Memenuhi permintaan adik bongsu yang sedang sarat, semalam saya buatkan sebiji kek opera yang saya pun tak pasti apa rasanya. Walau kali ke-2 membuatnya, yang pertamakali dulu tidaklah seelok mana. Sebab buat dalam kelam-kelibut. Semalam tu pun agak kelam kabut, tapi masih terkawal. Sepetang memerap di dapur dan membawa ke malam..uh uhhh~! Maklumlah.. 'pro' sangat..hehe! Itu pun mujur ganache tu dah siap berbuat sebelum tu. Cuma perlu ikut step yg selanjutnya.
Memang renyah untuk membuat kek opera ni. Patut pun harganya mahal di luar tu. Kalau setakat 7" x 7" saiznya, dah berharga 80-90 hengget. Bila dah siap tu, rasa puas sangat.. tapi penat sehhh. Tak taulah bila nak membuatnya lagi.. Macam teringin pulak kan.. tapi nak kena siapkan beberapa tempahan dulu.
Saya tengok 2 resipi iaitu dari blog citarasawan dan blog masam-manis (Ita) dan fahamkan betul2. Lepas tu, ikut sukahati macam selalu tu.. Untuk kek, ikut resipi Ita yang asalnya dari Rima. Sebenarnya tak susah mana bila dah faham tu. Jom check!!
OPERA CAKE
Resipi kek:
Rima (bisousatoi) / blog
masam manis
Olah semula : Cik Siti
Bahan2:
Bahan A
200 g serbuk badam (almond powder)
100 g gula kaster
6 biji telur (saya guna saiz A)
Bahan B
50 g mentega - cairkan
Bahan C
60 g tepung gandum - saya guna superfine. Diayak
Bahan D
115 g putih telur - 3-4 biji
55 g gula kaster
Cara2:
1) Untuk persiapan - panaskan oven dengan suhu 200C. Bila dan nak masukkan kek, turunkan ke 170C. Sediakan loyang 4 segi berukuran 20cm x 20cm atau 8" x 8". Lenser dengan butter/majerin/minyak dan alas dengan baking paper. Sebaiknya sediakan sekurang-kurangnya 2 keping loyang.
2) Satukan
bahan A dalam mangkuk pengadun dan pukul dengan kelajuan maksima selama 10 minit. Sesekali kacau dengan spatula supaya bergaul sempurna.
3) Masukkan baki telur yang 3 biji sebutir demi sebutir dan teruskan memukul 10 minit lagi.
4) Ambil 4 sudu besar adunan badam (bahan A) dan campurkan ke dalam mentega yang dicairkan. Ketepikan.
5) Masukkan tepung yang diayak ke dalam baki adunan (bahan A). Kacau dengan kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Ketepikan.
6) Dalam bekas lain (pastikan betul-betul kering dan tidak berminyak), putar putih telur sehingga berbuih. Masukkan gula kaster (50g) dan terus putar sehingga menghasilkan adunan kaku dan bertanduk (soft peak)
7) Ambil 1/3 daripada adunan putih telur dan campurkan ke dalam Bahan A. Kacau rata dan perlahan dengan kaedah kaup balik menggunakan spatula.
8) Masukkan pula adunan badam tersebut (step 7) ke dalam bekas baki 2/3 putih telur dan gaul sebati secara kaup balik
9) Tambahkan adunan mentega (step 4) ke dalam adunan (step 8) dan gaul secara kaup balik. Gaul perlahan kerana jika terlebih kacau, kek akan menjadi mendap selepas dibakar.
10) Kaedah membakar ada pelbagai cara... saya menggunakan 2 loyang 4 segi berukuran 8x8 untuk sekali bakar. Untuk setiap loyang, saya timbang sebanyak 150g adunan dan mendapat 6 lapisan.
Nota: untuk 4 lapis timbangan ialah 225g x 4 loyang (edited 26/2/16)
11) Bakar selama 15 minit atau sehingga kek masa dengan suhu 170C. Sejukkan sebentar, baru keluarkan dan letak atas redai.
LAPIS & TOPPING
Saya menggunakan 2 jenis bahan layer iaitu chocolate ganache (yang kental dan cair) dan coffee buttercream. Coffee syrup juga diperlukan untuk melembabkan permukaan kek sebelum dilapis. Idea melapis dan bahannya saya perolehi dari blog
Citarasawan.
I - Coffee Syrup
- 1/2 sudu besar instant coffee (nescafee 3 in 1) dicampurkan dengan 100ml air panas dan 1 sudu besar gula
II - Chocolate Ganache
Saya buat double adunan - satu perlu disimpan dalam peti sejuk (dalam 1 malam) dan satu lagi perlu digunakan dalam keadaan masih cair.
Bahan2:
200g UHT whipping cream
300 g coklat masak - potong kecil2
1 sudu besar mentega
- Didihkan whipping cream. Matikan api dan masukkan coklat dan kacau hingga coklat cair kesemuanya. Masukkan mentega dan kacau rata.
- Bahagian 1: simpan dalam petisejuk untuk semalaman. Keluarkan dan biarkan dalam suhu bilik. Ia jadi kental. Kalau perlu, putar dulu sebelum digunakan semasa proses melapis
- Bahagian 2: Seeloknya buat masa kek dah siap dilapis dan boleh dituang terus ke atas kek
III - Coffee Buttercream
Bahan2:
250g mentega - saya guna unsalted
80g gula ising
1 1/2 sudu besar coffee emulco
- Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan coffee emulco dan pukul lagi hingga kembang dan ringan.
CARA MELAPIS & DECO (untuk 6 lapis)
1) Ambil selapis kek dan letak atas board. Sapukan keseluruhan permukaan kek dengan coffee syrup menggunakan berus. Jangan banyak sangat, nanti kek lencun ye!
2) Sapukan buttercream ke atas lapisan pertama. Saya gunakan piping bag, lagi senang...
3) Lapikkan dengan sekeping lagi kek. Sapukan juga coffee syrup. Kemudian sapukan chocolate ganache yang kental dan ratakan.
4) Ulang step 2 & 3 sampai kek habis. Untuk kek yg terakhir, tak perlu sapu kopi di permukaannya.
5) Simpan kek dalam peti sejuk dalam 2 jam sebelum menuang ganache yang cair
6) Keluarkan kek yang telah sejuk. Letak atas redai yg diletak atas dulang atau alas tepi/bawah kek dengan kertas supaya tak comot board kek tu nanti.
7) Tuang chocolate ganache ke atas kek dan biarkan sejuk. Sebaiknya letak dalam petisejuk dalam 2-3 jam baru potong dan kemaskan sekelilingya.