Mee gorengku yang tak berapa reti nak make-up dan posing... Tengok dalam kotak stok, tak berusik2 mee kering cintan saya. Hajat hati nak cuba mee kolok, tapi belum cukup seru. Mmmm... buat je mee goreng. Walaupun itu gambar nampak pucat je, tapi hakikatnye licin licau kami makan hari Jumaat semalam.
Bahan2 (untuk 2-4 orang):
4 keping mee kering Cintan
6 ulas bawang merah - tumbuk
3 ulas bawang putih - tumbuk
4 ekor udang basah (sederhana besar)
1 cawan isi ayam
1 sudu cili kisar (nak lebih pun boleh)
Sayur-sayuran - saya suka carrot dan lettuce atau kadang2 kobis
1 biji telur
Sos cili
Sos tomato
Sos tiram
Kicap manis
Garam dan gula secukup rasa
Minyak secukupnya
Cara2 :
1) Celur dulu mee kering. Jangan sampai lembik atau masak..
2) Panaskan minyak (banyak sikit) dan tumis bawang dan cili kisar hingga bawang layu.
3) Masukkan ayam dan udang. Bila ayam dah keputih2an, masukkan segala sos yang 4 tu... saya main tuang je... tapi sos tiram tu sikit je cukup (dalam 1 sudu). Masuk juga gula dan garam.
4) Masukkan pula mee dan sayur-sayuran...
5) Akhir sekali buat lubang ditengah2 mee, pecahkan telur... kacau2 seketika dan gaul dengan mee... siap! Kalau cara hubby saya makan mesti ada limau nipis, tomato dan cili padi potong kecil2...
No comments:
Post a Comment