Showing posts with label Tart. Show all posts
Showing posts with label Tart. Show all posts

February 7, 2017

Cheese Tart Buncit Version 2

Akak memang lemah kalau orang mengidam order apa-apa kat akak ni. Walau dulu tak merasa sangat mengidam masa pertama dan terakhir kali pregnant, akak tak sampai hati nak biarkan orang lain keciwa. Tapi adalah juga kadang2 akak tak terlayan permintaan dorang tu. Selalunya disebabkan jarak, masa atau benda yg akak memang tak pandai buat walau ikut resipi apa pun.

Kalau tak mengidam pun, andai customer sebut perkataan TERINGIN... memang selalunya akak tak tolak. Dan selalu tu kebetulan akak ada masa yg betul2 'available'.

Gitulah ceritanya ye! Apa daa membebel. Sebenarnya akak nak masukkan resipi baru cheese tart zaman sekarang kat sini.. hat buncit2, montok2, dan yg sewaktu. Namun yg sebenor2nya, level ilmu dan kepakaran akak ni tidaklah setaraf dengan para penjual cheese tart montok lagi gebu yang ramai berlegar2 di bumi Malaysia ni. Boleh laa.. setakat nak seronokkan orang2 yg sentiasa redha dengan hasil airtangan cik siti...huhuhuu 😆😆

Resipi ni akak tak pasti puncanya. Akak dah siap2 tulis kat buku, lupa pulak akan empunya resipi. Maklum, banyak benor resipi cheese tart pesen terkini kat buku hitam akak tu.. Ada yg dah cuba dan ada yang belum. Semoga Allah limpahkan rezeki padanya yg ikhlas berkongsi. Sharing is caring yo.. 💚




CHEESE TART 

Tart shell

Bahan2:

250 g mentega
125 g gula aising
1/2 sk esen vanila
1 biji telur (saya guna C)
1 sb susu tepung
500 g tepung gandum

Cara2:
Putar mentega, gula, vanila, telur dan susu hingga sebati.
Masukkan tepung dan gaul sehingga jadi doh
Bentukkan menggunakan acu
Bakar dengan suhu 165C selama 17 minit, mode fan


Cheese Fillings yg Montok
(25 pcs)

Bahan2:

375 g cream cheese (guna terus yg dari peti sejuk)
37 g mentega
75 g gula aising
1/2 sk creamy essence vanilla
3 sudu makan telur (guna je 1 biji telur C, dikocak dulu baru sudukan)

Cara2:
Pukul cream cheese dan mentega hingga lembut dan gebu
Masukkan gula dan pukul lagi.
Masuk vanilla dan telur, putar hingga sebati.

Nozzle yg akak guna.. tak pakai ni pun takpa. Just potong besar sikit kat hujung piping bag tu ja..

Cara menyediakan tart

Bahan2:
Adunan cream cheese
Filling ikut citarasa - blueberry, coklat, strawberry, dsb
Tart shell
Alas cupcakes

Cara2:
Masukkan cream cheese ke dalam piping bag, begitu juga inti (filling)
Panaskan oven 160C
Susun tart shell di atas dulang
Isikan filling pada tart shell.
Paipkan cream cheese ke dalam tart crust secara menegak dan banyak membukit untuk memperolehi hasil yg montok
Bakar selama 10 minit dengan suhu 160C (permukaan cheese tidak melekat apabila disentuh)
Dekorasi boleh dibuat sebelum atau selepas dibakar

Cara paip cream cheese.. Yg ni guna nozzle tapi tangan I always ketaq...😆 
boleh je tak pakai nozzle, gunting je hujung piping bag tu dan paip kan ke tart shell

Sebenarnya belum cukup comel macam org lain buat.. tp akak percaya, practice makes perfect! 😄



July 28, 2016

Blueberry Cheese Tart Kembung

Semalam buat stock clearance..
Nampak balance cream cheese dalam peti sejuk yang rasanya tak sampai 250g. Kalau dibiarkan lama, harus bertukar ke warna pink dan terpaksa buang..
Buka cabinet pula, ada tart shell zaman bila entah.. adalah 10 biji. Itupun 2 biji dah sumbing sikit.. eheh.
Namun di hati macam terkenang ada kek span rainbow dalam freezer yang dah lama hibernate. Mana satu nak capai dulu ya..?
Akhirnya buat keputusan nak buat cheese tart yang membuncit macam trend masakini. Ini kali mesti menjadi buncitnya!

Tara.. walau tak cukup successful, rasanya dah kira menjadi. Buncit dan sedap pulak tu..


