Gambar oleh Wilton
Kali ni, saya nak kongsikan beberapa resipi buttercream yang ada dalam simpanan. Ini sebagai panduan bila2 masa saya perlu menggunakannya. Kadangkala saya mengadunkannya sebagai latihan dekorasi.
Ihsan Google
RESIPI 1
250g Buttercup
250g krimwell
250g gula aising - ayak 2 kali
2 sudu besar air susu
Cara2:
Pukul buttercup dan krimwell dengan kelajuan maksima hingga kembang dan gebu.
Masukkan gula dan susu dan pukul lagi dengan kelajuan sederhana.
****************************
RESIPI 2
250g buttercup
250g krimwell
250g krimer manis atau sirap gula
1/2 sudu teh esen vanilla
- Pukul buttercup dan krimwell dengan kelajuan tinggi
- Masukkan bahan2 lain dan pukul dengan kelajuan sederhana hingga gebu
***************************
RESIPI 3
250g butter
125g krimwell/marvello/supertact
125g gula aising - ayak
- Pukul semua bahan dengan kelajuan minima untuk mendapatkan krim yang cantik. Pukul sehingga gebu.
****************************
RESIPI 4 - BAJET
500g gula aising
100g majerin Pelangi
1 kg krimwell
- Pukul majerin dan krimwell hingga kembang. Masukkan gula aising dan pukul hingga gebu dengan kelajuan sederhana
***************************
RESIPI 5 - WILTON
1/2 cawan lemak sayuran (shortening)
1/2 cawan butter (boleh guna krimwell untuk hasil yang lebih putih)
1 sudu kecil ekstrak vanilla
4 cawan gula aising
2 sudu besar susu
- Pukul lemak sayuran dan butter sehingga kembang. Masukkan vanilla, gula sedikit demi sedikit dan susu.
- Pukul dengan kelajuan sederhana
- Jika menggunakan shortening, boleh tambahkan dengan 1/2 sudu teh perasa butter
***************************
RESIPI 6
500g krimwell
250g shortening / butter
100 ml air gula *
(cara buat air gula - 300g gula + 100 ml air + 2 st lemon jus. Masakkan gula dan air. Bila sejuk, baru masukkan jus lemon)
- Pukul krimwell dan butter/shortening. Bila dah kembang, masukkan air gula
*************************
RESIPI 7 - Buku Panduan Asas Menghias Kek
500g krimwell
200g lemak sayuran (shortening)
160g gula aising - ayak 2 kali
2 sudu besar susu pekat (boleh abaikan)
1 sudu kecil vanilla
1/2 sudu teh minyak mentega (butter oil)
- Pukul krimwell dan shortening sehingga gebu. Masukkan susu pekat dan putar lagi.
- Masukkan vanilla dan minyak mentega. Baru masukkan gula aising dan putar sehingga gebu
Edited 040216
RESIPI 8 - dari Azlita Masam Manis BC untuk bunga sahaja
150g shortening
200g gula aising
Perasa nenas atau strawberry yang tiada warna
- Ayak gula aising
- Satukan semua bahan dan putar dengan speed perlahan sehingga kental
- Jangan terlalu lama kerana boleh lembik
Resipi 9 - Swiss meringue buttercream
Saya gunakan untuk kek pandan gula melaka. Kalau nak guna untuk kek lain, abaikan paste gula melaka tu.
Bahan2 (utk topping 13-14 biji cupcakes):
2 butir putih telur
100 g gula castor (fine granulated pun boleh)
Secubit garam
150 g mentega (suhu bilik) - potong kecil2
1 sudu teh esen vanilla
* Untuk kek pandan gula melaka sediakan paste lebih awal:
50 g gula melaka/gerek
1-2 helai daun pandan
1/8 cawan air
Cara2:
1) *Masak gula melaka, pandan dan air sehingga hancur keseluruhan gula dan sejukkan.
2) Masuk putih telur, gula dan garam dalam bekas tahan panas dan panaskan secara double boiled sehingga gula hancur. Rasa dengan jari, jika tiada berpasir2 terus angkat.
3) Pukul telur sehingga kental (bertanduk). Pastikan ia dah sejuk.
4) Masukkan esen vanilla diikuti mentega sedikit demi sedikit sambil memukul. Setiap kali masuk, pastikan sudah sebati baru masukkan sebahagian lagi, sehingga selesai.
5) *Tambah 2 sudu besar paste gula melaka atau lebih jika suka. Pukul sehingga sebati dan boleh terus digunakan.
25 comments:
sis..kalau untuk beginner mcm i ..buttercream yang mana satu u sarankan yea?
Salam Rafidah..
Sejujurnya saya tak boleh beri jawapan yg tepat sebab saya tak guna buttercream utk kek2 saya. Buat utk latih2 deko je. Tapi boleh cuba resipi bajet #4, resipi 6 atau yg terakhir dari buku asas tu..
puan,ape bezanya buttercream dgn frosting cream untuk mnghias kek ya..:)
'Frosting cream' tu adalah salutan cream di keseluruhan kek. Tak kira guna buttercream, cream cheese, fresh cream, dan sebagainya.. :)
Salam kak, resepi 1 tu susu tu susu apa ye?
Sy selalu buat cream .. tp bila kek keluar dr peti ais..dia berpeluh...n wrna pon turun..ade tips x?
salam blh ker gn hand mixer jer utk pkl buttercream
Wsalam.. boleh sis. Takde masalah guna hand mixer.. guna speed sederhana dan lama sikit sampai gebu dan cantik sebelum melepa
ok tima ksh
Salam sis..bole pakai manual tak...takde mixer laaa..huhuu
salam sis...resepi no.5 tu guna salah satu or dedua skali butter & krimwell
Waalaikumsalam Intan.. guna butter atau krimwell.. salah satu
Assalammualaikm...
Ada perbezaan x antara krimwell dan krimlite....
Wsalam.. kedua2nya sama penggunaannya dalam pembuatan buttercream..
boleh kongsi x buttercream yg mane sesuai utk di lepa ats kek n utk buat deko atas kek..
Saya jarang deko guna buttercream Cik/Pn Ros.. Yg pernah saya guna baru2 ni, resipi 6.. Mudah dilepa dan rasanya tak muak.
Salam sis buttercream nih tahan berapa lama yer?
Slm sis, tq atas resepi & tunjuk-ajar yg berguna. Sgt membantu, iya lah... sya budak baru belajar
Salam sis...kalau nk buat butter krim peanut butter mcmmn plak ye..
bole digunakan untuk melepa kek kan?
best la resepi ni..tq atas perkongsian
Hi sis, kalau nak buat butter cream tuk design marble guna resipi yg mane satu
Salam sis. Buttercup tu. Pakai yg segi empat atau yg d dlm Tong tu? Klau pkai dlm Tong tu bole tak? Atau mesti kena pakai dgn butter segi empat tu?
Wsalam.. Boleh je pakai yg tong. Cuma yg 4 segi tu mungkin lebih sedap sikit
Post a Comment