January 31, 2022

Gulai Kuning Ikan Tongkol Sedappp


Lamanya tak bersiaran. Harap2 masih ada pembaca hehehe. Apa khabar awak dan awak? Adik, kakak, tuan dan puan?

Hari ni akak nak simpan sini resipi ikan tongkol yang akak guna semenjak dua menjak ni. Jemu asyik tongkol masak kering2. Sat masak kicap, masak black pepper, goreng gitu je... tak kretif betul kan..heee.

Sekali dah buat masak ni, nampakla abe pun suka..mesti makan bertambah2. Dapat pulak kalau dah semalaman kena perangat tu..sedap baq hang laa. Tak jumpa pun kalau cari kat kedai2 makan di Jitra ni. Hihihi. Serius masuk bakul tapi tak muat macamana nak angkat?

Jom tengok camana cara buat nak bagi sedap tu. Resipi asal dapat di Rasa.my resipi kiriman Cikgu Afy Al Habibi. Akak tulis balik cara akak lah ye utk kefahaman sendiri dan rujukan akan datang.


GULAI KUNING IKAN TONGKOL

Bahan2:

1 ekor ikan tongkol - potong ikut saiz yg dikehendaki
1 sudu makan cili kisar
1 sudu makan serbuk kunyit
1/2 sudu serbuk kari - biasa saya suka pakai serbuk gulai Adabi
Santan kotak kecil atau fresh (RM2.50) - tak taulah harga kat tempat lain. 
Air secukupnya, termasuk air rebusan ikan
Asam jawa - saya pakai  asam gelugur/keping
Gula melaka/gerek/gula perang secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak masak
Cili padi
Kacang panjang atau timun sebagai sayur campuran
Bahan Kisar:
1 biji bawang besar saiz sederhana
1-2 ulas bawang putih
4 hiris lengkuas - lebih pun takpa

Cara2:

1) Rebus ikan yg telah dibersihkan dengan air secukupnya (ikan nampak tenggelam). Letak 3 keping asam gelugur dan 1 sudu gula perang atau gula melaka/gerek. Kalau nak lagi sedap, rebus awal sehari. Simpan airnya utk kegunaan semasa menggulai.

2) Tumis bahan kisar sehingga kekuningan. Masukkan cili kisar, serbuk kunyit dan serbuk kari. Tumis sehingga pecah minyak.

3) Masukkan santan pekat ditambah dengan air termasuk air rebusan ikan. Letak sekali asam keping. (akak biasa letak asam yg diguna masa merebus ikan tu je)

4) Perasakan dengan gula melaka, jika takda gula perang atau gula putih biasa pun boleh. Masukkan juga garam dan secukup rasa jika suka.

5) Masukkan ikan tongkol.

6) Bila kuah telah pekat, masukkan cili padi, timun dan kacang panjang. 

7) Tutup api bila sayur dah nampak sedikit layu dan kuah pun cantik pekatnya. Bertambah sedap dimakan kalau dan semalaman atau diperangat.



February 25, 2021

Kek Marble Mudah 2021

Assalamualaikum!!!
Memandangkan tiba2 acik ni ghajen nak hapdet blog dikala orang2 lain dah era update youtube lah, instagram la, twitter dan macam2 tu, maka acik akan letak 2021 disetiap entri baru. Senang nak nampak dari jauh. Takpalah noh.. stay oldskool 😎

Kali ni nak masukkan resipi kek tanpa BAKING POWDER yg acik dah try dari group masak2 di FB i.e. BIKMM. Asalnya yg acik nampak, kek ni ada tajuk PRUNE. Tapi sebab tak pernahla ada prune dalam dapur tu, maka jadi kek lain. Boleh divariasikan sebenarnya. Anggap ia macam kek basic yg boleh diolah semula.


KEK MARBLE
Saiz loyang 8"

Bahan2:
250g mentega/lepa susu - sy guna Buttermas spread.
220g gula halus/kastor
5 biji telur B (saya guna saiz 4A + 1C)
250g tepung gandum (sy biasa guna cap Rose)
70ml susu cair/full cream
1 sk esen vanilla

Cara2:

1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang dan berwarna pucat. Guna speed max.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil memukul.
3. Masukkan esen vanilla.
4. Masuk tepung berselang seli dengan susu. Putar hingga sebati dengan speed rendah.
5. Ambil sedikit untuk diwarnakan. Boleh juga bakar terus tanpa pewarna.
6. Panaskan dahulu oven dengan suhu 165C. 
7. Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah disapu majerin dan dialas dengan kertas. Corakkan ikut citarasa.
8. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak dengan api atas bawah.

Nota: Resipi ini memang tiada penggunaan agen penaik spt baking powder, dll




February 24, 2021

Biskut Cornflakes Cruncy 2021

Cookies yang menjadi kegemaran Fawwaz. Yang pasti, kukis ni memang simple je buatannya, TANPA TELUR dan rangup digemari ramai. Kalau mak buat, anak akan borong kasi habis semua, duk ulang2 tu je selagi belum kosong bekas.

