February 25, 2011

Tortilla Inti Daging


Malam tadi tetiba teringin nak buat flour tortilla yg resepinya dapat kat myr di hantar oleh Azareena.  Asalnya sebab untuk dinner saya masak kari ayam yg nampak mengancam.  Tapi tak teringin pula makan nasi.  Tu yg buat tortilla aka lempeng ala mexican.  Lepas tu pagi ni buat lagi dengan inti daging cincang... untuk breakfast.

Tebal sikit yg ni..

Bahan2 untuk 12 kpg:

3 cawan tepung gandum (saya tambah2 juga sebab adunan terlembik..)
1 sk garam
2 sk baking powder
4 sb shortening
1 1/4 cawan air suam

Cara2:

1)  Campurkan kesemua bahan dalam mangkuk
2)  Masukkan air suam sedikit demi sedikit, uli hingga menjadi doh
3)  Bahagikan kepada 12 bahagian, bulat2kan dan rehatkan selama 10 minit (saya rehatkan lama lagi.. sbb sesuaikan masa nak makan..)
4)  Canaikan hingga jadi nipis (macam capati)
5)  Goreng tanpa minyak dalam non-stick pan - balik2kan

Inti - hasil imaginasi sendiri

Bahan2 inti:

Minced meat/beef
1/2 labu bawang besar - dadu
2 ulas bawang putih - hiris halus
1/2 biji tomato - dadu
1/4 biji capsicum - dadu
Sedikit lada hitam
Sos tomato
Sos cili
Sedikit garam
Sedikit gula
Minyak untuk menumis
1 sk tepung jagung - campur sedikit air utk memekatkan

Cara2:

1)  Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu
2)  Masukkan daging dan kacau2 hingga warna pucat
3)  Masukkan tomato, capsicum, sos, gula, garam dan lada hitam.  Selarikan rasanya..
4)  Akhir sekali masukkan air tepung jagung dan kacau hingga pekat.  Angkat.

Lain2 aksessori - daun salad, tomato, timun dll - ikut citarasa..  Boleh tambah mayonais dan cheese masa nak makan tu.

Nak makan gulung dulu.. ni kes nak tunjuk inti tu jewr!!

February 24, 2011

Ayam Bakar Ungkep

Grilled chicken minggu ni adalah versi Indon.. Yaa.. sebelum dibakar, ayamnya haruslah diunkep seperti biasaa... faham nggak?  Bahan2nya ya sama sperti yg selalu, tapi kali ini kububuh kemiri, gula merah dan kunyit hidup serta air asam jawa.. Tapi kalau versi Indon nggak guna serai dan hanya jahe, saya letak juga serai itu..

Rupa paras standard gini... rasa je lain2.. :)

Bahan2 (boleh disesuaikan ikut citarasa) :

1/2 ekor ayam (potong 2 belah)
1-2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1cm halia
1 batang serai (opt)
1 ulas kunyit hidup
1 sb gula merah
2 biji buah keras (kemiri)
1/2 sk ketumbar (opt)
Sedikit air asam jawa
Sedikit garam
2 sb minyak masak

Cara2:

1)  Bersihkan ayam dan belah sedikit dagingnya supaya bahan perapan lebih menyerap
2)  Kisar kesemua bahan menjadi halus
3)  Tuang ke atas ayam dan perap sekurang2nya setengah hari.. Kalau semalaman lagi sedap.
4)  Bakar atas arang atau masukkan ketuhar dengan kepanasan 200 degree selama 40 minit atau hingga masak keperangan.

Side dishes : Corn soup, potato fries & vegetable salad..

February 13, 2011

Baked Chicken & Potato Salad

Baked Chicken


Hidangan dinner yg lepas... Macam yg saya kata yg lepas2, ini hidangan yg paling seronok dan senang nak sediakan.  Paling2 seminggu dua kali kena bakar membakar... Ayam dan juga lamb atau beef.  Tapi kita main letak je kat oven.. Perap pun cincai2 je...  Kali ni saya hidangkan ayam bakar tu dengan potato salad, corn soup dan salad sayur2an... Hidangan sihat dan sangat mengenyangkan!!

