October 29, 2013

Deko Kek Untuk 'Beginners'

Subjek kali ini hanyalah bersesuaian untuk pelajar yang baru nak cuba menghias kek. Yang berada dalam situasi akak suatu masa dahulu masa mula2 teringin nak hias kek atau makan kek sedap. Tidak sesuai untuk yang dah masuk kelas deco kek secara life.. :)

Walau akak ni macam selalu je mendeko2 kek ni (padahal idakle selalu bebenor...), boleh katakan peralatan baking akak hanya setakat yang asas je. Takde lebih2.. Tapi, apakah yg bukan asas tu? kikiki....

Akak post entri ni atas permintaan sesorang. Tapi kak tak tau siapakah dia.. Kalau sidia baca, boleh la coba cara akak yang tak pernah jumpa cikgu ni. Dulu2 adalah sesekali tengok dan belajar kat youtube. Tapi akak ni bukanlah student yang cemerlang... Banyak je cacat cela deko akak tu. Sama masa belajar kat U dulu pun, akak taklah cemerlang. Time periksa asyik blank je.. Tapi kemahuan tinggi sampailah berjaya dapat Masters. Bukan nak eksen. Apa yg akak nak sampaikan ialah asalkan ada keinginan, semua boleh jadi. Cuma sekarang cita2 akak tak setinggu dulu...

OK... sebelum tu, jom tengok apa peralatan yang akak biasa guna dalam aktiviti mingguan akak tu..

PERALATAN:

Turn table, cake board, cake comb (opt), pisau lepa, spatula, nozzle, piping bag, kek dan apa-apa jenis cream.
Kalau nak betul2 basic, cukup setakat ada pisau lepa (beli hat lurus je mcm gambar akan ni)... ;)

Turn table color pink ini untuk menyenangkan kita nak pusing2 kek... Masa mula2 akak takde benda ni. Cuma letak atas besen yang diterbalikkan... hehehe. Comb tu takde pun takpa... Saja akak letak sebab murah.. Nozzle dan piping bag pun tak perlu kalau tak mau tambah bunga, border atau seumpama.

Walau ada mixer besar, akak lebih selesa guna hand mixer.. Saja nak khabar, mixer ni akak beli masa kat Bahrain dulu dengan harga BD3.2 atau tak sampai RM30. Tapi.... entah berapa banyak kek dan cream telah dihasilkan dengannya sejak 2010... Sungguh berbaloi!


ATURCARA DECO :

1) Mula2, letak kek di atas board. Saiz board ikutlah kesesuaian... kalau kek bersaiz 8 inci, pakailah board saiz 10 atau 10 1/2 inci... atau paling2 lebih 1 inci.

2) Buang lapisan atas kek atau kerak tu dengan pisau.. Akak suka guna pisau yang bergerigi halus dan nipis macam dalam gambar ni.. Kemaskan tepi kek sekali.. Kalau ada yg keras macam kerak kat tepi kek tu boleh buang. Tapi kalau rasa susah, tak payah buang apa-apa. Terimalah kek tu seadanya ye.. (sebenarnya mula2 dulu pun akak camtu...) :D


3) Proses CRUMB COATING... Sapukan krim nipis di sekeliling dan permukaan kek. Takpe kalau serbuk2 tu pun nak ikut sama. Tapi kalau buat lembut2, selalu dia tak ikut... Dah habis sapu, simpan kejap dalam peti sejuk (dalam 30 minit). Tujuannya supaya serbuk2 roti tu melekat dan tidak mencomotkan bila lapisan krim kedua dia sapukan.


4) Bila coating dah sedikit kaku, boleh mulakan sapuan krim yang lebih tebal. Sapukan krim perlahan-perlahan ke atas kek. Cikgu2 kata, mula dari permukaan kek (atas).. Tapi akak lebih selesa bermula dari tepi, baru buat yang atas. Selain tu, akak suka guna pisau lepa yang kecik je.. Akak memang murid yang suka melawan dan ikut kepala sendiri..hihi. Untuk lebih kemas dan cantik, celupkan pisau lepa tu dalam air panas, lap dengan tisu dan ratakan krim pada kek dalam keadaan pisau tu masih panas. Ini buat masa last.. untuk licinkan rupa kek.

