NAK CERITA DULU..
Tak taulah akan salah silah makanan ni. Tapi yang pasti, dibawa oleh orang2 dulu yang berhijrah ke sini dari Tanah Jawa. Akak pernah rasa masa zaman akak kecik2 dulu.. dah besar panjang dan menuju setengah abad ni akak dah tak pernah jumpa walau kadang2 sangat teringin nak rasa. Masa akak kecik2 dulu, arwah nenek & atuk ada tanaman ubi yang berbatas-batas kat rezab tepi parit. Dah macam ladang.. Campur dengan adik beradik punya lagi. Kalau nak ke situ, samada jalan ikut kebun orang yg semak samun, meniti parit melalui batang kelapa atau tibai je sampan cina yang bayar sewa tanah kat nenek RM50 setahun tu... hahaha. Punya baik tuan tanah kedaung.. tu pun kadang tak terbayor walau titlenya toke.
Bila ke kebun ubi macam piknik kekdahnya.. bawak bekal bagai. Selalunya selepas zohor. Akak yang masih comel tapi legam terbakor masa tu ikut sekadar main2 je.. Kadang bentang tikar, tidur bawah pokok ubi. Kadang main2 tepi parit atau kumpul batang2 daun tu buat kraftangan. Wahhhh... indahnya bernostalgia. Nak nanges ghase.. Pastu habis bersihkan kebun, balik bawaklah sesampan ubi.. atau seguni ka.. haha. Punya banyakk... mmg banyak!!!! Orang2 dulu rajin.. akan diproses ubi2 tu untuk macam2 bentuk makanan termasuk makanan ayam kampung. Ada keropok ubi, kerepek, ompak (tak tau nama melayunya apa...), tapai, ubi sagat, cakar ayam, dll.
Antara makanan tu ialah TIWUL ni.. yang juga nama lain sebelum jadi tiwul iaitu gaplek. Kikiki... kelakorkan nama tu.. Mau bibik2 tu nanges kalau dengar aku sebut nama2 makanan nih..
Bahan2:
1 - 2 batang ubi (saiz sederhana besar)
Sedikit air
Gula melaka/perang/merah/putih
Sedikit garam
Kelapa parut
Cara2:
1. Potong kecil ubi tersebut dan cuci bersih. Rendam selama 4 - 5 hari sehingga kembang dan toskan. Untuk mengelakkan bau 'busuk' keterlaluan, tukar air rendaman setiap hari (step ni sebenarnya hakak lupa nak buat.. hehe)
2. Jemur pula ubi tersebut selama 4 - 5 hari sehingga betul2 kering. Zaman moden ni ada kot yang keringkan guna oven saja.. tapi takut kurang sedap hasilnya.
3. Tumbuk ubi yang telah kering sehingga menjadi tepung. Ayak dengan penapis untuk menghasilkan tepung yang agak kasar (ikut citarasa nak halus atau kasar).
4. Tuang tepung tiwul ke dalam bekas dan gaul dengan garam.
5. Kemudian tabur di atasnya gula dan renjis dengan air, gaul sehingga menghasilkan adunan yang berbintil kasar (seperti sagu)
6. Tuang ke dalam loyang pengukus yang dilapik dengan daun pisang. Letak simpulan daun pandan jika suka.
7. Kukus selama lebih kurang 20 minit atau sehingga masak dan ketiwul menjadi kenyal.
8. Kelapa parut digaul dengan garam dan kukus sekejap. Kemudian di gaul bersama tiwul.
9. Siap untuk dimakan...
Saya tabur dengan gula merah sewaktu mengukus.. |
SEKIAN.. ;)