Dah lama akak tercari2 akan ubi kayu kat pasar pagi tu.. tapi macam tak pernah nampak atau mata akak yg kero..
Pagi semalam, lepas hantar Fawwaz dan isi minyak, singgah kejap kat pasar sebab nak beli bawang merah je.. Tapi, masuk je kawasan, mata terjojol tengok ubi yang panjang sangat. Jadi akak pun teruslah beli.. hat yg panjang lepas timbang harga dia RM1.80.. pakcik yg jual tu nak cukupkan RM2, ditambahnya 3 ketul yang kecik2.. hahaha. Terima kasih je lah pakcik nah..
Jadi, terus akak pasang niat nak buat bingka ubi. Pastu anak niat lain jugak... Menjelang tengahari akak pun mulakan projek. Terbayang2 bingka yg berkerak2 tapi lembut.. huwahhh sodapnye! Tapi sebenarnya dah makan tahun jugak akak tak membingkang ni. Membangkang ada la.. hahaha! Lepas buat prosesnya satu persatu, akak pun bakor le dalam ketuhar Rubine tu. Hati ni sebenarnya terfikir nak bakar ngan pan ajaib tu je biar cepat siap, tapi gatai nak test si Rubine tu jugak.
Maka kejadiannya, to make it short, jadilah bingka ubi yang macam dalam gambar ni.. Selepas 2 jam membakar. Idokle keluor2 keraknye yong... kuninnn je. Malasla nak bazir letrik, sedangkan benda dah masak. Takkan nak bakor 3 jam... Tak berapa syiok la.. lembik sikit tu OK.. takde unsur kerak hitam ka perang ka, tu kira tak berapa OK.. pastu termanis sikit la.. Jadi, akak ambik keputusan nak simpan je, tak mau bagi orang makan benda tak best. Sian kau ubi kayu!
Apa2 pun, keinginan akak terhadap bingka ubi kayu airtangan sendiri sudah terisi. Sepinggan jugak akak dah ngap.. hihihi! Lepas makan, minum air kosong banyak2..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Saya kumpulkan beberapa pilihan resipi chocolate ganache di sini untuk rujukan akan datang. Selalunya saya gunakan resipi yang pertama untuk...
-
Setelah beberapa kali tertangguh, petang tadi akak merajinkan diri menguli secara manual 1/2 adunan pau yang menjadi favourite anak bujang a...
-
Mungkin ada beberapa entri saya dah letak tentang resipi cream cheese yg selalu saya guna untuk frosting atau topping kepada kek red velv...
-
Gambar oleh Wilton Sejujurnya, saya tidak pernah menggunakan buttercream utk kek2 saya. Kalau ada pun, coffee buttercream untuk Opera ...
-
Sesekali memang sedap makan lauk simple macam ni.. lauk kering (tak berkuah) dengan nasi panas dan ayam goreng... Menyediakannya pun tak su...
No comments:
Post a Comment