah2kan
Sedikit suhun - rendam
2 keping tauhu - goreng dan potong kecil
2 biji kentang saiz kecil - potong kecil dan goreng
4 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 1/2 inci lengkuas - hiris
2 batang cili - hiris
Sejemput ikan bilis
1/2 inci belancan - hancurkan
1 mangkuk santan (agak2 tenggelam semua sayuran nanti)
Sedikit air asam
Kicap, garam & gula
* Bahan2 campuran lain yg sesuai tempe, hati & mempedal ayam, udang basah..

Cara2:

Tumis bawang merah, bawang putih, lengkuas, bilis dan belacan hingga layu dan naik bau.
Masukkan santan, kicap dan asam jawa. Biarkan mendidih.
Masukkan sayur-sayuran yg keras dulu, diikut lain2 bahan dan berakhir dengan suhun.
Perasakan dengan garam dan gula. Jika anda suka, boleh tambah serbuk perasa.
Matikan api bila kuah dah hampir kering. Sambal goreng akan mengering sendiri disebabkan kuah meresap pada sesetengah bahan campuran spt suhun dan kentang.


April 6, 2014

Masak Lemak Kacang Sayur

Kacang kacang kacang... antara watak utama katun kacang... :P

Ini masakan orang Jawa... Kat kampung akak, orang panggil JANGAN LOTO.. Jangan tu adalah panggilan Jawa kepada masak lemak. Kalau masak lemak sayuran, panggilan lain adalah 'bobor'.. Akak tak pernah masak ni.. Kalau balik kampung baru sesekali jumpa terutama kalau kenduri di rumah kaum kerabat atau jiran sekariah yg masih kuat tradisi jawanya. Kiranya, lauk klasik la neh...

Posing kurang kuah... nanti x nampak pulak kacang tu...
Masa memilih2 kacang untuk stok kudapan di Yawata Jitra ni, akak nampaklah kacang ni dijual. Tulisannya kacang ketupat. Tapi akak yakin yg itulah kacang sayur, panggilan di tempat kami. Akak beli sebungkus kacang shandoong untuk dibakar (makan sambil tengok Becareful With My Heart.. hehehh), dan kacang ketupat tu. Mula heran jugak awat nama dia macam tu... Rupanya kata Kak Ipar, kacang tu kalau kat sini dicampur dengan ketupat pulut (ketupat daun palas)... mmm dap dap. I memang suka kekacang...

Mai la tengok camna kacang ketupat ni dimasak cara orang Jawa... Kuantiti bahan2 ni main anggaran je..


MASAK LEMAK KACANG SAYUR (LOTTO)

Bahan2:

1 bungkus kacang sayur/ketupat
1 1/2 inci lengkuas - ketuk
4 ulas bawang merah - tumbuk
1 ulas bawang putih - tumbuk
Sejemput ikan bilis - tumbuk
2 batang cili merah - hiris
Santan secukupnya
Garam secukup rasa

Cara2:

1. Rebus dengan air yang banyak sampai lembut. Buang air rebusan tersebut.
2. Rebus lengkuas, bawang dan cili dengan sedikit air sehingga layu dan masukkan kacang tadi. Gaul rata.
3. Tuang santan dan tunggu sehingga mendidih sebentar. Masukkan garam dan matikan api. Kalau nak lebih sedap, biarkan sehingga santan menjadi sedikit pekat dan sebati rasanya dengan kacang.

Lauk ni sedap juga kalau dimakan dengan nasi impit terutama bila kuahnya dah dekat kering.


Hat ni, saja nak enter prem.. yg tak reti makan kacang lotto, makan terung ni je lah... huhu!


January 13, 2014

Gulai Lemak Pisang Muda


Kak Ipar akak beri pisang abu muda hari tu.. Masa dia offer, dalam minda akak ni tak lain melainkan goreng je. Akak suka pisang abu goreng sebab rasanya yang tak manis sangat tu. Lepas tu kena yang belum ranum.

Tapi Kak Dah duk pesan banyak kali suruh buat gulai lemak. Akak sendiri memang tak pernah favour masak lemak pisang ni. Mungkin abe suka la kot.. Mana tau lauk nostalgia.. heheh. Takpelah, akak pun masak siap2 malam tadi sebelum abe balik rumah. Bukan nak buat lauk malam tu, tapi nak simpan dalam fridge dulu bior hari ni senang kerja akak. Lepas ambik Fawwaz dari sekolah, nak terus ke hospital untuk sesi OT dia pukul 2 ptg. Kalau dah ada satu lauk, tinggal nak goreng atau bakar ikan untuk santapan en abe yang kena makan sorang2 kat rumah.. :D

So, untuk first time pertama kali, akak masak lemak pisang abu muda ni. Ada pulak udang kertas kat peti buat perasa. Sodap la kan.. podeh pulak tu.. hehehe.


MASAK LEMAK PISANG ABU MUDA

Bahan2:

3 biji pisang abu muda (atau mana2 pisang yg sesuai)
3 ulas bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
4 tangkai cili padi (cili akak ni jenis pedas berapi, tu yg sikit je..) - tumbuk
1 inci kunyit hidup - tumbuk
1 batang serai - ketuk
Udang basah (boleh tukar ikan bilis..)
Santan secukupnya
1 keping kecil asam
Garam secukup rasa

Cara2:

1) Pisang dibuang kulitnya dan dihiris sederhana nipis
2) Masukkan bahan tumbuk, serai dan pisang ke dalam periuk. Tuang air agak2 tenggelam pisang
3) Rebus pisang dan bersama bahan2 tersebut sehingga layu atau hampir masak
4) Tuang santan dan masukkan udang, garam dan asam keping
5) Masak sehingga santan menggelegak sambil dikacau sedikit supaya santan tidak pecah. Biar seketika.
6) Matikan api bila pisang dah benar2 lembut.