Dah buat salutan kedua ni, bolehlah deco mengikut kreativiti menggunakan nozzle. 
Nak lebih jelas, search je kat youtube. Macam2 ada...

Ni kalau guna comb.. boleh mengurangkan kecacatan rupa

Macam tu jelah kot... akak dah ngantuk  Zzzzzz

RV Buat Cikgu..

Customer akak kali ni cikgu lagi... Mas a.k.a jiran akak buat repeat order untuk kawan2. Memang nak jadi rezeki.. Minggu ni akak tolak beberapa order sebab konon nak bagi laluan kepada karipap frozen dan 1-2 order lagi. Tapi sebab akak agak efficient sehari dua ni, karipap tu dah kira siap. Tinggal nak goreng je menjelang majlis rumah ipar nanti. Nak buat yang terus goreng, takut tak sempat sebab ada lagi kek nak kena buat. Bila dah frozen ni, tinggal nak tuang dalam minyak panas je... hehe!

Dan sebenarnya bukan nak tunggu dapur dan oven je.. Ada tugasan lain di luar yang nak diselesaikan. Tapi macam takkan selesai je... adoilahhh!! Kadang akak ni bersimpang siur mindanya. Sampaikan tadi ingat nak buat Japanese Cheesecake. Nak bagi kat seseorang.. Namun kejadian haritu berlaku balik. Akak lupa letak tepung yang diam je dalam piring plastik tu. Demi nak masuk oven je, rasa nak menjerit... meroyan sebab ternampak tepung tu. Menci akak tau!!!

Mujur hati tenang masa deko kek RV tadi. Cheese cake tu pun masih sedap rasanya... Tepungless Japanese Cheesecake kaedahnya!


TQVM Maz!



October 26, 2013

Rendang Ayam Fawwaz


Pasal apa akak bagi nama Fawwaz kat hujung tu? Alaa... kalau orang sezaman akak adalah kot yang pernah baca komik "Kurma Daging Anita"... Kalau tak tau tu, takpelah.. hehehe! Disebabkan masa akak masak rendang ni, Fawwaz asyik menjenguk je dan tak sabar-sabar nak makan, maka akak bagi sikit kredit kat dia. Kata anak syurga akak tu, mmmmm.... yummy.. delicious!

Malas nak cerita banyak2, sebab ada kerja menunggu.. mehla terus akak tulis resipi. Tapi macam biasa, resipi anggaran je.. Semuanya terpulang kepada citarasa dan airtangan masing2.


RENDANG AYAM

Bahan2:

3/4 ekor ayam (sebab ni je yang tinggal kat freezer :))
2 labu bawang besar
1/2 labu bawang putih
3-4 biji bawang kecil
3 sudu makan cili giling - terpulang nak pedas mana
1 inci halia
1 1/2 ini lengkuas
2 batang serai - titik/ketuk
2 sudu serbuk kari ikan
1 keping asam gelugur
1 senduk gula pasir}
Sedikit gula merah/melaka
3 sk garam } ikut citarasa
Kerisik
1/2 kotak santan saiz kecil
Air secukupnya
Minyak
Daun limau purut

Cara2:

1) Goreng ayam sebentar sehingga sedikit kekuningan (suku masak je)
2) Kisar bawang besar, bawang kecil, bawang putih, halia dan lengkuas.
3) Panaskan minyak dan tumis bahan kisar di atas beserta cili giling dan serai yang dititik sehingga pecah minyak atau separa garing. Tambahkan rempah kari dan kacau sekejap.
4) Masukkan ayam dan gaul rata, diikuti santan dan air sama paras dengan ayam. Biarkan sekejap hingga mendidih.
5) Masukkan kerisik, garam, gula, asam keping dan daun limau. Gaul rata dan masak sehingga kuah pekat. Seimbangkan rasa garam, gula dan asam.

