December 14, 2013

Kek Cheese Meleleh

Resipi ni akak cnp dari fb page 'Buku Resepi'. Macam yang akak pernah tulis masa posting gambar percubaan pertama cheese leleh tu, inilah juga resipi yg akak guna. Tapi tak ingat dari sumber mana, sebab semuanya sama je. Origin tidak dikenalpasti... hehehe!

Sedap kek ni terutama bila diletak perisa dan cream cheese, dan dimakan sejuk... Resipi yang sama juga boleh digunakan untuk membuat SNOW CHEESE CAKE. Yang membezakan ialah kadar kecairan cream cheese tu nanti.

Tak nampak meleleh sebab sejuk lagi...

Versi snow cheese yg sejuk juga..

KEK CHEESE MELELEH @ LAVA CHEESE CAKE
Sumber : Cik Puan Ashikin & www.facebook.com/bukuresepi

BAHAN2 UNTUK KEK
**100 gram tepung hong kong (boleh guna tepung gandum)
**60 gram tepung jagung
100 gram gula halus
2 sudu makan ovelette (akak biasa letak 1 sudu besar)
4 biji telur ayam
2 biji telur kuning
50 gram air sejuk (dari peti ais)
1 sudu teh baking powder
75 gram mentega (dicairkan)
1 sudu teh esen vanilla

Cara:


Bahan yang bertanda* di ayak dulu...
Pukul semua bahan kecuali mentega sampai gebu, baru masukkan mentega cair. Sebatikan.
Boleh campurkan pewarna dan perasa yang anda inginkan.... spt strawberry, coklat, oren, pandan, dsb.
Bakar dalam oven pada suhu 150'C selama 45 minit (kalau akak siap bahagikan 2 loyang dan bakar dalam masa 20-25 minit dgn suhu 160C)

Untuk Cream:
250g cream cheese
120g susu pekat manis
50ml UHT Whipping cream
Campurkan semua bahan di atas dan pukul hingga sebati
Adunan ini memang cair

Untuk hiasan:
Cheddar cheese, diparut
Parutla sebanyak mana yang suka....

Cara penyediaan:
Kek yang masak tadi sejukkan dulu kemudian bahagi pada 2 keping, saya buat sekeping jer... tuangkan cream cheese di atas kepingan pertama. Lapiskan dengan kek, tuang semua baki cream cheese tadi.
Parutkan cheddar cheese di atas kek...


Perisa pandan pun sodap...

December 13, 2013

Tempahan Kek dan Kisah Hari Ini..

Sejak akhir2 ni, terasa kemalasan melanda untuk duduk di depan netbook comel ni. Selain menjadi port utama En Fawwaz, bakal IT expert tu... hihi! Agaknya sebab dulu mengandungkan dia akak masih kerja di Cybersecurity tu.. yg macam2 kepala IT experts ada. Akak je dulu duk kira bajet yg tak cukup2 :P

Adalah beberapa percubaan buat entri tu.. tapi tak pernah siap. Jadi duk selamanya dalam draft tu...zzzzz. Malam ni akak cuba juga mengaktifkan jari dan otak, walau dah mula rasa mengantuk. Maklum, sejak semalam akak ni on the move je. Tak dalam rumah, kat luar sanun.

Semalam siapkan tempahan kek customer dari jauh iaitu KL. Tapi kampungnya di sini. Pn Noor order kek RV dan snow cheese. Untuk makan dan hantaran pertunangan. Akak ni bila dengar perkataan hantaran risau juga. Maklum, masih tak cukup kreatif. Rasa kecik je bila tengok orang2 lain yang ramai sungguh bisnes kek. Cantik2 deko dorang. Tapi takpelah.. akak buat yg termampu namun penuh kasih sayang. Hanya untuk customer yang tak cerewet. Sebab kalau cerewet, hasilnya pun selalu tak memuaskan semua pihak. Tau tau kot2 ada link.. kekadang memang rasa susah sangat nak siapkan sebiji kek.

Kek tadi... Alhamdulillah, Pn Noor kata sedap dan cantik...

