January 30, 2011

Pau lagi...



Dalam 2 kali terakhir sebelum ni aktiviti membuat pau kurang menjadi walau sebelum tu menggebu2 pau ku...  Bukan saja tak gebu, rupa pun tak menarik.  Sekali buat dengan tepung hongkong di M'sia (konon nak tunjuk talent..), sekali lagi dgn tepung pau tempohari... Menguli jangan cakap... nak tanggal tangan rasanya.  Maklum, dah 'pakar' benor!

Sejak keluar pau kacang mamasyipah, bersemangat balik nak menge'pau'.. Apalagi stok tepung pau bluekey tu banyak lagi... Bawak pun sekotak je, itu je yg muat kat kotak nescafe haritu... Hasilnya, agak mantap!  Menguli pun tak teruk sangat.. memang mudah kalau ikut cara dia.  Cuma bahan je yg tak cukup... Bab2 gini lah yg ikut kepala sendiri je nak tambah apa... mandai memandai!  Kita buat pun dalam setengah adunan je, saja nak test try uji akibat dari kegagalan lalu... :D


Kaya Yeo's... eksport setin je... 

Bahan2 (dlm 7 biji) :

240g tepung pau Bluekey
2 1/2 sudu gula
1/2 sb shortening
1 sk yis
1 sk baking powder (mamasyipah guna yg double action)
1 scoop susu tepung (mama amik sket ye fawwaz... resipi asal takde nih)
130ml air suam (kalau agak2 kurang, tambah sikit lagi atau sekadar basahkan tangan..)

ps:  kalau resipi asal tu ada pakai improver... sbb takde tu saya konon2 letak susu tepung... 

Cara2:

1)  Gaulkan semua bahan dalam bekas dan uli sampai lembut dan tak melekat di tangan
2)  Bahagi2kan adunan kepada 7 atau timbang dalam 50g setiap satu.  Uli semula adunan2 kecil tersebut satu persatu sampai halus dan bentukkan bulat
3)  Buat lekuk, masukkan inti dan tutup semula.
4)  Letak dalam bekas pengukus (alaskan bawahnya dengan kertas atau daun pisang) dan biarkan dulu dalam 30-40 minit  (macam saya tgh musim sejuk ni, simpan dekat 45 minit berdekatan hotplate tu...)
5)  Kukus selamat 15 minit


Yg bintik merah pau kacang & kuning pau kaya... yeye! sukaa..... TQ for the recipe!


January 29, 2011

Paratha vs Roti Canai...

Semalam masa dah habis round kat Lulu Hypermarket (dah masa nak membayar..), teringin pula nak cari paratha segera.  Ada banyak jenama kat situ. Tetiba ternampak antara deretan jenama Lulu (in-house brand), ada pulak yg bertajuk "roti canai".  Konon2 terkejut sebab org arab pun sebut canai ke?  Rupa2nya itu adalah buatan Malaysia.  Canai ada, paratha pun ada... Apa bezanya ekk?

Maka terkenanglah kisah lama, masa kerja dulu.  Duk beria cakap kat Fidah my best friend (org Johor) yg canai ngan paratha tu tak sama.  Fidah kata "sama la...mak aku panggil paratha".  Kita kata "takkk... paratha tepung dia lain, canai lain...!"  Keh keh keh!  Yg sebenornya akak yg tak tau..  Bila duduk kejap kat S'pore baru perasan yg orang belah2 sana memanggil canai itu paratha...  Malu akakk!!!

Pagi tadi maka bersarapanle kami dengan paratha tu... buat kuah dhal.  Puas juga makan walau tak sama dgn roti canai Restoran Madina...uhuk uhuk!!



Kuah dal paling mudah membuatnya.. tapi terlupa nak buat sambal tumis.. kurangle umph nye!  Resipi kuah dal ni ada sini..


Favourite cik ahmad fawwaz...


January 28, 2011

Corn Soup

Musim sejuk macam nih memang best kalau dapat hirup sup panas2... Tak kiralah, sup ayam, sup cendawan, sup tomato atau sup jagung macam yg saya baru buat ni.. Mudah dan cepat!!





Bahan2 (utk 2 org je..):

1 cawan creamed corn atau jagung manis dlm tin
4 cawan air
1 butir telur
1 sudu tepung jagung + 2 sudu air    
1 ketul kiub ayam
* kalau nak tambah garam sikit pun boleh.. dalam secubit je

Cara2 :

1)  Masukkan jagung, stok ayam dan air ke dalam periuk dan didihkan
2)  Masukkan pula bancuhan tepung jagung, kacau..
3)  Akhir sekali masukkan telur yg telah dipukul... kacau sup tersebut hingga mendidih... dan angkat

            
 Makan dgn naan ni pun best juga...