*****

Sekian... Kalau nak nampak kelainan pada resipi, adalah pada rempah kari tu. Ini resipi ikut apa yang makcik akak buat. Dia pulak ikut seorang makcik pakar rendang di kampung kami...

Alhamdulillah, Fawwaz yang sebelum ni sangat picky, amat menyukai rendang ni. Bertambah-tambah nasinya. Selain rendang, Fawwaz sangat suka dengan dendeng daging yang akak buat sebelum ni. Kesemua lauk pauk kegemaran Fawwaz ni sudah mak perosokkan ke dalam chest freezer ajaib mak. Rendang tu kurang pedas sebab dibuat khas untuk Fawwaz... Semuanya demi Fawwaz buah hati pengarang jantung intan berlian umi... hihihi lebeh pulak!!


October 25, 2013

Donut Gebu

Pagi ni mak merajinkan diri buat donut untuk anak bujangnya... Iyalah, kategori rajinle kita ni kalau buat semata-mata untuk anak sorang je. Makan seketul dua dia dah kenyang... Lebih ekonomi beli kat luar. Tapi kat gerai luar tu macam tak menariks jerrr... Tak boleh lawan donut kat kampung akak.. Donut Kak Bainah atau sorang lagi yang akak tak pasti sapa.. Memang gebu tersangat. Akak kalau nampak, mesti beli punya.. Dahlah besar gebu, harga pun cuma 30 atau 25 sen. Akak selalu memikir, apa lah untung dorang ni.. Jual kuih murah2, besar lak tu. Moga2 murah juga rezeki dorang tu..


Akak tengah rajin men'stock up' makanan termasuk lauk-pauk dan kuih. Sebab semakin tak rajin nak masak2. Menggelupas jari jemari ku sebab asyik cuci pinggan mangkuk periuk belanga (exaggerate gitu... hehe). Bila datang rajin tu, buatlah macam2. Jadi, dalam chest freezer akak tu sekarang ada dendeng daging, rendang ayam, kuah kacang, bubur, karipap, donut.. kek pun ada hehe! Agak teringin atau nak makan je, keluar dan panaskan. Nanti abe balik haji, baru ku gelabah asah skill masak balik... :P



DONUT

Bahan2:

2 sk yis kering *
1/4 cawan air suam *
2 1/2 cawan tepung
1/2 cawan gula
1/2 sk garam
1/4 cawan shortening/butter - saya campur shortening + butter
1 biji telur
1 cawan susu segar

Cara2:

1) Rendam sekejap bahan2 bertanda * iaitu yis dan air suam
2) Masukkan kesemua bahan dan 1 cawan tepung dahulu ke dalam bekas dan gaul rata menggunakan whisk sehingga halus dan sebati.
3) Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli. Kalau lembik, tambah sedikit lagi tepung. Kalau nampak terlebih tepung, basahkan tangan dan teruskan menguli sampai halus dan tak melekat dalam mangkuk.
4) Tutup bekas dengan plastik cling dan perap selama 30 minit atau hingga naik sekali ganda
5) Cetak donut ikut citarasa. Biarkan selama 30 minit lagi sebelum menggoreng
6) Goreng dengan api sederhana kecil dan minyak yang banyak serta rajin2 lah membalik-balikkan supaya sekata warnanya  :D

Adunan akak agak lembik tadi.. so, bentuk pun tak berapa menentu hehe..

Untuk frozen, goreng sekejap.. lepas tu simpan dalam bekas atau plastik kedap udara


October 24, 2013

Red Velvet Monster...

Hehehe... saja akak letak nama monster tu. Sebabnya ada kawan akak cakap kek akak macam body monster. Mentang-mentang semalam duk cerita nama-nama monster sebutan Fawwaz.. kihkihih! Mana tidaknya, ada duri-duri besar kat kek tu. Tapi asalnya bukan nak letak duri tu, cuma nak cover sikit kecomotan dek red crumbs yang terketaq tangan masa menaburnya.

