May 28, 2012

VeMMA dan Kek

Uh uhuuu... hati ni sebenarnya tengah merindui seseorang yang banget2!  Ya, si kecik merangkap 'handbag' LV saya tu... Sejak semalam akak tinggalkan dia di kampung bersama makcik.  Sebab akak ada misi nak 'jumpa' Dr Azizan perunding kekayaan tu.  Dan akhirnya pagi tadi saya berjaya menyertai Seminar Marketing Power yang dikendalikan oleh Dr Azizan.  Mula2 biar pergi yang free.. lepas tu pasang niat nak pergi yang advance punya!  Ya.. SAYA KAYA DAN BERJAYA!!!!  :D

Semangat berkobar-kobar sejak menyertai VeMMa.. Walau kebelakangan ni agak 'malas' sedikit, atau momentum lari.. Mungkin overshadowed by my baking life.. speaking London pulak ^.^  Tapi apa yang saya belajar tadi, ingin saya aplikasikan kepada 2-2 perkara yang saya cintai ini.  Saya jujur terhadap kedua-duanya..
Vemma 
Produk yang sangat baik untuk kesihatan.  Saya telah merasainya.  Saya sangat bertenaga, tidak lagi sakit-sakit dan lenguh badan termasuk di bahagian kaki ni.  Saya dah tak pernah rasa nak berurut disebabkan letih dan lenguh macam dulu-dulu.  Saya pasti, ini adalah kerana Vemma yang saya minum setiap hari dan kadang-kadang ala2 lupa, 2 hari sekali.  Makcik saya pun kata begitu. Tak sedar bila sakit pada sesetengah bahagian badan tu hilang.  MEMANG TERBAIK VEMMA ni!

Kek 
Sejak dulu saya memang suka makan kek.  Kalau hari raya dan bertandang ke rumah orang, saya mesti jamah kek dulu. Anak saya menurun kesukaan terhadap makanan ini.  Terutama kek coklat atau yang tak ada unsur-unsur pelik.  Dan mulai 2 minggu lepas, saya tiba-tiba terjerumus dalam perniagaan kek.  Maka semangat semakin membara untuk maju ke depan bersama hobi ini.  Cuma ada faktor tertentu yang me'limit'kan hobi saya ini.  Membuat saya ternanti-nanti saat nak berpindah rumah.  Walau perpindahan itu nanti akan menggores perasaan saya dan kegembiraan saya di Bukit Jalil ni.  Saya suka tinggal di kawasan ni.  Walau tak happening, di sini sangat nyaman dan tenang.

Takpelah... jom tengok hasil saya petang ini.  3 Red Velvet dan 1 Cotton Soft Japanese Cheesecake.  Yang siap deko hanya 1 RV untuk diambil oleh Masdiana, pada esok pagi.  Mas ni ngajar kat KK, cuti sekolah ni balik KL.. Asal pun sini juga, junior sekolah saya dulu.. (tetiba akak lapar nasi ambeng.. dahlah tak dinner tadi huhuu).
 Cheesecake tercedera.. lupa nak lapik masa telangkupkan.. dahlah tertuang lebih, meletus sikit gunung berapi.. kalut je :(
 
Baru tambah - RV untuk Cikgu Zu  ;)

May 24, 2012

Demam Cheesecake Pulak!

Orders hari ini ialah 4 paket pau pelbagai inti - kacang, kaya dan ala2 lotus seed yg akak tak tau nama (huhu); sepeket karipap dan Cotton Soft Japanese Cheesecake (CSJCC).  Semua dari gang2 x-csm dulu.. I love u all lah!! muahhhh...
************************

 Shima punya.. baru dapat update anak dia suka sangat... TQ Mulkan & Ummi... baru semangat makcik nih hehe...

Yang ni bukan bukan tempahan sesiapa... Saya nak test lapisan coklat tu je.  Saya letak sikit coklat emulco, tak sukat2 pun.  Esok boleh bawak balik kampung yeyeyy!!!
Bila sejuk kerepot sikit permukaan dia.. 

