April 12, 2014

Kek Pisang Mentalon

Sebelum akak bermula, nak cerita yang inilah pertama kali akak dengar nama pisang tu. Walau akak membesar di bawah pokok pisang (kikiki), memang takde pisang tu kat kebun kami.

Beberapa hari lepas kak ipar beri pisang ni. Gemuk dan pendek je pisang tu. Nak kata pisang emas bukan, berangan pun bukan... Tanya abe, dia pun tak tau.. Sudahnya tanya balik kat kak. Tu yg tau namanya Mentalon. Sebab yang sesikat dah ranum dan akak tak suka makan pisang gitu2 je, maka akak kupas semua kulitnya. Separuh dah buat cekodok, 4 biji dibuat kek petang tadi dan ada lagi 2-3 biji kat fridge tu.


Tak susah nak buat kek ni.. Yang susah nak cari sapa nak makan. Sejak duk di tepi tasik dan kebun getah ni, takde jiran jemuran nak diajak merasa. Skop perkongsian makanan makin mengecil. Akak masih merindui suasana di Bukit Jalil dulu.. Ada je tempat nak disalurkan hasil kerajinan ku di dapur.. hehehe.

Meh tengok macamana nak membuat kek yang lembut dan moist ni...


KEK PISANG
Credit kpd Kak Nor (Secubit Garam)

Bahan2:

200g pisang mentalon/emas/berangan (pisang yg bersesuaian ikut apa yang di dapur..)
180g tepung gandum *
160g gula (edited by csas)
3 biji telur (saya guna A)
120 ml minyak (saya guna Saji je..)
1 sudu kecil baking powder *
1 sudu kecil soda bikarbonat *
1 sudu kecil ovalette
1 sk esen vanilla
Secubit garam
Sedikit parutan coklat masakan - saya guna dalam 1 petak kecil tu 2" x 2" (Optional)

Cara2:

Lenyek pisang terlebih dahulu
Ayak bahan2 bertanda *
Dalam bekas pengadun, masukkan kesemua bahan (kecuali coklat) dan putar laju hingga sebati dan kembang.
Masukkan parutan coklat dan gaul menggunakan spatula.
Tuang ke dalam loyang yang telah dilenser. Saya guna loyang 8 - 8 1/2" dengan berat <>800g.
Bakar dengan suhu 165C selama 45 - 50 minit (ikut oven dan kebiasaan masing2).
Kalau guna cawan muffin, isi 3/4 bahagian (atau kurang sikit) dan bakar selama 20 minit.

Taburan coklat masak.. boleh juga guna chocolate chips

Biar sejuk sikit, baru telangkupkan

Cerita Lauk

Saja nak tepek gambar lauk... Supaya tak sepi laman akak nih. My favourite sambal tempe dan sup tulang. Tapi akak sentiasa mampu melawan arus nafsu bila bab2 makan ni.. kadang2 je lah. Kolestrol dah tinggi sangat. Macam sup tulang ni, walau akak suka, akak cuma hirup kuah sikit2, ambil kentang dan carrot.. Part daging tu, makan yang serpih2 je.. Selebihnya en abe yang makan. Walau dia ada darah tinggi, kalau makanan sodap di depan mata, memang tak mampu nak menolak. Tu pasal, tak boleh selalu masak lauk seumpama ni.. setakat 2-3 bulan sekali.

Kat Kedah ni mengikut pemerhatian akak, daging tu memang makanan favourite orang2 sini. Pasal apa, terlalu banyak gerai yang jual daging. Kalau pergi pasar Tok Jalai tu, selang 3-4 meter je kot ada penjual daging. Sama kalau kat tepi2 jalan.. Pendekata satu Jitra ni je agaknya lebih 10 gerai daging segar. Berbeza dengan Selangor, masa nak raya je banyak orang jual daging. Dulu masa selalu ke market pagi Sg Besi pun, cuma 1 je gerai daging.. Yang banyak gerai ayam dan ikan. Kalau tak silap le. Maklum, kisah dah lama... kot2 lupa ingatan... hehehe!



PS:
Ni saja lah nak out of topic... Semalam adalah akak baca pasal kisah tudung Fareeda. Bagi akak, betul la kata2 si Mawar tu. Berfesyen ikut kemampuan... Tak mampu beli tudung Fareeda yang mahal tu, toksah lah nak terliur sangat.. Akak pun pernah gak belek2 tudung dia, tapi timbul rasa kedekut, tak jadi beli... Akak lebih suka beli online, tempah kat kawan atau walk in je kat pasar pagi tu, ada satu kakak yang jadi favourite saya. Selalunya menepati citarasa. Kalau masuk kedai, jarang jumpa yang berkenan..

