Sementelah tadi nak isi minyak nun jauh berkilometer, akak pun meneruskan misi mencari nasi lemak ikut sedap di mata. Satu gerai dah terlepas sebab susah nak berhenti kala kereta banyak. Lepas isi minyak, singgah di satu gerai makan yang agak menjadi sebutan. Sambal cair dan penuh minyak. Akak pun keluar semula dengan harapan tuan kedai ingat akak cari lontong yg dia tak jual... hehehh! Keluar kawasan masuk corner lain, terus singgah kat gerai yang satu ni di Taman Siswa. Namanya pun Nasi Lemak Taman Siswa. Alhamdulillah... kenyang dan puas hati. Lepas ni tak fikir nak cari nasi lemak lagi.
Bukan setakat sambal yang pekat, nasi lemaknya pun wangi... cuma akak kena tambah aksesori sikit. Dia tak letak timun dan takde kacang...
No comments:
Post a Comment