May 22, 2012

Cik Ti Seri Kaya


Tiba-tiba angin nak buat seri kaya sendiri selepas menerima tempahan pau kaya dari Shima dan Fidah.. Dan akak rasa macam dah boleh buat kopitam le hehehe.. Jenuh lepas ni mengidam set cawan gambar pokok kelapa pulak  ;P

Sebenarnya saya dah pernah buat seri kaya ni setahun dua yg lepas, masa di Bahrain.  Time tu first time juga buat pau.  Kalau ini kali kedua, tak taulah kali ke-3 nya tahun bila pulak..kihkih!

SERI KAYA

Bahan2:

3 butir telur - buang tali pusatnya supaya tak hanyir
1/2 cawan gula pasir
1 1/2 cawan santan - seeloknya yang pekat
1 sudu kecil esen pandan - nak lagi sedap letak daun pandan je
1 sudu kecil pewarna kuning
2 sudu besar tepung jagung - bancuh dengan sedikit air

Karamel/Gula Hangus:
3/4 cawan gula
1 cawan air panas

Cara2:

1)  Buat karamel dengan mencairkan gula dalam periuk menggunakan api sederhana kecil hingga keperangan.  Bila dah cair, tuangkan air panas (hati2 ye!).. Kalau ada gula yang berketul pastikan larut dan matikan api.  Sejukkan.

2)  Pukul telur dan gula hingga gula hancur.  Masukkan santan, esen pandan dan pewarna.  Tapis ke dalam periuk.  Tapiskan juga gula hangus ke dalam periuk.

3)  Dengan api sederhana, masak adunan di atas dan selalulah mengacau supaya tidak berketul2. Untuk menyenangkan, saya guna non-stick pan dan mengacau menggunakan hand wisk.  Bila dah pekat, matikan api.

May 20, 2012

Golden Churn canned butter gets halal nod


Yg kecoh diperkatakan suatu masa dulu.. Alhamdulillah!  Kita memang kena bertegas soal halal haram dalam pemakanan ni

15 May 2012

KUCHING: Golden Churn canned butter is now available at the halal section of all Malaysian food retail outlets following a verification inspection on the Ballantyne Foods Pty Ltd New Zealand factory.

The inspection confirmed that the Golden Churn canned butter had complied with the Malaysian Halal standard as per the halal certificate issued by the New Zealand Islamic Processed Food Management, a certified body by the Department of Islamic Development Malaysia, the company said in a statement.


Read more: Golden Churn canned butter gets halal nod - General - New Straits Times http://www.nst.com.my/nation/general/golden-churn-canned-butter-gets-halal-nod-1.84018#ixzz1vOedgtQT

Cotton Soft Japanese Cheesecake

Orang lain dah buat di zaman lampau, saya baru datang seru nak buat hari ni.  Sebabnya nak habiskan cream cheese yang tak habis-habis dalam stok tu.  Walau semalam saya kata hari terakhir untuk baking for the week, petang ni terbuka pula hati nak baking lagi.  Sebabnya, teringat-ingat petang semalam Fawwaz duk sebut kek... Kat rumah ni tak boleh putus kek sebab ada 2 orang penggemar iaitu Fawwaz dan ummi  :D
Resipi cheesecake ni merata-rata di internet.  Tak tau original ownernya siapa.  Rata-rata guna ayat yang sama, baik yang English atau yang dah translate ke BM.  Bahan-bahan sama je, cuma penerangan ikut ayat sendiri untuk mudah diingat.  Dan untuk bahan-bahan ni saya ikut resipi Alma di MyResipi.  Ramai otai2 blogger buat pun ikut resipi yang ni  :)


Cotton Soft Japanese Cheesecake

Bahan2:

Bahan A
250 g cream cheese
50 g mentega
100 ml susu segar
6 butir kuning telur (saya guna gred A)
1 sudu besar jus lemon
1/2 sudu kecil garam
60 g tepung kek/superfine
20 g tepung jagung

Bahan B
6 butir putih telur (gred A)
3/4 sudu kecil jus lemon
140 g gula kaster

Cara2:

1)  Satukan cream cheese, mentega dan susu segar dalam bekas dan cairkan dengan teknik 'double boiler'.  Proses ni mudah jika guna bekas stainless steel.  Setelah cair kesemuanya, sejukkan.  Kacau gunakan hand whisk jika adunan berbiji-biji supaya jadi halus dan sebati.

2)  Masukkan kuning telur dalam adunan cream cheese dan kacau guna hand whisk hingga sebati.  Selepas tu masukkan pula jus lemon, diikuti campuran tepung dan garam sedikit demi sedikit.  Kacau hingga halus dan sebati.

