Kisahnya, akak memang peminat asam pedas. Tak kiralah asam pedas apa pun... Tapi asam pedas jenis yang selalu akak makan masa duk di KL iaitu asam pedas Melaka memang susah nak jumpa di Jitra ni. Kalau ada pun, pernah beli kat bazar ramadhan dan juga di sebuah restoran tu, tetap tak menepati citarasa akak yg sebenarnya taklah reti sangat memasaknya. Reti merasa dan komplen ajerr..😜
Akak rindu asam pedas ikan pari yang dulu akak selalu makan di sebuah restoran dalam Kompleks PKNS Shah Alam. Sedappp sangat time tu. Taktau lah wujud lagi ke tidak restoran tersebut (nama pun dah tak ingat) sebab sejak 2002 keluar dr Shah Alam dan lepas tu nak masuk 7 tahun (dari 2012) keluar kawasan KL. Kalau ke sebelah sana pun tak menyinggah..
OK lah.. Akak hari tu jumpa satu resipi sebab tetiba teringin sangat tekak. Tapi akak tak follow bulat2 cuma jenis bahan je yg akak ambik sebijik! Ikannya pertama kali akak boh siakap. Pehh sedappp baq hang! Dapat pulak tak lama nampak Chef Wan tunjuk dia makan asam pedas siakap juga kat restoran dia.. hihi! Lepas tu akak try jugak ikan kembung spt dalam gambar.
Bahan2:
1 ekor ikan siakap - dipotong
1 sudu teh halba
2 batang serai - titik
3-4 pokok daun kesum
1 batang bunga kantan
Air asam secukupnya *
Gula dan garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Bahan kisar:
5 ulas bawang merah
1-2 ulas bawang putih
2 cm kunyit hidup
1 cm halia
1 -2 cm belacan
1 sudu teh lada hitam
2-3 sudu cili kisar (ikut nak pedas mana dan jenis cili)*
Aksesori tambahan:
1 biji tomato
Sayur kacang bendi
Cara2:
1. Ikan dipotong ikut citarasa sesuai dengan saiznya.
2. Panaskan minyak dan tumis halba sebentar.
3. Masukkan bahan kisar serta serai sehingga pecah minyak dan agak garing. Gunakan minyak yang banyak sesuai dengan bahan kisar.
4. Masukkan gula sedikit (jgn sampai manis), daun kesum dan bunga kantan.
5. Masukkan ikan dan balik balikkan. Tuang air asam jawa. Tambah air jika perlu. Asam jawa adakala terlalu masam dan ada yg kurang, jadi kena adjust.
6. Masukkan tomato dan bendi.
7. Perasakan dengan garam dan seimbangkan dengan rasa asam dan gula.
8. Biarkan mendidih sebentar dan tutup api.
Saya suka asam pedas yang pekat, pastu masa makan renjis2 kicap sikit.. yummm |
Asam pedas ikan kembung.. Tapi daun kantan takdak jual kat market huhu |
No comments:
Post a Comment