April 27, 2012

Order Minggu Ini

Duk sibuk mencanang Vemma di sana dan di sini, sempat juga menyiapkan tempahan kuih-muih dari kazen dan sahabat akak di penghujung minggu ni.

Kazen Nura tempah frozen donut yg sebenarnya akak cuma sejukkan je, untuk sajian anak-anak Taski.  Ani pula tempah pau rose untuk dibawa esok ke Rumah Anak Yatim dan Asnaf di Banting.  Untuk tujuan ni, kononnya akak nak buat cuppies RV di samping muffin yg cukup2 makan tu je.. Tetapi perancangan diubah selepas mendengar berita terkini..  Takut-takut nanti ada lambakan dan pembaziran makanan berlaku.  Sebab semua nak bawa makanan2 hebat!  Takpelah.. mungkin bukan rejeki kekawan nak rasa.  InsyaAllah umoq panjang, merasalah juga RV ku yang semakin lenyap dek penangan kek pelangi.




Gambar donut lupa nak snap.. tapi lebih kurang ginilah kalau digoreng... :)

Vanilla Muffin Segera

Paling mudah dalam tugas-tugas baking ni ialah apabila kita cuma beli bahan segera di kedai bakeri.  Memang tak payah nak fikir sangat, tapi still kena juga aktifkan otak ni sebab kadang-kadang, resipi yang tertulis tak lengkap.


Saya ni baru 2 kali membeli tepung muffin kat kedai bakeri. Selama ni tak pernah terfikir nak beli.  Memang sempoi.. Tapi hasilnya boleh tahan sedap la juga.  Saya rasa lebih sedap dari KRR punya.  Hampir sama sedap dengan yang dihidang oleh Firefly.  Sebab apa saya kata yang kat KRR kureng sikit, sebab Fawwaz pun selalunya tak sudi nak makan.  Kalau dia makan habis tu, memang selalunya sedaplah!

Saya beli yang biasa2 tu je, Vanilla Muffin Mix seberat 500g.  Dia cuma tulis nak letak telur, minyak dan air berapa banyak.  Selebihnya kitalah yang kena fikir.  Inilah hasilnya... ;D



Vanilla Muffin with Blueberry Fillings

Bahan2:

500 g tepung muffin perisa vanilla - saya beli di kedai Edible Food, Sri Petaling KL
200 g telur - dalam 4 butir gred A
200 g minyak - saya guna minyak jagung
100 g air
Blueberry Fillings (opt)

Cara2:

1)  Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk pengadun dan putar sampai sebati dan kembang.
2)  Tuang dalam mangkuk kertas utk muffin.  Jadi senang nak handle.. Saya letak inti blueberry dan tabur almond nibs
3)  Bakar dengan kepanasan 170C selama 25 minit atau hingga masak elok.  Saya suka sgt kalau dia merekah macam gunung berapi..

Kan senang tu?  Heheh.. tak yah susah2... jimat masa!

April 24, 2012

Laksam.. sedapnye!

Minggu-minggu tidak aktif.. Tiba2 terasa lama diriku tidak meng'update' resipi.  Akak ni sibuk dek... hehe!  Tapi takpelah, demi nak aktifkan semula dapur cik siti ni, akak post kan dulu gambo.. Mmmm.. sedapnya lakse nih!  Hari ahad semalam, lepas jemput en hubby di Skypark Airport, terus je singgah ke Kelana Jaya.  Nostalgia KJ ni, sebab dulu kerja kat area situ.. Hubby makan nasi terus (macam sedap sangat tengok dia makan). Saya je yg tak lapar lagi dan tapau je lakse sebungkus..


Laksam ni akak memang suka sesangat selain nasi kerabu dan nasi dagang.  Tapi tak berapa rajin mencuba resipinya.. sebab sementelah dah kat M'sia ni, adalah lebih sedap beli je.. huhu! Sedap sesangat.. sehingga menjilat sudu.. eh! yolahhh... :P

Kat bawah ni ialah gambar selingan suasana store dan dry kitchen rumah kuning kami di kampung.. Wah! Penuh dengan 'berkat' iaitu gift untuk tetamu yg bakal datang ke majlis walimah sepupu 5/5 nanti.  Proses membungkus tu mengambil masa beberapa hari untuk beberapa ribu orang.. Ini baru berkat dah penuh sedapur, berdebar2 nak tunggu hari kendurinya nanti... Akak nak kena bekal Panadol extend la kot.. :P



April 13, 2012

Rainbow Cake.. lagi

Inilah hasilnya untuk malam ini, Rainbow Cake yg diterjemahkan sebagai kek pelangi.. Tapi kalau google tu, nampak macam-macam versi kek pelangi.  Ada yang macam marble, kek belang dan macam2.  Saya ikut je yang rupa macam ni..  Memang tak jemu membuatnya.  Sebab sedap sangat rasanya.  Yang membuat lagi sedap ialah cream cheese kesukaan akak tu!