3)  Untuk bahan B - dalam bekas lain yang kering (saya gunakan bekas s/steel), pukul putih telur dan jus lemon sehingga berbuih (foamy).  Tuang gula sedikit demi sedikit gula sambil memutar dan bila habis maksimumkan speed hingga menghasilkan tanduk (soft peak).  Maknanya bila bekas diterbalikkan, adunan telur itu tidak jatuh.

4)  Ambil sedikit adunan B, masukkan ke adunan A dan kacau dengan hand whisk hingga sebati.

5)  Masukkan pula adunan tersebut (step 4) ke dalam adunan B dan adun hingga rata menggunakan senduk.  Sedia untuk dibakar.

6)  Sebelum membakar - panaskan oven dgn suhu 160C.  Lenser dasar dan tepi loyang berukuran/diameter 8 inci (saya guna yg bulat) dengan mentega.  Alaskan dengan baking paper (ada yg menyarankan alas juga di tepi loyang dengan baking paper tapi saya tak buat).  Sediakan juga loyang lain yang lebih besar dan isi dengan air panas.

7)  Masukkan adunan ke dalam loyang.  Alas keliling loyang (luar) dengan aluminium foil.  Masukkan loyang tersebut ke dalam loyang/bekas yang berisi air panas dan masuk ke dalam oven.

8)  Bakar selama 50 minit (jika permukaan telah jadi warna coklat, boleh test samada kek dah masak tau belum).  Jika belum masak, tambahkan masa dan tutup dengan aluminiu foil.

ps:  permukaan kek yg saya buat ada lubang2 sedikit.. mungkin kena tengok masa proses mengadun tu semula atau saya perlu mengetuk sedikit loyang sebelum membakar untuk mengurangkan buih.  Juga lebihkan sikit masa membakar.  Next time kalau buat nak marble kan atan buat double layer..

May 18, 2012

Minggu Kek Rainbow

Seronoknya hari2 dapat bermain dengan colours! Kalau dulu-dulu saya suka main dengan color merah untuk membuat RV, kali ni semua perwarna keluar! Saya jadi lupa kenikmatan RV tu.. huhu.

Tapi sejujurnya saya masih sangat ketinggalan bab2 menghias kek ni.  Saya masih mencari ruang nak berguru.  Setakat ni, dalam beberapa tempat yang menawarkan kursus, belum ada yang bersesuaian dengan masa dan module yang saya mahu.  Selalunya dibuat masa weekend yang ada saja aktiviti lain untuk saya, atau tak ada orang nak jaga anak.

OK lah.. TERIMA KASIH buat rakan-rakan saya yang sangat-sangat memberi sokongan dalam aktiviti terbaru saya ni.  Yang order dan redha dengan dekorasi saya yang tak sepertinya tu (eh! betul ke uols redha? hehehe...).  Untuk saya, everyday is a learning process.  Ini jelah cara saya untuk belajar secara hands on. Tiada guru, hanya sekadar imaginasi melalui pembacaan dan internet.  Selalulah saya gelabah bila di dapur. Itu jatuh, ini tumpah, itu bertabur, dan macam-macam lagi lagak 'clumsy'.  Kadang tu pegang barang sampai berulang-ulang jatuh ke lantai.

 ****************************
Kek ni untuk super duper Vemma saya, Siti Hajjar... Bila dah siap, baru saya terfikir sepatutnya buat tema oren.. macam Vemma tuu... otak ni memang terkadang slow sikit.. hihi
 

 Last for the week!  Tempahan dari Yati... Dialah orang yang pertama dengan daringnya order kek RV dari saya.. Kek RV versi nak tumbang ekekeke..
 

Yang bawah ni rupanya macam terpaksa je kan... Tak tau apasal saya deko macam ni.  Nak abstract tapi parah le sikit...  Kek yang saya buatkan untuk guru-guru tadika (sekolah Fawwaz).  Tulisan tu lebur dek coklat kompaun yg terlalu cair.. (sbb campur dengan whip cream).  Trial n error gitu.. kek yg jadi mangsa

Saya rasa nak rehat panjang sikit dari baking.  Tapi Fawwaz dah tersebut-sebut kek.. Memang dah beberapa hari takde kek untuk rumah sendiri.  Mama fenat lah dear.. walau fizikal cergas sentiasa.  Mata mama ni dah seminggu tak cukup lelap.. Esok2 lah ye.. ;)

Updated 19/5:
Gambar Italian Rainbow yg dikongsi oleh Atie...