January 27, 2011

Karipap Pusing

Saya selalu mengkagumi orang yg menjual karipap pusing... hari2 pulak tu!  Bukan apa, dapat dirasakan lecehnya membuat kulit dia tu berbanding karipap biasa yg main uli2 je.  Bukan setakat tu, nak dapatkan pusingan yg banyak dan kemas tu... isk!  Tapikan, dah hari2 bikin karipap ni mesti nak kena cuba juga buat yg pusing... Ohh! Memangle takkan ku buat selalu... Kalau yg biasa dah dapat 20 biji, yg pusing ni baru nak dapat 3 kot... Ni ayat org tak reti lah ni... macam cik siti  :P

Resipi doh karipap pusing dan cara2 membuat intai kat MYR oleh Lynn... tapi kita buat 1/2 adunan je, dpt lebih 10 biji walau tak habis buat...  Inti pula, guna inti kentang yg memang sentiasa ada stok dlm peti sejuk ku..




Bahan2 & cara :

DOH 1 - berminyak
150g (majerin + shortening)
300g tepung

- Campurkan semua bahan dan uli sampai berminyak
-  Bahagikan kepada 8 dan bulat2kan..


Doh berminyak (tp saya punya kureng berminyak... :P)


DOH 2 - biasa

700g tepung gandum
1 sk garam
Air (anggaran 2 cawan atau secukupnya)

-  Campur dan uli semua bahan... bahagikan kepada 8 juga



-  Ambil satu bahagian setiap satu
-  Canai nipis doh 2 dan letakkan doh 1 ditengah2nya
-  Balutkan keseluruhan doh





-  Canaikan nipis lagi sekali... belah 2 di tgh2 bulatan dan gulung macam tikar..

-  Potong 4 bahagian doh yg telah digulung tadi atau ikut saiz yg kita mau..


-  Canai lagi, bulat atau lonjong...
-  Letakkan inti di tengah2
-  Tutup dan kelim

-  Dah siap kelim, tinggal nak goreng... 







Lega bila dah siap goreng... tinggal nak ngap!



January 26, 2011

Baked Lamb Chop

Hidangan dinner malam tadi... Seperti biasa saya hanya menyediakan sahaja, makan setakat 2 hiris kecil, lepas tu menyerah... I dun like it!  Tapi pak hubby ku memang gemar ini lamb... Mujur buat 4 ketoi je, tak le overload sesangat... Penyediaan yg paling simple...  Ada orang memang suka mengekalkan rasa daging tu sedikit... tapi saya ni sebenarnya guna apa je benda yg terlintas di fikiran dan ada dalam peti ajaib ku itu..



Bahan2:

4 keping lamb chop
3 sudu besar sos Worcestershire
1 biji telur
Breadcrumbs
Minyak zaitun

Cara2:

1)  Perap lamb chop dengan sos Worcestershire semalaman
2)  Pukul telur dan celupkan lamb ke dalamnya.  Lepas itu salutkan dengan breadcrumbs
3)  Susun lamb chops ke atas dulang pembakar, tuang sedikit minyak zaitun ke atasnya dan bakar dengan suhu 200 celcius selama 40 minit iaitu 20 minit setiap belah (balik2kan)...



Dagingnya yg sangat lembut..


SIDE DISHES:

Mashed Potato - kentang + butter + fresh milk + garam + lada sulah


 Ala2 Greek Salad je ni... campuran mixed vege, lettuce, tomato, timun, ulam arab (x tau nama..), feta cheese, lemon juice & extra virgin olive oil.  Tak letak pepper/lada dan onion pun...


Sehingga kini tak tau apa nama herbs arab ni... tapi selalu ada dalam hidangan dorang



January 25, 2011

Semur Ayam

Masak kicap lagi.... Apa bezanya dengan semur? Mungkin bezanya ialah namanya...hehehh!  Tapi kat kampung saya kalau sebut masak semur, selalu dikaitkan dengan ambeng.  Kalau buat nasi ambeng, wajib ada semur ayam yang dipenuhi dengan suhun@su'un dan sedikit kering (tanpa kuah), selain serunding kelapa, sambal goreng dan mee goreng.  Aduh!  Sodapnya!!!