Simpan sini untuk rujukan masa depan.


CORNFLAKES COOKIES RANGUP 
Sumber : Norees
Ubah sedikit : ACik Siti

Bahan A:
250g majerin - saya guna Pelangi 
1 sk esen vanilla (resipi asal letak esen coffee/coklat emulco)
100g gula kastor

Bahan B
200g cornflakes - dikisar
1 pkt nestum instant 3 in 1 (resipi asal 100g conflakes diramas/nestum)

Bahan C
100g tepung jagung
200g tepung gandum
30g chocolate chips

Cara2:
1. Putar majerin dan gula hingga kembang. Masukkan esen.
2. Masukkan bahan B. Gaulkan.
3. Masukkan tepung jagung, gaul sebati,
4. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil menggaul.
5. Akhir sekali masukkan chocolate chips. Boleh juga jika nak masukkan kekacang seperti badan yang telah disangan.
6. Bantukkan adunan dan bakar dengan suhu 165C selama 20 minit (ikut kebiasaan oven anda)



February 13, 2021

Apam Nasi Sedap 2021

Sebelum ni, bertahun dulu dah pernah akak pos pasal apam nasi ni. Kemudian stop buat... Kebelakangan ni tetiba membara balik aktiviti buat apa. Bukan apa, anakanda Cik Mat Fawwaz tetiba kelihatan suka sangat kat apam ni. Apalagi, sukalah mak buat selalu... Sekejap je boleh habis.

Resipi kali ni beza sikit je dengan yg dulu2. Kejadian pun lebih baik. Mohler kita tengok apa tanpa perlu memandang kiri dan kanan.


APAM NASI SEDAP

Ukuran loyang 7 atau 8 inci atau sebiji acu bentuk bunga.

Bahan2:
1 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula
1/2 peket (5g) yis kering (dicadangkan Mauripan)
1 cawan nasi sejuk
1 cawan air

Cara2:

1) Blend nasi bersama air sehingga halus.

2) Gaul bersama semua tepung, gula dan yis dalam bekas.

3) Masukkan tepung sedikit2 ke dalam air nasi dan adun sampai sebati. Jika terlalu pekat boleh tambah sedikit air (1-2 sudu).

4) Asingkan kepada beberapa bekas dan letak pewarna yg digemari. Pastikan bekas besar, jika tidak akan melimpah nanti masa perap.

5) Tutup bekas berisi adunan dengan cling plastic atau penutup yang sesuai. Perap selama 1 jam.

6) Selepas perap, tuang adunan ke dalam acuan/loyang. Corakkan.

7) Panaskan pengukus terlebih dahulu. Kukus apam selama 30 minit atau hingga masak.

January 10, 2021

Puding Roti 2020


Favourite anakanda.. Biasa buat memang khas untuk dia saja. Yang kosong takda taburan apa2 kecuali sedikit serbuk kayu manis atau milo. Memang tak jadi cantik seperti kebiasaan orang buat, tapi inilah yg menjadi idaman Ahmad Fawwaz. 2 hari settle satu bekas. 


PUDING ROTI

Bahan2:
8 keping roti sandwich - potong kecil
4 sudu besar mentega - cairkan
2 cawan susu segar/full cream
4 sudu besar gula perang
2 biji telur
1 sk esen vanilla
1 sk serbuk kayu manis (boleh guna taburan milo ikut citarasa)
Kismis atau buah campuran secukupnya

Cara2:

1) Potong kecil roti atau carik2 dan letak dalam bekas casserole atau loyang.
2) Tuang mentega cair ke atas roti tersebut.
3) Dalam bekas lain, campurkan susu, gula, telur dan esen vanilla. Pukul sebati hingga gula hancur atau boleh blend saja. 
4) Tuang adunan susu ke atas roti dan tekan2 hingga roti tenggelam atau diresapi susu. Tabur serbuk kayu manis atau milo jika suka.
5) Bakar dalam ketuhar dengan suhu 170C selama 45 minit. Puding akan mengembang naik dan kalau nak cantik tunggu sampai warnanya bertukar keperangan baru keluarkan dari oven.
6) Tuangkan sos kastad keatasnya sewaktu hendak dimakan. Sedap dimakan sejuk.


SOS KASTAD

Bahan2:

200g susu cair
1/8 cawan air
1 sudu besar gula
1 sudu besar tepung kastad
Secubit garam

Cara2:

Masukkan kesemua bahan dalam bekas, ke dalam periuk, kacau sebati dan masak di atas api perlahan sambil dikacau sehingga mendidih. 



