Menu beberapa hari lepas.. Mencuba resipi yang disarankan oleh adik bongsu.
Ini juga merupakan pertama kali akak makan mee kicap yang khabarnya popular di Ipoh. Iyalah.. bila akak google, memang kebanyakan mee kicap serupa ini boleh didapati di Ipoh. Walau akak ni selalu juga ke sana, tak pernah pula mencuba. Biasa ke Ipoh sebab en abe dulu bersekolah di STAR. Tau2 jelah semangat STAROBA nih.. lain macam tau! hahaha..
Mengikut pencarian akak di google, mee kicap ada 2 penampilan. Ada yang jenis kering dimana kicap digaul terus dengan mee (macam mee kering) dan jenis basah macam yang akak buat ni. Yang basah ni lebih kepada yang dipanggil
Mee Kicap Ipoh.
OKlah.. Resipi ni diambil dari Blog Masam Manis yg sohor itu. Rasanya sedap juga.. Kenalah dengan tekak ni. So, bertambahlah menu mudah akak kot2 ada tetamu nak datang dengan tetiba. Maklumlah, sekarang ni akak part2 masak lauk pun macam fail jer..huhuhu.
|
Ni mee kicap + sup keret hahaha |
MEE KICAP
Untuk hidangan 2 orang
Rujukan :
Blog Masam Manis (Azlita)
Mee Kuning
Taugeh
(I)
Kuah:
Bahan2:
2 ulas bawang putih - racik halus
1 sudu besar minyak masak
1 inci halia - ditumbuk
3 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil kicap pekat (
sy guna kicap mudim, letak lebih sikit..)
3 sudu besar sos tiram
1 sk serbuk pati ikan bilis (sy guna
1/3 kiub)
Sedikit lada sulah
Garam dan gula secukup rasa (
rasa dulu baru letak garam...)
* Minyak bijan
Cara2:
1) Panaskan minyak dan goreng bawang putih sehingga garing (keperangan). Angkat bawang dan ketepikan.
2) Menggunakan minyak gorengan bawang putih, tumis halia hingga naik bau
3) Masukkan kicap manis, sos tiram, air dan kicap pekat. Biarkan mendidih
4) Masukkan lada sulah dan pati ikan bilis.
5) Perasakan dengan garam gula
6) Renih hingga pekat.
Mee ini biasa dihidang bersama sup bebola atau kek ikan..
(II)
Sup Bebola & Kek Ikan
Bahan2:
1 ulas bawang merah - tumbuk
1 ulas bawang putih - tumbuk
3 cawan air
1 sk pati ikan bilis
Fish cake dan fish ball
Sedikit lada sulah
Garam secukup rasa
Cara2:
Tumis bawang sampai naik bau.
Kemudian masukkan air dan biarkan mendidih
Masukkan fishball dan fish cake.
Perasakan dengan garam dan lada sulah. Biar hingga mendidih.
Penyediaan:
Celur mee dan tauge (akak suka tauge mentah je). Toskan.
Letak mee dan tauge dalam pinggan.
Tuangkan kuah kicap.
Tabur dengan bawang putih yang diasingkan tadi, dan daun bawang.
Boleh juga ditambah hirisan cili padi atau sambal ikut selera kita.
Mee ni dimakan bersama dengan sup fish ball.
* Saya tambah beberapa titis minyak bijan untuk menambahkan keenakannya semasa menggaul mee dengan kuah kicap. Boleh juga titiskan minyak bijan tersebut semasa memasak kuah kicap.
Terima kasih kepada che 'Iza (pemilik asal resipi) dan Ita.. Sedap!!