Ini lauk beberapa hari yg lalu.. Baru ada mood nak masuk sini. Tengah rehat selepas menyiapkan kek keju Jepun.. hehe macam tu kot translation dia..
Sejak balik Malaysia yang dah makan tahun, baru ni akak masak acar ni. Macam terlupa pulak ada jenis masakan macam ni.. hehe! Dulu masa kat Bahrain kerap juga buat. Selalunya guna ikan tenggiri.. Tapi sebenarnya, nak guna ikan apa pun boleh..
ACAR IKAN KEMBUNG
Bahan2:
3 ekor ikan kembung
1 labu bawang besar - hiris tebal
3 ulas bawang puting - hiris
1 inci halia
1-2 batang cili - belah tengah
1/2 sudu kecil ketumbar - tumbuk kasar
2 sudu besar cuka
Air secukupnya
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit gula
Garam secukup rasa
Cara2:
1) Bersihkan ikan dan goreng
2) Tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga harum. Masukkan ketumbar, kacau sebentar.
3) Tuang air agak2 tenggelam ikan. Masukkan cuka dan serbuk kunyit.
4) Bila dah mendidih, masukkan ikan dan perasakan garamnya. Boleh ditambah buah tomato atau timun dan carrot.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Mungkin ada beberapa entri saya dah letak tentang resipi cream cheese yg selalu saya guna untuk frosting atau topping kepada kek red velv...
-
Gambar oleh Wilton Sejujurnya, saya tidak pernah menggunakan buttercream utk kek2 saya. Kalau ada pun, coffee buttercream untuk Opera ...
-
Saya kumpulkan beberapa pilihan resipi chocolate ganache di sini untuk rujukan akan datang. Selalunya saya gunakan resipi yang pertama untuk...
-
Sesekali memang sedap makan lauk simple macam ni.. lauk kering (tak berkuah) dengan nasi panas dan ayam goreng... Menyediakannya pun tak su...
-
... yang dibakar dengan pemanggang ajaib! Hari tu masa pergi ke Langkawi, ada akak tunjuk barang2 tuaian.. Salah satunya ialah pem...
No comments:
Post a Comment