August 31, 2016

Donut Gebus


Dah bertahun akak tak post resipi pasal donut. Buatnya pun sebenarnya dah jarang2. Cuma lately selalu tengok orang tayang donut yang amatlah menggebu2 membuatkan akak pun terpengaruh sama. Yang ni kiranya resipi kedua untuk 2 minggu ni.. Tapi yang pertama hari tu lebih sedap cuma kurang gebu berbanding yang ini. Tak kisah lah kan..

Disebabkan Fawwaz tak bagi mak dia ni duk lepak depan TV dan suruh duduk di dapur je, maka mak tujukan donut gebu ni untuk dia la.. Ha kan.. tak lalu nak makan. Dua biji je dah surrender. Hari tu sepinggan tu dia sapu habis sorang2. Mungkin dah jemu kot.. Asal suka je, mak duk ulang2 buat yang tu jer.. Lupa pulak, hari tu pun baru je pulun dunkin donut kat RnR..

Meh tengok resipinya.. Macam biasa, source MAHN.


DONUT GEBU

Bahan2:

2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil yis kering
2 sudu besar gula
1 sudu besar susu tepung
Secubit garam
2 sudu besar majerin
1 biji telur (akak guna A)
100 ml air (akan dtg nak kurangkan kpd 80ml kalau guna BM)

Cara2:

1) Masukkan kesemua bahan dalam bread maker (BM).
2) Pilih menu "dough", tekan "start" dan biarkan dia bekerja sampai selesai.
3) Keluarkan doh dan bentukkan bulat2 sampai habis. Susun dengan berjarak lebih sikit. Adunan ni agak lembik, boleh gunakan sedikit tepung semasa membentukannya.
4) Biarkan kembang, kemudian tekan di tengahnya dengan jari untuk membuat lubang.
5) Biarkan sebentar lagi dalam 5-10 minit, baru goreng dengan api kecil. Angkat bila dah berwarna keemasan.
6) Untuk dibuat frozen, cukup sekadar mematikan yis dengan menggoreng kedua2 belah seketika sahaja.

August 30, 2016

Kek Span Pandan Santan


Kek yang viral di page MAHN. Masing-masing tak tahan tengok post kek dari Sis Mas Cotek yang menggebu tu.. Kiranya akak dah jatuh ke pencoba yang ke berapa ratus la entah kan.. haha! Asalkan akak tak ngences sudah...

Memang best kek ni. Walau akak buat dengan penuh kelam kabut, itu jatuh ini tumpah.. hurmmm. Mixing pun aci jadi jer.. takdela nak putar putih telur tu jadi betul2 pekat bertanduk kan. Sebab masa tu rasanya akak ada 2 projek sekali harung kalau tak silap.. Sajalah nak jadi super mak kan. Namun kejadiannya amat menggumbirakan. Kek nya gebus walau permukaan tak berapa mulus. Hampir sebiji akak telan sorang memandangkan abe tak suka sangat kek (dan ada pilihan lain..). Fawwaz pun makan hujung2 jer.. mak juga kena habiskan balance dia sebab sayang nak buang.


KEK SPAN PANDAN SANTAN
Resipi Oleh: Mas Cotek

Bahan A:

5 biji putih telur
1/2 cawan gula kastor
1 sdt cream of tartar (boleh ganti dengan 1 sb jus lemon)

Bahan B:

5 biji kuning telur
1 biji telur
3/4 cawan tepung kek (superfine)
1/4 cawan minyak jagung
Secubi garam
1/4 cawan santan KARA
1 st perisa pandan
Sedikit pewarna hijau

Cara2:

1) Putar telur putih hingga berbuih  } Bahan A
2) Masukkan gula dan jus lemon/cream of tartar }
3) Pukul hingga kental dan bertanduk. Ketepikan. }
4) Campur semua bahan B dalam mangkuk adunan. Pukul hingga sebati dan berkrim.
5) Masukkan bahan A sedikit2 ke dalam Bahan B. Sebatikan dengan cara kaup balik.
6) Tuang ke dalam loyang bersaiz 8 1/2 inci yang telah dilapik dengan baking paper dan digris.
7) Bakar dengan suhu 160C selama 70 minit dengan kaedah double boiler.






August 23, 2016

Cempedak Goreng dan Tepung Rangup

Musim cempedak sekarang ni kan.. tapi tengah mahal kot.

