Dalam sejam dua lepas en abe telefon, tanya boleh ambik order utk karipap lagi tak sebelum berangkat? Member office dr Finance Dept bernama Him Wai (entah betul ejanye..hehe) yg baru je order minggu lepas nak order lagi 30 biji.. Akak tak boleh nak kata tidak.. sebab si dia ni customer setia yg pernah claim sebagai akak punya "curry puff die-hard fan". Dulu2 sanggup tunggu awal pagi, takut miss dia punya bahagian kat lobby bawah.. lepas tu pandai sikit, dia order siap2 karipap & burger malaysia kat hubby! Pastu tinggal ambik je.. Hehe... really miss those moments.
Boleh laa... walau kentang tinggal 5 biji, tepung tinggal sekilo, minyak tak sampai 1/2 botol... masih boleh diusahakan. Kiranya kenangan utk him wai & isterinya yg setia duduk kat Bahrain.. Tak macam sekufunya yg lain yg seram benor kena duduk kat sini. Sampai mengadu, ala2 merayu suruh hubby stay, sebab takmo posting ke sini. Yelah, duk S'pore kan happening... mana sama ngan Bahrain yg semakin rusuh dengan pembakaran jalan...
Pagi ni kunun baru je menggoreng karipap utk yg terakhir.. buat sarapan dan tapau abe ke office (rezeki utk sorang lg chinese guy yg se'dept'.. hehe). Ala2 cincai sebab nak abiskan majerin yg dah tinggal saki baki. Letak air sejuk, bior rangup sikit.. tp macamnya tak berapa rangup la pulak ngeee... Karipap adalah kuih yg sedikit merosakkan diet abe saya. Rasanyalah, mesti tinggi kolestrol.. Kebelakangan ni breakfast wajib suami adalah susu kolestrum alpha lipid (saya yg suggest tu), fresh orange + carrot dan pisang. Pastu baru makanan lain... Saya pulak, wajib ada nescafe atau white coffee. Kalau tak, macam takde mood je nak buat apa2... :P
Antara buah2 wajib utk sarapan... dan kopi putih yg juga wajib (nipis je. La ni stok creamer manis dah abis).
Susu yg kat bawah ni diperakui baik untuk kesihatan dan imunisasi dlm badan. Dah lama saya mengamalkan, tapi cuma on n off je... Bila ada kesakitan tertentu, baru terhegeh2 minum hehe.. Bila hubby dikesan ada sedikit hypertension, kandungan gula yg tinggi dalam darah dan kolestrol yg tinggi, saya mencadangkan minum ni. Alhamdulillah, semua kembali normal... cuma sekarang masih dgn prescription Dr juga.. tengoklah nanti kot2 dr advise takyah makan ubat. Saya belum jadi ahli, tapi setakat ni dapat juga harga yg murah sedikit dari biasa. Setin ni RM180 (harga asal).
Bingka Roti tanpa tepung
Yang ini pulak ialah bingka malas... Bukan nak buat sangat, tapi sebab roti tu banyak kat dalam fridge. Masa tu dah beli roti baru yg lebih fresh. Jadi kita keluarkan santan yg memang dah sedia kat dalam tu... rendam2, bako! Buat ala2 roti bungkus haritu, yg kita kukus tuu... tapi akak bako. Semalam tak sempat makan sebab outing sokmo, simpan je kat fridge. Rupanya bila dah keluar fridge, sodap jugak.. ekeke! Takpelah, akak share kat sini ye... :D
Bahan2 :
6 keping roti - potong kecik2
Santan secukupnya - panaskan
Gula ikut citarasa - saya letak dalam 2 1/2 sudu
Sedikit garam
Serbuk kayu manis
1 sudu majerin
Cara2:
- Letak roti dalam bekas. Taburkan gula, garam,dan serbuk kayu manis. Majerin pun masukkan juga..
- Tuang santan sampai roti tenggelam dan menyerap semua santan tu. Kacau2 sikit supaya hancur dan sebati dengan bahan2 lain.
- Masuk bekas tahan panas dan bakar dalam oven dgn suhu 180C selama 1 jam. Keluarkan tapi jgn makan dulu sbb kalau panas dia macam lembik sesangat.. Tunggu sejuk.. dapat sejuk kat dalam peti ais lagi baik