August 28, 2013

DAPUR

Terasa lama tak update blog ni... Sebab takde aktiviti baru. Fokus pun dah ke lain. Tinggal satu hari je lagi nak habiskan puasa 6. Sungguh terhegeh2.. Takut tak sempat pula. Harap2 esok mampu melangsaikannya. Dan akak akan meraikannya dengan perjalanan panjang ke Kuala Lumpur. KL yang sentiasa dirindui tapi terasa lega dah tak duduk situ. Wedding sepupu yang dulu kecik2 selalu akak yang jaga dia, tukar lampin pun ada kot. Rupanya dah besar panjang, jadi suami orang... Isk isk tua dah mokcik neh!

Akak dah semakin membiasakan diri memandu dari Utara ke Selatan dan balik Utara ni sendirian. Penat tu tidaklah sangat, cuma ngantuk tu kadang tak terkawal. Kadang tu memang macam terlelap jugaklah. Akak betul2 bergantung pada doa perjalanan dan naik kenderaan. Apa nak buatkan... Sesekali rasa macamana kehidupan ibu tunggal.. huhuhu.

Sekarang ni tengah fikir nak cari hobi baru selain buat kek. Sejak mula sibuk dengan jadual rawatan anak, akak rasa nak kurangkan aktiviti oven dan yang berkaitan yang memerlukan konsentrasi. Selalu rasa salah bila dia duk diam je depan komputer atau tab. Mak pulak diam je kat dapur. Bapak dah tentu dengan halnya sendiri. Tapi, sekarang ni kira OK lah, bukan banyak nah pun bakingnya hehe..

Bila cakap pasal DAPUR, setelah sekian lama baru akak tau ciri-ciri dapur masakan ni. Bila baca satu forum ni, kala akak mencari info dapur dan oven yang sesuai untuk rumah baru nanti. Setelah belasan tahun akak pakai dapur 4 tungku ZANUSSI yang sekali dengan oven tu, baru akak tau kenapa api dapur tu ala-ala malu je nak keluar. Walau masak apa pun tetap elok, tapi tahap api tu memang takat sederhana je. Taklah besar macam dapur biasa. Terutama bila mengukus, selalu rasa tak puas. Tapi tak boleh nak buat apa-apa..

Rupanya dapur yang buatan Eropah ni memang gitu kaedahnya. Api tak besar mana, bersesuaian dengan masakan orang-orang Eropah. Berlainan dengan dapur buatan belah-belah sini termasuk Taiwan dan China. Masakan kita ni memerlukan api besar yang kadang2 sampai api menyambar di kuali gitu. Jadi dapur yang dicipta tu kenalah mampu mengeluarkan api besar juga. Amacam? Logika... Memang akak tak tau sebelum ni.

Jadi, misi lepas ni kenalah beli dapur asia.. Cuma belum confirm jenama apa. Orang kitchen kabinet pun dah kasi hint suruh beli dan hantar. Seronokkan dapat dapur baru.. cuma semangat tu nanti harap2 setara juga.. hehehe!

Dapur yg 'mujur' masih belum terjual.... :D


August 24, 2013

Cerita Raya

Akak ni masih belum mampu nak organise open house macam orang2 lain tu.. terutama dari segi kederat. Setakat ajak kawan2 datang dgn group kecil tu mampu la juga. Seronok kalau dapat berkumpul tu dan jamu airtangan sendiri. Selalunya kalau kat kampung Sg Air Tawar tu je pulun habis tenaga. Bukan tahap masak je, tapi lain-lain juga. Sebab selalunya, orang bertali arus ke rumah kami. Sejak dari zaman arwah nenek ada, sampai la ni makcik bongsu yang duduk, masih menjadi tumpuan. Macam jadi one stop center gitu eheh! Alhamdulillah... meriah sokmo. Tetamu datang membawa berkat.


Hidangan di hari raya pertama hari tu... macam2 ada. Toksah pikir kolestrol masa raya2 nih..


Bila dah balik rumah sendiri, suasa bertukar jadi sunyi sepi tanpa mood raya. Rindu sungguh suasa kat Bukit Jalil dulu kalau kawan2 ada yang sudi nak datang. Samada ex-officemates atau kawan2 sekolah. Seboleh-bolehnya masak lebih untuk ditapau sekali hehe. Kami dulu dah macam adik beradik walau berpisah seketika. La ni, berpisah balik.. sedihh.. rindu sangat. Dah akak sesorang kat sini, harap bernostalgia je lah jawabnya.

