Sudah lama saya teringin nak buat nasi kerabu... dah makan tahun. Inilah makanan favourite terutama di bulan Ramadan yg selalunya saya beli di pasar ramadan. Minggu depan dah nak puasa, keinginan semakin meronta2 heheh... Tak sabar nak ke pasar ramadan BK5 atau Sg Besi, antara tempat yg terdekat dengan Anjung Hijau.
Nasi warna kuning.. ada ikan goreng dan kopok ikan...
Bahan2:
NASI
Beras
Pewarna kuning (boleh juga guna serbuk kunyit)
Daun limau purut
Air secukupnya
KERISIK IKAN
2 ekor ikan kembung
2 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 cm halia
1 batang serai
Sedikit garam
1 cawan kelapa parut
SAMBAL TUMIS - kuantiti main agak2 je
Bawang putih
bawang merah
Cili kisar
Halia
Serai
Serbuk kunyit
Santan pekat
Asam keping
Garam & gula - resipi asal guna gula melaka - akak lupa.. :(
Minyak untuk menumis
Worcestershire sauce (menggantikan budu atau sos ikan) - sos ni kan dari ikan bilis juga huhu..
ULAM-ULAMAN
Kobis, tauge, timun, daun kesum & daun parsley (hok ni ambe reka2 je) - semua diracik halus
Cara2:
NASI
- masak nasi macam biasa, cuma letak pewarna dan daun limau sekali
Kerisik/Sambal Ikan
KERISIK IKAN
1) Bakar ikan hingga masak - saya letak dalam oven dan bakar dengan suhu 200C selama 1/2 jam. Kemudian diambil isinya sahaja.
2) Sementara tu, sangan atau goreng tanpa minyak kelapa parut sehingga keperangan. Selepas tu tumbuk atau blend sampai halus
3) Tumbuk bawang, serai dan halia sampai halus. Gaul dengan isi ikan
4) Goreng bahan (3) tanpa minyak... selepas itu gaul dengan kelapa (2)
Sambal Tumis
SAMBAL TUMIS
1) Tumbuk halus bawang dan halia. Manakala serai hanya dititik
2) Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan cili kisar sampai wangi. Masukkan sos ikan/budu atau worcester sos (mcm saya). Tuang santan pekat, masukkan serai dan asam keping. Saya letak juga daun limau purut sehelai..
3) Masak sampai pecah minyak dan pekat... peraskan dengan garam & gulanya.
nota : akan datang buat, mesti nak letak cili padi untuk lebih pedas
Cukup mengenyangkan sampai tak abis... teruja nak amik gambar sgt, terletak nasi lebih.. :(
No comments:
Post a Comment