Kita ni, buat apa nak ikut2 orang.. Nak pakai sesuatu memang kena tengok tahap poket kita. Yang penting, tudung tu kalau boleh biarlah yang menutupi dada dan tak terlalu menonjol. Tapi kalau dah ada orang jual dan ikut kemampuan poket, hak kita nak membeli walau sama macam tudung dia...


April 6, 2014

Masak Lemak Kacang Sayur

Kacang kacang kacang... antara watak utama katun kacang... :P

Ini masakan orang Jawa... Kat kampung akak, orang panggil JANGAN LOTO.. Jangan tu adalah panggilan Jawa kepada masak lemak. Kalau masak lemak sayuran, panggilan lain adalah 'bobor'.. Akak tak pernah masak ni.. Kalau balik kampung baru sesekali jumpa terutama kalau kenduri di rumah kaum kerabat atau jiran sekariah yg masih kuat tradisi jawanya. Kiranya, lauk klasik la neh...

Posing kurang kuah... nanti x nampak pulak kacang tu...
Masa memilih2 kacang untuk stok kudapan di Yawata Jitra ni, akak nampaklah kacang ni dijual. Tulisannya kacang ketupat. Tapi akak yakin yg itulah kacang sayur, panggilan di tempat kami. Akak beli sebungkus kacang shandoong untuk dibakar (makan sambil tengok Becareful With My Heart.. hehehh), dan kacang ketupat tu. Mula heran jugak awat nama dia macam tu... Rupanya kata Kak Ipar, kacang tu kalau kat sini dicampur dengan ketupat pulut (ketupat daun palas)... mmm dap dap. I memang suka kekacang...

Mai la tengok camna kacang ketupat ni dimasak cara orang Jawa... Kuantiti bahan2 ni main anggaran je..


MASAK LEMAK KACANG SAYUR (LOTTO)

Bahan2:

1 bungkus kacang sayur/ketupat
1 1/2 inci lengkuas - ketuk
4 ulas bawang merah - tumbuk
1 ulas bawang putih - tumbuk
Sejemput ikan bilis - tumbuk
2 batang cili merah - hiris
Santan secukupnya
Garam secukup rasa

Cara2:

1. Rebus dengan air yang banyak sampai lembut. Buang air rebusan tersebut.
2. Rebus lengkuas, bawang dan cili dengan sedikit air sehingga layu dan masukkan kacang tadi. Gaul rata.
3. Tuang santan dan tunggu sehingga mendidih sebentar. Masukkan garam dan matikan api. Kalau nak lebih sedap, biarkan sehingga santan menjadi sedikit pekat dan sebati rasanya dengan kacang.

Lauk ni sedap juga kalau dimakan dengan nasi impit terutama bila kuahnya dah dekat kering.


Hat ni, saja nak enter prem.. yg tak reti makan kacang lotto, makan terung ni je lah... huhu!


April 2, 2014

World Autism Awareness Day

Hari ni hari Fawwaz, anak tunggal akak yang disahkan autistic tak sampai setahun lepas. Walaupun dah lama symptom nya dikesan, baru ini kali pertama akak aware akan tarikh sambutan ni. Sebelum ni makan tahun melalui "denial phase". Kiranya, sempatlah makan angin...

Apa-apapun, tiada istilah lambat dan kesal. Setiap hari adalah pengalaman baru yang perlu dilalui dengan semangat waja dan penuh kesyukuran. Semoga Allah sentiasa memelihara dia dan menjanjikan syurga Firdaus buatnya. Aamiin.

Ihsan Google

Always special... 



April 1, 2014

Kek Berkrim Cheese untuk Cikgu...

Alhamdulillah... walau mood baking ke lautan hindi, dapat juga akak siapkan tempahan regular customer akak suatu ketika dulu. Sebab asalnya macam separuh hati, boleh tahan juga cobaan yg terpaksa dilalui.. Bila muhasabah sikit dan pelan2 bikin, segalanya jadi lancar. Siap awal dari target timing... hehehe. Apalah kan.. cemana nak jadi kaya, hari2 hari raya...

Maz and gang order kek yang asalkan ada cheese untuk majlis persaraan guru besar sekolah dorang. Maz minta snow cheese cake dan akak terus cadang carrot cake untuk yg satu lagi. Akak kata jemu buat RV.. adoi ya ampunn. Nak kena re-tune balik diriku ini.... :P

Carrot walnut cake

Snow cheese cake

TQVM Maz n friends!!