Dah bersawang blog akak nih nampaknya! Sampai tak tau kat mana nak mula..
Hati memang rindu nak menulis dan merapu. Cuma masa tak mengizinkan. Bila mula menulis, akan berhenti sekerat jalan.. sudahnya tak jadi nak post.
Alhamdulillah.. banyak juga akak menerima pertanyaan dan order. Terutamanya untuk kek dan cheese tart. Tapi malangnya hampir semua akak terpaksa tolak. Cuma untuk brownies je akak tak tolak. Tak tau bila akak nak mula balik terima tempahan sebab tetiba akak rasa dah putus kasih.. huhuhu!
Sekarang akak fokus pada produk SAMBAL GORENG KERING terlajak laris tu. Cukup untuk akak bekerja siang dan malam dan memang tak sempat nak mengadap laptop ni. One Man Show.. memang letihlaa.. tapi akak seronok sebab mendapat feedback yang bagus. Ada juga feedback membina dari customer untuk akak perbaiki mutunya. Tapi sebenarnya, akak masih tak berpuas hati lagi selagi akak tak dapat berguru dengan yang lebih pakar. Banyak juga yang akak reject dan masih kat atas meja tu. Nak buang sayang, nak bagi orang macam tak elok la kann..
Abe kata akak terlalu stress. Akak tak ambil ubat cuma minum jus kranberi dan minum air kosong yang banyak. Alhamdulillah semakin pulih, sebelum datang balik waktu ikut Fawwaz rombongan ke Langkawi. Segan nak pi toilet dalam ferry, sudahnya lagi teruk akak kena jangkitan. Memang seksa sepanjang 3 hari di sana dengan jadual program yang padat. Bila balik ke rumah baru akak pi jumpa doktor. Kenalah telan antibiotik dan ubat.. huhu. Kerap benor akak menelan antibiotik dalam setahun ni dengan pelbagai penyakit. Petanda badan dah mula weak. Maklum umur pun baru meningkat setahun bulan lepas.
Jus ni elok untuk yg ada masalah kencing |
Minggu ni akak panaskan enjin balik. Nak aktif sket lagi. Supaya akak tak bersalah sebab buat kerja separuh jalan. Cuma tadi, bila akak dah mula mengupas kentang dapat tak sampai 10 biji terus give up. Dengan nak siapkan stok pau bekal Fawwaz, nak lipat baju, ajar mengaji, suap nasi dan macam2. Masih tak lepas nak mengatur jadual dengan baik.. Hujung2 akak blogging hehehh.
Antara kenangan di Pulau Langkawi bersama sebahagian anak2 pendidikan khas dan guru2 serta waris. Banyak lagi gambar masih kat handphone, tak sempat nak transfer ke laptop.
OKlah... dah pukul 11 malam. Gud nite everybody! :D
No comments:
Post a Comment