Meh akak tulis balik cara2 buat CHEESE TART yang akak guna sebelum ni. Tapi gambar tart shell takdak la yer.. Boleh klik di SINI kalau mau tengok.


TART SHELL
(Resipi asal: Azita Zain)

Bahan2:

170g majerin
50g gula aising
1 biji telur C 
290g tepung gandum
1 sk esen vanilla

Cara2:

Pukul majerin dan gula menggunakan senduk kayu
Masukkan telur dan esen vanila. Pukul.
Masukkan tepung dan uli hingga jadi doh.
Cetak menggunakan acuan tart shell mengikut saiz kesukaan. Cucuk dengan garpu di permukaannya
Bakar dengan suhu 170C-180C selama 25 minit.
Keluarkan dari acuan dan sejukkan.


CHEESE FILLING
(Resipi dari: Norien Kitchen)

Bahan2:
(anggaran 20 biji utk saiz 4.5cm)

250g cream cheese
25g mentega
50g gula aising
3 sudu makan telur - kocak2 dulu baru ambil (guna 1 biji saiz A yg dikocak)
1/2 sk esen vanilla

Cara2:

Gunakan cream cheese sejurus dikeluarkan dari peti sejuk.
Pukul cream cheese, mentega dan gula sehingga kembang.
Masuk telur dan esen. Pukul sebati.
Masukkan ke dalam piping bag dan paipkan ke dalam shell

p/s: Akak buat 1/2 adunan untuk 10 biji


CARA MEMBUAT CHEESE TART

Bahan2:

Tart shell
Cheese Filling
Filling berperisa blueberry dan lain2 ikut citarasa

Cara2:

Susun tart shell di atas loyang,
Paipkan filling ke dalam shell (dlm 1 sk)
Paipkan cheese menutupi filling dengan cara menegak dan banyak serta betul2 di tengah2 permukaan tart. Untuk hasil lebih baik, guna nozzle yang berlubang bulat dan besar (sy guna diameter 1/2 cm)
Bakar dengan suhu 180C selama 8-9 minit

February 4, 2016

Blueberry Cheese Tart


Setelah sekian lama.. Baru sempat nak tengok semula entri ni yang duduk kat folder draft berminggu-minggu.. Inilah hasil cheese tart ku yang dah tak berapa terkini tu..

Kali ni akak guna resipi shell tart yang menggunakan majerin. Memang pernah guna resipi ni dulu dan banyak cyber baker duk tunjuk resipi ni sekian lama.. Tak silap asalnya dari Azita Zain (maaf kalau silap.. huhu).


RESIPI TART SHELL
(Resipi asal: Azita Zain)

Bahan2:

170g majerin
50g gula aising
1 biji telur C 
290g tepung gandum
1 sk esen vanilla

Cara2:

Pukul majerin dan gula menggunakan senduk kayu
Masukkan telur dan esen vanila. Pukul.
Masukkan tepung dan uli hingga jadi doh.
Cetak menggunakan acuan tart shell mengikut saiz kesukaan. Cucuk dengan garpu di permukaannya
Bakar dengan suhu 170C-180C selama 25 minit.
Keluarkan dari acuan dan sejukkan.




RESIPI CHEESE TART
(Resipi asal: Rahel)

Bahan2:

250g cream cheese (terus dari peti sejuk)
50g mentega
60g gula castor
1 biji telur A (saya biasa guna yang sejuk dari peti)
Blueberry filling (atau lain2)

Cara2:

Putar cream cheese, mentega dan gula sehingga kembang (Sebaiknya gunakan cream cheese dan butter yang masih sejuk tapi bukan keras beku dari freezer yaa.. hehe)
Masukkan telur dan putar hingga sebati. 
Masukkan adunan ke dalam piping bag. Tak payah letak nozzle, cuma gunting sedikit di hujungnya.
Isi blueberry filling ke dalam tart shell yang sudah sejuk dalam 1/2 sudu kecil. Guna piping bag lagi senang.
Paipkan cream cheese hingga mumbung (penuh)
Bakar dengan suhu 170C selama 10-15 minit atau sehingga masak (tidak melekat permukaannya jika disentuh)



March 6, 2014

Cheese Tarts, Brownies & RV

March opening.. dengan tempahan dari anak buah yang tinggal di Sg Petani. Untuk kawan2 dan testing market di sana. Semoga menepati citarasa orang2 di sana.