Pernah akak beli, RM2 dapat 5 ulas yang tersangatlah keciknya. Ada kawan cerita, beli seulas RM1 sebab alasan penjual cempedak madu. Ada juga yang beli sebiji RM11 dalam tu adalah dalam 15 ulas.. huhuhu. Macam2 cerita cempedak lagi.. Kalau tak betul memilihnya, memang buka2 akan keciwa. Nasib dan rezeki memasing lah tu.. Hari tu abe beli, RM11 Alhamdulillah penuh isinya.. lebih kurang 30 biji. Dapatlah 2 kali goreng.. terus takmo dah.. hihi.


CEMPEDAK GORENG RANGUP

Bahan2:

1 pinggan cempedak (dalam 15 biji)
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 st soda bikarbonat
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit (optional)
3/4 cawan air
2 sudu makan minyak panas
Minyak untuk menggoreng

Cara2:

Campur bahan tepung, garam dan serbuk kunyit
Tuang air dan gaul sebati. Tambah atau kurangkan jika perlu. Adunan jangan terlalu pekat atau terlalu cair.
Panaskan minyak. Kemudian ambil 2 sudu dan masukkan ke dalam adunan tepung (batter) dan kacau sebati.
Baru masukkan cempedak dan goreng sehingga masak keemasan. Gunakan api sederhana.

Nota: kunyit menyebabkan tepung menjadi sedikit pink sewaktu mula menggoreng. Bila sudah masak warna bertukar menjadi sempurna. Namun begitu, bahan ini boleh diabaikan dan tidak menjejaskan warna gorengan.


August 22, 2016

Kuih Permata Hijau Zamrud

Ini adalah first attempt akak. Satu ketika gambar cik permata ni lalu kat wall fb akak dan sungguh cantik memikat qolbu..! Terus kak save resipinya kerana bercita2 nak buat.


Jumat minggu lepas makcik dari kampung tepon.. alih2 dia dah sampai Mergong, rumah mak besan. Malam tu dah nak balik semula ke KL, tapi teringin nak singgah jengok anak sedara yg bertuah ni ehehh.. Anak sedara lak tak masak haritu dan takda apa nak dimasak. Gitulah bila en abe takda, maka itulah masa nk buat eksperimen benda2 lain. Takda agenda masak untuk lunch. Time ni meme akak suka.. hihi!

Jadinya... mari kita tengok kuih apa ini. Akak buat khas untuk makcik yg ku panggil "kakak" tu sebab dia datang pun dah petang.  Sambil memberi resipi. Sebab makcik memang suka cuba2 resipi ni juga.. dan pandai masak.. hehe. Tapi akak buat comot sikit laa.. maklumlah, kali pertama. Buat pun kocoh2...


KUIH PERMATA HIJAU/PERMATA ZAMRUD
Resipi oleh: Mas Cotek (FB)

Bahan A:
1 1/2 cawan tepung pulut
Air pandang secukupnya
Sedikit pewarna hijau

-  Jadikan doh/seperti doh buah melaka atau koci


Bahan B/santan:
2 cawan santan pekat
1/2 cawan tepung beras
2 sdm tepung jagung
2 sdm tepung gandum
1/2 sdt garam

- Satukan kesemua bahan
- Masak atas api dan kacau hingga naik wap sahaja (jangan pekat) untuk memudahkan proses menuang ke dalam acuan nanti. Guna api perlahan
- Ketepikan


Bahan Inti:
1/2 biji kelapa parut
1 cawan gula merah
2 sdb gula
2 helai daun pandan

- Masak kesemua bahan
- Sejukkan


Penyediaan Kuih:

Sediakan acuan lompang (sapu minyak)
Masukkan inti ke dalam doh, tutup dan bulatkan
Masukkan ke dalam acuan dan letak di tengah2
Buat sehingga adunan habis
Tuang adunan B/santan (nota: untuk mudah, masukkan ke dalam piping bag)
Kukus 10 minit dengan api sederhana
Sejukkan - SIAP!!

Gambar peristiwa:

Bulatkan dan letak di tgh2 acuan. Tuang perlahan adunan santan..
Sesudah dikukus. Abaikan hat putih semua tu.. saja test :D  Masih panas2 ni comot lebih.. hihi
Konsepnya macam badak berendam.. tapi versi come...


