Aduh! Agak bersawang blog akak nih.. Sejak beraya yg tak berapa sakan tu, akak dilanda kemalasan, kelemahan dan pelbagai 'ke' dalam diri ini. Nak hibernate je. Susahnya nak dapatkan momentum tu balik! Agaknya masih trauma dengan kebocoran tong gas waktu hari raya lepas kot.. huhu! Boleh pulak nak dibuat alasan..
Mujur juga haritu Shima kawan saya tu mengejutkan diriku dari tidur dengan request kek carrotnya. Pulak tu depa bertiga, geng lama saya, nak mai buat farewell untuk salah sorang ahli yg nak tukar taraf jadi expat di Jakarta. Tapi sempat buat kek carrot dan cocktail segera je. Untuk makan2 depa tapau mee & rojak mamak bawah pokok depan Anjung yg terbaik di Malaya ni. Siap dengan cendol lagi.. hahaha! Tetamu bawa makanan sendiri, kekonon potluck le..:D.
Sebenarnya gitulah kalau upacara last minute atau short notice. Sebab saya ni bukan semudah-mudahnya nak keluar ke pasar atau pasaraya dalam waktu singkat. Saya pulak jenis tak berapa spontan dalam merancang masakan. Masa request kek carrot belum set perjumpaan lagi.. Jadinya tahap host jelah ye.. Apa2 pun suka sangat kalau dorang tu datang.. Kami dah biasa takde protokol, so upacara sangat bebas..
++++++++++++++++++++++++++++++++++
Kek Carrot Walnut ditempah Shima utk farewell party Razana di office dorang.. Versi separuh je.
Yang di bawah ni pula ialah kek belang klasik (resipi orang lama) yang saya buat secara emergency sebab short notice, untuk majlis Hari Raya di tadika Fawwaz (Tadika Kasyiful Ulum).
Semalam (Sabtu) kami balik kampung sekejap.. balik hari je. Agak penat juga walau tak memandu langsung. En Abe je yang pandu.. Kalau dulu selalunya kami bergilir memandu, kali ni nampaknya dia bertahan.. hehe! Dapat le 3 rumah iaitu rumah ayah, rumah kuning (makcik) dan rumah mak.. Tak perlule nak terangkan kenapa balik kejap ke 3 rumah tu ye.. ;))
On the way back (petang hari), hajat hati nak makan cendol yg agak popular di sepanjang jalan tu. Mula2 cendol gula melaka.. lepas. Pastu Cendol Borhan... ramai sangat, susah nak parking. Ada lagi beberapa cendol, tapi takde aura. Target terakhir cendol Bakar kat Ijok tu.. Tapi lepas miss cendol Borhan, ternampak Soto Pasir Penambang kat sebelah tu. Maka kami yg dah terlepas tu buatle 'U' turn. Pekena mihun soto dulu.. Boleh tahan popular sebab ada je orang singgah makan.
Apa2 pun kalau cerita pasal soto ni, saya tetap merindui soto Indonesia yg asli. Tak boleh nak tanding soto bibik, pembantu kakak saya yg berasal dari Cilapan tu dulu.. Terbaik!! Soto Kak Siti tu dulu ada santan sikit, tapi tak muak. Dan orang Indon macam Kak Siti dan Makcik Ika saya, wajib meletakkan daun salam pada kuah soto tu.. bukan sekadar daun sup dan tak macam rasa sup sangat pun. Yumm yumm... Nak kena berguru juga ni!
Jadi, itulah cerita raya saya yg terkini.. dan sampai hari ni, kami masih gagal nak rasa CENDOL BAKAR di Ijok tu. Sebab semalam, memang nampaknya full house. Jadi kami teruskan je perjalanan.. Lagipun perut dah penuh, senak dan sebu dengan soto..hihi!