Kejap tadi akak baru menyiapkan sepinggan buah melaka keledek. Ada orang panggil onde2.. Kalau housemate lama akak kat Shah Alam dulu panggil "kelopung". Dia orang Kuala Pilah.. Suka akak dengar perkataan kelopong tu! hehehe..
Akak memang tak terima kalau buah melaka ni setakat guna tepung pulut dengan kaler hijo tu. Mesti nak campur sesuatu. Kalau tak keledek, labu... Baru sedap masuk tekak. Cuma kat sini akak terpaksa guna kelapa tua yang dah siap diparut dengan kulit2nya sekali (bukan sabut yee... ngeee). Kalau kat market Sg Besi dulu, ada jual kelapa parut putih je. Kat sini tak nampak pulak. Lepas tu tak mintak. Jadi, jangan banyak komplen! Makan je apa yg ada... Jemputlah ye!!!! Memang tak abis ni. Tak tau nak ajak sapa.. :D
No comments:
Post a Comment