August 20, 2016

Nasi Dagang Versi Pressure Cooker Philips


Semata2 akak nak test pressure cooker untuk nasi dagang pulak. Sebelum ni dah macam2 juga dimasak menggunakan PCP ni. Homemade sardines in tomato sauce, nasi mandi, nasi maqluba, panggang memanggang ayam, sup tulang n daging, rebus daging (hehhh), nasi impit, punten... Eh! Tak sedau, banyak jugak ekk... Ini kali nak test fungsi STEAM tu..

Hari ni dengan gigih akak buat nasi dagang for the first time. Walau fav food, biasa beli je lebih economical sebab makan sorang atau berdua. Ini pun alamat bakal di"frozen"kan sebab harini akak dan Fawwaz je kat rumah. Fawwaz memang tak jaminla nak makan.. Untuk dia kena masak nasi putih la.. Harap2 gulai tongkol tu dia nak makan. Kalau taknak, ikan kembung goreng ado tu!! Macam tu laa..

Isunya, beras yang akak beli dekat sebulan atau lebih di kedai siam tu, baru malam tadi akak perasan lain macam ghopenya berbanding dengan beras nasi dagang yang selalu akak tengok. Merah keperangan yang sekata. Akak pun konfius ni beras dagang ke beras merah ke beras perang? Aishh lantak laaa.. nak jugak buat!!! Hahaha...  Tapi akak campurla dengan pulut sikit. Yang ada pulak pulut susu.. Takpala, mungkin berguna juga untuk rujukan di lain masa buat akak yang langsung takda darah pantai timur nih. Tapi suka makanan Pantai Timur (kecuali budu.. sorry deh...).

Bila dah siap masak tu, nasi nampak agak lembut tapi still cantik. Tapi, serius la.. menjadi dengan jayanya!! Walau color tu ketara gelapnya.. yehuu.. Baru sat makan. Perghh.. tak terkata sedapnya. ALHAMDULILLAH...

Jom check apa yang akak telah lakukan tadi.. Ni resipi untuk yg rakyat tak berapa ada ya!


NASI DAGANG KELANTAN

Bahan2:

300g beras merah/beras nasi dagang
100g beras pulut (nisbah dgn beras merah 1:3) - tak perlu jika guna beras nasi dagang *
3 cawan air (next time nak kurangkan kepada 2 jer)
1 cawan santan pekat
1/2 labu bawang besar saiz sederhana - hiris
1 1/2 inci halia - hiris
1 sk halba
Sedikit garam
Sedikit gula (jika suka, akak x letak)

Cara2 (menggunakan PRESSURE COOKER ya):

1) Rendam beras sebentar, dalam 7-10 minit. (Jika guna pengukus biasa, selalunya orang rendam 2-3 jam atau lebih)
2) Masukkan beras ke dalam periuk (inner) dan tambah air. Tutup dengan mode pressure.
3) On suis, pilih RICE dan tekan START - untuk PCB ni jika nak masak nasi tak boleh adjust pressure time (kena guna time hat default ja). Jadi akan mengambil masa 10 minit (tak termasuk proses pemanasan).
4) Masuk minit ke 8, saya lepaskan angin pressure dan buka penutup. Nampak nasi dah OK, air dah sejat dan hampir masak, maka saya OFF button.
5) Masukkan santan yang telah dimasukkan bawang hiris, halia, halba dan garam ke dalam periuk. Gaulkan dengan nasi hingga nampak mesra.
6) Tutup periuk semula.
7) Tekan STEAM kemudian tekan KEEP PRESSURE TIME. Penunjuk masa akan "blinking". Set masa baru dengan menekan butang min kepada 7 min dan tekan START. (Yg ni next time nak test lg masa terbaik..)
8) Bila isyarat selesai dah berbunyi, matikan suis.


GULAI IKAN TONGKOL

Bahan2:

1 ekor ikan tongkol - rebus bersama 4 keping asam, garam dan sedikit gula melaka
6 biji bawang merah *
3 biji bawang putih *
1 inci lengkuas *
1 inci kunyit *
2 keping asam gelugur (dari yg digunakan utk merebus ikan) *
2 sudu makan cili kisar
2 sudu makan serbuk kari ikan (nak hok rempah ori kito gi jale2 klate ya :P)
Santan secukupnya
1 keping asam (agak2 jika dah cukup masam, tak perlu letak)
Beberapa biji cili padi - buang tangkai sahaja
Garam dan gula sebagai perasa
Minyak untuk menumis

Cara2:

1) Rebus ikan tongkol dengan air sekadar tenggelam ikan. Rebus hingga air tinggal separuh. Air rebusan jangan dibuang.
2) Kisar bahan2 bertanda (*) iaitu bawang, lengkuas, kunyit dan asam. Jika tiada cili kisar, masuk sekali beberapa biji cili kering.
3) Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan rempah kari. Masak hingga pecah minyak dan naik baunya.
4) Masukkan santan, cili padi dan asam keping. Biarkan menggelegak sambil mengacau.
5) Masukkan ikan dan air rebusan. Reneh seketika baru matikan api.
6) Perasakan garam, gula dan asamnya.

