Bangun tidur lapar pulak. Sebenarnya dah keluarkan ayam 2 ketul dan sotong sebelum tu dari fridge. Abe takdok ni segann rasa nak masak..huhu. Tapi sebab lapar, laju je dapat idea nak buat apa. Yang paling segera ialah sotong goreng tepung. Takda akak nak perap2.. terus proceed. Ayam pun goreng celup tepung jugak.. potong kecil, celup teloq, celup tepung serbaguna.. tadaaa.
Makan sikit dah kenyang. Cicah dengan sos pencicah made in Klate.. Ini botol pencicah terakhir yang beli kat Besut aritu. Tapi takpa, kat Tesco akak tengok banyak je pencicah mari Klate nih. Memang kena dengan selera akak.
Simple je resipi tepung rangup akak.. Khas untuk wanita solo... Kalau yang tak solo tu, gandakanlah kuantitinya..
Bahan2:
1 pinggan sotong (anggaran 300g) - bersihkan dan hiris kecil
Bahan A (perap)
Lada hitam
Lada sulah (saya guna ajishio)
Garam
Kunyit
Telur
Bahan B (tepung)
3 sudu tepung beras
1 1/2 sudu tepung jagung
1 sudu tepung gandum
Cara2:
Perap sotong bersama bahan perapan selama 15 - 30 minit.
Golek-golekan sotong pada tepung sehingga bersalut kesemuanya dan goreng sehingga warna keemasan.
Angkat dan toskan baru letak di atas pinggan.
Pastikan sotong tidak melekat-lekat atau bertindih semasa memasukkan ke dalam kuali.
Gunakan minyak yang betul-betul panas dan banyak untuk menggoreng.