Bahan2 ayam & perap :

1/2 ekor ayam
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2 cm halia
2 batang serai
Sedikit jintan manis & ketumbar
2 sudu serbuk Lada
2 sudu jus lemon
Gula/Madu
Garam

Cara2 :
1)  Blend semua bahan... dan gaul dengan ayam.  Perap selama satu malam... (nak cepat 1/2 hari pun boleh  :D)
2)  Lapik tray dengan aluminium foil.. susun ayam di atasnya.  Lalukan sedikit minyak masak ke atas ayam..
3)  Bakar dengan suhu 200C selama 40 minit atau sehingga masak.. balik2kan setiap 20 minit



Potato Salad

Bahan2 Salad:

1 biji kentang - buang kulit dan potong kecil2
1 biji telur - rebus hingga masak
Sedikit bawang besar (yg jenis hijau tu) - potong halus
Sedikit lada sulah atau lada hitam
Mayonnaise secukupnya
Secubit garam
Daun parsley (daun sup atau oregano pun OK je..) - racik halus

Cara2: 

1)  Rebus kentang sehingga empuk dan toskan
2)  Telus rebus di lenyek (macam buat sandwich telur)
3)  Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul mesra
4)  Sejukkan dalam petisejuk sebelum hidang (kalau suka) atau boleh terus hidang gitu je...


Side dishes.. gambar lama


February 12, 2011

Koci Keledek

Koci Koci Hotahai..

Sekarang waktu di Bahrain pukul 4.45 pagi.  Sejak pukul 4 tadi akak dah duduk depan laptop nih.. tak boleh tidur lepas buatkan susu encik fawwaz yg asyik bangun ngigau je malam tadi.  Entah lapar ke sakit perut.. sebab semalam tak mau makan kecuali 5 keping biskut oreo dan sebiji pisang.  Kejap lagi 4.53 azan subuh bunyila tu dari masjid Al Fateh depan nun..

Hari Khamis lepas saya buat koci keledek, sementelah daun pisang yg dibeli dah nampak macam bukan daun.  Dah dekat coklet warnanya..huhu!  Cepat2 kupas keledek, buat inti kelapa dan zasss... jadilah kuih koci keledek.  Rasanya dah lebih setahun tak buat... last skali buat koci labu, entah bila.. silap2 thn 2009! 

Bahan2 (main agak2 jer) :

Keledek
Tepung pulut
Tepung ubi
Sedikit garam
Minyak masak untuk dilumur pada koci yg nak dibungkus
Daun pisang secukupnya... potong 4 segi tepat

Inti:
Kelapa
Gula merah
Gula putih
Sedikit garam
- saya campur sikit inti red bean yg memang dah ada

Cara2 :

1)  Potong keledek yg dah dikupas kulit dan rebus sampai lembut.  Toskan airnya
2)  Lenyek keledek, campur tepung pulut dan sedikit tepung ubi dan garam.  Saya letak tepung sikit je, supaya tak liat dan lebih rasa keledek.  Letak air sikit2 untuk senangkan uli esp kalau tepung lebih...
3)  Ambil sedikit adunan, bulat2kan, buat lopak dan masukkan inti... Letak seketika dalam bekas berisi minyak masak, golek2 kan...
4)  Bungkus dengan daun dan kukus selama 15 minit atau agak2 daun layu dan tepung masak...

Tengokla daun tu, mcm tak selera... pastu tak cukup lak tu! hahaa


Cara buat inti:

1)  Campurkan semua bahan dan gaul sebati.  Boleh juga tambah air sikit..  Masukkan dalam kuali, letak atas api yg sederhana atau kecil, dan kacau2 hingga masak dan pekat.
2)  Kalau nak masukkan inti lain mcm kacang ke, masukkan masa dah nak pekat tu..


February 10, 2011

Cerita Tentang Karipap aka Epok2

Dah lebih 2 hari tak berfesbuk dan blogging... internet out!  Adalah problem dgn network.. Kat sini kongsi satu building, macam kat office tu.  Pakej sekali company bayar.. kiterang plug in je cable.  Pastu kalau problem, tanya je kat Saiful pesal.. adoi! Memang lemak kalau duk tempat orang nih!! Untung... tp kok tak kaya!!!  :P:P

Buka2 blog, ternampak gambar macarons warna-warni kat blog HaSue.. pastu dia suruh tengok blog cikmin.  Adoi!! Dah akak teringin macarons.  Duduk kampung sg tawor mana pernah jumpa macarons?!  Tak terbayang rasanya... tp macam dah terliurrr... Takpe, kejap gi google recipe.  Mesti jumpa punya... that's the beauty of this virtual world!!  Beauty?  Erkk.. I can't find better word rite now.. ngeee.