Nota: Kali ni meme sedap gulai tongkol akak. Agak kalau tahan sampai esok mesti lagi umph!! ehehehh..


JELATAH/SAYURAN

Bahan2:

1/2 batang timun - buang kulit dan bahagian tengah berbiji tu
1/2 batang karot
1/2 biji tomato - buang bahagian tengah
1 batang cili merah
Sedikit bawang besar - mayang halus
2 - 3 sudu cuka
Sedikit garam dan gula

Cara2:

Potong sayuran mengikut citarasa (akak suka panjang2..)
Campurkan kesemua bahan dan gaul sebati.
.
.
.

Peristiwa bergambar..

Beras merah + beras pulut 


Min time.. takleh adjust. Buat manual jer.. half way off terus huu..
Next time letak setting "congee" boleh kot,.
Setting utk stim.. selepas letak santan


Bahan untuk gulai..:

Orang kata ikan tongkol hitam yg lebih sedap berbanding yg putih. Nak tau beza, sirip tongkol hitam panjang, tongkol putih pula siripnya lebih pendek.. Tapi hat tongkol putih la yg selalu penjual guna..

Bahan2 untuk dikisar halus..
Siap.. kalau overnite dan lebih pekat lagi best kot..

Makan sekali di tengahari, kenyang sampai ke malam you..

August 19, 2016

Tempahan Kek, Brownies dan Cheese tart

Sejak raya mood rajin akak mencari job memang zero.. Lama benor saka M menepek. Yang ada adalah keinginan nak cuba resipi itu dan ini macam dulu2. Tapi bila nak buat tu, mulalah terfikir sapa nak makan dan abiskan makanan.. Tak terajin pula nak bungkus2 kat orang jauh2.. Mcm lah sedap sangat kan. Sudahnya masuk dalam freezer lah.. bila tiba angin malas, boleh defrost balik, makan sendiri huhuhu..

Abe pulak, dah pandai.. Belum pun bangun dari meja makan time lunch, dah tanya "tea nanti makan apa?". Nampaknya minum petang lebih penting dari segalanya. Sebab time ni lah kami dapat minum sambil santai2 kat porch mengadap tasik nan semak tu.. Atau sambil mengadap pokok ceri.. Dan akak memang suka nak buat kuih muih atau makanan ringan khas untuk minum petang..

OK lah.. ni akak saja nak tepek beberapa order yang belum masuk dalam ni lagi. Ada juga yang tak sempat akak amik gambar esp masa raya hari tu,, Lagi pun time tu tak amik order hat deko2.. Takat brownies, kek buat gitu2 jer.. ada juga carrot cake dan cheese tart.

Latest pic.. baru deliver semalam (18/8). Surprise dari adik utk kakak iparnya.. TQVM Fikah!!! :)

Ordered by Kak Zaidah.. Carrot cake, blueberry and mixed cheese tarts dan brownies. TQ sangat2!
 



5 biji brownies ordered by Shima.. TQVM!!
Menakan sendiri yg order.. Kek Coklat Moist. TQ Pit!!!

Saja nak enterframe jugak... Makanan sandwiches ni tetiba jadi viral kan.. Dan sudah menjadi sumber pendapatan ramai orang. Pokoknya, kalau rajin macam2 boleh jadi..



Bilalah angin rajin ni nak mari lagi.. hihi!

August 18, 2016

Baked Chicken / Ayam Panggang

Semenjak dua menjak, seronok rasa buat menu ayam panggang ni. Ini kejadian beberapa hari lepas atas permintaan en abe. Paling kelakar, Fawwaz pun pandai komen.. "macam kat restaurant". Penuh perasaan depa makan.. Mak bagi laluan kat dorang menikmati hidangan ni sebab mak lately asyik lapaq nasik je.. esp bila ada sambal tempe kat dapur tu.. hehe!