Untuk permulaan ni, akak cuba dengan steamed RV dan chewy gooey brownies dulu dengan kuatiti paling minima. Yang tarts sebanyak 120 pcs tu memang dah ada penempahnya.. Terima kasihlah adik2 dan customers semua sebab suka akan tart akak tu. Akak masih terus menerus buat RnD sendiri untuk penghasilan yang terbaik mengikut citarasa ramai... :D




Untuk brownies ni ada dua resipi akak sediakan. Hat biasa dan chewy gooey.. Adalah sedikit perbezaan rasa, tapi 2-2 pun sedap bagi akak.. Yang penting, more chocolaty and less colors... untuk yang phobia dengan pewarna makanan.. more to pencinta coklat.. ;)

 Akhir kalam, TQVM Intan for your support and efforts..

February 18, 2014

Coffee Cheese Tart

Cheese tart tinggal 2 biji je kat dalam fridge tu..
So, malam ni akak kena stock up la...
Sebenarnya, niat asal nak buat utk cikgu2 Fawwaz..
Tapi... tapi... kepanasan malam buat akak tukar mood...
Sebab cream cheese yang dah readymade (akak buat beberapa hari lepas..) dah lama keluar dari persembunyian, akak terpaksa juga teruskan
Sikit je...
Mula2 nak buat chocolate cheese tart.. rupanya choc emulco tadak
Tetiba nampak coffee paste... terus tukar
Tadaa... jadilah COFFEE CHEESE TART
Sedap sehh...
Sebab akak kan penchenta kopi... esp nescafe
Cikgu2 punya, esok2 lah ye.. janji niat tak dilupai  :D



Cuma letak coffee paste je... filling apa yg ada. Akak letak je chocolate filling yg selalu buat inti pau tu... huhuhu!

February 1, 2014

Cheese Tarts

Sejak memulakan aktiviti menenyeh tarts beberapa minggu lepas, akak dapati ianya amat menyeronokkan. Sebab akak rasa hasil dan rasanya lebih baik dari yg akak buat beberapa tahun dulu. Kiranya makan tahun juga akak nak pujuk diri buat tart semula ni. La ni, sehari tak mengudap tart macam tak kena.. Harap2 pipi ni tak menggebu macam cheese tarts yang baru keluar oven. Tapi kalau gebu pun, agaknya la... buleh nampak lebih muda kot.. kikiki.

Resipi yang mendapat tempat di hati akak ni datangnya dari blog Rahel. Semenjak dua menjak ni akak suka sangat jenjalan ke blog tu dan sangat suka dengan hasil air tangannya. Gambar cantik, pemurah resipi pulak tu. So, akak reproduce resipi cheese tart tu di sini ikut hafalan akak lah ye. Senang akak sendiri nak rujuk. Kalau nak yg dari Rahel, boleh klik kat blog dia tu.. TQ Rahel for the recipe.. moga bertambah rezeki.


CHEESE TARTS

Bahan2:

450g tepung gandum
250g mentega
100g gula kaster
1 biji telur
2 st air
1 st esen vanlla

Inti Keju:
250g cream cheese
60g gula kaster
50g mentega
1 biji telur
Filling ikut citarasa - blueberry, strawberry, kiwi, etc

Cara2:

I - PASTRY (Tart shell)
Putar mentega, gula dan esen vanilla hingga kembang
Masukkan telur dan putar sehingga berkrim
Masukkan tepung dan putar perlahan. Bila dah bergaul, uli dengan tangan hingga jadi doh
Tekan dalam acuan dan bakar dengan suhu 165-170 C selama 15 minit atau sehingga masak. Sesuaikan dengan oven kita ye..

II - INTI
Putar cheese, mentega dan gula hingga kembang
Masukkan telur dan putar hingga sebati
Isi filling ke dalam tart shell dan tuang cheese sehingga penuh (nak mudah kerja, masukkan filling & cheese dalam piping bag dulu... bag asing2 ye... hehehe)
Bakar dengan suhu 170C selama 15 min (jika disentuh tak lekat)


TIPS AKAK:

1) Akak gunakan telur yang sejuk dari peti ais untuk pastry dan filling.
2) Akak gunakan telur gred A yang timbangannya dalam 53-54g sebiji
3) Semasa membakar, perhatikan dulu kesesuaian suhu ikut oven masing2. Cth, akak guna oven Rubine, nampak macam tak sama dengan oven Zanussi akak yg lama. Untuk pastry, sebaiknya gunakan function berkipas yang mengambil masa dalam 15-17 min dan tak perlu dipanaskan dulu. Untuk filling pula, guna function atas bawah yang mengambil masa 10-13 min ikut jenama cream cheese.
4) Akak selalu gunakan cream cheese Philadelphia yang kata orang paling sedap (atau psychologically sedap sebab harga mahal... hehe!). Tapi akak rasa kalau guna jenama Anchor, masa membakar lebih singkat dan hasilnya pun baik juga. Teringat kata Ah Chai toke bakeri, cream cheese Anchor lebih sesuai untuk buat cheese tart berbanding sebagai frosting.  Kalau Phil akak ambil masa dalam 13-15 min, guna Anchor 5 minit dah cukup. Rupa dan rasa tak beza pun.. Itu ikut pengalaman singkat akak ni lah...
5) Paipkan cream cheese tu penuh-penuh melebihi paras shell tu. Kemudian goncang2 sikit supaya jadi sedikit rata, baru corakkan dan bakar.