May 15, 2012

Order untuk Hari Ini

Terima kasih kepada sahabatku dulu, kini dan selamanya, Wan sebab order kek akak yg humbly decorated nih!  Selain kek, Wan order karipap frozen dan Vemma juga.. Yelah, Unit Trust Consultant yang berjaya macam dia kena banyak moving berjumpa customers.  Tu yg kena minum Vemma tuu... hehe!  Semoga murah rezeki dan jangan lupa janji nak bawak aku jenjalan dgn BMW mu yg masih wangi itew... rrrr ngences BMW lah pulakk!!!  :P

KEK RAINBOW (SPAN PELANGI) yang disaluti cream cheese lebih 1/2 kg... Kalau seram, jangan lupa detox selepas tu kekeke... Tapi empunya kek tu selim melim lebih selim dari akak.. takpelah!

Berat keseluruhan 1.3 kg + dengan ukuran 8 inci 

p/s: wan... sori mori naik lori... lepas dah hantar kek ni, baru ku perasan yg kulupa nak bubuh baking powder kat ini kek... bulehhh??  Padan le tak tinggi kek tu.. Clumsy betul!

May 14, 2012

Tempahan Lagi...

3-4 hari ni semakin bz akak di dapur yang comel tu... Jangan tak tau, semua benda dalam rumah ni comel-comel belaka hehe.. Tapi Alhamdulillah.. walau sekadar suka-suka, ada juga yang tertarik nak order.  Terima kasih kepada kawan2 ku atas kepercayaan anda.. Ada yg sudah diambil dan ada yang masih dalam fridge, menunggu tarikh perjumpaan yg sesuai.  Masih ada 2 kek yang belum terbuat dan mungkin penambahan 1 biji lagi kalau akak terdaya.. boleh??

Sebenarnya angan2 tinggi, tapi tak berapa berdaya kederat ni sebab sorang2 nak uruskan rumahtangga terutama anak yg jadi priority.  Kasihan kat dia kalau lama-lama saya di dapur.  Jadi malam ni saya berihat dan layan dia apa yang patut.  Sunyi sikit sebab 3 malam sebelum ni ada ciknya dan cikyun penyeri suasana.. :))

 Kek Rainbow dan fresh cream topping.. beratnya dalam 1.7kg berukuran 8 inci lebar

Opera Cake - kek berasal dari France yang memang manis tapi sedap sebab ada perisa coklat, kopi dan almond.  Makannya kena sikit-sikit.. dgn portion yg kecil supaya tak pening ;)

Frozen Pau

Frozen Karipap - ini baru nak masuk oven

May 12, 2012

Kek Opera

 
Memenuhi permintaan adik bongsu yang sedang sarat, semalam saya buatkan sebiji kek opera yang saya pun tak pasti apa rasanya.  Walau kali ke-2 membuatnya, yang pertamakali dulu tidaklah seelok mana.  Sebab buat dalam kelam-kelibut.  Semalam tu pun agak kelam kabut, tapi masih terkawal.  Sepetang memerap di dapur dan membawa ke malam..uh uhhh~!  Maklumlah.. 'pro' sangat..hehe!  Itu pun mujur ganache tu dah siap berbuat sebelum tu.  Cuma perlu ikut step yg selanjutnya.

Memang renyah untuk membuat kek opera ni.  Patut pun harganya mahal di luar tu.  Kalau setakat 7" x 7" saiznya, dah berharga 80-90 hengget.  Bila dah siap tu, rasa puas sangat.. tapi penat sehhh.  Tak taulah bila nak membuatnya lagi.. Macam teringin pulak kan.. tapi nak kena siapkan beberapa tempahan dulu.

Saya tengok 2 resipi iaitu dari blog citarasawan dan blog masam-manis (Ita) dan fahamkan betul2.  Lepas tu, ikut sukahati macam selalu tu.. Untuk kek, ikut resipi Ita yang asalnya dari Rima.  Sebenarnya tak susah mana bila dah faham tu.  Jom check!!

