August 12, 2020

Korean Cream Cheese Garlic Bread Express

Saja lah nak simpan sini projek akak petang semalam. Memandang kan benda ni duk lalu lalang kat wall ig akak saban hari. Ada pulak seketul kecik cream cheese kat dlm fridge tu tak tau nak dibuat apa. Maka terubatlah jugak perasaan teringin tu. 

Akak memang sorang yg tak pandai buat roti. Buat lah macamana pun, tak jadi jugak. Setakat buat pau dan donut je yg boleh tahan kejadiannya. Cuma bila dah takda mesin ni, tak larat nk buat kerja menguli. Beli pun sodappp 😁

Untuk roti yg viral ni, akak pakai roti burger beli yg dah sedia tu je. Semalam jumpa roti Fuji kat Tesco terus masuk dlm troli. Untuk filling dan garlic tu, akak google aje tp sesuaikan dengan apa yg ada dalam gobok tu yg tak berapa lengkap. Semangat betui. Lepas lunch terus sambung buat garlic cheese bun ni. Dapat 4 biji yg boleh tahan besar. Satu kat abi, Fawwaz tak abis sebiji, ummi lebih kurang sebiji la kot.. Ado tu satu lagi bawak ke pagi ni tetap tak habis. Hacik dah muak nihh.. Hehehh! 


KOREAN CREAM CHEESE GARLIC BUN

Bahan2:

4 biji roti burger


Bahan Cream Cheese:

150g cream cheese

18g gula

30g whipping cream


Bahan sos garlic:

120 g mentega

6 ulas bawang putih - tumbuk lumat

2 sb susu/creamer pekat manis 

2 sb madu

1 biji telur B

1/2 sk garam

1 sb parsley flakes (mixed herbs pun boleh sbb saya guna ni je) 


Cara2:

1. Roti dibelah 8 tanpa putus. Susun di atas loyang. 

2. Putar bahan cream cheese sehingga sebati. Masukkan ke dalam piping bag kemudian potong sedikit hujungnya. 

3. Cairkan mentega. Masukkan bahan lain iaitu bawang putih, susu, madu, telur dan garam. Kacau sebati. 

4. Paipkan cream cheese ke dalam setiap bahagian bun yg di belah. Buat sampai habis. 

5. Celupkan bun berisi krim tersebut ke dalam sos garlic. Boleh juga guna teknik siraman ke atas roti. 

6. Bakar ke dalam oven dengan suhu 160°C selama 10 minit atau lebih jika mahu bun kelihatan lebih gelap ikut citarasa. 

7. Sedap dimakan ketika masih panas. 

Add caption