Pages

May 22, 2012

Cik Ti Seri Kaya


Tiba-tiba angin nak buat seri kaya sendiri selepas menerima tempahan pau kaya dari Shima dan Fidah.. Dan akak rasa macam dah boleh buat kopitam le hehehe.. Jenuh lepas ni mengidam set cawan gambar pokok kelapa pulak  ;P

Sebenarnya saya dah pernah buat seri kaya ni setahun dua yg lepas, masa di Bahrain.  Time tu first time juga buat pau.  Kalau ini kali kedua, tak taulah kali ke-3 nya tahun bila pulak..kihkih!

SERI KAYA

Bahan2:

3 butir telur - buang tali pusatnya supaya tak hanyir
1/2 cawan gula pasir
1 1/2 cawan santan - seeloknya yang pekat
1 sudu kecil esen pandan - nak lagi sedap letak daun pandan je
1 sudu kecil pewarna kuning
2 sudu besar tepung jagung - bancuh dengan sedikit air

Karamel/Gula Hangus:
3/4 cawan gula
1 cawan air panas

Cara2:

1)  Buat karamel dengan mencairkan gula dalam periuk menggunakan api sederhana kecil hingga keperangan.  Bila dah cair, tuangkan air panas (hati2 ye!).. Kalau ada gula yang berketul pastikan larut dan matikan api.  Sejukkan.

2)  Pukul telur dan gula hingga gula hancur.  Masukkan santan, esen pandan dan pewarna.  Tapis ke dalam periuk.  Tapiskan juga gula hangus ke dalam periuk.

3)  Dengan api sederhana, masak adunan di atas dan selalulah mengacau supaya tidak berketul2. Untuk menyenangkan, saya guna non-stick pan dan mengacau menggunakan hand wisk.  Bila dah pekat, matikan api.

No comments:

Post a Comment