Tinggal beberapa hari dapur Cik Siti di Bahrain akan kembali berfungsi secara aktif.. Dah semakin dekat ni, terasa teruja pulak nak ke sana... terutamanya nak berjumpa suami terchenta.. heheh! Bab2 masak dan makan, taklah risau sangat.. sebab suami kita tu boleh la sikit2 masak.. buat nasi goreng, masak maggi goreng (bukan sekadar rendam je tau!), grill ikan/ayam, dll. Lagi pun kat Bahrain tu, setakat ayam dan daging yg dah siap tinggal grill tu banyak... Nak makan kat luar laaaagi banyak! kihkih.. Sekurang2nya, kuranglah sikit cholestrol dalam badan tu kalau saya takde..
Pagi ni saya balik ke KL bersama 2 org makcik. Depa menumpang ke rumah abang depa (pakcik saya) yg sedang menderita sakit kanser kolon. Tak maulah cerita keadaan pakcik tu, sebab saya rasa sangat sedih dgn susuk tubuhnya yg tinggal tulang je tu. "Ya Allah.. ringankanlah beban kesakitan pakcikku itu.. Kasihanilah dia Ya Allah... ". Dulu zaman remaja, sayalah yg selalu tak mau balik kampung dan menjadi penyibuk kat rumah dia di Kg Bharu tu.. huhu! Tu pasal, saya boleh katakan terer selok belok kampung di tgh bandar tu.. Tapi tu dulu. La ni terlajak juga kekadang..
So, bekal kami untuk berjumpa orang sakit ni boleh tahan banyak.. Supaya dia dapat rasa makanan2 nostalgia atau yg takde kat KL ni. Sebab selera dia masih ada. Cuma, takde rezeki nak bawa kuih LEMPER sebab timbul masalah saat akhir masa nak menempah tu (nak buat sendiri tak dan..). Makcik bongsu pula pagi2 dah mengacau bubur som2. Sedap sangat bubur som-som makcik... Lembut tapi cukup masaknya.. org jawa kata "tanek". Bila disudukan tu, lembut je masuk tekak (sikit macam taufu fa tu).. Nanti bila saya dah cuba sendiri buatnya, baru boleh sharing2 resipi dia..
Lalu Sg Besar, beli pula tapai ubi. Kemudian beli pulut panggang dan pecal. Malangnya, pecal tu basi bila sampai di KL. Tong sampah yg makan... adoi!! Macamanalah orang tu jual ekk...
Lalu pula Tg Karang... singgah ke gerai Warung Bonda kat tepi jalan tu. Beli nasi ambeng.. Kira glamer lah juga gerai nasi ambeng yg satu ni sebab pernah masuk JJCM, Serina jadi host. Untuk RM7, kami makan berempat (termasuk fawwaz). Memang banyak giler!! Nasi je dia letak 2 mangkuk.. Lauk pauk jangan cakap, main senduk2 je... ada ayam, serunding kelapa, sambal goreng dan mee goreng. Bila dah siap sebungkus tu, menggunung jadinya. Saya pulak ter'oder' 4 bungkus.. sbb teringat masa makan kat situ taklah menggunung begitu hahah!
Makcik yg sorang lagi pulak, bawa kuih bungkus (orang jawa kata 'pipis').. bukan pipis yg maksud dia shishi tu tau... Nanti ada kesilapan makna bahasa Indon dgn bahasa jawa M'sia huhu.. Kuih bungkus ni makcik buat dari roti yg direndam pada santan. Santan tu pulak dah di masak dengan gula.. Bila dah terendam tu, dibungkus pula dengan daun pisang dan dikukus... :))
Lupa pulak... seharian ni saya dok mengudap SUKUN goreng yang manis sesangat. Sukun depan rumah kampung kami yg cukup masaknya dan ada bahagian yg dah hampir lembik. Potong sederhana, celup tepung dan goreng.. Pergghhh!! Memang takde kat Bahrain! Kat KL pun takde... Sukun ni ada banyak jenis.. banyak juga yg jenis putih dan tak manis. Kami punya sedikit kuning dan kalau dah cukup masak tu, keluar manisnya...