Kalau entry lepas cerita pasal pau, kalini nak cerita pasal karipap.  Kuih ni memang saya, tapi suka saya tu biasa2 je, bukan tahap diehard fan.. Nak kena tengok sapa yg buat dan rasanya kena tak dengan tekak yg kekadang cerewet ni. Pilihan utama isi keledek.  Hehe..orang jawa mcm daku memang le suka karipap keledek, sebab dia manis2 sket.. :D  Dapat yg makcik bongsuku kat kampung tu buat... aduh! tahannn je mulut ni, jangan telan banyak2.  Kolestrol ku dahlah tinggi! Paling tak lupa arwah nenek sedara buat suatu masa dulu... sedap gilerr!  Selain daun sup yg sangat terasa, kekadang ada kerang dalam tu.  Memang tak jumpa sejak dia dah meninggal dunia... lama sangat dah!!!  Dah takde pewaris resipi tu...


Epok2... dulu saya tertanya2 juga apa bendanya, serupa tak dengan karipap?  Hehe.. 


Makcik, kalau buat inti tu, tak kira keledek atau kentang, rupanya memang sedikit ngeri.  Sebab macam banyak sangat cili dia letak selain rempah kari.  Merah je kaler.  Tapi bila makan, taklah pedas mana... Manis banyak, masin sikit, pedas... Dia tak letak pun daun kari, apalagi daun sup.  Sedaapp je!  Saya belum boleh nak tiru walau ada juga tengok dia buat.. air tanganku belum tahap tu!

Saya pula, semulajadi tau buat karipap ni.  Adalah cedok sana sini camna nak buat kulit yg bagus dan inti yg sedap.. tapi sudahnya ikut acuan cincai sendiri.  Kalau nak tulis resipi pun tak tau sebab tak pernah ingat nak sukat.  Dah hari2 buat dan jual, untuk kulit tu saya main ceduk 6-8 cawan tepung + garam yg main tabur2 + minyak panas anggaran 1 1/2 cawan dan air paip yg main agak2... 1/2 - 3/4 botol air 500ml tu.  InsyaAllah, rangup dan elok je kulit tu.. terutama lepas goreng.  Itu untuk anggaran 30-35 biji karipap saiz besar, versi komersial.  Kalau nak makan sendiri, sedapnya guna majerin... Kadang2 guna air sejuk dari fridge.

Karipap pusing pertama saya... Masih belum expert dan belum rasa nak buat gini lagi.  Banyak kerja sikit laa... (alasan).  Tapi bagi sesetengah orang, inilah kepuasan dorang... yg susah nih!

Ini antara karipap jualan awal2 dulu... lambak macamana pun habis sbb masih baru dan takde benda lain.  Masa tu 3 biji harganya 200 fils (nilai time tu dekat RM2).  La ni jual sikit2 je, jangan takde...

Kalau baru lepas angkat macam ni dan terus makan panas2, memang terangkat... sambil minum teh-o dan tengok TV, takpun layan internet, apalagi tengah lapar... :D



Untuk inti, saya anggarkan dalam 2kg kentang + 2 senduk cili kisar + 3-4 senduk bawang kisar (merah + putih) + bilis/udang kering + 3 senduk rempah kari + 2 sudu kecil garam (ikut tahap garam) + 7-8 sudu gula (manis kan?).  Minyak dan air boleh agak2.  Lepas tu letaklah daun kari dan daun sup.  Memang saya suka inti karipap yg agak manis.. Lain orang kadang tak suka.  Tapi customer saya kebanyakan suka la kot, kalau tak dorang takkan beli dan order banyak2...hu huk!



Saya menggunakan acu karipap untuk memastikan saiz yang sama dan mempercepatkan proses.  Tapi saya klim semula sebab tak puas...



February 7, 2011

Cerita Tentang Kuih Pau

Hehe... asik2 pasal pau!  Bukankan ini kuih kegemaranku... tu sebab sentiasa gembira walau cuma tgk gambar..  Sekarang ni (sejak minggu lepas) saya dah berjual kuih pau ni kat Emirates Building nih.. Ada permintaan, tapi tak berapa larat nak buat sebab buat secara MANUAL je.. tak pakai penguli apalagi breadmaker.  Tangan kurus ni bukanle kuat sangat, cuma semangat tu lebih... itu yg jadi juga.  Paling banyak boleh jual 10 biji dgn harga 100 fils atau 80 sen, murahkan?!  Kuih yg susah ni sebenarnya terapi dan motivasi diri, apalagi kalau mood tgh merudum.  Dan saya suka share apa yg saya suka makan dengan orang2 lain, cthnya staf SIA tuu... paling2 dgn mat2 bangla pekerja building ni :) 

