Repeat order dari Maz dan rakan2 gurunya... Walau baru buat order semalam pagi, sempat juga akak siapkan. Namanya rezeki la tu.. Sebab kadang2 akak tak terima last minute order esp bila cuti sekolah atau takde cara nak keluar rumah. Maklumlah, anak bujang sorang ni ada angin dia nak ikut keluar ke tidak. Kalau dah terlepas shopping time tu (waktu dia sekolah), maka tak boleh janji la ye.. hehe!
Selepas merasa kek RV & rainbow, la ni giliran carrot cake pulak dorang nak rasa. Lepas ni akak tunggu lagi ye.. order laa order la... saya suka :D
Mula deko dah malam... Semakin malam, mata pun semakin kabur. Dahlah berlampukan ala2 chandelier yang cuma ada 2 bulbs. Bukan apa, takleh letak lebih dari tu.. meletup! Dan bukan takde lampu terang kat rumah ni. Cuma akak kena selesakan diri sambil memantau Fawwaz. Kesian kalau dia sorang2 buat hal sendiri. Dahlah dia tu memang ada dunia sendiri. So, sambil deco, akak melayan dia lah... bertanya itu dan ini. Kejap break dia nak makan... nak buat puzzle.. nak hugs n kiss... nak tido.. hahaha! Tu yang akak tak berapa mampu nak serius sangat dalam bidang ni. Cukup untuk gembirakan hati dan customers yg ada..
Apa2 pun, Alhamdulillah syukur... Sebab feedback yang diterima dari para customers baru ni amat memberangsangkan. Yang kelakar, dorang takut juga naik badan nanti sebab asyik makan kek je.. Tapi apa nak buatkan... dah teringin...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Saya kumpulkan beberapa pilihan resipi chocolate ganache di sini untuk rujukan akan datang. Selalunya saya gunakan resipi yang pertama untuk...
-
Hari Rabu lepas akak berkursus dengan kak ipar.. seperti tajuk di atas.. Orang sini panggil "ketupat" sahaja. Buat ket...
-
Assalamualaikum... debab menawan tak akak punya ketupat ketuput? hihi.. Seperti biasa, kalau nak raya mulalah fikiran menerawang apa y...
-
Asyik post resipi kuih kek tart laa.. Ini kali akak nak tulis pasal gulai nangka pulak lah. Gulai, masak lemak, jangan (bahasa jowo)... sama...
-
Assalamualaikum... Ohhh lama sudah tak bersiaran. Jangan ditanya kenapa... Kita mulakan balik dgn cerita LONTONG dan SERUNDING lah ekk... ...
No comments:
Post a Comment