Memandangkan ikan tenggiri ni dah lama bertapa kat freezer tu, akak pun decide masak ni jelah! Masak pun tumbuk2 je apa yg patut.. ikut rasa :)
Bahan2:
2 ketul ikan tenggiri - gaul dengan garam dan kunyit selepas dibersihkan
3 ulas bawang merah - tumbuk
1 ulas kunyit - tumbuk
6 batang cili padi - ikut suka pedas mana, tumbuk
1/2 biji tomato - potong dua
1 mangkuk santan pekat
1 keping asam gelugur
Garam
Cara2:
1) Goreng sebentar ikan sehingga agak kekuningan
2) Masukkan bahan tumbuk ke dalam kuali bersama sedikit air (dlm 1/2 cawan). Rebus hingga mendidih/layu
3) Masukkan santan dan tomato. Biarkan hingga mendidih, sesekali kacau supaya tak pecah minyak.
4) Masukkan ikan, asam keping dan garam. Biarkan mendidih seketika dan angkat.
1 comment:
S3dappnyaa..nnt nk masak utk berbuka esok..
Post a Comment