Dah sampai Anjung Hijau ni, terus control perut. Tapi sebenarnya malas la... Cuma masakkan Fawwaz telur masak kicap je.. Untuk umi dia, mee sedaaap je hoho! Dah lama betul tak makan mee segera ni, memang sedap la. Lepas ni nak makan lagi 2-3 bulan akan datang. Tukang perabih mee segera di rumah ni adalah cousins ku yg kekadang tak dapat layanan istimewa tu.. :PP
Pagi ni saya balik ke KL bersama 2 org makcik. Depa menumpang ke rumah abang depa (pakcik saya) yg sedang menderita sakit kanser kolon. Tak maulah cerita keadaan pakcik tu, sebab saya rasa sangat sedih dgn susuk tubuhnya yg tinggal tulang je tu. "Ya Allah.. ringankanlah beban kesakitan pakcikku itu.. Kasihanilah dia Ya Allah... ". Dulu zaman remaja, sayalah yg selalu tak mau balik kampung dan menjadi penyibuk kat rumah dia di Kg Bharu tu.. huhu! Tu pasal, saya boleh katakan terer selok belok kampung di tgh bandar tu.. Tapi tu dulu. La ni terlajak juga kekadang..
So, bekal kami untuk berjumpa orang sakit ni boleh tahan banyak.. Supaya dia dapat rasa makanan2 nostalgia atau yg takde kat KL ni. Sebab selera dia masih ada. Cuma, takde rezeki nak bawa kuih LEMPER sebab timbul masalah saat akhir masa nak menempah tu (nak buat sendiri tak dan..). Makcik bongsu pula pagi2 dah mengacau bubur som2. Sedap sangat bubur som-som makcik... Lembut tapi cukup masaknya.. org jawa kata "tanek". Bila disudukan tu, lembut je masuk tekak (sikit macam taufu fa tu).. Nanti bila saya dah cuba sendiri buatnya, baru boleh sharing2 resipi dia..
Lemper - gambar lama
Lalu pula Tg Karang... singgah ke gerai Warung Bonda kat tepi jalan tu. Beli nasi ambeng.. Kira glamer lah juga gerai nasi ambeng yg satu ni sebab pernah masuk JJCM, Serina jadi host. Untuk RM7, kami makan berempat (termasuk fawwaz). Memang banyak giler!! Nasi je dia letak 2 mangkuk.. Lauk pauk jangan cakap, main senduk2 je... ada ayam, serunding kelapa, sambal goreng dan mee goreng. Bila dah siap sebungkus tu, menggunung jadinya. Saya pulak ter'oder' 4 bungkus.. sbb teringat masa makan kat situ taklah menggunung begitu hahah!
Ni gambar berkat nasi ambeng yg kami dapat beberapa hari lepas. Ada org se'kariah' buat kenduri ala ambeng. Walau rasanya dia bukan Jawa, tapi kira dah terpengaruh la tu.. Kalau masa kecik2 dulu, keseluruhan ambeng dibungkus dengan daun pisang, sekarang dorang guna beg plastik je... sampai rumah, tuang kat atas talam... Ada yg tak biasa tu, ala2 tak lalu makan.. Takpelah, dah bukan budaya dorang makan macam tu, ye dak??
Makcik yg sorang lagi pulak, bawa kuih bungkus (orang jawa kata 'pipis').. bukan pipis yg maksud dia shishi tu tau... Nanti ada kesilapan makna bahasa Indon dgn bahasa jawa M'sia huhu.. Kuih bungkus ni makcik buat dari roti yg direndam pada santan. Santan tu pulak dah di masak dengan gula.. Bila dah terendam tu, dibungkus pula dengan daun pisang dan dikukus... :))
Lupa pulak... seharian ni saya dok mengudap SUKUN goreng yang manis sesangat. Sukun depan rumah kampung kami yg cukup masaknya dan ada bahagian yg dah hampir lembik. Potong sederhana, celup tepung dan goreng.. Pergghhh!! Memang takde kat Bahrain! Kat KL pun takde... Sukun ni ada banyak jenis.. banyak juga yg jenis putih dan tak manis. Kami punya sedikit kuning dan kalau dah cukup masak tu, keluar manisnya...
Dah sampai Anjung Hijau ni, terus control perut. Tapi sebenarnya malas la... Cuma masakkan Fawwaz telur masak kicap je.. Untuk umi dia, mee sedaaap je hoho! Dah lama betul tak makan mee segera ni, memang sedap la. Lepas ni nak makan lagi 2-3 bulan akan datang. Tukang perabih mee segera di rumah ni adalah cousins ku yg kekadang tak dapat layanan istimewa tu.. :PP
No comments:
Post a Comment