Resipinya masih menggunakan resipi yang sama.  Cuma malam ni saya ubah cara membuat cream cheese frosting mengikut kaedah Joy of Baking dengan jiwa penuh derhaka huhu...  Rasanya ramai juga orang lain yang guna resipi frosting yang satu ni.  Kejadiannya lebih lembut dan mudah untuk menggayakannya.  Cuma bila lembik ni, saya yang tak pernah pandai mendeco ni, laagilah gelabah.. Cuma kalini untuk makan sendiri, takdelah risau cantik ke tidak..
 

Resipi KEK SPAN PELANGI boleh tengok entri yg sebelum ni di SINI.. Kali ni saya nak tuliskan resipi frosting nye sahaja.


Cream Cheese Frosting

Bahan2:

250 g cream cheese - apa2 jenama, asal ada tulisan halal yg tidak diragui
3/4 cawan gula aising
1/2 sudu kecil extract vanilla
100 ml whipping cream - saya guna jenama Anchor

Cara2:
-  Putar cream cheese yang masih sejuk sehingga berkrim
-  Masukkan vanilla extract dan gula sedikit demi sedikit.  Putar sampai sebati dan gebu
-  Masukkan pula whipping cream sedikit demi sedikit sambil memutar perlahan... dah habis tu maksimum kan speed dan putar sampai gebu.  Siap!

P/S:  Resipi frosting ini hanyalah untuk separuh adunan, sebab saya masih punya balance CC yg sebelum ni.  Kalau baru pertama kali nak buat, kena gandakan.  Resipi asal mengadunkan cream cheese + mascarpone serta whipping cream yang lebih banyak kuantitinya. 

April 10, 2012

Pau Gebu v2

Dah lama nak cuba resipi pau yang satu ni, tapi ala2 lupa.. Semalam dek kerana hati yang sedikit buntu memikirkan anak yang sejak minggu lepas tak mau ke sekolah, walau dah siap berpakaian, saya pun mencari terapi di dapur.  Selepas 1/2 hari mendenda dia mengurungkan diri dalam bilik!  Buntu memikirkan apa punca dia tak mau ke sekolah. Sampaile hari ni.  Mujur tadika je, saya pun tak berkeras sangat, cuma risau kalau berlanjutan. Anak saya ni walau umur dah hampir 5 tahun masih belum mahir bercakap..

Kuih pau ni kegemaran dia.  Dia boleh makan 3 ketul sekali harung.  Padahal, dia ni jenis picky.. Apa2 pun, air tangan ibu lah yg terbaik untuk anak2.  Sebab kita tau apa kandungannya dan bagaimana kita membuatnya.  Sebaiknya, kalau masak apa2 tu, kita sambil berzikir atau bersalawat.  Cuma kalau hati tengah resah, lupa juga nak buat.  Kalau untuk jual2 tu, InsyaAllah.. selalu ingat.
Resipi dari MyResipi sumbangan LynSham.  Tapi saya buat 1/2 adunan je.  Kalau nak yg original version, boleh le klik ke my resipi ye!  Konon2 bagi kaler pink dan nak buat rose. Tapi sebab terlama saya nak kukus tu, rose tu dah jadi rose haru biru.. Belum kukus dah mekar kelopak2nya.. hehe!

KUIH PAU
Sumber: My Resipi 
Olah semula : Cik Siti

Bahan A
225 g tepung pau (saya guna tepung gandum je)
140 ml air
1 sudu kecil susu pekat manis
1 1/2 sudu kecil yis

Bahan B
150 g tepung pau (saya guna tepung gandum)
90 g gula kaster (agak manis..)
20 g shortening
1 sudu besar double action baking powder
1/2 sudu kecil bread softener  (saya guna bread improver)

Bahan C (larutkan)
50 ml air
1/4 sudu kecil ammonium carbonate (saya guna soda bicarbonate)
Sedikit garam

Bahan D
Inti ikut citarasa

Cara2:

1)  Satukan semua bahan A dan uli sampai lembut.  Perap selama 30 minit.
2)  Masukkan dalam bekas (1) Bahan B dan C (saya dah terlupa nak larutkan dulu. Masuk je terus..).  Uli sampai halus.  Perap 30 minit lagi.
3)  Bahagikan adunan dalam 20g-30g setiap satu.  Masukkan inti.  Biarkan dalam 15 minit.
4)  Sebelum mengukus, pastikan air kukusan sudah mendidih.
5)  Kukus pau selama 10 minit.