OPERA CAKE
Resipi kek: Rima (bisousatoi) / blog masam manis
Olah semula : Cik Siti

Bahan2:

Bahan A
200 g serbuk badam (almond powder)
100 g gula kaster
6 biji telur (saya guna saiz A)

Bahan B
50 g mentega - cairkan

Bahan C
60 g tepung gandum - saya guna superfine.  Diayak

Bahan D
115 g putih telur - 3-4 biji
55 g gula kaster

Cara2:

1)  Untuk persiapan - panaskan oven dengan suhu 200C.  Bila dan nak masukkan kek, turunkan ke 170C.  Sediakan loyang 4 segi berukuran 20cm x 20cm atau 8" x 8".  Lenser dengan butter/majerin/minyak dan alas dengan baking paper.  Sebaiknya sediakan sekurang-kurangnya 2 keping loyang.
2)  Satukan bahan A dalam mangkuk pengadun dan pukul dengan kelajuan maksima selama 10 minit.  Sesekali kacau dengan spatula supaya bergaul sempurna.
3)  Masukkan baki telur yang 3 biji sebutir demi sebutir dan teruskan memukul 10 minit lagi.
4)  Ambil 4 sudu besar adunan badam (bahan A) dan campurkan ke dalam mentega yang dicairkan.  Ketepikan.
5)  Masukkan tepung yang diayak ke dalam baki adunan (bahan A).  Kacau dengan kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna.  Ketepikan.
6)  Dalam bekas lain (pastikan betul-betul kering dan tidak berminyak), putar putih telur sehingga berbuih.  Masukkan gula kaster (50g) dan terus putar sehingga menghasilkan adunan kaku dan bertanduk (soft peak)
7)  Ambil 1/3 daripada adunan putih telur dan campurkan ke dalam Bahan A.  Kacau rata dan perlahan dengan kaedah kaup balik menggunakan spatula.
8)  Masukkan pula adunan badam tersebut (step 7) ke dalam bekas baki 2/3 putih telur dan gaul sebati secara kaup balik
9)  Tambahkan adunan mentega (step 4) ke dalam adunan (step 8) dan gaul secara kaup balik.  Gaul perlahan kerana jika terlebih kacau, kek akan menjadi mendap selepas dibakar.
10)  Kaedah membakar ada pelbagai cara... saya menggunakan 2 loyang 4 segi berukuran 8x8 untuk sekali bakar.  Untuk setiap loyang, saya timbang sebanyak 150g adunan dan mendapat 6 lapisan.
Nota: untuk 4 lapis timbangan ialah 225g x 4 loyang (edited 26/2/16)
11)  Bakar selama 15 minit atau sehingga kek masa dengan suhu 170C.  Sejukkan sebentar, baru keluarkan dan letak atas redai.


LAPIS & TOPPING

Saya menggunakan 2 jenis bahan layer iaitu chocolate ganache (yang kental dan cair) dan coffee buttercream.  Coffee syrup juga diperlukan untuk melembabkan permukaan kek sebelum dilapis.  Idea melapis dan bahannya saya perolehi dari blog Citarasawan.

I - Coffee Syrup
- 1/2 sudu besar instant coffee (nescafee 3 in 1) dicampurkan dengan 100ml air panas dan 1 sudu besar gula

II - Chocolate Ganache
Saya buat double adunan - satu perlu disimpan dalam peti sejuk (dalam 1 malam) dan satu lagi perlu digunakan dalam keadaan masih cair.

Bahan2:
200g UHT whipping cream
300 g coklat masak - potong kecil2
1 sudu besar mentega

- Didihkan whipping cream.  Matikan api dan masukkan coklat dan kacau hingga coklat cair kesemuanya.  Masukkan mentega dan kacau rata.
-  Bahagian 1: simpan dalam petisejuk untuk semalaman.  Keluarkan dan biarkan dalam suhu bilik.  Ia jadi kental.  Kalau perlu, putar dulu sebelum digunakan semasa proses melapis
-  Bahagian 2: Seeloknya buat masa kek dah siap dilapis dan boleh dituang terus ke atas kek

III - Coffee Buttercream

Bahan2:
250g mentega - saya guna unsalted
80g gula ising
1 1/2 sudu besar coffee emulco

-  Pukul mentega dan gula hingga kembang.  Masukkan coffee emulco dan pukul lagi hingga kembang dan ringan.


