Idea buat datang dari lintasan video yang dikongsi di FB oleh seseorang. Ia amat mengundang keinginan akak, tak boleh tunggu esok2 dah. Makan seperti di bawah kejadiannya.
Yang paling penting, anak mak si Ahmad Fawwaz suka. Cakap omputeh terus dia bila terpandang. Pudding dessert katanya... tak sabor2 nak merasa :) Akak tulis balik resipinya ikut bahasa akak. Lagipun resipi asal dalam English.
BLUEBERRY (& RASPBERRY) CROISSANT PUFF
Resipi asal: bellyfull.net
Olah semula : Cik Siti
Bahan2:
3-4 keping croissant (saiz sederhana macam di Tesco)*
226 g cream cheese, suhu bilik
2/3 cawan gula kastor
2 biji telur A
3/4 cawan susu segar/full cream
1 sk esen vanilla
1/2 cawan frozen bluebery (sy guna separuh dari yg dibeli di tesco)
1/2 cawan frozen raspberry (sy tukar kepada ceri sbb tak jumpa)
Cara2:
1. Panaskan oven 165C atau ikut kebiasaan. Sediakan loyang bersaiz 8 inci atau bekas kaca seperti yg saya guna.
2. Potong croisant kecil2 dan masukkan ke dalam loyang. Masukkan sekali blueberry dan raspberry/ceri dan gaul2
3. Dalam mangkuk lain, pukul cream cheese bersama gula sehingga gebu. Masukkan telur dan vanila. Pukul hingga sebati. Kemudian tuang susu sedikit demi sedikit, sambil diputar sehingga sebati.
4. Tuang adunan cream cheese ke atas croisant dan tekan2 sehingga kesemua croisant tenggelam atau diselaputi cream.
5. Bakar 35-40 minit sehingga puding kelihatan coklat keemasan.
6. Tabur sedikit gula aising di atasnya sebelum menghidang
Gambar peristiwa:
Sebenarnya akak campur yg beli di Tesco dan King's Bakery |
Potong2 macam ni |
Menyediakan adunan cream cheese |
Sebelum dibakar. Akak tak tuang penuh supaya nampak timbul2 |
OK lah... dah pukui 1 pagi. Patut orang dah bangun Tahajjud akak duk sedap mengetik. Lepas geram sebab lama dah tak tulis resipi. Takut hilang terus resipi kat HP. Gud nite yo..
No comments:
Post a Comment