Snow Cheese Cake
Red Velvet
Kemudian neighbour order RV tanpa color lak... So, akak kena tukar namanya kepada brown velvet la kalau gitu. Selain tu nak frosting cream cheese yang tak penuh atau sikit2. Jadi akak siapkan ala2 je lah.. Sebenarnya plan nak buat 4 segi supaya boleh dipotong cantik macam kek opera. Tapi akak lupa, buat bulat juga..


Siap 3 kek tu, badan pun rasa sakit2 uratnya. Macam nilah dah jadi nenek ni... huhuhu! Tapi pagi tadi tenaga masih ada untuk tolong sikit hal ehwal rumah baru kami. Tengahari lepas layan makan insan2 balik dari solat Jumaat, terus akak merempit ke Jakel. Ambik langsir yang dah siap. Cantik jugalah.. sebab akak bukan pandai jahit sendiri. Nak pilih kain pun tak pandai. Memang fail sikit bab2 langsir dan perhiasan rumah ni. Sempat juga scan perabot kat Courts yang tak jauh dari Jakel tu. Macam suka je.. Tapi cerita kat abe, macam mendatar je response dia... kekeke.

Nantilah.. dah siap apa yang patut boleh tempel sikit gambar langsir pilihan akak tu. Tadi dah gantung hat bilik Fawwaz. Mula tu rasa tak puas hati sebab terlalu lembut warnanya sampai nampak ngantuk je bilik tu. Bila malam tengok sekali lagi, terasa cantik pulak. Sesuai untuk budak yang beremosi tak tentu ni rasanya. Cuma nanti mungkin boleh letak accessories sikit untuk ceriakan bilik purple lembut tu.

Apa2 pun, baru 3 kali masuk Jakel. Akak kagumla... Meriah orang duk tarik kain sana sini. Akak siang2 angkat tangan bila di usher oleh pekerjanya. Selain tak pandai jahit, akak juga tak pandai memilih.. dan kurang bernafsu tengok kain. Akan beli bila perlu je. Takda saja2 nak beli tanpa perancangan... La ni, apa2 pun suka beli online je. Senang nak pilih walau terhad.


December 6, 2013

Pelbagai Cream Cheese Frosting bhg 2

Ada yang bertanyakan akak macamana nak buat cream cheese yang elok dan tak mudah cair. Hari ni akak nak share sedikit sebanyak tentang proses penyediaannya dan beberapa tips mengikut pengalaman akak.

1)  Ini adalah cream cheese (ikut citarasa nak guna brand apa) dan mentega yang dicampur di dalam mangkuk. Kemudian pukul mula2 dgn speed minimum, dah bergaul baru guna speed tinggi sikit. Pukul sampai gebu dan keputihan macam gambar ni. Butter tu saya suka guna buttercup dan biarkan dulu dalam suhu bilik untuk memudahkan memukul. Cream cheese pula samada masih sejuk atau saya biarkan dalam 30-1 jam diluar, baru pukul. Sebenarnya takde undang-undang pun. Ikut mana sempat saya sebab kebiasaannya akak ni sambil buat kerja2 rumah yang lain. Banyak breaknya... :D

Cream cheese kalau nak ekonomi, akak guna brand Tartura atau Dairylands yg 2kg tu. Nak lebih mahal dan kata orang lebih sedap, guna Philadelphia. Akak rasa sedap je semua.. Akak jarang guna jenama Anchor sebab tak berapa cantik kejadiannya.. Ah Chai tokey kedai bakeri yang akak selalu pergi kat Sri Petaling dulu kata, lebih sesuai untuk buat cheese tart... (Jgn pulak org Anchor hambat akak nanti ye... huhu).


 2) Ayak gula aising. Masukkan sedikit demi sedikit dan pukul sebati. Maksudnya, masukkan dalam 1/3 dulu ke dalam cream cheese yg dah gebu tu, pukul kejap. Kemudian masukkan lagi sikit, dan pukul... sampailah habis.