P/S:
Masa akak baru nak post entry ni, kecoh satu Malaysia pasal KANGKUNG. Sebab sibuk seharian ber WA dengan member2 lama dan keluar masuk rumah, memang akak blurr sangat bila buka fb banyak na status kangkung. Tetiba otak akak kuning sebab ingatkan perkara lucah.. kahkahkah. Walau sampai la ni masih tahap blur, taulah akak mengagaknya... Takpalah, walau dah turun harga, kangkung itu bukan pilihan akak melainkan kalau beli yong tau fu musti mau letak. Sebulan sekali pun susah nak masuk dapur akak... Akak lagi suka taugeh yang 5 kupang je dah penuh semangkuk.. Peace yo!! hihihi


October 11, 2013

Pecal Kak Salmah

Makanan akak tengahari tadi... 

Dah lama beli sambal pecal ni. Dari raya hari tu. Tapi manakan nak habis, sebab tak dihidangkan pun. Macam terlupa pulak. Duk terperosok kat dalam freezer. Mujur tak jadi ais. Akak beli dari Kak Salmah, jiran di kampung yang juga kawan baik makcik. Selalu beli pecal dia yang berbungkus daun pisang dengan harga RM1 tu... pergh memang nikmat. Nikmat jadi orang Jawa.. hihi!

Tengahari tadi teringin la pulak disamping tak rajin nak masak. Tengok nasi pun macam tak timbul selera sangat. Kenyang sampai malam tatkala akak menulis ni.. hehehe!

Mula2 tuang sambal kering tu dalam mangkuk.. Nampak tak gula dia.. macam kristal :D

Tuang air panas... biarkan seketika hingga kacang/sambal tu kembang dan jadi pekat..

Baru tuang atas sayur mayur dan lain2... 
Style kami makan pecal kena ada bihun.. Ada juga orang yang suka letak nasi impit.. 


June 10, 2013

Kuih dan Lauk

Tengah cari mood nak baking... Mata pulak dah mengecik dan kabur. Tandanya dah waktu wajib tidur.. Tapi, sebelum tidur (walau hati meronta2 nak mencari drama petang yg ku terlepas tadi), nak anta gambar makanan dulu... Hasil kemalasan akak beberapa hari ni.. ;)

Nampak orang post gambar n resipi kuih bom ni kat fb, terus akak teringin. Kalah orang ngandung. Tapi orang ngandung kalau teringin dia buat sendiri ka? Ni kuih bom versi akak, guna keledek dan tepung pulut + tepung ubi. Inti pulak inti kelapa warna hijo + inti kacang merah. Combine sekali. Ahhh.. bestnya makan panas2 di waktu petang di kala hujan turun... 


Lauk tengahari tadi.. Gandingan yg tak berapa menarik. Buat ayam masak kicap supaya Fawwaz ada selera nak makan. Rupanya dah terkenyang makan cornetto... Masak kicap ni, kalau nak kelainan sikit dan menambah sedap, letak serbuk buah pala semasa menumis ramuan...


Kalau gigi kuat boleh makan ulam ni macam tu je... Mesti rangup kruk krak bunyi dia. Tapi sebab kami warga emas, kenalah soften sikit ulam tu dengan mengukusnya terlebih dahulu ((kecuali timun comel tu)... hehehe

Sambal belacannya tak mau berposing hari ni...

April 16, 2013

Masak Lemak Nangka & Tempe

Seronok pergi market pagi ni. Beli ayam, ikan 2 jenis dan sayur mayur cuma RM20 je. Cukuplah untuk beberapa hari, sebab kat freezer pun masih ada ikan dan udang. Lagipun akak masak beria ni selang 2 hari je... Sebabnya takyah le nak cerita hehehh.


Jadi, menu yang nak diketengahkan hari ni ialah sayur nangka muda (sayur ke?) dan tempe yang abe beli asing tadi. Terkejut bila dia kata nangka tu dia beli 50 sen je (3 keping). Murahnyeee... Dia teringinkan ulam nangka muda sebenarnya yg hanya direbus. Tapi sebab macam dia pun teringin tempe, maka akak tukar menu dengan mencampurkan kedua2nya. Terus jadi masak lemak. Terus rosak diet abe aku!! Hahaha... Orang Kedah ni memang suka ulam. Macam akak tak kisah. Tapi orang Jawa selalunya suka masak lemak pekat2 tu..

Baiklah, akak meriahkan blog airtanganku hari ni dengan resipi nangka tempe lemak ye.


MASAK LEMAK NANGKA + TEMPE

Bahan2:

3 keping nangka muda - potong kecil2
1 keping tempe - potong ikut suka (atau dadu)
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Cili padi - ikut suka nak pedas mana
1 inci lengkuas
Sejemput udang kering
1 mangkuk santan
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Sedikit kerisik (jika suka)

Cara2:

1) Rebus dulu nangka hingga separuh lembut. Buang airnya
2) Kisar bawang merah, bawang putih, cili padi dan udang kering. Manakala lengkuas hanya diketuk sahaja
3) Tuang bahan kisar ke dalam periuk berisi nangka dan tambah air sama paras. Masukkan sekali tempe dan lengkuas.
4) Masak hingga airnya berkurangan dan nangka betul-betul lembut.
5) Tuang santan secukupnya, kunyit dan garam
6) Matikan api bila dah mendidih. Kalau nak tabur kerisik buat masa ni (saya guna kerisik yang belum berminyak).

dan gandingannya tengahari tadi... :D