Lega... tuan punya dah ambik tadi. TERIMA KASIH KAK SHA ye...! Peramah Kak Sha ni. Tetiba akak rasa customers akak kat sini kebanyakannya cikgu dan bakal cikgu. Hampir 90%. Terus rasa dapat aura cikgu... ;)




October 21, 2013

Dendeng Daging Korban

Akak asyik terkenang dendeng daging yang kawan baik saya Ani masak dan buat bisnes sekarang. Nak order punyalah jauh. Dia di Gombak, akak di Jitra. Kalau pos laju boleh ke? Nak buat sendiri, agak malas dan memang tak pernah buat masakan ni.

Balik lepas akak angkut sebungkus daging korban dari kampung. Terus fikir nak buat dendeng ni. Bukan susah pun, resipi banyak dan pelbagai versi di internet. Yang pasti, daging kena rebus dan goreng. Nak ketuk atau tidak, terpulang. Lepas tu, tak guna bawang putih. Yang lain-lain, lebih kurang dengan bahan RENDANG HITAM saya. Cuma rendang hitam tu, lebih renyah kot sebab nak bergoreng semua bahan dan perap lama sikit. Nak cuba, ada kat SINI.

Fawwaz asyik terjenguk-jenguk masa mak dia masak ni. Yummy la... delicious la.. tak sabar-sabar nak makan. Siap duduk sama-sama kat kerusi tinggi mak dia mengadap kuali..  Dah dapat makan, bertambah-tambah nasi. Makan dah lewat petang, malam dia mintak lagi. Punya sedap kot airtangan mak dia nih. Sejak raya ni, dia dah boleh telan daging. Sebelum ni memang dia tak mau. First time hari tu, makan sup daging mbah mama kat kampung dan sambal telur. Makcik akak yang masak apa pun boleh jadi sedap, esp lauk-pauk. Jadinye, sekarang stewardess umi akan tanya bila waktu makan... "Fawwaz nak fish ke, chicken or meat..?". hehehe...


Sebenarnya dendeng akak ni pulak ialah versi tak penyabor. Merebus pun tak lama, macamlah guna pressure cooker. Goreng pun ala2 je.. Masa nak ketuk, rasa macam dah empuk, so tak berapa mengetuk. Tapi bila dah siap masak, agak kaku daging tu. Kesian juga masa nak suap Fawwaz tu. Cuma akak rasa sedap laa... hehehe! perasan la. Habis sapa lagi nak puji? Mujor Fawwaz pun kata delicious.. :P

Resipi akak ni cuma anggaran je.. Sebab akak pun main campak2, sudu2 je.. sambil menjeling itu daging yang dah berhiris.. Tak pasti pulak beratnya sebelum rebus tu. Ni tulis untuk panduan di masa hadapan  :)


DAGING DENDENG

Bahan2:

500g daging
10 biji bawang merah
1 inci halia
3 sudu cili giling
1 1/2 sudu makan jintan manis (tak penuh)
1 sudu makan jintan putih (tak penuh)
Kicap secukupnya
Garam
Gula - akak guna gula melaka + gula pasir
1 keping asam gelugor (boleh jg guna asam jawa atau tomato)
5 biji bawang merah - untuk dibuat bawang goreng

Cara2:

1) Rebus daging dengan potongan besar sehingga empuk - akak rebus dengan 1 inci halia dan sebatang serai yang diketuk. Toskan daging dan potong nipis dan diketuk sedikit.
2) Kisar jintan manis, jintan putih dan bawang merah. Masukkan sekali cili giling.
3) Perap sebentar hirisan daging dengan bahan kisar - akak cuma ambil masa 1/2 jam
4) Goreng bawang sehingga kekuningan dan ketepikan.
5) Menggunakan minyak bekas gorengan bawang, goreng pula daging yang telah diperap sehingga berwarna perang atau ikut suka nak garing atau tidak.
6) Jika minyak banyak, kurangkan sedikit. Masukkan lebihan bahan kisar kedalam minyak tersebut dan tumis hingga pecah minyak.
7) Masukkan kicap dan sedikit air rebusan daging, garam, gula dan asam.
8) Masukkan daging dan kacau sehingga mesra. Masak sehingga agak kering atau ikut citarasa anda!


