Sehari dua ni saya sangattt lah malasnya memasak lauk pauk. Ada ayam, daging, ikan.. tak tau apa yg menyelerakan. Manalah tak semakin pipih badan ni. Jadi macam kelambulah jawabnya abaya raya saya nanti.. :P Agaknya sebab angin sepoi2 Malaysia dah sampai sini.. hehe pandailah! Esok malam dan nak ke airport dan boarding at 2am (Jumaat). Seronoknya bagai berdansa jiwa ni... Memang lain sikit feel dia balik kali ni.. sebab nak raya kot. Padahal mai Bahrain baru je Jun lepas..
Pagi tadi, sebelum abe pergi kerja, kami ke market dulu cari tamar segar. Memang dah susut tamar (kurma) kat market... satu dua tempat je ada nampak. Harga pun dah naik sikit. Kalau awal2 haritu sebakul atau sebekas yg beratnya lebih sekilo harganya BD1 (RM8), tadi dapat BD1 untuk sekilo sahaja. Masih kira murahla tu... Beli 3kg je.. jadilah. Sebab barang2 lain banyak nak bawa dan berat2 belaka.. Nak naik kapal takpe, bajet 100kg.. nak naik pengangkutan lain tu la nanti...
Operasi nak clear up foods & buah2 kat dapur... Petang semalam buatle cekodok pisang untuk berbuka..heheh! Sedap jugak buka ngan cekodok tau.. Lembut je cekodok tu. Paling seronok tengok Fawwaz makan satu demi satu... Ingat banyak tu nak bagi separuh kat bebudak Bangla pekerja kat sini.. tapi abe kata dia nak makan... sudahnya tak abis :(( Kesal sangat pasal dah pasang niat. Nak buat cekodok pisang yg lembut, letak sikit SODA BICARBONATE kat adunan tu. Kalau saya buat, blend pisang + gula + sedikit garam + soda sampai halus.. pastu campur tepung. Tapi kekadang kalau angin tak betul, bantat juga la... masatu yg salah adalah tepung.. kehkeh!

Tamar ni besar dan panjang...
Buah delima a.k.a pomegranate. Kat sini memang buah popular...
Tamar merah
Operasi nak clear up foods & buah2 kat dapur... Petang semalam buatle cekodok pisang untuk berbuka..heheh! Sedap jugak buka ngan cekodok tau.. Lembut je cekodok tu. Paling seronok tengok Fawwaz makan satu demi satu... Ingat banyak tu nak bagi separuh kat bebudak Bangla pekerja kat sini.. tapi abe kata dia nak makan... sudahnya tak abis :(( Kesal sangat pasal dah pasang niat. Nak buat cekodok pisang yg lembut, letak sikit SODA BICARBONATE kat adunan tu. Kalau saya buat, blend pisang + gula + sedikit garam + soda sampai halus.. pastu campur tepung. Tapi kekadang kalau angin tak betul, bantat juga la... masatu yg salah adalah tepung.. kehkeh!
Petang nanti nak buat karipap banyak sikit... nak bagi kekawan macam biasa. Esok2 dah takde kan.. Cuma bab lauk lagi lah huhu... Dalam hati ni sebenarnya nak je makan orang masak kat luar tu. Tapi yg org sebelah tak suka pulak puasa2 nih... Akak ni kalau dapat buka ngan burger jasmi's tu dah seronok la kot, tak pun shawarma. Semangat masak tiba2 berubah, entah kenapa. Tahan je lah sampai kat KL nanti. Nak makan nasi kerabu puas2.. murtabak.. air soya.. ikan keli goreng. Menu hari raya tak pasti lagi... Hari pertama selalunya rendang daging, ayam semur, sambal taun, kuah sate pasti ada... heheh dah citer raya la pulak ekk... babai... Cerita lagi nak raya nanti :D)
No comments:
Post a Comment