November 28, 2020

Laksa Johor Sedap


All time favourite. Tahun ni akak macam rajin sikit menggodek laksa. Semua channel pi siasat demi nak dapat rasa pior macam yg pernah akak makan dulu2. Walau tak setanding rasa laksa mak kepada ex officemate akak si Kamalrul buat, tetaplah puas hati sebab laksa ala2 kayangan ni macam tak jumpa kat Jitra neh. Nak makan, kenalah rajin sikit. Lepastu simpan kuah frozen. Bila2 masa teringin, tinggal rebus spaghetti je.. Yumm. Pueh hati ai.. 😋😋


LAKSA JOHOR CIKSITI
(Anggaran: 10-13 org makan) 

Bahan2:
1 1/2 bungkus spaghetti/angel hair

Kuah:
1kg ikan parang/tenggiri/kembung - biasa akak buat versi bajet je, guna ikan kembung lemak 😊
*Rebus dgn 600ml air dan 2 asam keping. Ambil isi. Kisar guna air rebusan. 
150g isi udang segar - kisar
50g udang kering - kisar
50g ikan masin kurau - kisar
*Rebus kulit udang, kisar bersama airnya dan tapis. Ambil airnya
*Kisar tulang ikan, tapis dan ambil airnya

Bahan B - kisar/tumis
100g bawang merah/besar
40g bawang putih
15g halia 
10g lengkuas
2-3 btg serai
20g cili kering (rebus, tos & blend) 
50g rempah kari ikan
Minyak utk menumis
Air secukupnya

Bahan C:
500g santan segar atau 2x RM2 pun boleh
150ml air
50g kerisik
2-3 kpg asam keping
Garam & gula - secukup rasa
1 sk sesedap rasa/Hilal atau kiub ayam - optional

Cara2:
1) Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Tambah air sedikit. 
2) Masukkan semua bahan2 lain. Kacau sebati dan masak sehingga mendidih. Biarkan merenih seketika. 
3) Tambah air ikut keperluan pd kepekatan. Laksa johor kena pekat sebab dorang biasa makan guna tangan katanya. 

Sambal belacan:
80g cili merah
10g cili padi
10g belacan - bakar/goreng
Secubit garam
1/2 sk gula
- tumbuk/kisar 

Ulam:
Timun hiris mcm spiral, buang bhg biji
Taugeh mentah
Bawang besar
Daun selasih
Daun kesum
Limau kasturi
Lobak asin - rebus 5 minit



August 12, 2020

Korean Cream Cheese Garlic Bread Express

Saja lah nak simpan sini projek akak petang semalam. Memandang kan benda ni duk lalu lalang kat wall ig akak saban hari. Ada pulak seketul kecik cream cheese kat dlm fridge tu tak tau nak dibuat apa. Maka terubatlah jugak perasaan teringin tu. 

Akak memang sorang yg tak pandai buat roti. Buat lah macamana pun, tak jadi jugak. Setakat buat pau dan donut je yg boleh tahan kejadiannya. Cuma bila dah takda mesin ni, tak larat nk buat kerja menguli. Beli pun sodappp 😁

Untuk roti yg viral ni, akak pakai roti burger beli yg dah sedia tu je. Semalam jumpa roti Fuji kat Tesco terus masuk dlm troli. Untuk filling dan garlic tu, akak google aje tp sesuaikan dengan apa yg ada dalam gobok tu yg tak berapa lengkap. Semangat betui. Lepas lunch terus sambung buat garlic cheese bun ni. Dapat 4 biji yg boleh tahan besar. Satu kat abi, Fawwaz tak abis sebiji, ummi lebih kurang sebiji la kot.. Ado tu satu lagi bawak ke pagi ni tetap tak habis. Hacik dah muak nihh.. Hehehh! 


KOREAN CREAM CHEESE GARLIC BUN

Bahan2:

4 biji roti burger


Bahan Cream Cheese:

150g cream cheese

18g gula

30g whipping cream


Bahan sos garlic:

120 g mentega

6 ulas bawang putih - tumbuk lumat

2 sb susu/creamer pekat manis 

2 sb madu

1 biji telur B

1/2 sk garam

1 sb parsley flakes (mixed herbs pun boleh sbb saya guna ni je) 


Cara2:

1. Roti dibelah 8 tanpa putus. Susun di atas loyang. 

2. Putar bahan cream cheese sehingga sebati. Masukkan ke dalam piping bag kemudian potong sedikit hujungnya. 

3. Cairkan mentega. Masukkan bahan lain iaitu bawang putih, susu, madu, telur dan garam. Kacau sebati. 

4. Paipkan cream cheese ke dalam setiap bahagian bun yg di belah. Buat sampai habis. 

5. Celupkan bun berisi krim tersebut ke dalam sos garlic. Boleh juga guna teknik siraman ke atas roti. 

6. Bakar ke dalam oven dengan suhu 160°C selama 10 minit atau lebih jika mahu bun kelihatan lebih gelap ikut citarasa. 

7. Sedap dimakan ketika masih panas. 

Add caption