Bukan tak biasa buat kek snow ni.. Cuma akak nak perbaharui rasa. Sementelah akak pun rasa dah agak lama tak buat kek ni. Cari punya cari, buat punya buat sebanyak 3 kek, akhirnya akak berkenan pada yang satu ini. Texturenya sangat lembut, gebu, sedap macam cotton cheese cake tuuu.. walau sedikit manis berbanding kek span koleksi akak yang biasa digunapakai.
Nin ja yg akak dapat tunjuk... Dah hampir sebijik saiz 8" hat balance dah masuk ke perut akak. Tu pun akak makan secara berhemah. Kalau tidakk...... gambaq ni pun tak sempat jumpa tau.. ehehe! |
KEK SPAN (SPONGE CAKE) GEBU
Bahan2:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 sk baking powder
7 biji telur (sy guna A)
1 1/2 sb ovalette
20 sb gula kaster (dlm 250g)
120 ml air biasa (paip)
120 ml mentega cair
Sebarang perisa (dlm 1 sk) dan pewarna
* Jika buat span coklat, tambah 2 sudu serbuk koko dan bancuh dalam air yg 120 ml tu...
Adunan untuk loyang - 9" lebar x 3" tinggi (sy guna 8 1/2" dgn berat 700g dan extra 300g guna loyang 8")
Cara2:
1) Putar telur, gula, ovalette dan tepung selama 10 min ke atas (sy cuma 5 min) sehingga gebu. Guna maximum speed, tapi jangan terlebih putar.
2) Masukkan air, pewarna dan perisa. Adun perlahan sahaja sehingga sebati.
3) Masukkan mentega cair dan kacau secara kaup balik.
4) Panaskan oven terlebih dahulu selama 10-15 minit dengan suhu 170C. Bakar kek selama 45 minit
5) Bila masak, segera terbalikkan atas redai, keluarkan loyang, biar dalam 1/2 min saja. Kemudian terbalikkan seperti asal.