Pasaipa bubuh tajuk 2011? Sebab... last buat 2010, ni dah kira setahun baru buat balik... :D Kebelakangan ni macam selalu pulak tengok gambar puding marble ni, tu sebab dalam tak merancang terus je buat. Kalau tahun lepas tengok resipi tu lat MYR, kali ni bertandang kat blog empunya resipi. Namun apakan daya, tak dapat juga tiru bulat2 sebab bahan utama tu takde... iaitu serbuk agar2. Yang kita ada serbuk jelly entah bila punya daa... eh! lain tau serbuk tu! Jadi, derhaka untuk kali kedua.. :|
Versi ori Hana boleh tengok di SINI... yang bawah ni versi tuko2.. Tahun lepas pula, saya guna agar2 tali.. macam kat SINI
Bahan2:1 peket serbuk jelly (jenama konnyaku seberat 120g)
500 ml air
2 sudu gula (tak letak pun takpe, sebab jadi manis sgt... jelly tu dah bergula)
4 keping roti
2 butir telur
2 sudu besar susu pekat
120ml (1/2 cwn) susu cair
1/2 cawan air
2 sudu besar serbuk koko - saya tak semuakan
2 sudu besar majerin atau mentega - cairkan dulu
Sedikit esen vanilla (opt)
Cara2:
1) Blend roti, telur, susu pekat, susu cair dan air sehingga halus
2) Dalam waktu yang sama, didihkan 500ml air... setelah itu masukkan serbuk jelly
3) Bila dah mendidih semula dan jelly larut, masukkan adunan roti (1) dan kacau2. Esen vanilla bubuh masa ni..
4) Masukkan majerin, kacau sebati dan didihkan sebentar. Matikan api. (edited)
5) Bahagikan adunan kepada 2 - satu adunan asal berwarna keputihan, dan satu lagi dicampur serbuk koko. Masa masukkan koko tu, kacau cepat sampai sebati..
6) Sendukkan satu persatu ke dalam bekas bermula dari tengah.. cth satu senduk adunan putih, kemudian satu senduk adunan coklat di atasnya.. dan seterusnya... dari tengah, adunan akan ke tepi sendiri.. :))
Rupa marble org posa...huhu
No comments:
Post a Comment