CARA MELAPIS & DECO (untuk 6 lapis)


1)  Ambil selapis kek dan letak atas board.  Sapukan keseluruhan permukaan kek dengan coffee syrup menggunakan berus.  Jangan banyak sangat, nanti kek lencun ye!
2)  Sapukan buttercream ke atas lapisan pertama.  Saya gunakan piping bag, lagi senang...
3)  Lapikkan dengan sekeping lagi kek.  Sapukan juga coffee syrup.  Kemudian sapukan chocolate ganache yang kental dan ratakan.
4)  Ulang step 2 & 3 sampai kek habis.  Untuk kek yg terakhir, tak perlu sapu kopi di permukaannya.
5)  Simpan kek dalam peti sejuk dalam 2 jam sebelum menuang ganache yang cair
6)  Keluarkan kek yang telah sejuk.  Letak atas redai yg diletak atas dulang atau alas tepi/bawah kek dengan kertas supaya tak comot board kek tu nanti.
7)  Tuang chocolate ganache ke atas kek dan biarkan sejuk.  Sebaiknya letak dalam petisejuk dalam 2-3 jam baru potong dan kemaskan sekelilingya.

May 10, 2012

Kek Rainbow 2


Akak memang masih taksub dengan kek rainbow ni.  Suka sangat tengok layers yang berwarna-warni.  Kalau sebelum ni duk ulang-ulang versi kek span, kali ni guna resipi lain yg bukan span.  Yang ini guna resipi Martha Stewart yang saya cnp dari blog Masam Manis (Azlita) - checkered rainbow cake. Tolong jangan bandingkan kek dia dengan akak punya huhuhu.. Dah lama nak test resipi ni, tapi asyik bertangguh.  Bila semangat nak buat, baking powder pulak tak cukup.  Tapi akak belasah je.. jadi pun! ;))

bila entah nak dapat berguru ni... :|

Bagi saya 2-2 resipi pun sedap!  Tapi kek Span Pelangi tu lebih umph.. lembut, sederhana perwatakannya, kurang manis dan amat sesuai jika dipandankan dengan cream cheese frosting.  Manakala Kek Rainbow ni agak manis dan sesuai dengan fresh cream yg manis ala2 je. Strukturnya sudah tentu sedikit kasar dari span, tetapi moist. Pendekata..mmm sedap jugak lah!!  Boleh lah nak tambah kalori sekilo dua.. ngeeee

dinasihatkan memotong apabila kek betul2 sejuk atau guna pisau yg dicelup pada air panas terlebih dahulu.. kalau tak ginilah, comot je!  :P
 
Jom kita tengok apa kandungannya ;)

RAINBOW CAKE


Resipi asal : The Martha Stewart Show
Sumber: Blog Masam Manis
Olah semula : Cik Siti

Bahan2:

226 g (1 cawan) mentega - suhu bilik
426 g (2 1/3 cawan) gula - saya guna kaster
5 butir putih telur - saya guna 6 sebab ada telur yg sikit sangat putihnya
2 sudu kecil esen vanila - saya guna 1 sk vanila extract
426 g (3 cawan) tepung - saya guna superfine
4 sudu kecil baking powder - saya cuma letak 3 sk sebab kehabisan
1/2 sudu kecil garam
355ml (1 1/2 cawan) susu segar - suhu bilik
Pewarna ikut kesukaan - saya letak pink (campur dgn strawberry emulco yg membuat ia lebih sedap), hijau, kuning, biru dan oren

Cara2:

1)  Panaskan ketuhar 170C.  Sediakan loyang 8 inci, lengser dengan butter atau minyak dan alas dengan baking paper.
2)  Ayak tepung, baking powder dan garam
3)  Pukul mentega dan gula hingga gebu atau mentega bertukar menjadi putih
4)  Masukkan putih telur dan pukul hingga kembang dan ringan
5)  Masukkan vanilla dan pukul lagi
6)  Perlahankan speed, masukkan 1/2 bahagian tepung.  Selang selikan dengan susu segar hingga habis kesemuanya.  (hmmm.... masa ni akak brutal sket, masukkan semua tepung baru masukkan susu. Tetap jadi elok juga..hehehe)
7)  Bahagikan kepada 5 - 6 bahagian.  Saya buat 5 bahagian dengan berat 260g setiap satu (1 cawan lebih).  Letakkan pewarna.
8)  Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 20 minit atau sehingga masak elok, bergantung ketebalan dan oven.  Saya bakar guna 2 loyang sekaligus..
9)  Bila dah angkat, sejukkan seketika baru keluarkan dan letak atas redai.  Kalau boleh jangan tindih2, nanti melekat tak cantik
10)  Dah sejuk baru sapu topping.  Bagi saya, utk resipi ni sedap kalau guna fresh cream atau whipping cream.  Saya guna WC Vivo yang diperkenalkan oleh tuan kedai bakeri, jenama dari S'pore yang halal.