3) Bila dah masukkan gula terakhir tu, baru pukul lagi dengan speed laju sikit sampai sebati semuanya. Dia akan jadi lebih likat dan creamy. Baru sapu kat kek. Jangan pukul lama2 takut jadi lembik. Kalau cuaca sejuk macam sekarang ni (musim hujan), adunan nampak lebih stabil dan mudah nak pipe bentuk guna nozzle. Mungkin sama juga dengan bilik yang berhawa dingin (dapur akak takde aircond.. hehe). Kalau lembik, boleh masuk kejap ke dalam peti sejuk tapi jangan lama sangat. Pandai-pandailah adjust masa ye.. :)


Lain-Lain Tips

Kalau nak lebih sedap lagi cream cheese ni, boleh tambahkan mascarpone (seperti gambar). Terutama dalam pembuatan tiramisu. Krim akan bertambah lemak. Cuma bila dah tambah mascarpone ni (resipi boleh google ye), krim juga mudah lembik/cair dan tak berapa tahan di dalam suhu bilik. Pastikan mascarpone yang dijamin halal... :)

Selain mascarpone, kita juga boleh tambahkan serbuk vanilla atau lime/lemon juice/paste untuk penambah perisa. Saya suka menambahkan perisa strawberry untuk cream cheese yang diwarnakan merah atau pink.

Insan Google

Buttercup yang selalu saya gunakan... Berbanding butter lain, ia tak terlalu lembik walau lama diletakkan di luar peti ais. Ia juga lebih sedap berbanding spread butter yang seangkatan (bukan pure butter). 
Ihsan Google

Kek yang disaluti cream cheese boleh bertahan di dalam suhu bilik selama 6-7 jam tanpa merosakkan rasa. Sebaiknya ia disimpan di tempat sejuk untuk mengekalkan rasa dan kualiti.

Itu je info akak mengikut pengalaman sendiri... :)

December 3, 2013

Tempahan RV & Pelangi..

Petang ni nak deliver kek serba pink ni ke Institut Aminuddin Baki (IAB)... tempahan cikgu berdedikasi Datin Dyuhiza. Moga-moga lulus dengan jayanya dalam program yang diikutinya tu... :)

Sebenarnya Dyu minta untuk hari esok (4/12), tapi akak nak balik kampung esok ni. So, percepatkanlah hari ni.. Yayy!! Balik kampung ye... Seminggu je balik nya. Tengah nak kumpul energy nak memandu sorang2 ditemani co-pilot kecik Ahmad Fawwaz. Lebih 400km dari Jitra ni ke Sabak Bernam. Kalau ke sana bolehlah 5 jam sampai. Tapi kalau balik sini, paling2 dekat 7 jam.. Mood tu kot yg mempengaruhi... huhu!

RED VELVET


 RAINBOW CAKE

Dah siap tabur2 baru tau yg ni pun kena tulis... hihi. 
Bilalah akak nak blajo tulis guna fondant nih.. bior kemas  :P

Akak ni selalu perasan kek akak asyik warna pink. Tapi sebenarnya ada juga guna merah.. Cuma kalau bukan red bright, ia akan jadi macam pink juga, tapi versi gelap. Yang akak ada ni carmoisine red dengan cochineal red. Kalau untuk kek red velvet tu, akak akan guna red bright. Baru merah menyala gitu..

Sekarang ni macam musim sejuk je. Hujan rintik2 tumbuh daun lalang.. hehe! Semalam akak dapat rasakan mudahnya mengelolakan cream cheese frosting tu. Sebab dia tak mudah lembik macam selalu walau akak tinggal ke sana sini. Maklumlah, sambil mendeko, sambil melayan keluarga. Memang tak boleh 100% concentrate. Disebabkan beberapa hari ni ada yang bertanyakan cara buat cream cheese yg tak lembik dan mudah dibentuk, akak rasakan jawapan mudah ialah pastikan suasana dapur atau tempat operasi deko kita tu sejuk atau tak panas. Haba di tangan kita pun memainkan peranan juga. Piping bag pun kadang mempengaruhi.

Itu saja tips akak hari ni... Perut pun dah senak sebab sambil makan semangkuk bubur kacang. Sebelum tu, makan nasi lemak kon tinggi. Kat Jitra ni lah baru akak jumpa. Dah lama teringin nak beli dan rasa. Sebab malas masak hari ni (lepas balik hospital), akak pun dapat jalan..


Rupanya ada 3 steps nak bungkus nasi ni... 1) bungkusan daun berisi nasi 2) kon daun untuk menutupi nasi 3) kertas sebagai lapik luar... kan kan.. ingat senang kee? hehehe

Rasanya? mmmm.... no comment huhuhu.