Pages

May 20, 2012

Cotton Soft Japanese Cheesecake

Orang lain dah buat di zaman lampau, saya baru datang seru nak buat hari ni.  Sebabnya nak habiskan cream cheese yang tak habis-habis dalam stok tu.  Walau semalam saya kata hari terakhir untuk baking for the week, petang ni terbuka pula hati nak baking lagi.  Sebabnya, teringat-ingat petang semalam Fawwaz duk sebut kek... Kat rumah ni tak boleh putus kek sebab ada 2 orang penggemar iaitu Fawwaz dan ummi  :D
Resipi cheesecake ni merata-rata di internet.  Tak tau original ownernya siapa.  Rata-rata guna ayat yang sama, baik yang English atau yang dah translate ke BM.  Bahan-bahan sama je, cuma penerangan ikut ayat sendiri untuk mudah diingat.  Dan untuk bahan-bahan ni saya ikut resipi Alma di MyResipi.  Ramai otai2 blogger buat pun ikut resipi yang ni  :)


Cotton Soft Japanese Cheesecake

Bahan2:

Bahan A
250 g cream cheese
50 g mentega
100 ml susu segar
6 butir kuning telur (saya guna gred A)
1 sudu besar jus lemon
1/2 sudu kecil garam
60 g tepung kek/superfine
20 g tepung jagung

Bahan B
6 butir putih telur (gred A)
3/4 sudu kecil jus lemon
140 g gula kaster

Cara2:

1)  Satukan cream cheese, mentega dan susu segar dalam bekas dan cairkan dengan teknik 'double boiler'.  Proses ni mudah jika guna bekas stainless steel.  Setelah cair kesemuanya, sejukkan.  Kacau gunakan hand whisk jika adunan berbiji-biji supaya jadi halus dan sebati.

2)  Masukkan kuning telur dalam adunan cream cheese dan kacau guna hand whisk hingga sebati.  Selepas tu masukkan pula jus lemon, diikuti campuran tepung dan garam sedikit demi sedikit.  Kacau hingga halus dan sebati.

3)  Untuk bahan B - dalam bekas lain yang kering (saya gunakan bekas s/steel), pukul putih telur dan jus lemon sehingga berbuih (foamy).  Tuang gula sedikit demi sedikit gula sambil memutar dan bila habis maksimumkan speed hingga menghasilkan tanduk (soft peak).  Maknanya bila bekas diterbalikkan, adunan telur itu tidak jatuh.

4)  Ambil sedikit adunan B, masukkan ke adunan A dan kacau dengan hand whisk hingga sebati.

5)  Masukkan pula adunan tersebut (step 4) ke dalam adunan B dan adun hingga rata menggunakan senduk.  Sedia untuk dibakar.

6)  Sebelum membakar - panaskan oven dgn suhu 160C.  Lenser dasar dan tepi loyang berukuran/diameter 8 inci (saya guna yg bulat) dengan mentega.  Alaskan dengan baking paper (ada yg menyarankan alas juga di tepi loyang dengan baking paper tapi saya tak buat).  Sediakan juga loyang lain yang lebih besar dan isi dengan air panas.

7)  Masukkan adunan ke dalam loyang.  Alas keliling loyang (luar) dengan aluminium foil.  Masukkan loyang tersebut ke dalam loyang/bekas yang berisi air panas dan masuk ke dalam oven.

8)  Bakar selama 50 minit (jika permukaan telah jadi warna coklat, boleh test samada kek dah masak tau belum).  Jika belum masak, tambahkan masa dan tutup dengan aluminiu foil.

ps:  permukaan kek yg saya buat ada lubang2 sedikit.. mungkin kena tengok masa proses mengadun tu semula atau saya perlu mengetuk sedikit loyang sebelum membakar untuk mengurangkan buih.  Juga lebihkan sikit masa membakar.  Next time kalau buat nak marble kan atan buat double layer..

No comments:

Post a Comment