April 13, 2012

Rainbow Cake.. lagi

Inilah hasilnya untuk malam ini, Rainbow Cake yg diterjemahkan sebagai kek pelangi.. Tapi kalau google tu, nampak macam-macam versi kek pelangi.  Ada yang macam marble, kek belang dan macam2.  Saya ikut je yang rupa macam ni..  Memang tak jemu membuatnya.  Sebab sedap sangat rasanya.  Yang membuat lagi sedap ialah cream cheese kesukaan akak tu!

Resipinya masih menggunakan resipi yang sama.  Cuma malam ni saya ubah cara membuat cream cheese frosting mengikut kaedah Joy of Baking dengan jiwa penuh derhaka huhu...  Rasanya ramai juga orang lain yang guna resipi frosting yang satu ni.  Kejadiannya lebih lembut dan mudah untuk menggayakannya.  Cuma bila lembik ni, saya yang tak pernah pandai mendeco ni, laagilah gelabah.. Cuma kalini untuk makan sendiri, takdelah risau cantik ke tidak..
 

Resipi KEK SPAN PELANGI boleh tengok entri yg sebelum ni di SINI.. Kali ni saya nak tuliskan resipi frosting nye sahaja.


Cream Cheese Frosting

Bahan2:

250 g cream cheese - apa2 jenama, asal ada tulisan halal yg tidak diragui
3/4 cawan gula aising
1/2 sudu kecil extract vanilla
100 ml whipping cream - saya guna jenama Anchor

Cara2:
-  Putar cream cheese yang masih sejuk sehingga berkrim
-  Masukkan vanilla extract dan gula sedikit demi sedikit.  Putar sampai sebati dan gebu
-  Masukkan pula whipping cream sedikit demi sedikit sambil memutar perlahan... dah habis tu maksimum kan speed dan putar sampai gebu.  Siap!

P/S:  Resipi frosting ini hanyalah untuk separuh adunan, sebab saya masih punya balance CC yg sebelum ni.  Kalau baru pertama kali nak buat, kena gandakan.  Resipi asal mengadunkan cream cheese + mascarpone serta whipping cream yang lebih banyak kuantitinya. 

No comments: