Selama lebih 2 tahun duduk di S'pore, rasanya macam tak pernah jumpa bihun S'pore.. yg color putih. Yang ada mee siam color merah pucat, macam bihun goreng kita yg biasa tu... hehe! Tapi kalau kita gi Thai pun, tak tentu jumpa mee siam mcm yg ada kat S'pore kan... Nanti akan datang kalau gi Siam, nak cari kot2 ada..
Ini hidangan sarapan pagi tadi. Sejak lepas raya macam kehabisan modal nak sarap apa. Macam malas je nak ke dapur. Kalaulah kat kampung ku yg indah permai bernama Sg Air Tawar tu, dah tentu tak menyala dapur gas tu melainkan untuk masak air. Bila tgh malas2 nih.. Pegi je kedai mamak Tajuddin tu, macam2 adaaa.... Sedap dan murah! Nasi lemak 50 sen beb! Tpt u all ada tak? hehehe...
Sajalah nak post juga resipinya kat sini... sebab saya memang jarang masak bihun sebegini. Macam tak berapa jalan.. Abe kita kan peminat pedas.. Dapat pulak haritu beli cili api, tak ikut balik pulak benda tuu... mmm!
Bahan2:
1/2 peket bihun - rendam atau celur
2 ulas bawang putih (yg besar tu..) - tumbuk
1 sudu serbuk lada hitam
Udang basah - suka hati nak banyak mana
Sayuran - yg ada carrot & kobis je
1 sudu cuka
Sedikit pati stok ayam
Garam
Minyak
p/s: nak sedap lg boleh letak isi ayam, fish cake, dll..
Cara2:
1) Tumis bawang putih dan lada hitam hingga naik bau. Tuang cuka.
2) Masukkan udang dan kacau2 sekejap
3) Masukkan pula bihun dan sayuran. Kacau sebati... letak air sikit (esp kalau bihun yg direndam je), dan tutup. Api jangan besar sangat
4) Perasakan garam.. saya letak juga gula sikit
Makan mihun nak kena ada kopok goreng... baru best!
No comments:
Post a Comment