October 14, 2013

Cerita Kek Raya & tempahan

Alhamdulillah... atas rezeki kurniaan Allah...

Sebelum nak tidur, nak update sikit. Nak kena tidur awal sikit sebab esok nak drive jauh.. Balik kampung di Sabak Bernam. Selalulah diri ini balik kampung dipagi raya. Dulu duk KL pun macam tu.. Raya puasa lagi. Sebab selalu landing dari obesee sehari sebelum raya.

Hari ni deliver kek rainbow ke Taman Mahsuri. Adik kita ni nak bawa balik kampung ke Kelantan kot. Agak berliku juga nak siapkan rainbow buttercake yang bersalut ganache. Kek agak meragam dan tak naik tinggi. Mujur proses frostingnya mudah.. Sejujurnya akak lebih suka buat versi sponge. Walau lebih ringan masa sebelum deko, rasanya lebih sedap. Lagi pulak, kena gaya lagi gebu..


Lepas letak filling ni, salut dengan buttercream yang nipis supaya permukaan dan tepi kek rata.. Boleh juga letak creamcheese. Lagi sedap. Sejukkan sekejap, baru tuang ganache.
Kalau akak, akan lakukan 2 kali tuangan ganache supaya tebal tapi licin. Memang ambil masa utk siapkan..


Lagi satu kek yang akak siapkan malam semalam pun rainbow juga. Tapi versi span, bersalut dan filling cream cheese. Sangat cantik kejadiannya. Malangnya, sampai time akak menulis ni, tak kunjung tiba orang yang order walau dia kata nak ambil malam ni. Kalau nak datang esok, selepas akak bertolak dari rumah, memang minta maaflah. Kalau katanya kempunan, memang akan kempunan lah.

Sebab esok lepas je solat sunat, akak akan terus gerak. Bukan dekat, hampir 400km perjalanan. Inilah cobaan namanya. Terkilan banyak perkara disebabkan ini. Pertama, terpaksa tolak tempahan jiran depan tu. Kedua, tak dapat balik kampung harini. Kalau tidak, mesti malam ni akak update dari rumah kuning makcik ku itu... so sad!



Oh ya... jiran setaman sorang lagi, buat repeat order untuk Japanese Cheesecake. Semalam dah ambil. Katanya anak-anak suka. Walau cheesecake pun ada ragam, Alhamdulillah akak dapat bagi diskaun banyak... hehe! Sebenarnya rasa sama, cuma entah ngapa dia tak naik membukit sampai jadi mcm gunung. Timbangan sama je. Keliru lah mokcik!!!


Apa2 pun, SELAMAT HARI RAYA EIDIL ADHA. Marilah kita hayati apa itu korban dengan sebaiknya. Tadi en abe pun hantar message tengah wukuf di Arafah. Semoga dipermudahkan dan perolehi haji mabrur. I love you... hehehe! Alih2 je... :))

Melty rainbow cheesecake... 
nak abiskan stok kek bantat + cheese + cheddar cheese yg pelik rasanya (tu sebab tabur ala kadar).. :D 


October 11, 2013

Pecal Kak Salmah

Makanan akak tengahari tadi... 

Dah lama beli sambal pecal ni. Dari raya hari tu. Tapi manakan nak habis, sebab tak dihidangkan pun. Macam terlupa pulak. Duk terperosok kat dalam freezer. Mujur tak jadi ais. Akak beli dari Kak Salmah, jiran di kampung yang juga kawan baik makcik. Selalu beli pecal dia yang berbungkus daun pisang dengan harga RM1 tu... pergh memang nikmat. Nikmat jadi orang Jawa.. hihi!

Tengahari tadi teringin la pulak disamping tak rajin nak masak. Tengok nasi pun macam tak timbul selera sangat. Kenyang sampai malam tatkala akak menulis ni.. hehehe!