Terima kasih jelah kepada guru2 masak di alam siber ni... kalau pau ni saya suka ikut resipi Mat Gebu dan Mamasyipah... Pasti jadinya cantik dan menggebu.  Cuma, kita yg jauh kat perantauan ni kenalah adjust mana yg patut... Bukan semua bahan ada.  Paling2 bawak sikit dari M'sia.. mujurle selalu berulang-alik, jadi bolehlah selalu test skill...  Kali ni saya nak cerita sikit tentang hasil pembuatan kuih ni dengan menggunakan pelbagai jenis tepung.  

Yang kat bawah ni pau kacang merah (tanda merah) dan kaya (tanda kuning).  Kejadiannya sangat cantik, putih melepak dan glowing gitew.. Sebab apa cantik?  Sebab kita guna TEPUNG PAU jenama Bluekey.  Bawak sekotak je dari M'sia haritu, sebab kotak ajaib dah penuh dgn pelbagai stok lain.  Walau tak ikut resipi asal betul2, terutama penggunaan DOUBLE ACTING BAKING POWDER dan SOFTENER, masih gebu dan cantik.  Masih lembut walau dah sejuk.. Itulah kelebihan tepung pau!  Resipinya kat SINI...


Meleleh kaya tuu.... jgn le adikku cik aula tu nampak, nanti dia suruh buat.. pastu fail! ngee....


Yang bawah ini pulak menggunakan campuran TEPUNG PAU dan TEPUNG GANDUM (kat sini namanya MAIDA). Masih jadi cantik, lembut dan gebu.  Ini adalah pau ini kentang (kari)... Masih guna resipi seperti di atas.  Cuma saya ubah sikit menggunakan 100g tepung pau + 140g tepung gandum...



Yang ini adalah pau inti kaya.  Saya guna resipi Mat Gebu yang asalnya guna tepung Hongkong.. Nak patah tangan rasanya menguli sebab kurang air.. tapi hasilnya cantik walau tak putih lepak.  Yang ni saya cuba guna TEPUNG PIZZA.  Saya main belasah je sebab tepung tu duk diam je dalam gobok... mujur menjadi juga walau tak secantik orang2 lain buat kat laporan Myresipi tu.  Nak tengok resipi yg ini boleh jalan2 kat SINI...



Lepas dah testing dengan tepung pizza, saya cuba guna resipi yg sama dengan menggunakan 100% TEPUNG GANDUM (MAIDA).  Lagi cantik dan gebu tapi tak putih le macam guna tepung pau atau tepung hongkong... Masa ni saya dah mula jual sekali, pastu break.. hehe!  Kaya tu buat sendiri juga tau... Macam juga inti kelapa atas tu... takde yg segera kat sini.

macam2 gaya posing... guna my homemade kaya


Ada satu bahan penting yg saya tak pernah ada di sini iaitu DOUBLE ACTION BAKING POWDER.  Tapi pau masih jadi cantik dengan hanya baking powder yg biasa..  Saya juga pernah cuba dengan tepung hongkong, tapi nasib tak menyebelahi saya... tak menjadi atau bantat!!  Saya masih meneruskan pencarian untuk pau yg lebih mengancam walau tak seperti yg selalu saya beli kat spital tu... Pau kampung pun sedap... tapi kalau balik kampung, memang kita BELI je terus... jimat tenaga heheheee!!!!


February 5, 2011

Clam Soup

Lauk yg sangat simple tetapi menyegarkan... Kat market Bahrain ni boleh tahan senangnya nak dapatkan clam ni... sekilo dalam 500 fils je (dlm RM4)..  Tapi ni sebenarnya first time beli kat sini.  Jumaat semalam tetiba teringin nak masak ni.. Buat sup atau rebus je... Baru terasa manis2 isi dia tu dan segar air sup tu...mmm sedapnye!




Bahan2:

1 kg clam/lala/retak seribu (atau yg sewaktu..)
2 ulas bawang putih - hiris
1/2 labu bawang besar - hiris
2 batang serai
Bawang goreng
Daun sup

Cara2:

1)  Masukkan semua bahan sekali dalam periuk (kecuali bawang goreng dan daun sup).  Tambah air sekadar paras clam..
2)  Rebus sampai terbuka cengkerang tu... Tutup api, masukkan bawang goreng dan daun sup dan tutup periuk.  Siap!

ps:  Kalau nak letak garam, dalam secubit je... sebab kerang tu dah cukup rasanya..