Tak mau cakap banyak2.. jom check resipinya. Akak bakar guna pressure cooker.. Tu yang jadinya lembut sebati rasanya.. tak kering.. Senang cerita, macam ayam Kenny Rogers Roasters.. tu yang Fawwaz maksudkan tadi tu.. Sebab rasanya dah lama benor tak bawa ke situ.


BAKED CHICKEN / AYAM PANGGANG SEDAP

Bahan2:
(untuk 2 orang makan)

1/2 ekor ayam - potong dua
1/2 labu bawang Holland - saiz besar
2 biji bawang putih
1 cm halia
1/2 kiub ayam
2 sudu sos black pepper
1 sudu besar madu
1 sudu besar gula
1 sudu teh garam
1 sudu besar herba campuran - akak guna oregano jer
Sedikit mentega (saya guna minyak zaitun)

Cara2:

Kisar semua bahan hingga halus
Tuang ke dalam bekas ayam dan perap selama 1 1/2 jam. Kalau overnight lagi sedap..
Lumur dengan mentega atau minyak sebelum membakar)
Bakar di dalam oven sehingga masak.

* Saya gunakan PRESSURE COOKER Philips untuk membakar. Tukar tombol tekanan ke arah "bake". Tekan menu bake --> chicken --> Start. Masa yang diambil ialah 18 minit. Semasa tinggal 9 minit, saya balikkan ayam dan tutup semula. Biarkan sehingga selesai (berbunyi beep). Ayam lebih lembut dan moist jika menggunakan pressure cooker.




August 11, 2016

MEE JAWA SEDAP DAN MUDAH


Hari rajin akak la kot..

Sebab pepagi hari dah blend itu ini untuk dibuat sarapan. Sesuatu yang rare buat diri akak iaitu MEE JAWA. Walau akak jawa, tak pernah la pulak buat mee jawa from a scratch. Pernah buat beberapa tahun lepas, guna paste segera je yang akak beli di kedai frozen.. eheheh.

Tapi sebenarnya, perasaan mengidam nak makan mee jawa air tangan sendiri tu dah lama. Cuma seru datang lambat sikit. Bila dah datang tu, memang laju jer.. Dalam 1 jam dah siap semuanya. Tapi adalah yg dah dibuat malam sebelum tu spt merebus tulang. Saja buat awal sebab taknak kalut walau guna pressure cooker hanya ambil masa 1/2 jam untuk betul2 lembut dagingnya.

Meh check cara akak buat. Akak follow resipi dari FB. Agak simple.. Cuma adalah sikit2 akak tambah bahan tu.. derhaka sikit takpa jgn suka2 nak tukar macam2. Yang pasti, kuah tu selepas perangat beberapa kali baru terasa lebih umph! Walaupun umphh, benda tak habis terpaksa akak hibernate kan dia dalam freezer jugak. Penuh woi freezer akak tu sebab kebelakangan ni rajin benor memasak itu dan ini.


RESIPI MEE JAWA YANG MUDAH DAN RINGKAS

Bahan2:

1 peket mee kuning
500g daging/tulang - rebus dan ambil airnya, daging dipotong nipis
Tauge - celur sebentar
Cili merah/hijau - hiris
Daun bawang/sup - hiris
Tauhu - goreng dan potong kecil
Bawang goreng
Limau nipis/kasturi


Bahan2 KUAH:

500g keledek - rebus dan kisar
5 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih  *
3 batang serai *
2cm halia *
2 cm lengkuas *
100g udang kering (saya campur dengan udang geragau) *
2 sudu besar cili kisar
3 sudu besar serbuk kari daging
Air rebusan tulang/daging secukupnya
Gula secukup rasa (saya tambah gula melaka/merah)
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis

Cara2 membuat kuah:

1) Kisar bahan-bahan bertanda (*)
2) Panaskan minyak dan tumis bahan kisar (*), cili kisar dan serbuk kari sehingga garing
3) Masukkan keledek kisar dan air rebusan tulang/daging
4) Perasakan dengan garam dan gula.
5) Biarkan hingga mendidih dan renih sebentar sehingga mencapai kepekatan yang diperlukan
6) Hidangkan bersama mee dan bahan2 hiasan di atas



P/S: Ini sebenarnya kejadian minggu lepas.. Dah lama tulis tapi bab2 posting ni meme slow sangat laa.. huhuhu!