Mula2 tuang sambal kering tu dalam mangkuk.. Nampak tak gula dia.. macam kristal :D

Tuang air panas... biarkan seketika hingga kacang/sambal tu kembang dan jadi pekat..

Baru tuang atas sayur mayur dan lain2... 
Style kami makan pecal kena ada bihun.. Ada juga orang yang suka letak nasi impit.. 


October 10, 2013

Jiwa Kacau..?

Entah kenapalah hari ni...

Konon2 bersemangat nak buat Japanese Cheesecake di waktu pagi. Lepas hantar Fawwaz ke sekolah terus mengadap mixer.. Semua bahan dah sukat. Sambil menghirup nescafe panas, akak pun mengadun.. Tapi masa mengadun tu rasa macam tak kena. Tak berapa cantik. Mungkinkah putih telur tu ter'over beat'? Ku teruskan juga proses tu.. timbang dan masuk dalam loyang. Berlebih banyak dari biasa pulak... Pukul 9.15 pagi dah masuk oven..

Lepas tu akak pun jalan ke depan... Tiba-tiba....

Ternampak tepung atas barang-barang depan oven tu.. Makkkkk!!!! Istighfar dan mengucap panjang akak. Huwa huwaaa... Tepung tak masuk rupanya. Padanlah macam cair sikit.. mmm keciwa.

Update fb sikit terus gi pekan. Tengok langsir kat Nagoya. Tak menepati kemahuan. Pegi kedai langsir lain. Bau colok bukan main kuat. Keluar, pergi ke kedai elektrik cari hair clipper. Pun takde yang cordless. Lepastu masuk Jitra Mall. Tak jumpa apa2 menarik. Masuk kedai Bata, nak cari kasut raya. Pun sama, takde yang menarik. Cari kedai jual makanan kesihatan yang pernah pergi haritu. Tak jumpa.. hahaha! Hampa betul.. semua takda!

Balik rumah.. keluar lagi ambil Fawwaz..

Balik, terus re-do Japanese Cheesecake. Kalini betul2 check. Pun masa mengadun yang terakhir tu, macam tak kena.. Bakar je lah.

Keluar je kek macam elok. Buat proses macam biasa, masukkan kejap dalam oven yang masih panas tapi api dah off. 25 minit je. Bila keluarkan tu, masyaAllah... sedih lagi. Tak cantik sangat walau masa mula keluarkan tadi nampak elok. Serba salah nak hantar kepada customer yang duduk di taman yg sama. Nak buat lagi dah tak larat.. dah petang.

Memang hari ni tak sepatutnya buat kek kot.. Atau sebab akak dah terbiasa buat kek tu dengan hand mixer. Hari ni pakai mixer besar sebab nak meringue tu cantik, betul2 soft peak. Rupanya sekejapan dia jadi ala2 stiff peak.. kaku sikit. Sedihnya nak jual benda tak cantik. Sedap2 tetap sedap sebab Fawwaz dah makan punya banyak (dari balance adunan).

Agaknya kurang tidur kot... Nak harap tidur siang/tengahari, memang tak boleh walau pekerjaanku hanya surirumah. Asal nak lelap mata ni, mesti ada gangguan... memang mesti!


October 5, 2013

MUFFIN

Resipi muffin ni akak dapat dari Azie Kitchen, tapi akak buat sukatan double. Dah lama akak teringinkan muffin panas tapi tak terbuat. Tengahari tadi, dalam suasana cuaca yang muram, ditambah dengan syahdu hati yang tak pasal-pasal ni, tiba-tiba akak rasa nak buat muffin. Bahan-bahan utama ada cuma nak letak accessories tu tak banyak benda yang ada. Mujur ada jugak blueberry pie filling yang entah zaman bila punya. Kejap lagi baru nak tengok expiry date nya.. hahaha!!!