April 8, 2012

Kuih Seri Muka

Seri Muka Pelangi.. Satu percubaan yang tidak berapa menjadi.. Mukanya lembik sikit. Bukan jadi pelangi, tapi dah macam marble pecah ke apa...ngeee.  Apa2 pun, sedap juga kuih ni .. :D


April 6, 2012

New Order - Frozen Karipap

"Aku dan epok-epok a.k.a karipap adalah kenangan dan kasih sayang.." Heheh! Entah apa2lah akak siti ni!  Yelah, tiap kali buat karipap untuk tempahan orang, saya mesti teringat dan mula nak rindu2 pada Bahrain.  Rindu pada Plaza Emirates, apartment tempat kami tinggal dulu.  Rindu saat-saat saya menguli tepung saban petang untuk dijual keesokan harinya di lobby apartment tu.  Epok-epok yang dinanti oleh para warga Singapura di situ, tak lupa warga India dan Filipina.  Sering menerima tempahan untuk majlis mereka dan persendirian. Perasanlah saya yg epok-epok tu sedap banget ehehh!

Masa itu sudah berlalu.. Saya dan kebanyakan penggemar epok-epok tu pun dah keluar dari bumi bertuah tu.

Sekarang masih meneruskan kegembiraan itu di Bukit Jalil ni.  Terima kasih kepada CheNa & frens, Yati dan Nura yang pernah order.  Bukan nak untung sangat, tapi macam saya katakan awal2 tadi, ia adalah kenangan terindah.   Saya menyediakannya dengan penuh kasih-sayang... :D




April 3, 2012

Sicilian Orange Cake

Malam ni dengan selamba saya buat kek oren ni.. Resipi asal ni saya dapat kat blog Teratak Impian sambil skodeng kek2 dia yang cantik2 belaka deko nya.  Sedap juga kek oren ni walau tak cukup syarat. Buatnya pun kejap je.. Almaklum dah terbiasa buat kek rumit kebelakangan ni.. heheh!

Oklaa...dah tak larat nak bebel banyak2 sebab ngantuk sangat.  Nak tido awal.  Jom semak resipi..


Sicilian Orange Cake
Resipi dari: Blog Teratak Impian
Olahan semula: Cik Siti

Bahan2:

250g mentega
250g gula pasir (saya guna 200g gula kaster)
4 biji telur saiz M
1 1/2 sk parutan kulit oren (saya tak letak pun)
250g tepung naik sendiri
85ml jus oren (saya guna 80ml sunquick)
Saya tampah sedikit pewarna kuning..

Cara2:

1) Panaskan oven dengan suhu 160C (ikut kebiasaan oven masing2)
2) Pukul mentega dengan gula sampai berkrim.
3)  Masukkan gula satu persatu.  Pukul hingga kembang
4)  Masukkan tepung dan jus oren berselang seli sambil memutar dengan speed perlahan
5)  Lenserkan loyang dengan mentega dan alas dengan baking paper.
6)  Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit.  Cucuk dulu tengah2 kek untuk memastikan benar2 masak
7)  Keluarkan dari oven dan bila dah sejuk baru keluarkan kek dari loyang.  Hiaskan ikut citarasa..

April 2, 2012

Jus VeMMA Yang Terbaik!

 
Sekarang ni makin semangat saya.. Setiap pagi mesti nak minum jus manggis VeMMA hanya 2 oz ni untuk membantu apa yang patut kat dalam badan yg kita sendiri tak tau ni.  Maklumlah, makannya macam2.  Setakat kek rainbow 1/2 biji tu boleh makan sorang (bukan le sekali makan hehe..).

Saya ambil VeMMA ni untuk mengawal kadar kolestrol, menambah segala vitamin dan minerals, melawaskan juga meningkatkan kadar imunisasi dalam badan.  Saya semakin bertenaga dan rajin ;)


Yang paling cepat kesannya ialah lenguh-lenguh dan rasa ngilu dari lutut ke hujung kaki ni dah beransur hilang.  Yang lenguh2 tu dah takde, tinggal ngilu sikit2 kat lutut.  Dulu asyik nak berurut dan sapu yoko2 je. Beberapa minggu lepas (sebelum minum) saya mula nak selalu kejang kaki atau salah urat.  Sekarang dah OK.

Memang kaki yang sebelah kanan ni menjurus nak mewarisi penyakit mak dan makcik2 tu.  Sakit orang zaman sekarang - lutut dan sendi.  Konon muda lagi, tapi gitulah... Agaknya dah penat zaman muda remaja dulu berjalan sepanjang KL.. kadang dari Pudu ke Kg Baru pun boleh jalan kaki.  Pakai kasut tumit tinggi lagi. Naik turun bukit ITM ke Sek-2 lagi... Belum kira masuk hutan belantara.  Lepas tu tak suka minum susu pulak..  :D

Selain tu, saya dah tak rasa macam 'high' nak pitam lagi.. Penyakit orang berdarah rendah.. Alhamdulillah.  Jadi, kalau puan2 nak cuba, boleh le email saya kat okeedgz@gmail.com.  Boleh ambil yg single pack tu.  VeMMA bukan ubat, tapi sangat mujarab untuk pelbagai penyakit.. Jom, jauhi ubat-ubat yg ada drugs dan steroids tu!