Hari ni akak santai di rumah saja.. Dah segunung anak pakaian nak digosok tu.. huhu! Boleh menggosok sambil melopong tengok TV.. Tapi lebih baik jika kita menggosok pakaian tu sambil berzikir.. Sebenarnya banyak peluang untuk buat pahala tu. Cuma kadang kita tak sedar di mana berentinya tadi. Biasalah, otak orang perempuan ni selalunya memang bersimpang siur. Susah nak fokus satu perkara je dalam satu masa...
Ini kisah semalam dan kelmarin. Tapi sejak duk sini, akak selalu keliru penggunaan perkataan kemarin.. hihi. Untuk semalam, set cupcakes pertunangan sudah selamat diterima oleh penempahnya dari Changlun, Pn Rozaida. Ramai juga kawan2 ahkak yang suka hasil kalini.. apalagi yang membuatnya. Maklumlah, bila penat tu, otak pun jam... tangan pun ketaq2 bila pegang piping bag. Apa2 pun kesihatan diri paling utama.
Tema majlis ialah pink dan biru. Cuma akak memang tak suka guna color sepenuhnya untuk mengekalkan 'wajah' cream cheese tu. Terima kasih Pn Rozaida.. semoga berpuas hati dengan airtangan akak... :)
********************************************************************
Kebelakangan ni memang dah jarang berhubungan dengan BFF yang sorang ni. Zainab namanya.. BFF dari zaman buat HRM di ITM dulu. Memang sweet zaman kami 'sekolah' dulu. Iyalah, kawan2 akak semua sibuk dengan kerjaya hebat. Akak je dapat bersara awal diusia 37 tahun.. belum sempat hebat hehe.. Masa tahun terakhir di KL memang selalu juga jumpa kawan2. Cuma sejak pindah ke Kedah, akak senyap. Bising pun kat FB dgn blog ni. Redha jelah kekdahnya...
Nab bercuti ke Alor Setar. Dah sampai sini mestilah kena ajak datang.. Cuma terkilan juga tak dapat jamu macam2.. Mujur ada kek dan kuih sikit hihi.. Akak memang jenis tak pandai buat sesuatu zup zap zup zap... siap hidangan satu meja! heeee...
Tapi yang penting, kami dua dapat sembang kat meja makan berejam juga.. hihi! Alhamdulillah.. syukur sangat masih diberi peluang jumpa kawan2. Harapnya lepas ni ada lagi kawan2 dari KL yang datang singgah selepas Nab dan Aleng yang datang sebelum ni. Akak mampu jadi penunggu je.. >.<
SEMOGA DI TAHUN BARU HIJRAH INI, KITA MENJADI INSAN DAN HAMBA ALLAH YANG SEMAKIN BAIK DARI SEBELUMNYA...
No comments:
Post a Comment