Kadang2 akak ni rindu zaman belajar bahasa Arab di TV dengan anak. Yelah, dah hari2 buka mata sampai ke waktu tidur, channel Baraem tu je yg kami mengadap. Baraem tu macam Disney Jr la.. Rancangan katun kanak2 pre-school versi arabiah.
Sekarang ni akak sebenarnya tengah tunggu lampu hijau menyala kat belah customer. Sorang customer ni order kek dan minta deliver ke tunang dia yg bekerja dekat daerah akak ni. Akak dah cuba hubungi, tapi tak berangkat call dan tak berjawab text message akak ni. Harap2 tak jadi macam hari tu, sampai ke malam baru tuan punya kek datang ambil. Bila bertemu situasi macam ni, akak doa je.. Amanah orang nak minta hantar pada tarikh dan masa yg tertentu, tapi kita cuma mampu merancang saja. Pergerakan akak ni pun agak terbatas, bukan senang2 nak keluar. Anak syurga akak tu ada mood dia untuk dibawa ke sana sini. Buat nya dia tak mau, memangla haru. Nak ditinggal, takde jiran tetangga.. Apa2 jadi, mak yang tak tertelan ayaq liuq nanti..
Brownies ordered by Aina, seorang guru yg sebenarnya pandai juga kerja bakor membakor ni... Akak selalu je intai2 apa yg dia projekkan kat dapur dia.. hehe!
TQVM Aina!
Surprised rainbow cake untuk tunang di Jitra dari tunangnya di Sarawak.. Baru sat akak bercakap dengan En Tunang ni yang nampaknya dah jadi separuh surprise je.. Apa nak buat, nak hidup senang sikit hihihi.. Berdasarkan pengalaman kelmarin, memang tak boleh cakap berkias2 atau sembunyi2 dengan orang lelaki ni.. silap2 tak dilayan kita yg tak dikenali.. Jadi lebih baik cakap terang "akak nak mai hantar KEK... ada orang kirim.." Lalalaa...
TQVM Mira Elyana!
Alhamdulillah... nak beradu la pulak..
*****************
Nak tambah la pulak.. tadi memang tak sempat beradu lepas solat Zohor. Tetiba empunya kek hantar text minta hantarkan kek. Asalnya dia nak ambil sendiri sebab akak assumed susah la kot nak keluar dr kawasan bila dah time kerja. Doa express, terus keluar.
Ni hati tengah tak meriah.. Mujur perut rasa meriah kekenyangan sebab lepas hantar kek tadi, kelaparan yg tersangat. Maklum dah pukul 3 lebih. Tapi nak kena dulukan anak yang dapat sogokan pizza domino tadi. Kalau tak disogok, mau dia keluar? Habis juga dia 1 personal pan tu. Kucing pun duk mengiau je tadi kat dapur. Padahal mak tiri dia ni dah bagi makan sepinggan pun.. memang nak kena marah la.. Orang lapar memang mudah melenting! Dapat mak makan nasi sepinggan, Alhamdulillah... Yang buat sendu di hati bila tengok kain baju sebakul tinggi yang basah balik tadi. Masa keluar sepatutnya dah kering, tapi sebab tergesa2 takla angkat dulu dengan harapan hujan tak turun. Rupanya hari ni hari ujian jiwa.. huhuhu! Tengah fikir nak short cut gantung terus, atau masuk mesin balik... ada jugak orang tuang segelas comforter nanti bior wangi serumah.
Lepas ni akak nak buat SOP untuk penghantaran kek surprise mode. Kena buat agreement yang surprise doesn't mean mak kena hantar sampai tempat orang tu, then baru telepon "helooooo.... akak siti ada depan ofis niiii... sila keluar ambil barangan anda". Buatnya dia cuti ka, mesyuarat ka.. haru. Dan tak semua tempat kerja orang luar simply boleh masuk kecuali ada appointment atau staff tu kena keluar jemput kat guard house. Buatnya macam ofis CGSO tu, kena ikut laluan polis, scan bag bagai.. haru. Jadi, akak akan mention barang tu juga, cuma nama pengirim je akan diberitahu bila barang dah dapat. Timing pun sebelum pukul 6 ptg.. Kalau selepas tu penerima tak dapat dikesan, perubahan penghantaran akan dibuat ikut kesesuaian.
Eh! Panjang pula additional notes akak. Cheers,, heheh!
No comments:
Post a Comment