Resipi asal ialah Chocolate Chips Muffin. Tapi dah lama akak takde stok choc chips. Bukan nak buat apa pun... nanti alih2 expired. Kan rugi tu... Jadi, akak tukar dengan menenyehkan sedikit pie filling, ada yg tabur2 dengan chocolate dan couloured rice, dan ada yang boh orange emulco. Dah jadi pelbagai... mmmm! Terus isi mangkuk jiran sebelah yang haritu bagi akak lala masak lemak. Ingat nak balas dengan masak lemak jugak, tapi akak kan malas masak lauk.. :D

Resipi mudah dan ringkas. Hasil pun lembut. Akak dah makan 2 biji, Fawwaz lak 3 biji... Kira OK la tu.

Pelbagai rupa, pelbagai gaya & rasa...
lain kali kena banyak lagi isi cup supaya cantik menggunung dan merekah :)

MUFFIN
(boleh dipelbagaikan mengikut citarasa)
Resipi asal : Azie's Kitchen

Bahan2 (22 biji) :

250g tepung gandum
14g baking powder
150g gula kaster
150g susu segar (atau full milk)
150g minyak masak
2 biji telur B
1 sk esen vanilla
Optional : chocolate chips, oren emulco, badam, pandan, dll

Cara2:

Ayak tepung dengan baking powder.
Kacau sebati gula, susu, minyak, telur dan vanilla. Saya menggunakan hand whisk saja.
Masukkan tepung sedikir demi sedikit sambil mengacau hingga struktur menjadi halus.
Masukkan ke dalam paper cup sebanyak 3/4 penuh. Untuk papercup saiz sederhana yang saya guna tu saya timbang sebanyak 30-35g, manakala cup yg bersaiz 2.5oz tu saya timbang sebanyak 38g.
Bakar dengan suhu 160C selama 20 minit. Kalau suka warna muffin yang agak perang, tambahkan masa 5-10 minit.

************************
Akak tengah syahdu mengenangkan esok en abe dah nak terbang ke KL sebelum meneruskan perjalanan ke Mekah. Tinggallah akak dengan si Fawwaz tu untuk selama 40 hari. Rasa macam ni memang biasa akak alami kalau insan terapat nak pergi menunaikan haji. Bukan pasal tak redha... tapi ianya semulajadi.. Kalau kena tinggal atas urusan cuti atau kerja tu tak rasa apa pun.. :)

Semoga Allah lindungi kami berdua di sini dan mempermudahkan perjalanan hidup kami.. amin.


October 4, 2013

Riadah Pagi Jumaat

Aktiviti pagi ni... breakfast kat depan pintu rumah yg belum siap bersama insan2 tersayang.. bukan airtanganku, tapi airtangan akak2 kat Kg Kelubi sebelah tu.. ahahahaa. Sejak duduk di TTS, akak memang malas buat breakfast. Sebab banyak yg readymade, sedap pulak tu. Penuh keikhlasan depa buat kuih naa...

  
Sapa2 mai akan datang, kena lawan main dam ngan akak.. :P

Lepas makan, abi buat gardening, umi lap2 dinding toilet n Fawwaz pulak kena cuci kereta abi.. hihihi!

October 3, 2013

Tempahan Kek Rainbow

Hari ni buat delivery 2 biji kek rainbow. Kebanyakan pelanggan saya menyukai rasa kek sponge rainbow akak sebab lembut dan rasa yang sedang-sedang manisnya. Kena pula dengan cream cheese yang tidak terlalu memuakkan.

Repeat order dari Datin Dyuhiza. Tapi kali ni untuk 2 orang kawannnya yang sama2 berkursus di IAB tu. Tiba2 kawan akak ni dah tolong akak buat marketing. Tadi masa hantar pun, dia dah promote kat sorang lagi guru yang lalu di situ. Potential customer hehe...

Masa mulakan deko ni hari dah jauh malam. Siapnya pun dekat 2 pagi.. Jadi otak pun dah jam nak cari idea deko. Sebab jarang stay up jauh malam, akak kurang tahan sikit. Sejak anak dah tak nangis malam, tidur akak dah biasa sentiasa cukup hehehe!




Terima kasih Dyu!! Semoga kek menjadi penghubung kita selalu...:D  Sebab datin kita ni duduk di Kelantan. Akak pulak kat Kedah. Sungguh jauh beratus batu...