Takde beza sangat dengan ayam masak kicap biasa tu... Tapi kalau makcik saya kat kampung tu buat masak jenis ni, bahan2nya ialah:

Bawang merah, bawang putih dan halia yang dihiris atau ditumbuk
Bawang besar - hiris kasar atau belah empat
Buah keras/pala - tumbuk halus  (ni bahan yg jarang orang letak kalau buat masak kicap)
Kayu manis & bunga lawang
Asam keping
Suhun@su'un
Daun sup utk tabur/hiasan - takde pun takpe... (nak tau, setelah sekian lama tak jumpa daun sup kat Bahrain ni, Jumaat lepas saya berjaya mendapatkannya di Lulu Hypermarket... seronokk... terus balik tu buat sup ayam!)
Santan (optional)
Minyak untuk menumis

-  Cara2 membuatnya sama je dgn masak kicap biasa tu... Sebenornya petang2 ni akak maleh nak bercerita sebab tetiba mendung je kat luar tu, tapi dah ter upload gambar.  Maka teruskan je hasrat...



Sambal goreng - partner wajib dalam nasi ambeng..
Semur ayam kenduri punya....


January 24, 2011

Red Velvet Cake

Dah lama teringin nak buat kek ni... Asalnya baca kat blog cupcakekekasih, asyik buat kek tuu je!  Nak juga tau apa rasanya.  Maklumleee.. akak ni terperuk je kat kampung, takpun sarang batu 7 tkt nih.. mana nak tau benda2 tu... :D   Maka pencarian resipi pun bermula... maleh nak cari banyak2.. Sekodeng kat MYR je.. pastu ada tambahan kat pinchmysalt.com..


So, petang tadi ter'realisasi'lah kek baldu merah cik siti.... dengan bantuan resipi dari MYR - nadiaejat dan ila ahmad dan pinchmysalt...  Cik Siti pandai memandai je ikut sana sini, tukar itu ini.. Tapi sebenarnya resipi dorang ni macam sama je sukatannya.. ada yg ubah2 sikit.  Rasanya sumber utama ialah pinchmysalt tu.. sebab ada beberapa blog lain juga sama sukatan macam dia..




Bahan2:

2 1/2 cawan tepung kek  [1 cwn = 2 sb tepung jagung dalam 1 cawan dan selebihnya masukkan all purpose flour (Saya guna tepung gandum)  - ayak 3 kali]
1 sk baking powder
1 sk garam - kekadang lupa letak
2 sb serbuk koko
1/2 cawan mentega - suhu bilik
1 1/2 cawan gula
2 biji telur - suhu bilik
1 sk extract vanilla/2 sk esen vanilla (saya terletak 2 sk vanilla powder - so sgt terasa vanillanya..)
2 oz (atau 4 sb) pewarna merah (edited 8/3)
1 cawan buttermilk  [ 1 cawan susu segar + 1 sb jus lemon - biarkan 5 ke 10min]
1 sk soda bikarbonat
1 sk cuka

Cara2 :

1)  Ayak tepung kek bersama baking powder dan garam (nak sekalikan serbuk koko pun boleh.. edited 8/3)
2)  Dalam mangkuk lain, putar mentega dan gula hingga gebu.
3)  Masukkan telur satu persatu ke dalam bahan (2) diikuti vanilla dan pewarna  (resipi asal mencampurkan koko + pewarna merah untuk dijadikan paste terlebih dahulu)
4)  Masukkan 1/3 bahan (1) dan pukul seketika.  Kemudian masukkan separuh buttermilk dan pukul. Ulangi sampai habis semua... (yg last ialah 1/3 tepung).  Pukul sampai sebati.
5)  Campurkan soda bikarbonat dan cuka sampai berbuih.  Cepat2 masukkan dalam mangkuk adunan dan kacau sebati (guna senduk je..)
6)  Masukkan ke dalam 2 loyang pembakar (bahagi 2) dan bakar dengan suhu 170C ikut oven masing2, selama 30 minit atau sehingga masak keseluruhan.
7)  Sejukkan kek untuk dihias.  Pastikan benar2 sejuk sebelum proses frosting..


Frosting yg huru hara...kihkih!!



Untuk Frosting :

2 buku cream cheese (saya guna 250gm je, tu yg tak cukup.. :P)
1/2 cawan mentega
1 sk vanilla extract (atau 2 sk esen vanilla)
2 cawan gula ising (saya cuma guna 1 cwn, tu yg lembik je kot... hehe)
1 sb jus lemon - saya je tambah untuk rasa sedikit masam..
1 sb susu segar - saya je tambah

Cara2:
Pukul cream cheese dan mentega sampai lembut dan gebu...  Setelah itu masukkan bahan2 lain dan putar lagi sampai kembang..  Sapu pada kek yg telah sejuk dgn berhati2...



Gambar dari  http://pinchmysalt.com  Come giteww...!!

P/S:  Makan kek ni saya rasa kena sikit2 sebab cepat sangat muak.. mungkin sebab cream cheese tu ke atau den buat kureng enaks heheee... dahlah terlobih vanilla.  Tak perasan lak vanilla powder tu lagi kuat dari esen vanilla...