January 7, 2014

Blueberry Cheese Tart

Assalamualaikum...

Saja nak post gambar je pagi ni... Pagi2 santap cheese tart ni meme sedap.. :)




January 5, 2014

Sesi Warm Up with BC Tart & Durian Crepe

Lega... hampir keseluruhan barang2 dah akak unpacked.. Tinggal beberapa kotak je mostly en abe punya yg belum terusik.. Tinggal nak masuk perabot2 utama je. Belum ada masa nak melawat kedai perabot pun... La ni masih guna meja makan plastik tu je... hehehe! Hat yang lama semua dah bertukar tuan..

Semalam cuti Jumaat & Sabtu memang akak langsung tak keluar rumah.. Keluar takat sidai dan ambik baju je. So, merajinkan diri kejap. Memandangkan dah terpaksa guna dapur termasuk oven baru, tak bolehlah nak terus buka kedai. Kena tengok dulu sifat oven tu, terutamanya. Setakat ni, Alhamdulillah... oven Rubine tu memuaskan. Tapi akak tak guna lagi untuk bakar kek. Semalam cuma testing buat cheese tart je. So, dah tau level suhu dan masa yang sesuai untuk tart. Harap2 untuk kek pun tak jauh beza dengan oven lama..


Hari kedua kejadian.. sodap sangat tart ni. Kali ni akak guna resipi dari blog Rahel untuk pastri dan juga inti. Airtangan Rahel ni mmg akak admire sangat2.. Sebab buat apa pun nampak cantik dan menawan serta mengiurkan. Tak kedekut resipi dan ilmu. Maka, anak2 murid di alam maya ni pun kena lakukan benda yg sama. Jangan kedekut.

Kalau orang2 belah Jitra ni nak rasa, boleh roger2 ahkak ya... wink wink!


Gambar menggunakan camera 360 ni tak berapa menawan akak. Tak pandai kot... hihi. Masa ni abe pakai kamera akak. Terpaksalah guna tab...

Selain tu buat durian crepe dulu. Abe yang request.. Akak tompang semangkuk. Fawwaz dah siap2 kata "I don't like durian..". Anak omputeh mana suka durian kenn... hado. Sat lagi nak ambik dia dari sekolah, tengok apa dia nak cerita. Pastinya pulang dengan ceria.. Kalau nak pi tu duk zikir "I don't want sekolah" sepanjang jalan...


Jadinya... fridge akak yang dah membesar tu tetap penuh dengan makanan macam zaman fridge kecik. Sesapa nak tolong, marilah datang.. tolong makan. Akak ada banyak lagi projek tertangguh ni. Utk testing oven lagi... :D


July 5, 2011

Fruit Custard Tart

Projek tengahari kelmarin yg tak berapa terancang... Memang dah lama teringin nak buat fruit tart nih, tapi asyik lupa je nak beli buah yg menarik sikit warnanya... Asalnya juga nak menggunakan tart shell yg dibawa dari M'sia hari tu.. Duk diam je dalam bekas.. Sekali nak guna, rupanya dah keluar cendawan sikit... Hehe ingat boleh tahan sebulan... Agaknya sebab hari tu buat memang kurang garing sebab nak bakar lagi bila bubuh cheese cream.. nanti rentung pulak kan...

Resipi tart shell tu saya guna K.Am Flora punya, macam yg saya pernah guna utk blueberry cheese tart hari tu... Takpe, saya ulang tayang ye!

Bahan2 pastry (boleh dapat 18 crust size medium) :

1 biji telur
100 g mentega
75 g gula aising
200 g tepung gandum

Cara2:

1)  Campur gula dan mentega dan kacau dengan spatula atau senduk kayu
2)  Masukkan telur dan tepung.  Uli sampai sebati
3)  Ambil sedikit, bulatkan dan tekan pada acuan dari tengah ke tepi dan atas, sampai kemas
4)  Cucuk di tengah2nya dengan garpu
5)  Bakar dengan suhu 160C selama 20 minit

Tart shell untuk kegunaan akan datang...

