September 27, 2015

Soto Mbak Siti 2


Haaa... resipi soto ke-2 untuk bulan ni ye... Sempena Hari Raya Qurban dan menyambut sanak saudara yang datang menyerang..

Sebenarnya akak seronok bila dorang datang dan enjoying the meals sambil beramah mesra. Tahun depan tak pasti lagi kami ada ke tidak. Mana tau, akak terbang ke Lombok takpun Kemboja kan.. ikut rombongan EZ Qurban atau kariah masjid tempat akak selalu mengaji tu. Setiap tahun orang2 masjid tu buat korban di Lombok.. EZ Qurban lebih meluas ke Kemboja, Filipina, Bangladesh, dll. Walau afdalnya di tempat sendiri dan dilihat dengan mata sendiri, InsyaAllah niat kita Allah yang nilai.. :)

Macam yg akak duk sebut tiap kali buat soto, akhirnya dapatlah resipi Kak Siti (nama samala pulok..), maid kekandaku suatu masa dahulu selama 6 tahun. Dah balik for good pada tahun 2003 kalau tak silap. Soto Cilacap gituu.. ehhh suka je mokcik bagi nama. Cer google soto cilacap sebenar.. dia ada keropok warna pink..

Kekanda bagi senarai bahan dan steps je.. jadi akak main agak2 jela kuantitinya.. ikut gerak hati je.. Ada juga yang perlu diperbaiki.. mungkin kuantiti santan dan kurang kuning kunyitnya bila dah masuk mangkuk.. sebab tu rupa kurang menawan.. Jadi sapa nak buat ikutlah kepakaran dan gerak hati masing2 ye.. InsyaAllah sedap.



RESIPI SOTO AYAM 2

Bahan2:

1 ekor ayam - belah 4 atau 8
1 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
4 batang serai - ketuk
3 inci lengkuas - ketuk
Stok ayam/kiub ayam (1 - 2 ketul)
Garam secukup rasa
Air secukupnya
1 cawan santan cair (saya guna santan kotak)
Minyak untuk menumis

Kisar:
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia
3 biji buah keras
1 1/2 inci kunyit
1 sudu lada sulah (tumbuk/kisar asing - saya tambah)

Lain2:
Nasi impit (lihat resipi kalau nak cuba buat sendiri)
Tauge
Daun sup/bawang
Bawang goreng
Isi ayam
Suhun goreng
Kacang tanah goreng
Bergedel (lihat resipi)
Sambal kicap (lihat resipi)

Cara2:

Sup/Kuah
Tumis kayu manis, bunga lawang, lengkuas dan serai hingga naik bau.
Masukkan bahan kisar dan tumis agak lama sehingga keperangan.
Tambah air secukupnya dan masukkan ayam dan stok ayam.
Didihkan dan renih hingga ayam masak. Keluarkan ayam dan toskan.
Akhir sekali masukkan santan cair, perasakan garamnya dan biarkan seketika baru matikan api.
Ayam boleh digoreng lagi atau terus disiat-siat untuk dimakan bersama2 bahan yang lain.

Cara menghidang - masukkan nasi impit, tauge, suhun goreng, kacang tanah, isi ayam, begedel, daun sup dan taburan bawang goreng. Tuang sup sewaktu panas dan makan bersama sambal kicap.


Begedel
Bahan :
Kentang, bawang goreng, udang kering goreng, daun sup, sedikit lada sulah dan garam, kuning telur untuk dicampur bahan, putih telur dikocak untuk salutan sebelum menggoreng

Cara2:
Kentang dipotong kecil dan goreng hingga masak keperangan atau lembut di dalam.
Bawang dan udang kering ditumbuk dahulu
Lenyek kentang, kemudian campurkan bahan2 lain termasuk kuning telur. Uli sebati.
Bulat-bulatkan dan salut dengan putih telur (ikut citarasa nak bentuk camna)
Goreng dengan minyak panas sehingga warnanya keperangan/golden.


Nasi impit 
Bahan:
Plastik berukuran 6" x 9" - belah 2 dan lekat 1/2 cm di hujungnya menggunakan 'sealer' atau lilin.
Beras biasa seberat 90g, masuk ke dalam plastik dan 'seal' semula.
Cucuk2 permukaan bungkusan dengan lidi sate yang tajam di depan dan belakang
Cuci atau rendam sekejap dan rebus selama 1 - 1 1/2 jam.




Sambal kicap
(versi mudah dan ekspress)
Segenggam cili padi, 1 ulas bawang putih, sesudu gula (lebih pun takpa kalau nak kurang pedas) dan kicap secukupnya.
Tumbuk cili, bawang dan gula. Sudukan ke bekas baru letak kicap.

Untuk sambal kicap versi goreng boleh tengok SINI.


*************************************

SELINGAN

Air sodap dalam koleksi terkini
resipi ihsan dari sohabatku Aleng & En hubby dia..



No comments: