Agak terlewat ucapan akak ni.. dah masuk 9 Ramadan pun. Alhamdulillah.. masih diberi peluang menikmatinya.
Mood nak blogging dah lama ke laut.. Cuma setakat mengimbau nostalgia zaman akak rajin menulis resipi juadah Ramadan di sini. La ni dah tak mampu la kot.. Sebab akak pun dah tukar perangai tak berapa rajin masak2 lauk dan kuih muih. Mungkin sebab selera makan pun dah tak berapa. Kadang2 membeli lebih mudah dan jimat sebab cuma sorang dua makan je. Perut ni mudah benar kenyang..
Sejak mula Ramadan akak cuma masak yang simple macam acar dan sambal ikan, goreng ayam.. Kami setakat 1 lauk dan 1 sayur atau ulam dah cukup. Buat kuih atau dessert yang tahan berhari2 hihi.. Kalau teringin, singgah kejap di bazar ramadan beli yang agak2 habis dimakan. Setakat ni takda yang buang2. Kami pun bukan bukan pemakan yang ekstreme. Pakat2 jaga badan dan kesihatan. Kat Jitra ni, setakat bazar besar yang akak pernah pergi, harga masih berpatutan. Contoh beli keli bakar haritu, seekor yang sederhana besar masih RM3.
Sahur pula abe pilih yang healthy macam oats bersama buah2an dan cereals drink. Akak pula kalau rajin makan nasi sikit atau makan loti lorr.. Ending dengan kurma. Kemudian satu sudu jus Hidayah. Hari2 permulaan kena batuk dan sedikit semput. Akak cuma minum air madu suam bercampur lemon dan hirisan halia. Alhamdulillah, sekejap je pulih dah. Kekadang je batuk hat kering menyerang tapi takla semput. Sapu je dengan minyak batook. Baru semalam akak berani minum air indocafe panas.
Minyak sapu ni bagus sangat untuk melegakan semput dan batuk.. |
AIR NABEEZ
SAMBAL GORENG
Bisnes sambal goreng berjalan seperti biasa. Sebelum masuk puasa berderet order, semuapun nak cepat.. kalau boleh nak on the spot! Sampai akak stress sebab kadang macam nak gaduh bunyinya hihi... Tapi macam akak selalu kata, family first. Jadi, dek kerana tuntutan yang satu tu extra dari mula cuti sekolah hingga habis cuti, akak tak mampu nak memenuhi permintaan2 pelanggan.
Bila dah siap, ada yang diam2 terus atau senang cerita tak dapat dihubungi, ada yang tak jadi ambil, dan macam2. Itulah adatnya berniaga macam akak. Ada juga yang akak masih tak sempat nak hantar ke tempatnya sebab tukar jadual. Jadinya masa ni akak agak relaks. Alhamdulillah.. sebenarnya itulah doa akak dulu. Sebolehnya tak mau terlalu sibuk sampai penat dan tak dapat nak menikmati keindahan rasa ramadan. Duit banyak manapun tak akan cukup. Tapi Ramadan cuma setahun sekali. InsyaAllah, dulukan yang satu ini, rezeki yang lain akan datang tidak terputus. Tak dapat dari lorong yang ini, lorong yang satu lagi masih ada.. bersyukur sentiasa.. begitulah kiasnya.. :)
Semuanya akak buat sendirian berhad.. capekkk :D
MASAK-MASAK
Seperti dalam gambar je yang akak masak sepanjang minggu ni.. yang tak masuk gambar pengat ubi, lepat ubi, masak lemak tempoyak pucuk ubi.. (kes baru cabut sepohon pokok ubi jawa..hihi). Dalam gambar ni buah melaka keledek, acar ikan mayong, sambal keli, ulam2 dan kari cencaru. Ada juga penambat selera seperti masak kicap telur, ayam goreng dan telur masin. Masakan macam ni cuma bila abe ada je.. Kalau abe takda, akak memang tak masak sebab masa lebih tertumpu kepada pembuatan SAMBAL GORENG. Kadang abe ada pun dia tak beri akak masak. Katanya nak melawat bazar ramadan.. hihi. Puasa dan tak puasa, gaya makan tak beza pun.
Petang ni adik sepupu akak yang serumah di kampung nak balik sini.. Akak dah rendam kacang hijau dan keluarkan ikan keli. Belum pasti keli tu nak masak apa.. pastinya kena siasat selera dia tu. Kesiann.. student katakan.. jauh dari mak pulak tu :D