Filling Kastad (utk 9 biji):

1 sb tepung
1 sb tepung kastad
3 sb gula kastor
1 cawan susu segar - saya guna yg rendah lemak
1 biji telur - dipukul
1 sb mentega

Cara2:
1)  Campurkan kesemua bahan.  Kacau hingga sebati dan letak atas api sederhana. Pastikan sentiasa dikacau supaya tidak bergentel..
2)  Bila dah pekat, angkat dan sejukkan sikit...
3)  Sudukan atau paipkan ke dalam tart crust yg dah sedia sejuk.. Hiaskan dengan buah2an kegemaran anda!  

Cth buah anggur, strawberry, kiwi, peach.... macam akak yg ada anggur hijau, mangga & nenas je... pun boleh cuma tak colorful.. :D

Jadilah... hanya ini buah2an yg ada.. emergency buat kan... :D

April 12, 2011

Cheese Tart... lagi


Malam ni buat blueberry cheese tart lagi.. Cuba resipi lain milik Azita Kitchen untuk shell nya.  Tapi dia punya rupa dan saya punya masih umpama langit dan bumi... Takpe, ini baru kali kedua.. Kalau ke-10, dah boleh jual dah hehehhh!  Ada hati juga nak jual2.. tapi mana tau kan, terbuka pintu bakeri ku.. ahaks!


(Sumber resipi: Azita Kitchen)


Tart Crust / Shell
Bahan-bahan :
170gm marjerin
50gm gula aising
1 biji telur Gred C (saya guna gred sederhana dan buang sikit putihnya)
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :

  1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
  5. Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.

 Tart shell yg bergelimpangan.. 

Nota :
1)  Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.
2)  Untuk cheese filling, saya guna balance yg haritu... dapat 6 butir je.  Lebihan shell disimpan untuk akan datang... Resipi cheese filling tu boleh tengok SINI.


Masuk fridge dulu.. baru best makan esok... tp apesal shell dia ni tukar kaler dark n hensem... aduhh!

April 9, 2011

Blueberry Cheese Tart


Biasalah... suka meniru2.  Tengok org tu buat, orang ni buat... kita pun teringin gak test skill.  Memangle pernah menjadi makanan kegemaran suatu masa dulu esp masa tgh study kat UiTM.. Selain puff apple, cheese tart le yg selalu kita beli kat cafe.  Pastu, tak ingat bila last sekali makan.  Tengok2 dah jadi fenomena... Semua pandai buat.  Mengiurkan!!  Macam tu kita pun testing la siang tadi sambil ber'macaron" (jgn tanya jadi ke tak.. :)))  Pastu sambil melayan ragam cikmat yg betul2 meragam harini selepas baik demam.  Aduhh!  Teruji betul kesabaran makcik hari ni... Rasa nak tukar jadi incredible hulk.  Nasib baik tart tu menjadi walau ada babak terlebih bakar selepas tu.. :(

Resipi diambil dari blog kak Am-flora lagi... TQ ye kak!

Bahan2 pastry (dapat dalam 15 biji):
1 biji telur (saya guna saiz sederharna)
100g butter (saya guna buttercup je..)
75g icing sugar
200g tepung gandum

Cara2:
1)  Semua bahan disatukan dan diuli sehingga menjadi doh
2)  Bulat2 kan doh ikut kesesuaian acuan dan tekan dlm acuan tat & cucuk2 kan sikit dgn garpu.
3)  Bakar selama 15 minit - 160°C

Tart shell yg dah siap... tp kurang cantik dan sedkit tebal, kena praktis dan ada acu yg satu2 baru cun kott.. huhu!

Filling : Cream Cheese 
250g krim keju Philadelpia (atau apa2 brand yg halal)
60g icing sugar
1 biji telur
Saya tambah 1/2 sk jus lemon

Cara2:
1)  Pukul semua bahan sehingga halus & rata (sebelum tu keluarkan cream cheese dari fridge dalam 30 min sebelum putar, jgn sampai tahap suhu bilik)
2)  Pipekan dulu sedikit blueberry filling kemudian tutupkan pula dgn krim cheese
3)  Lorek tat mengikut corak disukai (sedikit krim cheese + sedikit bluberry + kaler - dan dilorekkan ke atas permukaan tat)
4)  Bakar selama 5-10 minit dengan suhu 170C (atau bila disentuh permukaan cheese tu, dia tak melekat kat jari)

 Yg atas ni proses sebelum dibakar semula.. siap2 letak atas paper cup.. first time buat kerja lorek-melorek.. :)