Cuma semalam agak meriah rumah ni. Bila abe ajak adik beradik datang. Abe bagi menu sekali - lontong. Agaknya memang dia suka la kot.. Mana yang dia suka, akan ada permintaan. hehe.. Tak ramai pun adik beradik. Makan2 berakhir hampir 12 malam.. Puas hati juga dapat jamu dorang. Pagi ni baru buat operasi cuci pinggan mangkuk dan perkakasan.. sambil membayangkan apa cer kalau buat open house. Mau kuruih tangan nih... :P

Airtanganku semalam... 

Lodeh & rendang hitam ayam..

Ketupat & kuah kacang

 Sambal tumis (utk makan dengan lontong) & pelbagai kek
 
  
Durian crepe... 


August 17, 2013

Tempahan - Blueberry Cheesecake

Tempahan jiran sebelah merangkap top 5 customer akak di sini.. hehehe!  TQVM Su!

Chilled Blueberry Cheesecake
  

Seronok buat kek ni... Tak comot dapur. Hati pun rasa tenang kala menyiapkannya...

August 16, 2013

Tempahan Musim Raya...

Berbanding tahun lepas, oven akak kurang rancak sedikit menjelang hari raya.. Tapi baguslah. Sebab akak perlu rehat yang cukup sebelum memandu pulang ke Sabak Bernam yang sejauh lebih 380km tu. Sebagai pemandu solo, memang akan mengantuk punya. Tapi kat laluan tu payah sikit nak cari pit stop yang selesa macam RnR.

Dapat juga siapkan tempahan jiran dan juga pemberian untuk keluarga.

*******************
RV untuk su.. TQ sue!!

RV brownies utk bawa balik kampung

Kek belang buat mak 1 & mak 2

  Kek coklat untuk ipar duai.. n kuih raya utk balik kampung

2 biji RV untuk event kakak sepupu (pertunangan anaknya & makan2 sendiri)


Kek saya yang paling terang utk tahun ini... huhuhu! 
Tempahan Haslinda dari Perlis untuk majlis pertunangan adiknya..

SELINGAN
biskut wajib makcik saya dari Sri Kembangan : cashewnuts & tart nenas yg paling best bagi saya. Tahun ni buat permintaan khas secara rahsia, tu yang dapat banyak sikit... hehehe! TQVM makcikku dan sepupu2 yg membantu merealisasikan impian.. :P



August 1, 2013

Popia Nestum & Horlicks

Semua yg akak buat tahun ni untuk Hari Raya (kecuali kek) adalah bertemakan 'yang pertama kali'... Bukan banyak pung.. cuma biskut sarang semut, popia nestum & kuih bangkit susu je.. Akak memang tak rajin dan tak berapa mahir buat cookies. Masa bujang2 dulu adalah buat. Tapi minat tu semakin hilang ditelan usia.. hehehe!


OK lah... Akak nak share popia nestum & horlicks yang sedap dimulut ni. Asalnya macam nak buat suci dalam debu yang 4 segi tu.. Tapi tetiba teringat yang shape sebegini. Sebenarnya, ini cita2 tahun lepas yang tak kesampaian. Sampaikan masa tu, kulit popia expired dan horlicks jadi keras. Bendanya tak jadi. Baru hari ni dia jadi  :P

POPIA NESTUM & HORLICKS
(Step by step)

Bahan2:

1 bungkus popia (saiz lebar)
1/2 cawan nestum - kisar halus
1/2 cawan gula aising
1 cawan susu tepung
1 peket horlicks 3 in 1
1 sudu tepung gandum dicampur dengan sedikit air (sebagai pelekat)
1 kg minyak untuk menggoreng


Pelekat..

Cara2 :

Gulung popia seperti dalam gambar. Tak payah guna lidi pun takpe sebab mudah je. Lekat dihujungnya dengan pelekat tepung atau air sebelum digulung habis.
Jangan gulung ketat2 dan jangan ditindan2... Susun macam dalam gambar ni ye!

Gunting popia yang telah digulung ikut bentuk yang kita suka.. menyerong ke, menegak ke..
Saya biarkan beberapa jam, baru goreng. Sebab ada terbaca, kalau simpan 24 jam lagi rangup. Cuma tak sangguple nak simpan lama2...

Goreng dengan minyak yang banyak sehingga kekuningan

Toskan..

Campur sebati bahan2 nestum, gula, susu dan horlicks.
Bila popia dah agak2 suam, taburkan bahan serbuk ke atasnya.
Gaul sebati.. saya gaul dengan tangan je. Jangan lupa sarung tangan tu ye... hehehe!

Inilah rupa paras kejadiannya... mmmm best! Sesuai untuk orang yang gigi tak cukup macam akak... :P