May 8, 2013

Cerita Airtangan orang je lah...

Ahhh... panas betul suasana selepas pilihanraya ni. Tak sudah-sudah.. Yang peliknya, roti pun kena fitnah naik harga... Lantakle kome. Maleh akak dengor. Tapi kadang geram jugak... Simple je hidup ni. Tak usah terikut2. Konon nak patriotik tapi bila emosi yang lebih, keadaan akan lebih menjadi buruk. Tenang je... kalau rasa tak puas hati, berdoa kepada Allah dengan penuh harapan apabila dah berusaha tu. InsyaAllah, adalah jalannya.

Macam akak yang dah lama bebel2 kenapa tak pernah jumpa lontong dijual kat belah sini. Yelah, dah lontong bukan makanan asal orang Kedah. Bukan macam Johor, Selangor atau Singapura, yg lontong merata2. Tempat orang Jawa katakan... Jadinya dari rasa mengidam, sampai hilang perasaan. Nak buat sendiri, tak berbaloi pulak rasa. Sebab nak makan sendiri je. Tapi rupa2nya, abang nasi lemak kat simpang nun ada jual. Dulu2 macam takde.. Nasi lemak dia pun sedap menepati citarasa dan presentation macam yg selalu beli di KL, ada kacang, timun bagai.. Maka hilanglah rindu saya terhadap lontong... Dengan harga RM2.50, rasa nak meletup perut ni. Lodehnya tak terabis.. sebab banyak sangat. Lengkap dengan sambal kacang dan telur rebus. Akak syak dia kawin ngan orang Johor... Syak je, bukan fitnah... hehehe!


Sebelum tu teringin makanan Kelantan. Pun agak sukar juga nak cari di sini. Pernah beli lakse di pasar malam. Boleh lahhh... Pastu beli lagi kat Pasar Tani. Tak menepati citarasa. Cair pulak tu. Mulut suap juga, tapi hati mengomen... Lepas ni tak beli lagi kat situ lah.

Jumaat lepas akhirnya jumpa 2 gerai nasi kerabu kat pasar pagi yang selalu pergi tu. Hari2 biasa takde. Akak tak pernah pergi hari Jumaat dan Sabtu sebab ramai sangat orang. Feningg laa... Pastu, cuma satu gerai jual nasi dagang. Ahhh... sedapnye! Beli dan makan dengan penuh nikmat macam orang mengidam pulak... hehehe.


Dan tadi, beli scale baru selepas meninggalkan scale lama di Anjung Hijau masa nak pindah. Kiranya selepas pindah hujung Disember lepas, tak pernah timbang badan. Keputusannya.... hahahahaaa huwaa.. berat naik 3-4 kilo rasanya. Maka berakhirlah zaman kurus kering akak... Berat paras tertinggi selepas lebih 10 tahun (kecuali mengandung). Memanglah baju banyak rasa tak selesa walau masih muat. Turun naik tangga selalu tu tak cukup rupanya...hehehh...


2 comments:

akuatik said...

Salam. Boleh tanya gerai lontong ni kat mana? nak pi cari, sanggup ke jitra. saya di changlun. hehhe

Cik Siti Abu Sujak said...

Waalaikumsalam..
Gerai (meja) jual lontong ni di taman tunku sarina.. dekat simpang 3 nak ke sek keb darulaman heights.. Nak cari kena pi pagi2... ada harinya dia cuti juga.. Gerai tu satu je, takde lain2..