TOPPING

Untuk topping terpulang kepada masing2.. Kalau guna fresh cream atau whipping cream, ikutlah kebiasaan, jenama apa yg kita guna.  Macam saya yg baru first time ni, pekerja kedai Edible Foods yg sangat helpful tu menasihatkan saya cuba jenama Vivo yg murah sikit dlm 2-3 ringgit dari Rich's.  Not bad juga, manis-manis buah.

Bahan2:

1/2 kotak topping ace/Non Dairy Whip topping atau yg sewaktu.  Mesti simpan di tempat sejukbeku.

Cara2:

-  Cara menyediakannya, ikut je arahan dari kotak.  Keluarkan dari freezer dalam 1/2 jam sebelum guna.  Goncang2 dulu supaya sebati sebelum dikeluarkan dari kotak.
-  Tak perlu letak gula atau apa2 tambahan sebab dah manis
-  Masukkan ke bekas yang agak2 mencukupi atau sedikit besar.  Sebab cream akan mengembang selepas dipukul.  Cukup guna separuh kotak dulu.  Selebihnya simpan balik dalam freezer.
-  Pukul dengan kelajuan sederhana sehingga membentuk 'soft peak'. Kalau diterbalikkan, tak jatuh..
-  Sapukan pada kek ikut kreativiti masing2

May 8, 2012

Lauk Kenduri

Happening sungguh!  Dah lama takde kenduri besar2an di rumah kampung akak.. Masa akak kawin pun kecil-kecilan je, walau berduyun2 orang datang dan nak patah pinggang adik beradik akak.  Jumaat-Sabtu lepas giliran akak lak macam nak patah kaki.. Tapi mujur akak minum VEMMA!  Sungguh... penat dan sakit kaki tetap ada sebab on da move je, urat jadi tegang. Tapi langsung tak sakit pinggang dan lenguh lutut dan kaki.  Hari ni akak dah segar bugar.  Kalau tak tu, dok mengidam nak jumpa makcik urut je..

So, kesimpulannya... liquid VEMMA ni memang bagus untuk badan kita yang kadangkala berkerja lebih dari kemampuan ni.  Bagus untuk sendi dan sesiapa yang selalu lenguh kaki dan lutut!  Selain bagus untuk tenaga..

Sekarang ni, sajalah nak tayang hidangan masa kenduri.  Bukan istimewa sangat, biasa2 je.. Tapi kenduri kat tempat kami ni yg paling istimewa ialah sikap bergotong royong dan saling membantu orang sekariah dan sedara mara jua rakan taulan.  Selain dari segi tenaga, kuih muih, bahan masak, telur, gula dan pelbagai lagi dorang sedekah.  Berbakul2 kuih tiba... terutama kek diterima.  MasyaAllah.. rezeki murah betul!

Sambal sotong
 Jelatah
 Cuci mulut... oren, pudding (meja pengantin) & bubur pulut hitam
 Kurma daging
 Ayam goreng berempah


 Sup tulang - makan dengan sambal kicap tumis
 Air hijo (pandan)
Kuih Lemper
Banyak lagi yg takde dalam gambar spt hidangan khas meja pengantin & rombongan, bubur, cendol, kuih muih, roti canai (utk breakfast), rendang daging, ayam masak semur, sambal goreng, masak lemak kacang 'loto', masak lemak babat (perut) dll.. Memang hebat kalau kenduri di kampung ni!  Macam2 ada.. cuma sebab penat, akak cuma merasa beberapa jenis makanan je. Tu pun sikit2 dan tanpa perasaan.  Sekarang ni duk terkenang lemper yg di atas tu.. Bergantang2 pulut buatnya, rasa2 akak makan 2 ketul je! Sup tulang pun tak sempat rasa.. huwaaa... ngences!