Makan cicah dengan sambal kicap.... 


February 3, 2011

Urap Pegaga





Lauk malam ni.. lawankan dengan ikan masak lemak cili padi 80% style N9 (guna cili + kunyit je)...cuma santan tu versi serbuk... tak cukup kelapa dalam simpanan ... :(

Kat Bahrain ada pegaga?  Ahhaa... jgn kata takde, sentiasa ada!  Kalau tak mari dari Sri Lanka mungkin dari Kerala, India... Best hapa duk Bahrain ni.. macam2 adaaaa.... :D  Yg penting, ini lauk yg sihat...




Bahan2:

Secekak pegaga - hiris2
1 cawan kelapa parut
Cili padi (ikut suka pedas mana)
1 inci belacan - bakar atau goreng
Secubit bilis (udang kering pun boleh)
1/4 biji bawang besar - hiris halus
Sedikit gula, garam dan air asam

Cara2:

1)  Sangan terlebih dahulu kelapa sehingga agak kekuningan.  Nak buat mentah pun boleh.. Kalau kasar kelapa tu, blend dulu sampai agak2 halus...
2)  Tumbuk cili padi, belacan dan bilis hingga lumat (bilis tu saya rendam dgn air panas dulu)
3)  Gaulkan bahan tumbuk (2) dengan kelapa dan bawang hiris.
4)  Perasakan garam, gula dan asam...
5)  Gaul pula dengan ulam... tukar ulam jenis lain pun boleh...


ps: kalau ada ikan masin, ikan goreng dan nasi panas lagi mantap nih!!...


February 2, 2011

Kek Alunan Kasih


Memang lawa kek ni.. warna warni.  Macam baulu lapis pun ada, tapi lapis besar dan beralun.. Mula2 ternampak resipi ni kat MYR by Misswhy... baru tenang2, nampak kat dapur DayangJack pulak, pastu Am-Flora... wah!! ramai2 membuatnya ye.. Menurut mereka sumber utama ialah Pn Mastura Yasak dari Kongsi Resipi.. 

Fawwaz masa baru potong ni, punyalah teruja nak makan.... 2 ptg sekali  :D



KEK ALUNAN KASIH - ini kite copy & paste jer tau..

(Sumber : Pn. Mastura Yasak - FB {Kongsi Resepi})
(Sumber2: Misswhy - My Resipi (MYR)

BAHAN2NYA: 

5 Biji Telur
1 ½ cwn Planta (kita guna majerin paket Pelangi tu jew...)
2 ½ cwn tepung gandum (ayak sekali dgn baking powder)
2 cwn gula halus (boleh kurangkan..sy guna 1 ½ cwn je)
1 sudu kecil baking powder 
½ cwn susu cair
1 sudu kecil esen vanilla (bole guna perasa lain juga)
Sebuk koko (secukupnya)
Pewarna ( ikut citarasa masing2..) - saya guna 3 color, yg asal hijo & pink je
*sediakan tapis teh yg halus..utk ayak serbuk koko.

Cara2:

  1. Pukul planta dan gula smpai kembang...
  2. Masukan telur satu persatu..pukul lg smpai kembang
  3. Masukan *esen vanilla, susu cair…gaul hingga sebati dan masukan tepung sedikit demi sedikit.. (ingat daku dah terlebih tepung la... mungkin boleh buat 2 cwn jer..)
  4. Bahagikan dua bahagian..campurkan pewarna pink dan satu bhgn pwrna hijau…
  5. Griskan loyang dan tabur sikit tepung..masukan adunan pink..ratakan dlm loyang dan
  6. Ayak *serbuk koko menutupi lapisan pertama…ayak nipis2 jer..
  7. Masukan lapisan kedua..warna hijau..ratakan perlahan2.. (jgn smpai serbuk koko di lapisan pertama td terangkat)…ayak serbuk koko di atas lapisan kedua..
  8. Mcm tu lah seterusnya..smpai adunan abis…
  9. Bakar lebih kurang 45min..160-170 Degree ikut oven masing2…



p/s:  Sebenarnya rasa kek ni tak jauh beza dgn kek belang saya tu... tapi kek belang tu lagi moist...