Akak asyik terkenang dendeng daging yang kawan baik saya Ani masak dan buat bisnes sekarang. Nak order punyalah jauh. Dia di Gombak, akak di Jitra. Kalau pos laju boleh ke? Nak buat sendiri, agak malas dan memang tak pernah buat masakan ni.
Balik lepas akak angkut sebungkus daging korban dari kampung. Terus fikir nak buat dendeng ni. Bukan susah pun, resipi banyak dan pelbagai versi di internet. Yang pasti, daging kena rebus dan goreng. Nak ketuk atau tidak, terpulang. Lepas tu, tak guna bawang putih. Yang lain-lain, lebih kurang dengan bahan RENDANG HITAM saya. Cuma rendang hitam tu, lebih renyah kot sebab nak bergoreng semua bahan dan perap lama sikit. Nak cuba, ada kat SINI.
Fawwaz asyik terjenguk-jenguk masa mak dia masak ni. Yummy la... delicious la.. tak sabar-sabar nak makan. Siap duduk sama-sama kat kerusi tinggi mak dia mengadap kuali.. Dah dapat makan, bertambah-tambah nasi. Makan dah lewat petang, malam dia mintak lagi. Punya sedap kot airtangan mak dia nih. Sejak raya ni, dia dah boleh telan daging. Sebelum ni memang dia tak mau. First time hari tu, makan sup daging mbah mama kat kampung dan sambal telur. Makcik akak yang masak apa pun boleh jadi sedap, esp lauk-pauk. Jadinye, sekarang stewardess umi akan tanya bila waktu makan... "Fawwaz nak fish ke, chicken or meat..?". hehehe...
Sebenarnya dendeng akak ni pulak ialah versi tak penyabor. Merebus pun tak lama, macamlah guna pressure cooker. Goreng pun ala2 je.. Masa nak ketuk, rasa macam dah empuk, so tak berapa mengetuk. Tapi bila dah siap masak, agak kaku daging tu. Kesian juga masa nak suap Fawwaz tu. Cuma akak rasa sedap laa... hehehe! perasan la. Habis sapa lagi nak puji? Mujor Fawwaz pun kata delicious.. :P
Resipi akak ni cuma anggaran je.. Sebab akak pun main campak2, sudu2 je.. sambil menjeling itu daging yang dah berhiris.. Tak pasti pulak beratnya sebelum rebus tu. Ni tulis untuk panduan di masa hadapan :)
DAGING DENDENG
Bahan2:
500g daging
10 biji bawang merah
1 inci halia
3 sudu cili giling
1 1/2 sudu makan jintan manis (tak penuh)
1 sudu makan jintan putih (tak penuh)
Kicap secukupnya
Garam
Gula - akak guna gula melaka + gula pasir
1 keping asam gelugor (boleh jg guna asam jawa atau tomato)
5 biji bawang merah - untuk dibuat bawang goreng
Cara2:
1) Rebus daging dengan potongan besar sehingga empuk - akak rebus dengan 1 inci halia dan sebatang serai yang diketuk. Toskan daging dan potong nipis dan diketuk sedikit.
2) Kisar jintan manis, jintan putih dan bawang merah. Masukkan sekali cili giling.
3) Perap sebentar hirisan daging dengan bahan kisar - akak cuma ambil masa 1/2 jam
4) Goreng bawang sehingga kekuningan dan ketepikan.
5) Menggunakan minyak bekas gorengan bawang, goreng pula daging yang telah diperap sehingga berwarna perang atau ikut suka nak garing atau tidak.
6) Jika minyak banyak, kurangkan sedikit. Masukkan lebihan bahan kisar kedalam minyak tersebut dan tumis hingga pecah minyak.
7) Masukkan kicap dan sedikit air rebusan daging, garam, gula dan asam.
8) Masukkan daging dan kacau sehingga mesra. Masak sehingga agak kering atau ikut citarasa anda!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Saya kumpulkan beberapa pilihan resipi chocolate ganache di sini untuk rujukan akan datang. Selalunya saya gunakan resipi yang pertama untuk...
-
Hari Rabu lepas akak berkursus dengan kak ipar.. seperti tajuk di atas.. Orang sini panggil "ketupat" sahaja. Buat ket...
-
Asyik post resipi kuih kek tart laa.. Ini kali akak nak tulis pasal gulai nangka pulak lah. Gulai, masak lemak, jangan (bahasa jowo)... sama...
-
Assalamualaikum... debab menawan tak akak punya ketupat ketuput? hihi.. Seperti biasa, kalau nak raya mulalah fikiran menerawang apa y...
-
Setelah beberapa kali tertangguh, petang tadi akak merajinkan diri menguli secara manual 1/2 adunan pau yang menjadi favourite anak bujang a...
No comments:
Post a Comment